Anda di halaman 1dari 27

20 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu

Sabah
Achilles LeoJuly 4, 20170

Sebenarnya banyak tempat menarik di Kota Kinabalu yang mungkin anda belum
pernah kunjungi. Mungkin disebabkan ianya tidak begitu popular atau kurang
dipromosikan. Kali ini, pihak infosantai ingin berkongsi 20 tempat menarik di sekitar
Kota Kinabalu, Sabah yang menarik ataupun mungkin berbaloi untuk anda kunjungi
terutamanya pada musim cuti. Mungkin juga ketika ini anda berada di Kota Kinabalu
atas urusan tertentu dan berhasrat untuk menghilangkan rasa bosan anda atau ingin
bersantai setelah selesai melaksanakan tugasan ‘outstation’ anda dan anda masih
mempunyai banyak masa yang terluang, maka tempat-tempat menarik berikut
adalah paling sesuai untuk anda boleh sampai ke tempat yang dinyatakan dalam
masa yang singkat.

Berikut merupakan tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu yang sememangnya


menarik untuk dikunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan anda.

Borneo Ant House


Borneo Ant House ataupun juga dikenali sebagai Taman Semut Borneo merupakan
salah satu tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu yang terletak di Daerah Tuaran.
Tempat ini merupakan salah satu tempat yang baharu namun mendapat sambutan
ramai yang mana telah dibuka kepada kunjungan orang ramai secara rasminya
bermula pada 1 Julai 2017. Tempat ini adalah dalam bentuk galeri yang mana
mempunyai 3 bilik pameran denga 463 replika semut, warisan budaya serta pedang.
Tempat ini juga turut ilengkapi dengan taman tema dengan persekitaran alam
semulajadi, rumah pokok moden serta laluan pejalan kaki jambatan gantung san
juga dilengkapi dengan kafeteria.

Tagal Tinopikon
Tagal Tinopikon Park terletak di Kampung Notorus, Penampang. Tarikan utama
tempat ini ialah ikan jenis Pelian yang jinak yang terdapat di sungai di kampung ini.
Perkataan ‘Tagal’ bermaksud larangan menangkap ikan dimana kampung ini tidak
membenarkan aktiviti penagkapan ikan. Pelawat juga akan disajikan dengan
makanan tradisi yang disajikan oleh penduduk kampung di sini. Anda boleh
bermandi-manda dan memberikan ikan makanan. Aktiviti lain yang boleh dilakukan
ialah jungle trekking dan mencuba bagaimana cara menoreh getah dengan betul.
Jika pergi ketempat ini, anda perlu membuat sedikit bayaran masuk, pakaian,
minuman, kasut anti licin dan barang keperluan asas yang dirasakankan perlu.

Kipandi Butterfly Park

Tempat ini terletak sedikit jauh daripada Kota Kinabalu iaitu sejauh 36 kilometer dari
Kota Kinabalu. Kipandi Butterfly Park atau Taman Rama-Rama Kipandi terletak di
Kampung Kipandi, Moyog. Ianya terletak di jalan Penampang-Tambunan. Setakat
ini, tempat menarik ini dilaporkan mempunyai lebih 100 spesis rama-rama, 1500
spesimen rama-rama, lebih daripada 3000 jenis kumbang yang hanya boleh ditemui
di Banjaran Crocker seperti Kumbang Cyclommatus Chewi, lebih kurang 500 jenis
orkid, pelbagai jenis bunga dan tumbuh-tumbuhan.

Taman Tunku Abdul Rahman


Taman Tunku Abdul Rahman terdiri daripada 5 buah pulau yang menjadi tarikan
para penyelam di serata dunia. Pulau yang terkenal ini ialah Pulau Mamutik, Pulau
Gaya, Pulau Sulug, Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Disebabkan tempat yang
sangat terhad, anda perlu membuat tempahan dengan lebih awal jika ingin
mengunjungi pulau-pulau ini. Antara aktiviti utama yang boleh dilakukan di pulau ini
ialah snorkeling dan menyelam. Perjalanan ke taman ini mengambil masa lebih
kurang 15 hingga 20 minit dengan menaiki bot laju daripada Terminal Feri Jesselton
Point di Kota Kinabalu. Taman ini beroperasi bermula seawal jam 8.00 pagi
sehingga 5.00 petang manakala operasi bot laju di Jesselton Point pula bermula
pada 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Untuk penerangan lebih lanjut mengenai taman
ini anda boleh mengunjungi laman web Sabahtourism.

