Anda di halaman 1dari 18

1.

PENGENALAN

Kemunculan

Tamadun

awal

Asia

Tenggara

dapat

dibuktikan

dengan

wujudnya kerajaan awal di Tanah Besar seperti Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai,
dan Ayuthia. namun begitu, kemuncak kepada pertumbuhan dan perkembangan
tamadun awal di Nusantara ini adalah dimulakan oleh perkembangan empayar
srivijaya yang telah bermula pada abad ke-7 hingga abad ke-14 1. Di kawasan
kepulauan Melayu pula, dapat dilihat melalui Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya,
Majapahit, Singhasari dan Mataram. Bukti bukti kewujudan tamadun awal ini dapat
dilihat

menerusi

sumber

bertulis

artifak

arkeologi

dan

tinggalan

tinggalan

monumen. Antaranya ialah Borobudur dan Angkor Wat. Tamadun Awal Asia
Tenggara seiring dengan perkembangan perdagangan maritim. Kerajaan maritim
berkembang dengan kapal layar dan perahu. Manik dan tembikar merupakan bukti
perdagangan di Asia Tenggara.
Kerajaan

maritim

merupakan

kerajaan

yang

menjalankan

ekonomi

perdagangan dan kelautan serta pelabuhan. Kerajaan maritim terletak di pesisiran


pantai, lembah sungai2, dan kepulauan seperti Srivijaya di Sungai Musi, Kedah Tua
di Sungai Merbok. Langkasuka bermula di Sungai Yarang, Kataha atau Chieh-cha
atau juga dikenali sebagai Kedah Tua bermula di Sungai Merbok, Chih Tu pula
bermula di Sungai Kelantan, Srivijaya bermula di Sungai Musi, Mo-lo-yu bermula di
Sungai Batang Hari.
Penduduk kerajaan Maritim bermula dengan melakukan kegiatan menangkap
ikan dan memungut hasil laut. Namun ada juga di kalangan mereka yang
melakukan kegiatan melombong emas dan timah. Kerajaan seperti Kedah Tua,
Langkasuka, dan Srivijaya berkembang maju. Pada awalnya mereka hanya
melakukan perdagangan yang berhampiran dengan mereka namun kemudiannya
kian berkembang jauh. Kedudukan di tengah perjalanan Timur Barat menjadikan
Kedah Tua dan Srivijaya maju. Selat Melaka dan Selat Sunda merupakan laluan
perdagangan antarabangsa. Kerajaan Maritim pada ketika itu berperanan sebagai
pelabuhan entrepot.

1 Afifah Abu Yazid, Pengajian Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Publication & Distributors Sdn. Bhd, 2003,
Edisi ke-2, hlm. 3.
2 Srivijaya: The First Indonesian State dlm.
http://www.suite.101.com/article.cfm/east_asian_history/104474/2. diakses pada 18 November 2011.

Kedudukan geografi kepulauan Melayu yang strategik membolehkannya


menjadi pusat perdagangan dan perkapalan yang penting. Kepulauan Melayu
terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu menyambungkan rantau
ini dengan pasaran yang besar di benua India dan China 3. Pergerakan angin monsun
setiap tahun yang silih berganti menggalakan lagi kehadiran mereka untuk tinggal
sementara di pelabuhan tempatan. Di samping itu, kewujudan sumber asli yang
lumayan di rantau ini seperti hasil hutan dan rempah ratus, sangat di perlukan oleh
pedagang luar. Emas dan timah juga menyumbang kepada pertumbuhan dan
perkembangan di rantau ini. Tanah Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas
manakala Sumatera pula dikenali sebagai Bumi Emas. Bahasa Melayu dijadikan
sebagai bahasa lingua franca. Orang tempatan, orang laut dan pedagang luar
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Orang Melayu menjadi
pelaut, pedagang, dan peneroka. Mempunyai pelabuhan yang lengkap seperti di
Champa, dan Srivijaya. Orang Melayu mampu belayar jauh dan berkemahiran
dalam membuat perahu dan kapal layar. Srivijaya dikatakan muncul selepas Funan
mulai lemah pada kurun ke 6 Masihi. Faktor utama yang menyebabkan Srivijaya
muncul menjadi kuasa maritim yang kuat ialah disebabkan oleh kekuatannya
mengawal perdagangan di Selat Sunda dan Selat Melaka yang selama ini dikuasai
oleh kerajaan Kantoli dan Melayu4.
Di samping itu, faktor lain seperti adanya kemudahan yang disediakan oleh
kerajaan jaminan keselamatan daripada serangan lanun, hubungan persahabatan
dengan China, kekayaan sumber hutan dan lautan, serta pentadbiran yang tersusun
menyumbang kepada kejayaan kerajaan ini. Srivijaya memiliki tiga peranan yang
penting. Pertama, sebagai pusat pengumpulan serta penyebaran, kedua sebagai
pusat pengumpulan serta penyebaran dan ketiga sebagai pusat pengagihan barang
dagangan. Dalam bidang pengurusan perdagangan, seorang pentadbir diraja iaitu
Vatakvuhra mempunyai tugas seperti pengawasaan dan penguatkuaasan. Tugas
utama beliau ialah mengawasi kegiatan golongan Puhawang atau anak kapal dan
Vaniaga atau kaum peniaga tempatan yang terlibat dalam perdagangan. Golongan
ini yang mempunyai hubungan rapat dengan pedagang asing perlu dikawal kerana
mereka mungkin berpakat dengan pihak asing untuk mengugat kedudukan kerajaan

