Anda di halaman 1dari 12

ASAL- USUL DAN LATAR BELAKANG BANDAR PEKAN

Sejarah Pahang mempunyai pertalian yang begitu erat sekali dengan sejarah
Pekan kerana Pekan pada suatu ketika dahulu merupakan bandar dan daerah yang
terpenting dalam negeri Pahang. Di sinilah letaknya pusat pemerintahan negeri dan
sultan-sultannya telah mula menetap di bandar ini sejak turun-temurun lagi. Hal ini
membuktikan bahawa sememangnya sejarah Pahang dan sejarah Pekan tidak dapat
dipisahkan.1
Bandar Pekan dikatakan telah wujud sejak abad ke 17. Mengikut pendapat orang
dahulu, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil bunga pekan
yang banyak tumbuh di tebingnya. Namun begitu ada juga yang berpendapat bahawa
Pekan mendapat namanya dari pengertian perkataan bandar, pasar atau tempat orang
berjual beli.
Pada zaman pemerintahan Melaka, dalam tahun 1470, Sultan Mansur Syah
telah menghantar putera baginda, Muhammad Syah untuk memerintah Pahang.
Dahulunya Pahang dikenali sebagai Inderapura. Pahang dahulunya merupakan sebuah
pusat tumpuan pedagang dari dalam dan luar negeri. Tempat yang strategik ini
menjadikan Pekan terkenal pada ketika itu. Ketika Hugh Clifford datang ke Pahang, dia
menyebut Kuala Sungai Parit tempat persemayaman Bendahara Tun Ahmad itu
sebagai 'Pekan'.
1 http://pekan98.tripod.com/sejarah/asalusul.htm
1

Pada tahun 1889, Pekan telah dijadikan sebuah daerah dan F. Belfield telah
dilantik sebagai Pegawai Daerahnya yang pertama. Pekan dijadikan ibu negeri Pahang
dari tahun 1889 hingga tahun 1898. Pekan juga terkenal sebagai sebuah bandar yang
aman, sentosa serta sentiasa menampakkan ciri-ciri bandar di raja. Pembinaan
bangunan-bangunan juga amat unik dan tersendiri terutamanya istana. Pada zaman
Sultan Abu Bakar, Istana Abu Bakar telah dibina bercirikan rekabentuk moden. Pada
zaman ini juga dibina sekolah-sekolah Arab dan Jambatan Sultan Abu Bakar yang
merentangi Sungai Pahang.
Dari segi ekonomi pula, terdapat kilang-kilang seperti Kilang Mentiga
(perkayuan), Kilang Isuzu (kenderaan) dan Kilang Ested yang juga membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk Pekan. Deretan kedai dan bank yang ada dapat
mempengaruhi keadaan ekonomi di Pekan. Walaupun terdapat kemasukan unsur-unsur
moden di kawasan bandar Pekan, namun Pekan tetap boleh dilihat dan dirasai sebagai
sebuah bandar tradisi yang tenang dan aman dengan suasana alam sekitar yang
mempersonakan.

MUZIUM SULTAN ABU BAKAR


Pada tahun 1931, putera Sultan Abdullah yang bernama Tengku Abu Bakar telah
dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang. Baginda kemudiannya menjadi Sultan
Pahang yang keempat apabila ayahandanya Sultan Abdullah mangkat pada 26 Jun
1932. Tengku Abu Bakar bergelar Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah,
ditabal pada 29 Mei 1933. Sultan Abu Bakar telah memerintah Pahang selama empat
2