Atkinson Clock Tower


Atkinson Clock Tower dikatogerikan sebagai tempat menarik di Kota Kinabalu
disebabkan tempat ini merupakan bangunan atau menara jam yang tertua pernah
dibina di Kota Kinabalu. Menara jam ini dibina sempena memperingati Pegawai
Daerah Jesselton di suatu ketika dahulu iaitu Mendiang Francis George Atkinson
yang meninggal dunia pada umur 28 tahun disebabkan oleh Borneo Fever iaitu
Malaria. Menara Jam Atkinson ini telah siap dibina pada 20 April 1905. Dengan
ketinggian 50 kaki, menara ini menjadi daya tarikan pelancong terutama bagi
mereka yang ingin mengambil gambar berlatarkan menara sejarah ini.

Pantai Tanjung Aru


Bandaraya Kota Kinabalu sememangnya sinonim dengan Pantai Tanjung Aru yang
terkenal sejak dari dulu lagi. Pesisiran pantai ini menjadi pilihan utama orang ramai
untuk beriadah, berjogging, berjalan-jalan, mandi-manda serta barbeku bersama
keluarga atau sahabat handai setiap hari. Pantai Tanjung Aru menjadi sesak
terutamanya pada hujung minggu kerana biasanya akan terdapat aktiviti yang
dijalankan oleh kumpulan-kumpulan tertentu seperti sukaneka dan sebagainya.
Kanak-kanak juga meminati tempat ini kerana mereka berpeluang untuk mandi,
bermain layang-layang, belon buih dan sebagainya. Untuk pengetahuan pembaca,
pelbagai jenis layang-layang dijual di kawasan ini. Walaubagaimanapun, ibubapa
perlu mengawasi anak-anak mereka yang mandi di tepi pantai kerana terdapat obor-
obor yang boleh menyebabkan kecederaan akibat sengatannya.

Menara Tun Mustapha


Lokasi Menara Tun Mustapha adalah lebih kurang 5 kilometer atau 15 minit
perjalanan daripada pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Menara ini merupakan Ibu
Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah juga merupakan salah satu daripada 4 bangunan
di dunia yang menggunakan teknologi “bangunan tergantung”. Bangunan ini siap
dibina sepenuhnya pada tahun 1976 dan dinamakan sempena ketua menteri sabah
yang ketiga, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun. Bangunan ini
berketinggian 30 tingkat dan sering menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar
dan merasakan suasana restoran berputar di tingkat 18 bangunan ini. Musah sahaja
untuk mengenali tempat menarik ini kerana anda boleh melihat bangunan ini dari
pesisiran pantai jalan Kota Kinabalu ke Universiti Malaysia Sabah atau paling mudah
adalah dengan menggunakan Google Maps.

Muzium Sabah
Muzium Negeri Sabah merupakan tempat menarik yang paling utama dan berbaloi
untuk dikunjungi jika anda berada di Kota Kinabalu. Dengan keluasan 17 hektar,
tempat bersejarah ini menempatkan bangunan muzium, etanobotani dan sebuah
kampung warisan. Terdapat pelbagai artifak dan bahan bersejarah ditempatkan di
dalam dan luar bangunan untuk tatapan umum. Muzium ini dibuka setiap hari
bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Yuran kemasukan sebanyak RM
2.00 dikenakan kepada orang dewasa dan percuma bagi kanak-kanak dibawah 5
tahun.
Jesselton Point Waterfront

Terletak di pusat bandar Kota Kinabalu, Jesselton Point Waierfront merupakan salah
satu daya tarikan utama di Bandaraya ini. Selain dari pusat pengangkutan utama feri
ke Taman Tunku Abdul Rahman, tempat ini mempunyai bangunan dengan binaan
yang unik, pondok telefon antik, gerai-gerai tepi laut dan laluan pejalan kaki diatas
air. Di sini, pengunjung bebas berjalan-jalan dan bersantai sambil memesan
makanan dan minuman di gerai serta menikmati suasana pemandangan tepi laut
yang indah terutamanya pada waktu senja.