3 Andaya B.W. & L.Y Andaya, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, hlm.
11.
4 Siva Chandralingam & A. Letchumanan, Tamadun Dunia, Malaysia: Selangor, 1999, hlm. 155.

Srivijaya. Tuhan Vatakurah juga berperanan menetapkan harga barang dalam


pasaran. Di samping memainkan peranan yang penting dalam perdagangan,
Srivijaya juga memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang
terpenting di Kepulauan Melayu. Menurut catatan seorang pengembara dari China,
I-Tsing, pada abad ke 7, Srivijaya giat menjalankan kegiatan akademik seperti
menterjemahkan bahan bahasa sanskrit de lama bahasa China dan juga bahasa
tempatan lain. Selain kerja penterjemahan, Srivijaya juga merupakan pusat
pembelajaran tatabahasa Sanskrit yang penting pada ketika itu. Kejayaan dalam
pentadbiran politik, perdagangan dan keilmuan telah menjadikan Srivijaya antara
pusat ketamadunan Melayu yang sangat penting 5.
Dalam menerpa arus perkembangannya kerajaan Srivijaya mencapai zaman
kegemilangannya rentetan daripada pengukuhan yang dijalankan sama ada dalam
aspek politik, sosial, dan ekonomi. Hal ini demikian kerana dasar perluasan kuasa
yang

dijalankan

dalam

mengembangkan

empayarnya

ke

kawasan-kawasan

sekitarnya sehingga kerajaan ini mampu berdiri sendiri untuk membina sebuah
empayar yang kuat. Kemuncak kepada pertumbuhan dan perkembangan tamadun
awal di rantau Nusantara telah dimulai dengan perkembangan empayar Srivijaya
yang telah bermula pada abad ke tujuh sehingga abad yang ke empat belas 6.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, kekuasaan empayar Srivijaya meliputi
bahagian Selatan Sumatera, Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu sehingga ke
Ligor. Perkaitan antara kerajaan Srivijaya dengan Kerajaan Melayu Melaka dapat kita
telusuri berdasarkan sebuah prasasti batu bersurat yang ditemui di Kedukan Bukit
yang menceritakan tentang kewujudan kerajaan Srivijaya 7. Menurut prasasti
tersebut, dinyatakan bahawa kerajaan Srivijaya telah didirikan setelah Maharaja
Srivijaya iaitu Dapunta Hiyam, para pembesar, serta semua pengikutnya mudik ke
Sungai Musi yang terletak di Palembang.
Menurut catatan I-Tsing iaitu seorang pendeta dari Tongkok, China, kerajaan
Srivijaya telah muncul pada anbad ke tujuh iaitu sekitar 650 Masihi sehingga 1200

5 Mohd Azhar Abd. Hamid, Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China, dan Jepun, Johor: Universiti
Teknologi Malaysia, 2014, hlm. 157.
6 Afifah Abu Yazid, Pengajian Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Publication & Distributors Sdn. Bhd, 2003,
Edisi ke-2, hlm. 3.
7 Casparis J.G, Indonesian Paleography: A History Of Writing in Indonesia from The Beginning to C.A E.J
Brill, 1975, hlm. 34.

