Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Manusia memang mementingkan sejarah dan tidak berupaya untuk melupakannya. Pemahaman
yang mendalam tentang sejarah itu sendiri akan memperlihat kepentingannya yang tidak dapat
tidak bagi masyarakat sekarang untuk menerimanya. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,
sejarah membawa maksud asal-usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku
pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-
peristiwa yang telah lalu, tawarikh.

Sejarah sememangnya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia pada
masa sekarang mahupun pada masa hadapan walaupun sesetengah masyarakat awam
berpendapat sejarah itu hanyalah rangkaian kisah lalu dan tidak perlu diungkit lagi. Pandangan
ini sememangnya tidak benar bagi golongan intelek sejarah kerana menurut mereka sejarah itu
merupakan peristiwa masa lalu yang kita harus terima ia mempunyai kegunaan, malah nilaian
tertentu, dalam kehidupan manusia.

Sejarah dikatakan penting bagi meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat


terutamanya masyarakat intelek yang beria-ia untuk mendalami kepelbagaian disiplin ilmu
pengetahuan seterusnya merakamkannya sama ada dalam bentuk bercetak, audio mahupun visual
dan ianya akan disebarluaskan ke segenap lapisan masyarakat. Menurut pendefinisian sejarah
oleh Carr, menunjukkan bahawa sejarah berfungsi untuk menyimpan dan meneruskan
pengalaman-pengalaman secara kolektif dari satu generasi ke satu generasi berikutnya dan
dengan itu berlakunya proses pembudayaan, sosialisasi dan pendidikan secara terus-menerus.

Sejarah turut berperanan dalam memberi pendidikan kepada masyarakat terutamanya


pendidikan moral. Ini dapat dibuktikan melalui peristiwa-peristiwa dalam Sejarah Melayu yang
memberi pendidikan moral kepada kita. Misalnya, salah satu faktor keruntuhan kerajaan
Singapura adalah akibat kezaliman rajanya iaitu Raja Iskandar Syah yang telah mengaibkan
rakyatnya akibat sikapnya yang membuta-tuli dengan menjatuhkan hukuman yang mengaibkan
terhadap gundik kesayangannya iaitu puteri Sang Rajuna Tapa yang difitnah.
Kepentingan sejarah juga dikatakan mematangkan minda dan diri manusia. Melalui
pengkajian sejarah maka kita akan dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan pelbagai maklumat.
Kita dapat lihat melalui sejarah kemerdekaan negara kita Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah
mempelopori langkah kemerdekaan negara kita melalui rundingan bukannya melalui
pertumpahan darah. Peristiwa ini jelas menunjukkan sumbangan tokoh-tokoh dalam
memperolehi kemerdekaan. Sumbangan mereka akan memberi keyakinan diri kepada
masyarakat untuk memperbaiki kehidupan mereka pada hari ini dan masa depan.

Seterusnya kepentingan sejarah itu sendiri adalah merupakan warisan untuk generasi
akan datang. Hal ini kerana setiap peristiwa itu mempunyai kebaikan dan keburukannya, maka
generasi baharu perlulah mentelaahnya dan mengaplikasikan dalam kehidupan yang mendatang.
Kita dapat perhatikan melalui pengamalan adat Melayu yang menerima pengaruh India dan
sesetengahnya masih diamalkan hingga ke hari ini. Pertalian adat Melayu dengan India dapat
dilihat dalam adat istiadat pertabalan iaitu Sultan duduk di atas takhta tidak bergerak-gerak
semasa upacara dijalankan. Ini adalah satu ciri sifat devaraja. Adat ini merupakan salah satu
daripada warisan untuk generasi akan datang.