Taman Hidupan Liar Lokawi


Jika anda berada di Kota Kinabalu, Taman Hidupan Liar Lok Kawi adalah tempat
menarik yang perlu anda kunjungi. Dengan kawasannya yang sangat luas, disini
anda boleh melihat pelbagai spesis haiwan yang dilindungi seperti ular, burung,
unggas, musang, pelbagai spesis rusa dan sebagainya. Taman hidupan liar ini
terletak di jalan lama Penampang- Papar. Ianya mengambil masa kira-kira 30 minit
atau sejauh 21 km perjalanan daripada pusat bandar iaitu Kota Kinabalu. Untuk
panduan lokasi tempat ini, anda boleh bekunjung ke pautan ini.

Mari Mari Cultural Village


Bagi mereka yang ingin merasai keunikan cara hidup suku etnik di Sabah iaitu,
Bajau, Dusun, Murut, Lundayeh dan Rungus, maka tempat ini sangat seuai untuk
anda. Keadaan persekitaran tempat ini sangat unik kerana, rumah-rumah yang
dibina adalah berasaskan kebudayaan masyarakat suku etnik di Sabah. Di sini,
anda boleh merasai serta menghayati suasana kehidupan sebenar masyarakat etnik
di sabah. Mereka akan menunjukkan bagaimana menghasilkan api menggunakan
buluh, demonstrasi tatoo dan melihat cara hidup serta adat mereka. Mari Mari
Cultural Village terletak di Kionsom, Inanam. Bagi anda yang berminat untuk pergi
ketempat ini. Sila kunjungi pautan berikut untuk paduan lokasi. Untuk sampai ke
tempat ini, anda perlu menempuh perjalanan sejauh kira-kira 20 Km atau lebih
kurang 35 minit perjalanan.
Signal Hill Observatory Platform

Tempat ini pula adalah terletak di pusat bandar Kota Kinabalu, terletak di tempat
yang tinggi dan sesuai untuk melihat persekitaran bandaraya Kota Kinabalu
terutamanya pada waktu senja. Anda hanya perlu berjalan kaki atau menaiki teksi
untuk pergi ke tempat ini. Pihak infosantai menyarankan agar anda menaiki teksi
kerana mereka sangat arif dan tahu selok belok di sekitar Kota Kinabalu.
Disebabkan tempat yang sedikit terpencil, anda dinasihatkan berhati-hati, pergi ke
tempat ini secara berkumpulan atau seeloknya pada waktu siang bagi mengelakkan
sebarang perkara yang tidak diingini.
Double Six Monumen

Double Six Monumen terletak di Sembulan, Kota Kinabalu. Monumen ini dibina
sempena memperingati tragedi menyedihkan melibatkan Pejuang Sabah, iaitu Tun
Mohd. Fuad Stephens dan 6 Menteri Sabah yang terbunuh dalam kejadian
helikopter terhempas pada 6 Jun 1976. Tempat ini dijaga dengan baik dan menjadi
tumpuan pengunjung untuk dijadikan latar belakang photo kenangan.

Pasar Makan Malam


Setelah sehari suntuk berjalan-jalan, pastinya hari tidak lengkap tanpa diisi dengan
makan malam yang menyelerakan. Bagi anda yang tercari-cari tempat sesuai dan
murah untuk makan malam, maka Pasar Makanan Malam Kota Kinabalu merupakan
tempat yang paling strategik dan sesuai bagi anda yang menginap di sekitar
bandaraya Kota Kinabalu. Lokasi tempat makan malam ini hanya bersebelahan
dengan Pasar Filipino. Untuk Lokasi yang lebih jelas, sila kunjungi pautan ini.

Zip Borneo
Bagi peminat aktiviti lasak, bagaimana jika anda mencuba aktiviti lasak di Zip Borneo
yang terletak di Tamparuli, Sabah. Tempat ini menyediakan aktiviti mencabar flying
fox, abseilingdan high ropes challenges yang mana sangat sesuai untuk aktiviti
keluarga dan kanak-kanak berumur 6 tahun dan keatas. Sememangnya aktiviti ini
sangat menarik dan suda pasti memberikan kepuasan terutamanya kepada peminat
sukan lasak. Untuk memudahkan proses tempahan, anda perlu menghubungi
pihak Zip Borneo terlebih dahulu. Untuk sampai ke destinasi ini, anda perlu
menempuh perjalanan sejauh 45 km atau sejam memandu daripada Pusat Bandar.
Nature Reserve at Shangri-La’s Rasa Ria Resort
Jika anda mempunyai bajet besar bagi percutian anda di sekitar Kota Kinabalu,
bagaimana jika anda menginap di Shangri-La’s Rasa Ria Resort ? disamping
ber ‘spa‘, anda juga boleh berjalan-jalan di sekitar tempat ini yang menyediakan trek
jungle trekking, dimana anda boleh melihat keindahan alam, burung-burung,
binatang kecil seperti tupai dan sebagainya yang ada di kawasan seluar 64 ekar ini.
Kawasan yang berbukit menjadikan tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti rekreasi
anda. Untuk sampai ke tempat ini, anda perlu memandu sejauh 33 km atau lebih
kurang 45 minit perjalanan.
Kokol Haven Resort (Bukit Kokol)