Masihi8. Walaupun kerajaan Srivijaya dikatakan telah muncul sekitar abad ke tujuh ,
namun

tiada

bukti

yang

kukuh

atau

konkrit

untuk

mengungkap

tentang

kewujudannya pada abad tersebut. Para pengkaji sejarah serta ahli-ahli arkeologi
telah berusaha untuk merungkai asal kewujudan kerajaan Srivijaya dengan
melakukan ekskavasi9 dengan bersumberkan catatan-catatan dan kajian-kajian
yang dilakukan oleh ahli ekskavasi sebelumnya. Hal ini menjelaskan bahawa
kemunculan kerajaan Srivijaya ialah disebabkan oleh beberapa faktor yang telah
menjadi pemangkin kepada kebangkitan atau kegemilangannya sebagai sebuah
kerajaan maritime yang terulung di Nusantara.
Menurut Andaya pada tahun 1982, kerajaan Srivijaya dikatakan telah
mencapai kegemilangannya pada abad yang ke sebelas. Perkara tersebut telah
dibuktikan oleh beliau melalui penemuan rekod catatan China yang menyatakan
bahawa terdapat empat belas buah kerajaan yang membayar ufti kepada kerajaan
Srivijaya pada ketika itu. Tambahnya lagi, kerajaan Srivijaya telah muncul sebagai
sebuah kuasa yang tiada tolok bandingnya di Selat Melaka. Kebangkitannya ini
berlaku disebakan oleh beberapa faktor yang akan dikupas di perenggan
seterusnya.

2.1

FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN SRIVIJAYA

2.1.1 Pengaruh Maritim Di Rantau Asia Tenggara


Faktor paling dominan yang telah menjadi pemangkin kepada kegemilangan
kerajaan Srivijaya ialah faktor pengaruh maritimnya di rantau Asia Tenggara.
Kebangkitannya adalah rentetan daripada keupayannya menggunakan pengaruh
maritim untuk mengembangkan kawasan jajahan takluknya. Kerajaan Srivijaya
didiskripsikan sebagai sebuah kerajaan yang sangat berkuasa pada ketika itu
sehingga menjadikannya sebuah pusat perdagangan yang amat berpengaruh pada
abad tersebut. Pengaruh maritim merupakan satu-satunya faktor pendorong yang
telah mendorongya untuk memperluaskan kuasanya sehingga ke kawasan-kawasan
di sekitarnya. Dasar perluasan kuasa yang telah dijalankannya ke atas jajahan

8 Gabriel Ferrard, L Empire Sumatranais de Crivijaya, Biblio Bazaar, 2010, hlm. 11.
9http://news.detik.com/read/2012/03/24/173813/1875495/10/perahu-kuno-kerajaansriwijayaditemukan-di-sumatera-selatan diakses pada 8 November 2014.

takluknya telah menjadikannya sebagai sebuah kuasa yang berjaya menguasai


Selat Melaka dan Selat Sunda pada ketika itu 10. Buktinya, pada abad ke tujuh belas,
pedagang-pedagang yang berlabuh di pelabuhan kerajaan Champa beransur-ansur
beralih ke pelabuhan kerajaan Srivijaya. Hal ini demikian kerana kedudukan
pelabuhan kerajaan Srivijaya yang strategic iaitu berada di antara perjalanan Barat
dan Timur berbanding dengan pelabuhan kerajaan Champa yang berada di sebelah
Timur Indochina.
Pada abad ke lapan, kekuasaan kerajaan Srivijaya semakin meluas apabila
Berjaya menguasai kerajaan Indrapura yang berada di tepi Sungai Mekong. Dasar
perluasan kuasa yang telah dijalankan ke atas tanah jajahannya mula diperkenalkan
oleh pemerintahnya dari Dinasti Sailendra iaitu Balaputra Dewa. Balaputra Dewa
merupakan cucu raja di Jawa. Pada abad ke tujuh dan lapan Balaputra Dewa telah
menjalinkan hubungan dengan kerajaan Pala di India Selatan. Berbalik kepada
pengaruh maritim yang dimiliki, kerajaan Srivijaya merupakan sebuah empayar
yang mempunyai kekuatan pasukan tentera yang besar dan kuat. Hal ini rentetan
daripada

perluasan

kuasa

yang

dilakukan

dengan

menggunakan

pengaruh

maritimnya untuk mengukuhkan misinya meluaskan kuasa jajahan taklukya.