puluh satu tahun dan dikenali sebagai sultan yang amat mengambil berat akan halehwal rakyat.2
Pekan merupakan sebuah bandar tua yang mempunyai banyak kesan sejarahnya.
Bandar ini juga dikenali sebagai Bandar Diraja pernah menjadi ibu negeri dan pusat
pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Muzium Sultan Abu Bakar, merupakan
sebuah bangunan lama yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Bangunan
muzium ini pada asalnya merupakan bangunan kayu dua tingkat yang dibina oleh
Inggeris pada tahun 1888 sebagai tempat kediaman Residen British Pertama di
Pahang, J.P. Rodger. Pada tahun 1898, ibu negeri Pahang dipindahkan dari Pekan ke
Kuala Lipis dan bangunan ini dijadikan tempat penginapan Residen-residen Inggeris
yang datang menjalankan tugas-tugas rasminya di bandar Pekan. Pada tahun 1929,
bangunan kayu ini digantikan dengan bangunan batu dua tingkat iaitu seperti yang
terdapat sekarang ini. Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu bangunan ini
digunakan sebagai markas pegawai- pegawai tentera Jepun.
Dalam tahun 1948, bangunan ini telah diduduki oleh DYMM Almarhum Sultan Abu
Bakar sebagai menggantikan Istana Sri Terentang. Bangunan ini kemudiannya dikenali
sebagai Istana Kota Beram yang menjadi tempat persemayaman baginda dan
menjalankan upacara-upacara yang lain. Pada tahun 1954, lantaran kedudukan ruangruang di dalam istana yang agak terhad, kerajaan negeri telah membina bangunan
tambahan untuk dijadikan balai yang dikenali dengan Balairung Seri.

2 (suraya, Pahang darul makmur. kuala lumpur: penerbitan hartamas. 1995. ms16-17)
3

Pada tahun 1970, YAB Perdana Menteri Tun Haji Abdul Razak dalam
pertemuannya ketika itu dengan penduduk Pekan telah mengusulkan agar diwujudkan
sebuah Muzium Pahang, bertujuan untuk mengumpul dan mempamerkan sejarah dan
kebudayaan negeri Pahang. Lanjutan daripada itu pada tahun 1974, kerajaan negeri
Pahang, telah mengkaji keperluan menubuhkan Muzium ini, satu Jawatankuasa Kerja
telah dibentuk bagi mengubahsuai Istana Kota Beram kepada Muzium Negeri. Muzium
ini kemudiannya dinamakan sebagai Muzium Sultan Abu Bakar bersempena istana
yang pernah menjadi tempat persemayaman baginda.
Pada tahun 1975, satu Enakmen telah diluluskan oleh Majlis Perundangan
Negeri Pahang dan diwartakan oleh Kerajaan pada 14 Ogos 1975. Melalui enakmen ini
Kerajaan negeri Pahang telah menubuhkan satu badan pentadbiran muzium yang
dikenali sebagai Lembaga Muzium Negeri Pahang yang bertanggungjawab terhadap
pengurusan Muzium ini. Pada 21 Oktober 1976, DYMM Sultan Haji Ahmad Shah,
Sultan Pahang telah berkenan menyempurnakan pembukaan rasmi Muzium Sultan Abu
Bakar. Semenjak daripada itu Muzium ini terus giat mengumpul dan mempamerkan
kesan dan tinggalan sejarah serta kebudayaan tradisional negeri Pahang. 3

GALERI PENGANGKUTAN AIR, PEKAN, PAHANG


Dalam aktiviti lawatan singkat itu,kami sempat singgah ke Galeri Pengangkutan Air
yang terletak betul-betul di hadapan Muzium Sultan Abu Bakar. Galeri ini dibuka dari
hari Selasa hingga Ahad dan ditutup pada hari Isnin.Tiada bayaran masuk yang
dikenakan untuk melawat galeri ini. Semasa kami sampai, tiada pelawat lain yang
3 http://www.arkib.gov.my/web/guest/muzium-diraja-pekan-pahang
4