Sejarah juga berkepentingan dalam memupuk perasaan ke arah mewujudkan perpaduan


sosial. Perpaduan sosial ini dikatakan menjadi salah satu daripada sebab mengapa sejarah itu
tidak dapat dilupakan kerana terdapat pelbagai peristiwa lalu yang berlaku berhubung kait
dengan konsep perpaduan. Antara peristiwa sejarah yang tidak dapat dipertikaikan lagi akan
hubung kaitnya dengan perpaduan sosial ialah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah
menyebabkan berlakunya banyak kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa serta keadaan
fizikal dan harta benda awam banyak yang musnah.

Sejarah juga tidak boleh tidak berperanan dalam pembangunan bangsa dan negara. Kita
sudah pasti akan mempertahankan kegemilangan dan pencapaian yang pernah dicapai oleh
seseorang atau oleh sesebuah negara. Kita sememangnya akan mengingati tanggal 31 Ogos 1957
dimana British telah bersetuju memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Pejuang-pejuang yang telah berjuang demi memperolehi kemerdekaan dan terkorban di medan
perang akan dikenang sampai bila-bila. Pemahaman tentang hubungan budaya yang lalu dengan
budaya masyarakat hari ini perlu untuk membuat perbandingan bagi membangunkan dan
memajukan masyarakat serta negara pada hari ini dan masa depan.

Melalui pembacaan, pengolahan, penelitian, dan pengkajian mengenai sejarah


mencetuskan satu simpulan idea yang membenarkan pernyataan bahawa manusia memang
mementingkan sejarah dan tidak berupaya melupakannya. Falsafah sejarah tidak memberi
tumpuan sama ada kepada masa lampau itu sendiri ataupun kepada tanggapan ahli
mengenainya secara tersendiri, tetapi kepada kedua-dua perkara tersebut dalam perkaitan
antara sesama mereka. Masa lampau yang dikaji oleh ahli sejarah bukanlah suatu masa lampau
yang telah mati, tetapi masa lampau yang dari beberapa segi masih hidup pada masa kini.

Sejarah Candi di Lembah Bujang


Lembah Bujang merupakan salah satu tempat di Malaysia yang mempunyai warisan dan
pembentukan tamadun terawal dalam sejarah Malaysia. Kewujudan Lembah Bujang pada
suatu masa dahulu membuktikan bahawa ianya berkembang dengan pesat sebagai pusat
perdagangan di Asia Tenggara dari kurun ke 2 hingga ke 14 Masihi melalui penemuan-
penemuan arkeologi dan pelbagai jenis artifak di situ. Pada abad ke 5 Masihi, para pedagang
dari China, India dan Timur Tengah telah mengetahui akan kewujudan sebuah Kerajaan
Melayu lama yang bertamadun tinggi di Lembah Bujang yang terkenal sebagai pelabuhan
entrepot. Kedudukan Lembah Bujang yang berada di sepanjang laluan perdagangan di antara
Lautan Mediterranean hingga ke Barat dan dari China ke Timur, telah menjadikannya sebagai
suatu pelabuhan yang strategik untuk kapal-kapal dagang singgah dan berlabuh.
Kemasyuran Lembah Bujang tersebar ke pelosok dunia. Ramai pedagang dari
pelbagai negara, bangsa dan agama telah datang ke sini untuk pelbagai tujuan. Ada antara
mereka yang bertujuan untuk berniaga, menyebarkan agama dan tidak kurang pula untuk
menjelajah dunia. Kesemua mereka ini tela meninggalkan suatu warisan di Lembah Bujang
terutamanya di dalam aspek keagamaan. Pelbagai artifak keagamaan dijumpai di sini sebagai
bukti wujudnya suatu ketamadunan yang tinggi di Lembah Bujang.
Aktiviti Harian