Pada tahun 683 Masihi, terdapat seramai 20 000 ribu orang bala tentera di
kerajaan Srivijaya yang rata-ratanya terdiri daripada Orang Laut. Dengan adanya
kawalan atau penguasaan ke atas Orang Laut, raja Srivijaya mampu mengawal
perairanya daripada sebarang kekacauan yang menganggu gugat keamanan
saudagar yang berdagang di pelabuhannya. Kepakaran yang dimiliki oleh Orang
Laut telah menyebabkan raja Srivijaya mengangkat darjat mereka. Sebilangan
daripanya diangkat taraf sosial menjadi Ketua Hulubalang dan Syahbandar 11 di
pelabuhan dengan upah yang lumayan. Kekuatan yang dimilikinya menyebabkan
kerajaan

Srivijaya

Berjaya

menguasai

kerajaan

Bangka,

Tulang

Bawang,

Minangkabau, dan Tarumanagara di Jawa Barat. Selain itu, kerajaan Srivijaya turut
telah menguasai kerajaan Kedah Tua dan meluaskan pengaruhnya sehingga ke
kerajaan Ligor di Pantai Timur. Keadaan ini telah menyebabkan empayarnya

10 Paul Michel Munoz, Early Kingdoms of The Indonesian Archipelago and The Malay Peninsula, 2006,
Edisi Didie Millet.
11 Nik Hassan Suhaimi , The Kingdom Of Srivijaya as Socio-Political and Entity, Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1990, hlm. 46.

berkembang12 pesat setelah Berjaya menguasai empat belas buah pelabuhan yang
utama di Asia Tenggara. Jelasnya, dasar serta kekuatan dalam meluaskan wilyah
dan jajahan takluk telah meneyebabkan kerajaan Srivijaya muncul sebagau sebuah
Negara Thallasocracy yang penting pada ketika itu.

2.1.2 Kebijaksanaan Para Pemerintah Kerajaan Srivijaya


Selain daripada mempunyai pengaruh maritim dan dasar perluasan kuasa yang giat
dijalankan, kebangkitan kerajaan Srivijaya sebagai sebuah empayar yang gemilang
juga didasari oleh kebijaksanaan para pemerintahnya. Hal ini berlaku apabila
pemerintah kerajaan Srivijaya berjaya menakutkan musuh yang ingin menggugat
pentadbirannya. Kegerunan kepada pemerintah telah menjadi batu loncatan bagi
kerajaan Srivijaya bagi meluaskan jajahan takluknya berasaskan cerita mitos yang
tersebar di kawasan-kawasan sekitarnya. Contohnya, gelaran yang diberikan
kepada raja Dinasti Sailendra iaitu raja Sailendra yang kedua, Sang Rama
Dhanamjaya yang digelar sebagai pembunuh wira musuh kerana kejayaannya
dalam mengalahkan musuh. Ungkapan gelaran yang diberi ekoran daripada
kekuatan yang dimiliki oleh pemerintah telah membantunya dalam menggerunkan
musuh serta menundukan kerajaan-kerajaan kecil di sekitarnya.
Pada asalnya, semasa kemunculan awalnya kerajaan Srivijaya merupakan
sebuah kerajaan awal yang ketinggalan dengan kerajaan-kerajaan yang muncul
sezaman dengannya13. Oleh kerana itu, kerajaan Srivijaya telah mengambil langkah
keluar daripada masalah kemunduran yang dialami serta mengorak langkah baru
untuk maju seiring dengan kuasa-kuasa Thallasocracy yang lain 14. Kebijaksanaan
para pemerintah kerajaan Srivijaya bolehlah dikatakn faktor yang dominan yang
membawa kepada kebangkitan kerajaanya selain daripada meningkatkan hubungan
dan mendalami ilmu perdagangan. Hal ini demikian kerana pemerintah yang
efisien, cekap, dan berwibawa boleh membentengi kerajaan daripda ancaman-

12 Hal ini telah dibahas oleh O.W Wolters (1961) dalam karyanya The Srivijayan Expansion in The
Seventh Century hlm. 417 hingga 424. Dia menyatakan bahawa kemenangan ke atas Kedah di
Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku antara tahun 685 hingga 689 Masihi. Hal ini dapat
dibuktikan dengan berdasarkan salah satu catatan I-Tsing.
13 George Coedes, Asia Tenggara Masa Hindu-Buddha, Kepustakaan Populer Gramedia (KPG), 1964,
hlm. 123.
14 Ibid.