berkunjung. Oleh kerana tiada pegawai di sana, kami mengambil keputusan untuk cuba
mendapatkan sendiri maklumat yang ada melalui kaedah pemerhatian dan kaedah
melayari internet. Terdapat banyak jenis perahu yang boleh didapati di sini, namun kami
hanya memilih secara rambang untuk dimasukkan ke dalam folio kami.Di bawah ini
kami paparkan beberapa jenis kolek atau perahu:
1) Kolek Ciau
2) Kolek Selat
3) Kolek Selat
4) Kolek Pengayer
5) kolek Lepap
6) Perahu Payang
Terdapat banyak pengangkutan air yang ada dan ini menunjukkan sejarah
membuktikan bahawa pentingnya penggunaan sungai sebagai laluan perjalanan
masyarakat dahulu. Oleh sebab itu, pada zaman dahulu terdapat banyak kolek ataupun
perahu yang dibina. Melalui kaedah pemerhatian kami, jenis kolek dan perahu tersebut
dibezakan dengan bentuk, dan saiz. Terdapat juga contoh rumah nelayan yang
memberi sedikit gambaran kepada kami tentang contoh- contoh rumah nelayan pada
waktu dahulu. Rumah tersebut diperbuat daripada bahan semulajadi seperti atap nipah
dan batang kayu pokok. Jelas sekali bahawa masyarakat sangat kreatif dan
memanfaatkan sumber alam semulajadi di sekeliling mereka untuk kegunaan
kehidupan mereka.
TENUNAN SONGKET
Sebagai rakyat Malaysia, kami berbangga dengan warisan dan kemahiran yang ada
pada nenek moyang kami iaitu tenunan kain. Kami melihat sendiri cara dan proses
menenun dilakukan oleh pelajar-pelajar dan tenaga pengajar di IKTPD. Kami sungguh
berbesar hati kerana diberikan tunjuk ajar oleh tenaga pengajar dan pelajar di sana.

Kain tenun Pahang dipercayai berasal dari Riau atau Sulawesi dan dibawa ke
Pahang pada abad ke-16 Masihi. Kain tenun diperkenalkan oleh seorang Pembesar
Bugis yang dikenali sebagai Tuk Tuan (Keraing Aji). Kain tenun Pahang telah menjadi
sebahagian daripada kebudayaan rakyat Malaysia terutamanya dalam upacara
kehormatan dan rasmi. Tenun Pahang di Raja dihasilkan mengikut kaedah tradisional
dengan mengekalkan kehalusan seni dan mendapat pujian barangan tradisi dari dalam
dan luar negara. Kami cukup berbangga dengan warisan seni tenun kerana ianya
diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Kain tenun Pahang biasanya digunakan untuk dijadikan kain sarung, sampan,
dan selendang. Dengan arus modenisasi kini, kain tenun Pahang dijadikan rekaan
fesyen selari dengan citarasa kini. IKTPD telah mengambil inisiatif untuk memajukan
dan mengembangkan Tenun Pahang Di Raja bagi memastikan kain tenun Pahang
akan kekal sebagai warisan seni negeri Pahang. 4
Songket dapat dianggap sebagai puncak dan lambang keindahan seni dalam kesenian
pakaian corak Malaysia yang asli sejak dahulu hingga kini. Ia mendapat tempat yang
utama dalam upacara adat dan kesenian Malaysia. Sejak daripada golongan raja dan
golongan atasan, hinggalah di peringkat masyarakat umum kain songket dipakai dalam
pelbagai bentuk pada masa yang sesuai. Kain tenun dianggap sangat bernilai sehingga
ditubuhkan IKTPD untuk mengajar masyarakat tentang cara menenun agar warisan ini
tidak dilupakan.
Menurut sejarah, pakaian rasmi raja raja Melayu adalah kain songket
selengkapnya. Dalam upacara adat kebesaran lazimnya songket ditetapkan sebagai
pakain rasmi yang mesti di patuhi. Di kalangan masyarakat umum, orang menganggap
4 http://www.pknp.gov.my/web-v1/html/produk/usahawan/usahawan-07.php
6