Definisi aktiviti ialah sesuatu yg dilakukan, kegiatan, usaha. Manakala maksud harian pula
ialah setiap hari, tiap-tiap hari. Definisi aktiviti harian ialah kegiatan atau usaha yang
dilakukan setiap hari atau tipa-tiap hari.
Dalam konteks tempat bersejarah yang saya pilih, aktiviti harian membawa maksud
kegiatan yang dilakukan masyarakat pada zaman tersebut setiap hari.
Ramai pelancong yang datang ke Lembah Bujang tertarik dengan tinggalan sejarah
di tapak arkeologi atau cari gali seperti runtuhan candi, struktur bandar dan pelabuhan
terpendam, ratusan ribu pecahan seramik, kaca dan manik dari China, Asia Barat atau Tanah
Arab serta dari India, patung-patung dan arca, batu bersurat serta peralatan yang berkaitan
dengan kehidupan masyarakat kuno. Penemuan semula semua artifak sejarah ini telah
membuktikan bahawa telah wujudnya sebuah petempatan dan kerajaan pada masa yang
lampau di Lembah Bujang. Ini membuktikan wujudnya petempatan di Lembah Bujang bermakna
wujudnya juga masyarakat setempat yang menjalankan aktiviti harian daripada aktiviti
perdagangan melalui kedatangan pedagang-pedagang asing. Itulah aktiviti harian utama yang
dijalankan oleh masyarakat kuno sewaktu itu.
Kawasan Lembah Bujang pernah dikaitkan dengan Kerajaan Kedah Tua. Kerajaan
Kedah Tua dikatakan bermula dengan pembukaan petempatan di Lembah Bujang. Lembah
bujang berkembang sebagai sebuah petempatan dan pelabuhan kerana mempunyai ciri-ciri
yang istimewa. Kebiasaannya, sesebuah tempat atau kawasan dipilih sebagai petempatan
adalah berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya ialah mudah didatangi kerana kemudahan
pengangkutan contohnya sungai dan jalan darat yang baik, terlindung daripada bencana
semulajadi dan serangan lanun serta bekalan makanan yang mudah didapati.
Gambaran Pelukis mengenai Pelabuhan Kedah Tua

Seterusnya, kedatangan pedagang-pedagang asing menjalankan kegiatan perdagangan


pada ketika itu menggalakkan lagi penduduk setempat menjalankan aktiviti harian untuk
kelangsungan hidup mereka. . Antaranya ialah pedagangan yang wujud antara China
dengan India. Ini adalah disebabkan beberapa faktor. Keadaan muka bumi Lembah Bujang
sangat sesuai sebagai sebuah petempatan kerana mempunyai pantai dan tebing di sepanjang
Sungai Merbok yang mudah dimudiki, jalan air semulajadi di sepanjang Sungai Muda dan
cerun bukit yang membolehkan pedagang berlindung. Kemudahan jalan air ini dikatakan
menarik minat pedagang-pedagang untuk singgah di Lembah Bujang. Pedagang-pedagang
terutamanya dari China akan menggunakan jalan air ini sebagai jalan pintas untuk pergi
ke pelabuhan kerajaan-kerajaan lain seperti Langkasuka dan Srivijaya. Selain itu, terdapat
juga faktor-faktor lain yang menjadikan Lembah Bujang sebagai tempat yang penting pada
abad ke-4 hingga abad ke-1.
Pedagang-pedagang dari kedua-dua negara ini memerlukan tempat untuk mereka
bertukar-tukar barang dagangan. Selalunya, tempat yang terletak di pertengahan jalan
perdagangan kedua-dua negara akan dipilih sebagai pelaburan pertukaran barang. Lembah
Bujang dilihat sebagai tempat yang sesuai di kalangan para pedagang untuk dijadikan
pelabuhan untuk bertukar dan menyimpan barang-barang.
Para pedagang juga turut berdagang dengan penduduk-penduduk tempatan di sekitar
Lembah Bujang. Menurut H.G Quarith Wales, kawasan Lembah Bujang memang telah
sedia didiami oleh masyarakat pribumi yang terdiri daripada Orang Asli dan mengamalkan
sistem ekonomi sara diri dan juga aktiviti harian mereka adalah bergantung kepada pertanian dan
hasil hutan seperti damar, rotan dan kayu-kayan. Barang-barang ini sangat diperlukan oleh
para pedagang untuk perdagangan mereka, manakala masyarakat tempatan memerlukan
barangan seperti kain, rempah, pinggan mangkuk, tembikar, barang pertukangan untuk
keperluan harian mereka.
Walaupun ketiadaan sebarang teknologi yang canggih pada masa itu, namun, orang
Melayu mampu bangun untuk membina sebuah pusat perdagangan terpenting di antara Laut
Mediteranean dan China di samping menjadi pusat keagamaan yang hebat. Aktiviti perdagangan
pada ketika itu adalah merupakan aktiviti harian penduduk peribumi. Kehebatan mereka ini
seharusnya di contohi oleh generasi sekarang supaya kehebatan ketamadunan Melayu tidak
hancur begitu sahaja.