ancaman musuh yang ingin menjatuhkannya. Dengan kuasa veto yang dimiliki
pemerintah

kerajaan

Srivijaya

ketika

itu,

kerajaan

Srivijaya

telah

Berjaya

mengekalkan kegemilangannya dalam jangka masa yang lama daripada diganggu


gugat anasir-anasir luar. Jelasnya, kemunculan kerajaan Srivijaya sebagai sebuah
empayar

yang

unggul

bertitik

tolak

daripada

pemerintahnya

yang

bijak

menggunakan armada-armada serta penyusunan strategik yang mapan dalam


pentadbiran dan pemerintahannya.
Selain itu, golongan pemerintah kerajaan Srivijaya juga turut menjalankan
dasar pemerintahan yang baik dan saksama terhadap rakyat serta para pedagang
yang datang ke kerajaan Srivijaya untuk berdagang. Dasar buka pintu yang
dijalankan oleh kerajaan Srivijaya telah berjaya menarik minat para saudagarsaudagar untuk berurusan niaga dengannya. Dalam konteks ini, kerajaan Srivijaya
telah muncul sebagai sebuah pelabuhan maritim, iaitu manjadi pusat perdagangan
yang terkenal di Nusantara sehinggakan para pembesar di sepanjang pantai
Sumatera bersedia mengakui wilayah mereka berada di bawah ketuanan kerajaan
Srivijaya.

Keberkesanan

pemerintahan

yang

dijalankan

pemerintahnya

memudahkan kerajaan Srivijaya menjadi sebuah negara Thallasocracy yang penting


serta menjadi kuasa yang digeruni oleh kerajaan-kerajaan di sekitarnya. Pernyataan
ini telah disokong oleh Proffesor Saleh Poera Disastra yang menyatakan bahawa
kerajaan Srivijaya adalah sebuah kerajaan laut serta suatu kekuasaan berdasarkan
angkatan laut. Jelasnya, pemerintahan kerajaan Srivijaya yang baik didorong oleh
kemampuan dan kebijaksanaan pemerintahnya menguasai orang laut 15.
Peranan yang dimainkan oleh pemerintah telah membantu kerajaan Srivijya
berkembang maju rentetan daripada perkembangannya dalam menegndalikan
urusan-urusan perdagangan di pelabuhannya. Dengan adanya pemerintah yang
bijak, sistem pemerintahan dan pentadbiran sama ada di dalam mahupun di luar
kerajaan Srivijaya dapat dijalankan dengan lancar di samping pengelolaan terhadap
dasar perluasan kuasa mampu mengangkat kerajaan tersebut menjadi sebuah
empayar yang unggul. Antara strategik pemerintah kerajaan Srivijaya dalam
meluaskan empayarnya adalah melalui perkahwinan politik. Hal ini demikian kerana

15 Lanun ketika itu sering mengancam perairan dengan merompak kapal yang melalui perairan
dengan merompak kapal yang melalui perairan Selat Melaka.Masalah kegiatan perlanunan
yangberleluasa ketika itu dapat diselesaikan dengan adanya orang laut.

melalui perkahwinan politik antara anak raja mampu menggugat kekuasaan


kerajaan. Maknanya perkahwinan politik boleh membantu kerajaan mengukuhkan
hubungan sama ada dalam aspek ekonomi, politik, dan ketentaraan, di mana
kedua-dua kerajaan saling membantu terutamanya untuk menghadapi atau
mengadakan benteng menghadapi serangan-serangan daripada kerajaan-kerajaan
yang ingn menjatuhkannya. Contohnya, Samara Tungga telah mengahwinkan
puterinya, Pramodha Wardhani dengan raja berketurunan Dinasti Sanjaya, iaitu
Rakai Pikatan bagi mengukuhkan empayarnya.
Selain daripada bertindak sebagai ketua negara, raja juga memainkan
peranan yang penting dalam bidang kehakiman, pemungutan cukai dan pelbagai
aktiviti yang memberi keuntungan kepada negara dan rakyat. Hal ini tercetus
apabila sikap pemurah yang ditunjukkan oleh kebanyakan raja dan antara yang
terkenal melibatkan Sri Jayanesa yang mendoakan kesejahteraan rakyatnya 16.
Sehubungan dengan itu, simbolik beliau sebagai pemerintah yang efisien dan
mementingkan kemakmuran rakyatnya, beliau telah bertindak mambahagikan harta
kekayaan yang didapati daripada proses perdagangan dan cukai kepada rakyat 17.
Sikap pemerintah yang sedemikian dapat ditafsirkan sebagai seorang yang
pemurah di mana kekayaan negara dibahagikan sama rata kepada rakyatnya dan
bukannya dimonopoli oleh golongan pemerintah semata-mata.
Di samping itu, golongan pemerintah juga menyediakan kemudahankemudahan awam kepada para pedagang serta rakyat tempatan untuk memastikan
kelangsungan perkembangan di dalam kerajaannya. Sebagaimana yang kita sedia
maklum, golongan pemerintah dan golongan diperintah merupakan dua golongan
yang berperanan besar dalam menggerakkan jentera politik sesebuah kerajaan
awal. Konsep yang dibawah tersebut mewujudkan pembahagian kelas sosial yang
berbeza di mana golongan yang diperintah harus melaksakan pekerjaan yang
ditetapkan, maka perlu adanya ketua atau pemimpin agar individu atau golongan
itu dapat memberi jaminan keselamatan dan kemewahan kepada mereka. Dari
tahap ini, seseorang atau golongan yang telah mendapat kepercayaan ramai akan
meningkat tahapnya menjadi pemimpin yang lebih tinggi sehingga ke tahap raja
atau pemerintah.

