Anda di halaman 1dari 13

12 PULAU CANTIK DI

SABAH
A. PULAU YANG POPULAR DI SABAH
Ada sebab pulau-pulau ini popular. Ini kerana terdapat banyak kemudahan dan
resort yang disediakan. Perjalanan juga agak mudah jika ingin ke sini. Jadi, sebagai
pelancong, anda tidak perlu risau jika bercadang melawat pulau-pulau menarik di
Sabah ini.

Pulau-pulau ini juga sungguh popular kerana banyak mendapat promosi dan
publisiti.  Informasi tentang pulau-pulau ini juga mudah dijumpai di Internet

1. PULAU MANUKAN, KOTA KINABALU, SABAH

Pulau Manukan adalah pulau yang paling popular di kawasan Kota Kinabalu. Pulau
ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang baik di pantai selatan. Pantai
yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau
Manukan terdapat terumbu karang yang sangat sesuai untuk diselam.

Daripada 5 pulau yang termasuk dalam Taman Tunku Abdul Rahman, pulau ini
mempunyai kemudahan pelancongan yang paling maju dengan terdapat 20 unit
chalet, rumah kelab, dan beberapa restoran dan pusat menyelam.
Taman Tunku Abdul Rahman meliputi lima buah pulau, iaitu Pulau Gaya, Pulau
Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, dan Pulau Sulug dengan keluasan keseluruhan
4,929 hektar serta jaraknya dari Kota Kinabalu antara tiga hingga lapan kilometer.

Pulau-pulau ini merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis tumbuhan dan


haiwan termasuk sejenis burung yang paling ganjil iaitu Burung Tambun atau
Megapode yang kelihatan seakan-akan seekor ayam tetapi mempunyai kaki yang
besar dan mengeluarkan bunyi seperti kucing.

2. PULAU MABUL, SEMPORNA, SABAH

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini
terkenal kerana dekat dengan pulau Sipadan.

Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu
karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana banyaknya makanan plankton .
Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut
Sulawesi. Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti ‘scuba diving’.

banyak sekali hidupan eksotik seperti sotong kurita,cephalopods,udang


geragau,ketam,rumpai laut lain.

3. PULAU SIPADAN, SEMPORNA, SABAH


Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah
bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya
pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari
dasar laut.

Kalau tak pernah lihat ikan jerung, anda pasti akan berjumpa secara ‘live’ kerana ia
adalah hidupan laut yang biasa dijumpai di sini. Jika sudah berada di Pulau Mabul,
perjalanan ke Pulau Sipadan hanya mengambil masa 15 minit sahaja.

4. PULAU SAPI, KOTA KINABALU, SABAH


Pulau Sapi adalah pulau yang terletak di Taman Tunku Abdul Rahman. Pulau Sapi
dibangunkan dengan kemudahan pelancong yang termasuk jeti, perlindungan
berkelah, tempat memanggang, meja, bilik persalinan, dan bilik air.

Jika singgah di jeti Jesselton Point dan tidak tahu pulau mana yang ingin dikunjungi,
selain Pulau Manukan, kami cadangkan anda pergi Pulau Sapi. Pakej lebih kurang
sama, tidak ada banyak beza.Hati-hati bila mandi di Pulau Sapi kerana ada jellyfish

5. PULAU TIGA, KOTA KINABALU, SABAH


Pulau Tiga adalah sebuah pulau yang tidak dihuni oleh manusia yang terletak di Laut
China Selatan, dekat pesisir pantai barat Sabah, Malaysia.

Pulau ini terbentuk pada 21 September 1897 ketika gempa bumi yang melanda
Mindanao menyebabkan letusan gunung berapi dekat Borneo.

Pulau Tiga terkenal sebagai lokasi pengambaran rancangan TV realiti Survivor yang
pertama. Menurut daryl dari blog Tourism Malaysia, selepas mendarat di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, beliau naik van selama 2 jam ke Kuala
Penyu. Dipetik dari blog daughterofdestiny, dari Kuala Penyu pula, perjalanan
dengan speedboatpula hanya mengambil masa 30 minit.

B. PULAU YANG KURANG POPULAR DI SABAH


Ada sebab pulau-pulau ini kurang popular dan tidak diketahui ramai. Mungkin
kerana kurang promosi oleh media arus perdana tentang pulau-pulau yang menarik
di Sabah.