pakaian songket merupakan pakain utama dan adat di banggakan. Oleh sebab itu,
umumnya setiap keluarga masyarakat Melayu menyimpan sekurang-kurangnya sehelai
kain songket di rumah untuk dipakai pada masa-masa yang sesuai. Pakai pengantin
Melayu tradisi adalah dibuat daripada kain songket. Pada umumnya orang lelaki Melayu
memakai kain songket untuk dijadikan kain samping. Selain itu, lazimnya sepasang
pakaian songket berserta dengan kain sampingnya dijadikan hadiah atau cenderamata
istimewa kepada seseorang yang dianugerahkan sesuatu gelaran atau kehormatan.
Dalam upacara-upacara adat terutamanya yang berhubung dengan pelantikan rasmi,
penerima anugerah diraja atau menghadiri majlis-majlis utama, bukan sahaja orangorang yang berkenaan bahkan yang semua yang hadir dimestikan memakai pakaian
rasmi

yang

ditentukan

termasuk

pakaian

Melayu

berkain

samping

songket.

Tempat membuat kain songket di negara ini ialah di negari Pahang, Kelantan
dan Terengganu. Terdapat pereka-pereka corak kain songket yang berpengalaman dan
sangat mahir dalam perkara yang bersangkutan dengan songket. Penenun-penenun
songket terdiri daripada kaum lelaki dan wanita.
Mengikut catatan dalam sebuah buku, pada masa hampir masa empat
puluh tahun dahulu penenun songket di Pahang sahaja yang telah meningkat hingga
sampai tiga ribu orang. Antara yang jumlah yang ramai itu terdapat penenun-penenun
yang ulung dan amat luar biasa kepandaiannya mencipta dan mereka bentuk corak
songket yang halus lagi rumit iaitu mengikut bentuk dan corak yang dikehendaki oleh
ornag yang menempahnya.Lazimnya tempahan yang dibuat adalah berbentuk khusus
iaitu yang berlainan yang pernah dibuat oleh pihak pembuat pembuat songket itu.
Ahli-ahli penenun songket dan juga masyarakat umum mengakui bahawa mutu
7

songket Pahang belum dapat ditandingi oleh mana-mana songket dirantau ini. Tetapi
untuk mendapat jenis mutu yang baik, mereka terpaksa membayar dengan harga yang
agak mahal kerana harga benang sutera, pencelup dan benang emas meningkat dari
semasa ke semasa.
Pernah dikatakan bahawa harga sepersalinan songket benang emas yang
lengkap dan halus tenunannya serta tinggi mutunya meningkat sampai RM800.00 dan
mungkin kini agak lebih daripada harga itu. Bagaimanapun sehelai hargai sehelai kain
songket

memang

wajar

dengan

modal

dan

tenaga

yang

dikeluarkan

pembuatnya.Ia masih mampu dibeli oleh masyarakat umum keperluan biasa. 5

5 Asmad,Seni Pertukangan,Seni Bina dan Seni Khat


8

oleh

INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DI RAJA


Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja (IKTPD)bertempat di Kompleks Budaya Kg.
Pulau Keladi, Pekan berhampiran dengan Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak yang
merupakan Perdana

Menteri

Malaysia

Ke-2.

IKTPD adalah sebuah Institut yang menawarkan pengajian berteraskan pendidikan


vokasional.
IKTPD menawarkan program pengajian Sijil Seni Kraf Tenunan ( Tenun Pahang
DiRaja ) secara sepenuh masa.

semasa kami melawat ke IKTPD, terdapat 6 orang pelajar dan tiga orang guru. kami
diberi taklimat oleh.. kami juga diberi tunjuk ajar tentang cara-cara atau
proses menenun. namun begitu, tidak semua proses menenun ditunjukkan kepada
kami kerana kekangan masa. antara proses yang sempat ditunjukkan kepada kami
ialah menerai, menganing, menyusuk, dan menenun. namun, bagi menyiapkan tugasan

ini, kami mencari proses menenun di internet dan digabungkan dengan maklumat yang
kami dapat semasa di IKTPD. antara proses menenun ialah:
1) Menerai. iaitu proses memindahkan benang dari tongkol ke peleting. setelah
benang yang diwarnakan kering, proses memindahkan ke peleting dilakukan.
alat menerai ialah rahak dan darwin diperlukan.
2) Menganing. iaitu proses menarik benang dari peleting mengikut panjang atau
ukuran kain yang akan ditenun bertujuan menentukan panjang kain.
3) Menyusuk. iaitu proses memasukkan benang ke dalam gigi

jentera

menggunakan penyusuk. dua benang untuk satu urat gigi jentera.


