Anda di halaman 1dari 5

JOM PI SABAH

Tentatif Percutian ke Sabah

Bila bercakap pasal Kota Kinabalu, Sabah, perkara pertama terlintas di fikiran kita adalah sudah
tentu Gunung Kinabalu yang tinggi, pulau-pulau yang cantik, dan juga makanan laut yang segar dan
murah! Ungkapan yang berbunyi, ‘Boleh bah, kalau kau’, sesuatu yang cukup popular di Sabah yang jika
diterjemahkan dalam bahasa anak muda di semenanjung, ia berbunyi, ‘engko punya pasal, tak de hal lah
bro’ atau dalam erti kata lain kita bersetuju atas tindakan sahabat kita itu.

Sedikit Informasi Tentang Sabah

Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri
kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang
terbesar di dunia. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Ia
juga popular dengan panggilan KK sahaja. Sabah juga sering dirujuk sebagai “Negeri di Bawah
Bayu” kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.

KUALA LUMPUR - KOTA KINABALU - KUNDASANG


Ketibaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu
anda akan dijemput oleh wakil syarikat dan
bergerak ke Menara Yayasan Sabah (juga
dikenali Menara Tun Mustapha). Kemudian
melawat dan Masjid Terapung yang terkenal
kerana kelihatan seolah terapung dipermukaan
air. Singgah di Jambatan Tamparuli yang
HARI
PERTAMA

merupakan simbolik pekan Tamparuli. Selepas


itu, bertolak terus ke Kundasang (2 jam
perjalanan). Singgah sebentar di Pekan Nabalu
sebelum ke Kinabalu National Park untuk
bergambar berlatarkan Gunung Kinabalu.
Kemudian anda akan dibawa ke Pekan
Kundasang dan check in di penginapan.

KUNDASANG – KOTA KINABALU


Anda akan dibawa melawat Desa Cattle Farm
yang dipanggil New Zealand Sabah kerana
pemandangannya. Seterusnya, melawat ke
Sabah Tea Garden dan Luanti Fish Spa untuk
pengalaman Spa ikan di sungai nyaman. Anda
juga akan melawat Poring Hot Spring &
pengalaman Canopy Walk di hutan Kinabalu
HARI sebelum bertolak ke Kota Kinabalu. Setelah tiba
KEDUA di Kota Kinabalu, anda akan dibawa melawat
Signal Hill dimana anda boleh melihat
pemandangan penuh bandaraya Kota Kinabalu
dan akhir sekali, menikmati pemandangan
matahari terbenam di Tanjung Aru. Makan
malam Seafood di Todak Seafront (optional).
Check in di penginapan.
MENEROKAI TAMAN LAUT
Pulau Manukan
Pulau ini terletak kira-kira 30 minit dari Kota
Kinabalu. Pulau yang termasuk dalam Taman
Laut Tunku Abdul Rahman ini ada pantai putih
yang cukup panjang – iaitu 1.5 km ketika air
surut. Kalau anda baru tiba ke sini, anda pasti
terpesona dengan air laut yang cukup jernih jika
dibandingkan dengan air laut yang keruh di
pantai Semenanjung.

Pulau Sapi
Pulau sapi sangat istimewa kerana merupakan
pulau yang paling ramai dikunjungi oleh
pelancong luar berbanding pulau-pulau lain
dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman
saperti Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau
Mamutik, Pulau Sulug. Pulau Sapi terkenal
dikalangan pelancong Korea dan pelancong dari
HARI negara Cina. Ini kerana pulau Sapi terkenal
KETIGA dengan air lautannya yang bewarna hijau kebiru-
biruan atau. Warna tersebut dikenali sebagai
warna turqoise.

Pulau Mamutik
Airnya cetek jadi untuk snorkeling, memang
kurang ideal. Disebabkan ia pulau yang paling
kecil antara pulau-pulau yang ada di kawasan
taman laut ini, ia juga kurang popular. Tapi
disebabkan ia dekat dengan bandar, anda boleh
nampak bangunan pekan KK dari sini. Kapal
terbang turun naik pun anda boleh tengok.

Pulau Gaya
Pulau ini cukup strategik kerana berdekatan
Kota Kinabalu. Sesiapa sahaja boleh melancong
dan berkelah di Pantai Pulau Gaya yang indah
ini. Terdapar pelbagai tempat menarik untuk
melancong di pulau ini. Menariknya di pulau ni
semua penempatan di atas air, termasuk
sekolah, masjid dan lain-lain lagi. Uniknya
terdapat padan bola tenggelam timbul.
KK - KUALA LUMPUR
Checkout penginapan dan anda akan dibawa ke
Pasar Filipin serta untuk pembelian
cenderamata sebelum bertolak ke Lapangan
terbang kota kinabalu. Membeli belah di lokasi
HARI
pilihan, Pasar Budaya (Kota Kinabalu Central
KEEMPAT
Market), barangan kraftangan keropok &
kerepek tempatan serta makanan laut kering
(Sinsuran), kraftangan tekstil, mutiara Sabah &
eksesori wanita muslimah. Seterusnya bertolak
ke KKIA

Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan dan pindaan.

http://www.wasap.my/60193594388

Anda mungkin juga menyukai