16 Gabriel Ferrard, L Empire Sumatranais de Crivijaya, Biblio Bazaar, 2010, hlm. 57.
17 M. Ramlan, Babad Tanah Jawa, Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975, hlm. 37.
8

Berdasarkan konsep timbal balik antara golongan pemerintah dengan


golongan diperintah, muncullah satu sistem poltik yang kukuh di kerajaan Srivijaya
sehingga membawa kepada perkembangan politiknya di rantau Asia Tenggara.
Buktinya di kerajaan Srivijaya, golongan pemerintah iaitu raja atau pemerintah
menjalankan usaha kebajikan untuk rakyatnya dan juga menggerakkan hubungan
dengan raja-raja serantau serta mentadbir kerajaan Srivijaya dengan adil dan
saksama. Manakala golongan yang diperintah pula mestilah berbakti kepada raja,
mengerahkan tenaga bagi pekerjaan diraja terutamanya dalam peperangan di
samping tidak menderhaka kepada raja. Jelasnya, tanpa rakyat, sesebuah kerajaan
tidak akan berjalan atau berfungsi kerana rakyat mempunyai kepentingan yang
besar kepada sesebuah kerajaan atau negeri. Kemunculan raja yang bijak dalam
menyusun pentadbirannya secara sistematik menjadi hambatan bagi sesebuah
kerajaan untuk berkembang menjadi sebuah empayar yang kuat.
Berdasarkan catatan di batu bersurat Telaga Batu, dinyatakan bahawa
kebijaksanaan

pemerintah

dapat

dilihat

apabila

beliau

membahagikan

pentadbirannya kepada tiga bahagian iaitu pentadbiran raja, ketentaraan , dan


daerah bagi melicinkan pentadbiran-pentadbirannya 18. Kenyataan ini disokong oleh
Woltres di mana beliau berpendapat bahawa empayar kerajaan Srivijaya dapat
dibahagikan kepada tiga kawasan. Sementara itu, de Casparis pula berpendapat
bahawa berasaskan kepada Inskripsi Telaga Batu 19, dipercayai kerajaan Srivijaya
merupakan sebuah kedatuan atau empayar. Sebagaimana yang kita sedia maklum
kedatuan atau empayar kerajaan Srivijaya dapat dibahagikan kepada beberapa
mandala dan tiap-tipa mandala yang tertakluk kepada kerajaan Srivijaya itu terletak
di

bawah

pentadbiran

pemerintahan
kerajaan

seorang
Srivijaya

datu.

Pembentukan

adalah

strategik

tiga

struktur

hierarki

pemerintahan

dalam

membangunkan kerajaan tersebut.


