Anda di halaman 1dari 4

Tentatif Percutian ke Sabah

Bila bercakap pasal Kota Kinabalu, Sabah, perkara pertama terlintas di fikiran kita adalah
sudah tentu Gunung Kinabalu yang tinggi, pulau-pulau yang cantik, dan juga makanan laut yang
segar dan murah! Ungkapan yang berbunyi, ‘Boleh bah, kalau kau’, sesuatu yang cukup popular
di Sabah yang jika diterjemahkan dalam bahasa anak muda di semenanjung, ia berbunyi, ‘engko
punya pasal, tak de hal lah bro’ atau dalam erti kata lain kita bersetuju atas tindakan sahabat kita
itu.

Sedikit Informasi Tentang Sabah

Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan
negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu
pulau ketiga yang terbesar di dunia. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya
dikenali sebagai Jesselton. Ia juga popular dengan panggilan KK sahaja. Sabah juga sering
dirujuk sebagai “Negeri di Bawah Bayu” kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat
strategik di bawah laluan angin monsun.

ALOR SETAR – KUALA LUMPUR - KOTA KINABALU


HARI
PERTAM Berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar dan transit di KLIA
A 2. Seterusnya ke Kota Kinabalu
KOTA KINABALU - KUNDASANG
Ketibaan di Lapangan Terbang Kota
Kinabalu anda akan dijemput oleh wakil
syarikat dan bergerak ke Menara Yayasan
Sabah (juga dikenali Menara Tun Mustapha).
Kemudian melawat dan Masjid Terapung
HARI yang terkenal kerana kelihatan seolah
KEDU terapung dipermukaan air. Singgah di
A Jambatan Tamparuli yang merupakan
simbolik pekan Tamparuli. Selepas itu,
bertolak terus ke Kundasang (2 jam
perjalanan). Singgah sebentar di Pekan
Nabalu sebelum ke Kinabalu National Park
untuk bergambar berlatarkan Gunung
Kinabalu. Kemudian anda akan dibawa ke
Pekan Kundasang dan check in di
penginapan.
KUNDASANG – KOTA KINABALU
Anda akan dibawa melawat Desa Cattle
Farm yang dipanggil New Zealand Sabah
kerana pemandangannya. Seterusnya,
melawat ke Sabah Tea Garden dan
Luanti Fish Spa untuk pengalaman Spa ikan
di sungai nyaman. Anda juga akan melawat
Poring Hot Spring & pengalaman Canopy
HARI Walk di hutan Kinabalu sebelum bertolak ke
KETIG Kota Kinabalu. Setelah tiba di Kota
A Kinabalu, anda akan dibawa melawat Signal
Hill dimana anda boleh melihat
pemandangan penuh bandaraya Kota
Kinabalu dan akhir sekali, menikmati
pemandangan matahari terbenam di
Tanjung Aru. Makan malam Seafood di
Todak Seafront (optional). Check in di
penginapan.
MENEROKAI TAMAN LAUT
Pulau Manukan
Pulau ini terletak kira-kira 30 minit dari Kota
Kinabalu. Pulau yang termasuk dalam
Taman Laut Tunku Abdul Rahman ini ada
pantai putih yang cukup panjang – iaitu 1.5
km ketika air surut. Kalau anda baru tiba ke
sini, anda pasti terpesona dengan air laut
yang cukup jernih jika dibandingkan dengan
air laut yang keruh di pantai Semenanjung.

Pulau Sapi
Pulau sapi sangat istimewa kerana
merupakan pulau yang paling ramai
dikunjungi oleh pelancong luar berbanding
pulau-pulau lain dalam Taman Marin Tunku
Abdul Rahman saperti Pulau Gaya, Pulau
Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulug.
HARI Pulau Sapi terkenal dikalangan pelancong
KEEMPAT Korea dan pelancong dari negara Cina. Ini
kerana pulau Sapi terkenal dengan air
lautannya yang bewarna hijau kebiru- biruan
atau. Warna tersebut dikenali sebagai warna
turqoise.

Pulau Mamutik
Airnya cetek jadi untuk snorkeling, memang
kurang ideal. Disebabkan ia pulau yang
paling kecil antara pulau-pulau yang ada di
kawasan taman laut ini, ia juga kurang
popular. Tapi disebabkan ia dekat dengan
bandar, anda boleh nampak bangunan
pekan KK dari sini. Kapal terbang turun naik
pun anda boleh tengok.
Pulau Gaya
Pulau ini cukup strategik kerana berdekatan
Kota Kinabalu. Sesiapa sahaja boleh
melancong dan berkelah di Pantai Pulau
Gaya yang indah ini. Terdapar pelbagai
tempat menarik untuk melancong di pulau ini.
Menariknya di pulau ni semua penempatan di
atas air, termasuk sekolah, masjid dan lain-
lain lagi. Uniknya terdapat padan bola
tenggelam timbul.
KK - KUALA LUMPUR – ALOR SETAR
Checkout penginapan dan anda akan dibawa
ke Pasar Filipin serta untuk pembelian
cenderamata sebelum bertolak ke Lapangan
HARI terbang kota kinabalu. Membeli belah di
KELIM lokasi pilihan, Pasar Budaya (Kota Kinabalu
A Central Market), barangan kraftangan
keropok & kerepek tempatan serta makanan
laut kering (Sinsuran), kraftangan tekstil,
mutiara Sabah & eksesori
wanita muslimah. Seterusnya bertolak ke
KKIA untuk menaiki pesawat ke Kuala
Lumpur. Sesampai di KLIA kita transit
sebentaraneo deleted dan transit. Seterusnya
ke Alor Setar.

Anda mungkin juga menyukai