Anda inginkan tempat yang sejuk, nyaman dan jauh daripada kesibukan kota ?
bagaimana jika anda pergi ke Kokol Haven Resort ? Tempat ini sememangnya
sangat terkenal dan menjadi buah mulut penduduk setempat disebabkan
keindahannya yang tersendiri. Lihat sahaja gambar diatas, indah bukan ?, Walaupun
kos untuk anda menginap di tempat ini sedikit mahal, namun pasti ianya dibayar
dengan kepuasan dan keindahan tempat ini terutamanya pada waktu senja. Atau,
paling tidak pun, anda boleh pergi ke tempat ini dengan tujuan mengambil angin dan
menikmati suasana petang tanpa perlu menginap di hotel yang disediakan. Anda
juga boleh menikmati makan malam anda sambil menghayati keindaahan suasana
matahari terbenam. Untuk sampai ketempat ini anda perlu menempuhi perjalanan
sejauh kira-kira 30 km atau 50 minit perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu. Sila
klik pautan ini untuk memudahkan pemanduan anda.
Kota Kinabalu Wetland Centre

Sebelum ini, tempat ini dikenali sebagai Kota Kinabalu City Bird Sanctuary. Tempat
menarik ini hanya sejauh kira-kira 5 km sahaja dari pusat bandar. Tempat ini
merupakan kawasan hutan bakau berkeluasan kira-kira 60 ekar. Titian sepanjang
1.5 km dibina khas untuk pengunjung bagi menikmati udara segar, melihat burung-
burung dan juga binatang kecil. Terdapat lebih kurang 80 spesis burung di sekitar
kawasan paya bakau ini. Bagi kemudahan lokasi pemanduan ke tempat ini, sila
kungungi pautan ini.

Akuarium Muzium Marin


Kompleks Akuarium-Muzium-Marin Universiti Malaysia Sabah menempatkan
hidupan marin yang indah dan berwarna-warni dan sudah tentunya menjadi tarikan
pengunjung setiap hari. Untuk pergi ke tempat ini, pengunjung perlu menempuh
perjalanan sejauh 3 km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Perlu diingatkan bahawa
tempat ini dibuka pada masa tertentu sahaja iaitu pada hari Isnin hingga Khamis dan
Sabtu, waktu operasi ialah 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.00 petang hingga
4.00 petang. Pada hari Jumaat, waktu operasi ialah pukul 9.30 pagi hingga 11.30
pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang. Tempat ini ditutup pada hari Ahad.

Para pengunjung akan mengalami suasana yang mengujakan di seksyen akuarium


kerana mereka berpeluan bersemuka dengan hidupan laut dan dihiburkan dengan
sifat-sifat unik karang hidup, kima, timun laut, landak laut, udang, ikan serta penyu
dan sebagainya. Anda boleh menggunakan google map sebagai panduan untuk
pemanduan ke tempat menarik ini

Perdana Park
Perdana Park seluas kira-kira 18 ekar ini merupakan salah satu daya tarikan di
Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Di taman ini, anda boleh melihat air pancut berirama
seawal pukul 7.00 malam. Selain itu, Perdana Park juga menyediakan trek untuk
berjogging, taman permainan kanak-kanak serta persekitaran yang indah ditumbuhi
oleh pokok dan rumput menghijau. Di sini, terdapat juga terdapat bangunan yang
menempatkan tandas awam, kedai makan, Secret Recipe dan sebagainya.
Untuk pergi ke tempat ini, pengunjung perlu memandu sejauh 7 km. Sila
gunakan google map bagi pandu arah ke tempat ini.