Struktur pentadbiran yang dijalankan pemerintah di kerajaan Srivijaya
menjadi salah satu faktor kepada pembajiran rakyat dan pedagang untuk dating ke
Srivijaya. Kesannya, telah wujud pluraliti di kerajaan tersebut di mana berlakunya
proses

asimilasi

dan

amalgamasi

dengan

masyarakat

setempat

sehingga

18 https://www.scribd.com/doc/218637383/93005772-NOTA-SJH1103-Kerajaan-Awal-Srivijaya-Melaka.
diakses pada 8 November 2014.
19 George Coedes, Asia Tenggara Masa Hindu-Buddha, Kepustakaan Populer Gramedia (KPG), 1964,
hlm. 123.

membentuk masyarakat majmuk dalam empayar Srivijaya. Pentadbiran ketenteraan


merupakan pentadbiran yang penting dalam menjadikan kerajaan Srivijaya
menguasai hampir sebahagian besar kerajaan-kerajaan di Kepulauan Melayu.
Menurut struktur pentadbiran tentera ini, datu-datu dibantu oleh Parvanda yang
merupakan ketua tentera yang bertindak menghapuskan penderhaka. Inskripsiinskripsi yang ditinggalkan pada batu-batu bersurat turut menjelaskan sejauh mana
autoriti kerajaan Srivijaya terutamanya bagaimana pemerintah mempergunakan
balasan-balasan mistik dan kuasa ketenteraan dalam menakutkan politik-politik
yang berada di bawah kekuasaanya.
Dari

aspek

pentadbiran

diraja,

struktur

pentadbirannya

melibatkan

pentadbiran pusat seperti hal ehwal kehakiman, hal-hal denda dan hukuman serta
pungutan cukai. Bidang kuasa pentadbiran diraja lazimnya dibantu oleh sekumpulan
pegawai pentadbiran yang membantu pemrintah menjalankan tugas. Antara
pegawai yang terlibat ilah Dandayanaka iaitu hakim raja, Nayaka iaitu Penghulu
Bendahari,

Pratyava

iaitu

Temenggung,

Murdahaka

iaitu

Penghulu,

dan

Kumaramataya iaitu orang kaya-kaya. Manakala pentadbiran daerah pula diketuai


oleh ketua wilayah atau datu, yang bertanggungjawab mengenai tanah, kebajikan
penduduk dan memastikan rakyat taat setia kepada kerajaan. Secara amnya, datu
diwakili oleh anak raja, iaitu Yuvaraja, Pratiyuvaraja, Rajakumara, dan Rajaputra.
Tegasnya di sini ialah dengan wujudnya system pentadbiran yang cekap dan
teratur, kerajaan Srivijaya telah dapat melahirkan keamanan di empayarnya serta
mencorak kemakmuran dalam kawasan pemerintahannya.

2.1.3 Kemajuan Pelabuhan Kerajaan Srivijaya


Sementara itu, kebangkitan dan kegemilangan kerajaan Srivijaya turut berlaku
disebabkan oleh kemajuan pelabuhannya. Hal ini disebabkan oleh peranan yang
dimainkan oleh pelabuhan Srivijaya dalam mengembangkan keluasan empayarnya
menjadi sebuah empayar yang kuat dan mapan. Orang laut memainkan peranan
yang penting bagi menjaga keselamatan pelabuhan dan sepanjang perairan agar
bebas dari ancaman lanun 20. Jika ita lihat dari sudut geografiknya, kerajaan Srivijaya

20 Wolters, O.W, Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1961, hlm. 361.

10

terletak di sebuah laluan perdagangan yang strategic antara China dan India.
Kelebihan kerajaan ini ialah keberhasilannya menguasai laluan perdagangan antara
Selat Melaka dan Selat Sunda21. Kesan daripada gelombang penguasaan laluan
perdagangnnya, kerajaan Srivijaya telah muncul sebagai pusat Thallasocracy di laut
Nusantara barat, mengawal lalu lintas Selat Melaka, Selat Sunda, dan Laut China
Selatan.
Di samping itu, perkembangan pelabuhannya merupakan sumber kekayaan
kepada kerajaan Srivijaya untuk meluaskan empayarnya. Hla ini demikian kerana
kerajaan

Srivijaya

mempunyai

dana

yang

mencukupi

untuk

menampung

perbelanjaan ketenteraan dan pertahanan dalam wilayah jajahan takluknya.