Kearifan setempat
Pengertian kearifan setempat dalam kamus yang terdiri dari dua perkataan: kearifan dan
setempat. Secara umum maka kearifan setempat boleh difahami sebagai gagasan-gagasan
setempat yang bersifat bijaksana, penuh kearifan, bernilai baik, yang tertanam dan diikuti oleh
ahli masyarakatnya. Dalam disiplin antropologi dikenal istilah local genius.
Sementara Moendardjito (dalam Ayatrohaedi, 1986: 40-41) mengatakan bahawa unsur
budaya kawasan yang berpotensi sebagai local genius kerana telah teruji kemampuannya untuk
bertahan sehingga kini. Ciri-ciri kearifan lokal tersebut adalah sebagai berikut:
1.mampu bertahan terhadap budaya luar,
2.memiliki kemampuan menampung unsur-unsur budaya luar,
3.mempunyai keupayaan mengintegrasikan unsur budaya luar ke dalam budaya asli,
4.mempunyai kemampuan mengendalikan,
5.mampu memberi arahan pada perkembangan budaya.
Dalam melihat kepada perkembangan masyarakat di Sungai Batu terutamanya yang
melibatkan kearifan tempatan beberapa petunjuk telah diperoleh hasil daripada penyelidikan
yang dijalankan terutamanya penyelidikan arkeologi dan juga analisis secara saintifik.
Penyelidikan arkeologi telah berjaya menemukan beberapa jumpaan penting antara ialah sebuah
struktur yang diperbuat daripada batu bata yang diduga sebagai sebuah stupa, sebuah inkripsi,
relau untuk melebur besi, alat batu dan beberapa artifak lain seperti tembikar tanah, seramik
asing, alat perhiasan, manik dan kaca.
Penyelidikan arkeologi berjaya mendedahkan dua lapisan budaya yang utama iaitu
lapisan budaya masyarakat pra-Buddha atau pra-candi yang diwakili oleh jumpaan alat-alat batu
dan relau melebur besi manakala lapisan kedua ialah lapisan budaya masyrakat yang sudah
menerima pakai agama Buddha yang diwakili oleh jumpaan sebuah stupa dan inkripsi. Analisis
saintifik yang melibatkan teknik Pendarfluor Sinar-X dan Pembelauan Sinar-X telah
membuktikan bahawa bata yang digunakan untuk membina Candi Sungai Batu telah
menggunakan bahan mentah tempatan maka penglibatan masyarakat tempatan dalam pembinaan
candi ini tidak dapat disangkal lagi.
Beberapa aspek kearifan tempatan dalam sains dan teknologi hasil daripada penyelidikan
di Sungai Batu ialah bagaimana masyarakat tempatan berjaya dalam menguasai teknik melebur
dan menghasilkan produk besi seawal-awalnya pada abad ke-2 Masihi dan bagaimana mereka
juga mahir dalam menghasilkan bata dan membina candi pada abad ke-6 Masihi secara langsung
membuktikan masyarakat di Sungai Batu amnya dan Lembah Bujang khasnya sudah mengusai
asas kepada sains dan teknologi.