Water Front
Perdana Park terletak di pusat bandaraya Kota Kinabalu berdekatan dengan pasar
makan dan Pasar Filipina. Tempat ini sangat sesuai untuk bersantai, berehat dan
begambar. Biasanya jumlah pengunjung menjadi sangat ramai terutamanya
menjelang senja.
Water World Theme park
Water World Theme Park terletak di Taman Tun Fuad Stephen, Bukit Padang.
Tempat ini sangat sesuai bagi anda yang telah berkeluarga. Tempat menarik ini
dibuka bermula pukul 12.00 tengahari sehingga pukul 7.00 petang pada hari Isnin
hingga Jumaat dan seawal jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam pada hari Sabtu dan
Ahad. Yuran masuk adalah RM 10 bagi orang dewasa dan RM 5.00 bagi kanak-
kanak dibawah 12 tahun. Pihak pengurusan taman air juga menyediakan pakej bagi
ibubapa yang ingin mengadakan sambutan hari jadi anak mereka di sini. Sila
hubungi pihak pengurusan taman untuk keterangan lebih lanjut. Pelbagai
kemudahan disediakan terutamanya kepada kanak-kanak seperti gelungsur air,
kerusi santai dan sebagainya.
TEMPAT BERSEJARAH DI SABAH

TRAGEDI DOUBLE SIX

Tragedi double 6 adalah nahas kapal terbang yang terjadi pada 6.6.1979 yang melibatkan enam
orang pemimpin sabah.Ketua menteri sabah iaitu Tun Fuad Stephent yang bertanggung jawab atas
penyatuan sabah ke dalam malaysia.Isu royalti minyak ketika itu masih dalam perbincangan ,tetapi
malangnya menteri-menteri kabinet bersama ketua mereka mati dalam tragik.

KAWAT MAUT SANDAKAN

Kawat maut sandakan adalah antara kejadian terburuk dalam siri kejadian kes jenayah perang jepun
yang mengakibatkan kematian sehingga 3,600 orang hamba kerahan indonesia dan 2,400 tahanan
perang british yang ditahan oleh askar jepun semasa perang pasifik iaitu semasa perang dunia ke-2,
di kem penjara di borneo utara. Dari keseluruhan tawanan yang ditahan di kem tersebut semasa
perbarisan,hanya 6 yang diketehui terselamat selepas perperangan.
Tidak lain dan tidak bukan ialah Kundasang War Memorial.

Pintu masuk
Pemandangan naik ke atas

Mari. Saya nak ceritakan serba-serbi sejarah tentang tempat ini.

‘War Memorial Kundasang merupakan memorial yang pertama dibina pada


tahun 1962 bagi memperingati keberanian tahanan perang dunia kedua
berbangsa British dan Australia yang mati semasa dikerah berjalan dari
Sandakan ke Ranau. Memorial ini juga dibina untuk memperingati penduduk di
Utara Borneo suatu ketika dulu yang sanggup mengadai nyawa untuk sama-
sama membantu tahanan perang ketika itu.’

Bayangkan betapa jauhnya mereka dipaksa untuk berjalan kaki dari Sandakan
ke Ranau. Jauhnya kira-kira dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Memang sengsara
jika difikirkan. Sedangkan jarak dengan menaiki kereta sudah terasa
kejauhannya, apatah lagi dengan hanya berjalan kaki. Cuma beberapa orang
sahaja yang terselamat ketika mereka sampai di Ranau dari beratus orang
tahanan perang. Mereka melarikan diri ke hutan dan dirawat oleh penduduk
tempatan. Sedih.

Tempat ni memang cantik. Seni binanya kebanyakannya berunsurkan barat.


Seperti gaya istana lama orang putih. Banyak tembok dan tugu peringatan yang
kita akan lihat di sini. Bayaran untuk masuk ialah RM 2.00 sahaja untuk orang
dewasa. Kami menaiki tangga untuk masuk ke dalam sambil melihat tumbuh-
tumbuhan indah di sekeliling. Sampai saja di dalam, kami pergi ke sebuah
pondok khas yang memaparkan cerita dan sejarah tentang memorial ini dan juga
kisah Death March. Memang menakutkan jika dibayangkan peristiwa yang
berlaku ketika itu. Saya dan Denny mengambil masa sebentar untuk membaca
semua info yang dipaparkan di pondok ini.Interesting!

TUGU PERINGATAN MAT SALLEH

Anda mungkin juga menyukai