Juga mungkin kerana tidak terdapat banyak kemudahan dan resort yang disediakan.
Lebih-lebih lagi, ada antara pulau-pulau ini yang hanya menjadi kampung dan bukan
untuk dikomersilkan. Jadi, jika tidak mengharapkan resort mewah dah boleh hidup
ala kadar, tempat ini amat sesuai untuk anda.

Tambahan lagi, sukar untuk mendapat maklumat tentang pulau-pulau ini di Internet, 
1. PULAU BOHEY DULANG, SEMPORNA, SABAH

Pulau ini juga dikenali dan dipanggil Pulau Bohaydulong atau Pulau Bohidulong.
Jarak perjalanan dari bandar Semporna lebih kurang 30 minit, dengan menaiki bot.
Pulau Bohey Dulang ialah satu daripada 8 pulau dalam  Tun Sakaran Marine Park.

2. PULAU KAPALAI, SEMPORNA, SABAH


Pulau Kapalai terletak lebih kurang 15 kilometer dari Pulau Sipadan. Ia adalah syurga
bagi penggemar sukan skuba dan snorkeling. Pulau Kapalai juga adalah destinasi
yang sangat sesuai untuk bulan madu.

Biasanya, ramai orang akan pergi ke Pulau Mabul-Pulau Sipadan-Pulau Kapalai-Pulau


Bohey Dulang

3. PULAU BANGGI, KUDAT, SABAH


Pulau Banggi ini adalah pulau terbesar di Malaysia. Lebih besar dari Langkawi dan
Pulau Pinang!

4. PULAU BUM BUM, SEMPORNA, SABAH


Pulau Bum Bum terletak berhampiran dengan perairan Semporna, Kunak dan Lahad
Datu. Dikatakan juga, saiz Pulau Bum Bum lebih kurang sebesar Singapura.

Walaupun Pulau Bum Bum bukanlah sebuah pulau pelancongan, airnya masih lagi


crystal clear. Percutian ke Semporna tidak sempurna jika tidak singgah ke sini.

5. PULAU MATAKING, SEMPORNA, SABAH

Tidak perlu cakap banyak, lihat gambar sahaja sudah buat mulut kita terlopong.
Malah terdetik di hati, benarkah ada pulau sebegini di Malaysia?

Jika terlalu banyak kerja di pejabat, ambil cuti dan hilangkan stress di sini. Bila
sudah sampai Pulau Mabul, jangan lupa singgah ke Pulau Mataking. Mungkin kena
sewa bot yang agak mahal, tetapi sangat-sangat berbaloi.

6. PULAU TIMBA TIMBA, SEMPORNA,SABAH


Ini sememangnya pulau yang jarang dikenali ramai. Jikalau anda cuba Google untuk
mencari maklumat, pasti anda akan kecewa. Nasib baik ada yang sudi berkongsi
gambar ketika beliau pergi island hopping ke sana.
Pulau Timba Timba terkenal dengan pantainya yang cantik dan hidupan laut yang
jarang dijumpai. Juga ada warna 3 layer yang sangat cantik.

Hidupan lautnya termasuk sotong besar, ular laut dan ikan jerung kecil. Selain itu,
penyu juga selalui dijumpai di sini. Antara yang lain ialah udang kara, blue ribbon
eels, moray eels, barracudas dan large coral trout.

7. PULAU SIBUAN, SEMPORNA, SABAH

Walaupun namanya sama, ini bukan Pulau Sibu yang terletak di  Mersing, Johor.
Pulau Sibuan termasuk dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran.

Pulau ini berpenghuni dengan etnik Bajau Laut. Ada yang bersetuju, bercerita
tentang pulau-pulau di Semporna lebih menarik dari tempat lain. Dikatakan
lagi Pulau Sibuan adalah tempat pilihan diver sebelum Pulau Sipadan menjadi
terkenal.

Air di sini, katanya sangat jernih. Sekejap hijau, sekejap biru. Suasana sekeliling
pula, bagaikan dalam filem yang dibuat-buat, padahal ia adalah yang semulajadi.

Ini cuma sebahagian dari pulau-pulau yang menarik di Sabah. Sebenarnya, banyak
sangat tempat percutian menarik di Malaysia, lebih-lebih lagi di negeri Sabah.
Cuma ramai antara kita tidak tahu kerana kurang publisiti dan promosi di media
massa. Buat apa pergi ke Maldives jika pantai dan pulau di Malaysia adalah
setanding?

Anda mungkin juga menyukai