Sosialisasi
Sosialisasi bermaksud proses mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana
(sikap, nilai dan sebagainya) yang dapat diterima dalam masyarakat.
Menurut Hassan Mustafa, Sosialisasi adalah satu konsep umum yang boleh diertikan
sebagai sebuah proses di mana kita belajar melalui interaksi dengan orang lain, tentang cara
berfikir, merasakan,dan bertindak, di manakesemuanya merupakan hal-hal yang sangat penting
dalam menghasilkan partisipasi sosial yang efektif.
Sosialisasi merupakan proses yang berterusan dalam hidup kita. Sosialisasi ialah proses
pengalaman sosial berpanjangan di mana individu mengembangkan potensi masing-masing dan
belajar corak kebudayaan mereka.(Macionis J.J, 2000).
Sosialisasi dalam sejarah Lembah Bujang adalah melalui aspek keagamaan di waktu
zaman tersebut. Peninggalan Agama Hindu - Buddha yang ditemui di Lembah Bujang
merupakan kesan daripada proses kemasukan agama Hindu - Buddha melalui perdagangan. Ia
juga menunjukkan bahawa "Proses Penghinduan" atau "Indianisasi" berlaku dengan ketaranya di
utara Tanah Melayu.
Lamb (1959) telah mengemukakan beberapa peringkat perkembangan kebudayaan di
Lembah Bujang dan kawasan sekitarnya. Peringkat Perkembangan Awal Pengaruh Buddha.
Peringkat ini bermula pada abad ke-4. Kawasannya meliputi Bukit Meriam, Bukit Choras dan
sekitar tepi pantai. Agama Buddha di bawa masuk melalui aktiviti perdagangan. Banyak candi
dibina dan ditemui di kawasan-kawasan ini.

Peringkat Kegemilangan Kerajaan Srivijaya.


Pada abad ke-7 hingga abad ke-9, Lembah Bujang berada di bawah naungan Kerajaan Srivijaya.
Lembah Bujang turut berkembang sebagai pusat perdagangan dan perkembangan agama Hindu
di nusantara kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Kerajaan Srivijaya.

Peringkat Pengkalan Bujang.


Peringkat ini merangkumi abad ke-10 hingga abad ke-14. Lembah Bujang telah mencapai taraf
pelaburan entrepot. Agama Hindu-Buddha telah berkembang ke kawasan Matang Pasir, Merbok,
Batu Lintang dan Tikam Batu.

Peringkat Kuala Muda.


Peringkat ini berlaku pada abad ke 14. Perubahan muara Sungai Muda telah menyebabkan
perkembangan kebudayaan semakin malap. Candi-candi banyak dibina di kawasan pedalaman.

Ahli-ahli sejarah lain pula mengatakan agama Hindu-Buddha dibawa masuk ke Lembah
Bujang melalui tiga tahap. Tahap pertama ialah tahap Buddha awal. Ia berlangsung dari abad ke-
4 hingga abad ke-5. Mubaligh-mubaligh agama Buddha telah masuk untuk berdagang bersama
pedagang-pedagang India.
Tahap kedua ialah tahap Hindu iaitu penganut Dewa Siva. Tahap ini berlaku dari abad
ke-6 hingga abad ke-8. Pada masa ini, Kerajaan Srivijaya ialah pusat penyebaran agama Hindu
yang terkenal. Ia sekaligus dibawa ke Lembah Bujang melalui aktiviti penaklukan, perkahwinan
dan hubungan diplomatik. Pada masa itu, Lembah Bujang masih berada di bawah naungan
Kerajaan Srivijaya. Lembah Bujang seterusnya menjadi pusat agama Hindu menggantikan
Srivijaya.
Tahap yang terakhir ialah tahap Buddha aliran Mahayana. Ia bermula pada abad ke-9
hingga abad ke-14. Pada masa ini, penduduk tempatan telah berkemahiran membina candi dan
menguasai tulisan India terutamanya tulisan "Pallawa".
Pengaruh Lembah Bujang mula merosot apabila agama Islam dibawa ke Tanah Melayu
oleh pedagang-pedagang Arab dan kemunculan beberapa pelaburan baru seperti Melaka, Acheh,
Singapura dan sebagainya. Penduduk sekitar Lembah Bujang mula menganut agama Islam dan
menghapuskan bukti-bukti peninggalan agama Hindu-Buddha. Selain itu, perubahan muara
Sungai Muda dan sungai-sungai berdekatan yang semakin cetek menyebabkan pedagang beralih
ke pusat perdagangan lain.