4) Menolak benang ke dalam gigi jentera untuk proses menggulung benang ke
papan gulung. Apabila proses ini sempurna, benang iti dihubungkan ke karap
seterusnya diletakkan ke atas kek.
5) Proses ini dilakukan dengan gerakan loseng turun naik. Caranya dengan
menggerakkan loseng silih berganti melalui celah-celah benang loseng untuk
memasukkan benang loseng ke celah-celah karat.
6) Proses ini bermula apabila pemijak di bahagian bawah kek dipijak untuk
mengubah kedudukan benang pada loseng. Kemudian papan mengetuk
diketukkan untuk mengemas jalinan benang tadi.
RUMAH TEMPAT LAHIR TUN ABDUL RAZAK
Selepas kami melawat Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja, kami pergi ke
destinasi seterusnya iaitu Rumah Tempat Lahir Tun Abdul Razak. Tempatnya
berhampiran dengan Kompleks Budaya Kg. Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Kami tidak
dapat masuk ke dalam Rumah Tempat Lahir Tun Abdul Razak kerana kerja-kerja
membaikpulih atap yang rosak. Kami agak terkilan kerana tidak dapat memasuki rumah
tersebut. Bagi menyiapkan folio ini, kami bertanya kepada pegawai yang bertugas di
IKTPD mengenai rumah tempat lahir tersebut. selain itu, kami juga mencari maklumat
tersebut di laman sesawang. Seeloknya kami menjelaskan sedikit sebanyak tentang
10

latar belakang Tun Abdul Razak sebelum menghuraikan tentang rumah tempat lahir
beliau.
Biodata
Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein dilahirkan 11hb Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan,
Pahang. Beliau dibesarkan oleh datuknya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan, dalam
suasana kampung yang penuh disiplin.6

Di Sekolah Melayu kampung inilah Abdul

Razak mendapat pendidikan awal. Beliau terpaksa berulang-alik sejauh empat batu
dengan berjalan kaki dari rumah ke sekolah. Semasa dari sekolah rendah lagi, Tun
Abdul Razak telah menunjukkan kemampuan yang cemerlang dalam bidang pelajaran.
Setiap tahun beliau dapat menggondol hadiah-hadiah dalam kelas. Beliau dihantar ke
Maktab Melayu Kuala Kangsar dan kemudiannya ke Raffles College Singapura untuk
melanjutkan pelajarannya. Semasa di Maktab Melayu dan Raffles College itu, beliau
aktif di dalam persatuan dan aktiviti sukan.
Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB)
pada tahun 1971. Disebabkan penyakit leukemia, beliau meninggal pada tahun 1976
sewaktu mendapat rawatan perubatan di London. Beliau disemadikan di Makam
Pahlawan yang

berdekatan

dengan Masjid

Negara, Kuala

Lumpur.

Selepas

kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.7


Kami berkunjung di Perkampungan Budaya di Pulau Keladi. Terdapat banyak tempat
menarik antaranya ialah Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak, Rumah Galeri Tun Abdul
Razak, dan Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja.
Di dalam rumah tersebut, terdapat tinggalan barang-barang lama seperti keris, al-quran,
dulang, dapur, katil dan almari.
6 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/230-yab-tun-abdul-razak-bindato-hussein-1970-1976.html
7 http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Razak_Hussein
11

12

Anda mungkin juga menyukai