Seni dan Kebudayaan


Bidang seni dan kebudayaan merupakan dua entiti yang saling berkait rapat dan bergantungan
antara satu sama lain. Cakupan kedua-dua bidang ini sangat luas dan kompleks, didapati juga
seolah-olah kedua-duanya tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Seni dan
kebudayaan amat berkait rapat dengan identiti, ideologi dan amalan seharian sesebuah kelompok
masyarakat. Di seluruh dunia, setiap masyarakat mempunyai identiti seni dan kebudayaannya
yang tersendiri lantas membentuk keunikan cara hidup mereka.
Tidak terkecuali di Malaysia, di mana rakyatnya berbilang kaum dan keturunan sudah
pasti mempunyai kepelbagaian aspek seni dan kebudayaannya juga. Sifat multikultural
(kepelbagaian budaya) dari sudut sejarah etnik yang meninjau asal-usul keturunan dan latar
belakang sejarah setiap etnik dari segi cara hidup, sosio budaya, asal usul, agama dan kegiatan
ekonomi turut mencorak aspek seni dan budaya. Perkara ini menjadi sebahagian daripada cara
hidup dan pegang sejak zaman berzaman lagi dan diteruskan sehingga sekarang.
Aspek seni dan kebudayaan pada tempat bersejarah Lembah Bujang yang dipilih ialah melalui
sember arkeologi iaitu candi dan seni arca seni arca, relikuari dan inskripsi.

Candi
Penulisan sejarah di Kedah Tua amat bergantung kepada peninggalan-peninggalan arkeologi di
Lembah Bujang. Proses carigali adalah salah satu kaedah arkeologi. Penyelidikan terhadap
arkeologi di Lembah Bujang telah dimulakan pada sekitar tahun 1840an oleh Kolonel James
Low. Penemuan ini menarik minat pengkaji-pengkaji lain untuk membongkar sejarah Kedah
Tua. Di sekitar Lembah Bujang sehingga hari ini, sejumlah 41 buah tapak arkeologi atau Tapak
Tanah Bersejarah telah dikenalpasti. Tapak arkeologi atau Tapak Tanah Bersejarah tadi
mengandungi pelbagai tinggalan sejarah, seperti struktur atau jumpaan artifak sama ada
berkaitan dengan perdagangan atau yang berkaitan dengan artifak keagamaan atau struktur
bangunan candi.
Artifak perdagangan terdiri daripada pecahan seramik tembikar tanah, tembikar batu,
porselin, kaca, manik serta peralatan yang digunakan oleh masyarakat kuno. Artifak keagamaan
pula terdiri daripada candi, patung-patung dan arca. Kebanyakan barang-barang yang ditemui ini
dibuat daripada tanah liat. Bahan binaan untuk candi pula terdiri daripada batu bata, batu sungai,
mineral laterit dan batu granit.
Terdapat beberapa candi yang terkenal di Lembah Bujang yang telah ditemui, antaranya
ialah Candi Bukit Batu Pahat (Tapak 8), Candi Kampung Pangkalan Bujang (Tapak 19,21 dan
22), Candi Estet Sungai Batu (tapak 5 dan 11/3), Candi Kampung Pendiat (Tapak 16), Candi
Kampung Permatang Pasir (Tapak 31) dan Candi Kampung Bendang Dalam (Tapak 50).

Candi Bukit Batu Pahat Candi Kampung Pangkalan Bujang


Candi Estet Sungai Batu Candi Kampung Pendiat

Kampung Permatang Pasir Candi Kampung Bendang Dalam

Candi-candi ini menjadi bukti bahawa Lembah Bujang pernah menjadi pusat penyebaran
agama Hindu suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, sebahagian daripadanya telah musnah
dan struktur asalnya tidak dapat dibentuk semula daripada bencana alam seperti banjir, hakisan,
Perang Dunia II ataupun dimusnahkan oleh penduduk tempatan. Namun begitu, candi-candi ini
tetap menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengunjungi Lembah
Bujang.

Seni Arca, Relikuari dan Inskripsi


Arca merupakan imej atau simbol yang di buat oleh manusia sebagai mewakili
dewa untuk disembah. Melalui penemuan candi di Lembah Bujang terdapat
penemuan seni Arca dalam bentuk vahana, sakhti dan dewa arca dan juga
arca yang berhubung dengan struktur candi. Jumpaan seni arca membuktikan
adanya pengaruh Hindu dan Buddha di Lembah Bujang. Sebahagian daripada
arca ini di buat atau di bawa oleh pedagang dari selatan India, manakala sebahagiannya pula
turut diukir oleh artis tempatan. Justeru ini membuktikan bahawa Lembah Bujang bukan sahaja
penting disebabkan jumpaan seni arca yang di bawa dari luar tetapi dapat membantu mengesan
kewujudan seni arca yang turut berkembang dalam masyarakat awal ketika itu.

Relikuari merupakan
sejenis bekas yang digunakan
untuk meletakkan barang
peninggalan orang alim yang
biasanya diletakkan pada
candi untuk tujuan pemujaan.
Relikuari diperbuat daripada batu, tanah liat, dan tembaga. Terdapat beberapa jumpaan
menunjukkan pada bahagian tengah relikuari terdapat bekas-bekas tembaga yang turut digunakan
untuk menyimpan objek-objek yang diperbuat daripada kepingan emas, perak, dan tembaga.

Inskripsi turut dijumpai di sekitar kawasan


Lembah Bujang misalnya Inskripsi Cherok Tok Kun
dan Inskripsi Buddha-Gupta. Inskripsi yang dijumpai
didapati menggunakan huruf Pallava, Pallava-
Grandha dan Jawa Kuno. Kajian ke atas Insripsi
membuktikan bahawa agama Buddha dan Hindu
telah sampai di Lembah Bujang sekitar abad ke-4M hingga 9M.
Secara keseluruhannya jumpaan inskripsi ini telah menunjukkan terdapatnya unsur seni
memahat dan sedikit kemahiran menulis. Walaupun goresan tulisan dalam bentuk yang mudah
tetapi sangat penting melihat masyarakat pada ketika itu telah didedahkan dengan ilmu menulis.
Walau bagaimanapun inskripsi-inskripsi ini perlu dibuat kajian yang lebih teliti disebabkan
banyak bahagian yang agak sukar difahami hingga sekarang.

Rumusan
Sesungguhnya Malaysia merupakan sebuah Negara yang kaya dengan sejarah. Sejarah yang
tinggi nilainya ini seharusnya dihargai oleh setiap rakyat Malaysia. Dalam konteks
menghargai nilai sejarah ini, tidak kiralah apa bangsa yang dipegang mahupun agama apa
yang dianuti, setiap rakyat Malaysia mestilah menjunjung sejarah kerana sejarahlah
yang membangunkan sesebuah negara. Tapak Arkeologi Lembah Bujang merupakan tapak
sejarah yang mempunyai banyak pengetahuan sejarah berkaitan pertembungan budaya antara
beberapa jajahan. Pertembungan ini akan mewujudkan penerimaan budaya yang bermanfaat
dan boleh digunakan oleh sesuatu kerajaan. Sesebuah negara yang maju dan berjaya pada
hari ini, mungkin pada dahulunya merupakan sesebuah negara yang keterbelakang dan hasil
daripada pertembungan budaya maka mereka berhijrah menjadi sebuah Negara yang
membangun.

Anda mungkin juga menyukai