Kekayaan kerajaan Srivijaya adalah rentetan daripada pemungutan cukai daripada
kapal yang berdagang di laluan perdagannya, iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda.
Bekalan barang dagangan dan hasil keluaran wilyah atau wilayah takluknya dari
kawasan pedalaman Sumatera dan Tanah Melayu menyumbang kepada ekonimi
kerajaan Srivjaya. Antara barangan yang dibekalkan oleh wilyah jajahan takluknya
ialah seperti rempah ratus, cendana, gaharu, dan ubat-ubatan. Hal ini jelas
menunjukkan

bahawa

kegemilangan

kerajaan

Srivijaya

bergantung

kepada

kekuatan perdagangannya.
Punca

sumber pendapatan kerajaan Srivijaya amnya bergantun kepada

peranan yang dimainkan oleh pelabuhannya serta bayaran cukai yang dikenakan ke
atas kapal-kapal pedagang dari pelbagai Negara yang menggunakan perkhidmatan
pelabuhannya. Natijahnya, berlaku pertukaran barangan dagangan dengan negara
luar terutamanya rempah-rempah wangi yang merpakan bahan perdagangan
entreport utama ketika itu.
Kemunculan kerajaan Srivijaya sebagai sebuah pelabuhan entreport berhubung kait
dengan kekayaan barang dagangan yang dibwah ke pelabuhannya dari seluruh
pelusuk

kawasan-kawasan

hubungan

diplomatik

sekitar

mahupun

dengannya22.

Antara

negara luar yang


barang

yang

menjalankan

dbekalkan

atau

dikumpulkan dari kawasan sekitarnya ialah tikar, nipah, cangkerang, kayu wangi,

21 Pendapat ini berdasarkan Batu Bersurat Ligor. Kajian yang dijalankan telah menunujukkan bahawa
wujudnya hubungan timbal balik antara Palembang dan Segenting Kra pada zaman ini. Lihat K.A
Nilankanta Sastri, History Of Srivijaya.

22 Nik Hassan Suhaimi , The Kingdom Of Srivijaya as Socio-Political and Entity, Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia, 1990, hlm. 47.

11

ubat-ubatan dan rempah ratus. Di samping itu kerajaan Srivijaya turut dikunjungi
oleh pedagang dari seluruh pelusuk dunia termasuk China, India, Arab, dan Parsi.
Menurut George Coede, perkembangan pelayaran sebahagian besar disebabkan
oleh pedagang Arab. Hampir kesemua barang dagangan dari seluruh dunia boleh
diperolehi di pelabuhan Srivijaya termasuklah mutiara, kemnyan, sutera, dan lainlain. Maka, setiap kapal yang berlabuh di pelabuhan Srivijaya dikenakan bayaran
cuai

yang

memajukan

lagi

kerajaan

Srivijaya.

Dengan

penguasaan

laluan

perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda, pada abad ke lapan telah menjadikan
kerajaan Srivijaya sebagai sebuah kuasa yang unggul di Asia Tenggara.

2.1.4 Pusat Pengajian Agama Buddha


Dalam banyak buku telah menceritakan bagaimanakah Srivijaya sering kali
dikunjung oleh pendeta-pendeta dari China untuk mempelajari ilmu agama Buddha.
Hal ini demikian kerana kerajaan Srivijaya merupakan tempat penyebaran agama
Buddha yang terbesar. Srivijaya sememangnya terkenal dengan perkembangan
agama terutamanya agama Buddha. Perkara ini telah menarik ramai pendeta
daripada kerajaan lain datang ke Srivijaya yang melibatkan seramai 1000 pendeta
dalam mendalami serta mempelajari agama Buddha 23. Namun pada zaman Srivijaya
hubungan China dengan Asia Tenggara menjadi amat pesat dengan kedatangan
para pedagang dan juga penuntut agama Buddha yang belajar di Srivijaya sebagai
pusat pengajian agama Buddha iaitu pada zaman China di bawah pemerintahan
Dinasti Tang (618-907M)24.Antara tenaga pengajar yang terkenal yang datang dari
India iaitu Sakyakirti untuk memberi ajaran dalam agama Buddha.
Selain itu, terdapat juga tenaga mengajar yang dating dari tempat lain
seperti China iaitu Amogawajra yang turut membawa ajaran Wajrayana dari China 25.
I-Ching adalah pengunjung pertama China yang merakamkan pengalamannya di
Srivijaya pada tahun 671 Masihi dalam perjalanannya ke India tetapi tinggal di
Srivijaya selama enam bulan untuk belajar bahasa Sanskrit dan dua bulan

23 Nik Hassan Suhaimi , The Kingdom Of Srivijaya as Socio-Political and Entity, Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1990, hlm. 96.
24 Hashim Musa, Pertalian Tamadun India dan China dalam Kebudayaan Melayu, dalam Peradaban
Asia, Shah alam : Pusat Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm. 182.
25 M. Ramlan, Badad Tanah Jawa, 1975, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 26.

12

mempelajari

Bahasa

Melayu26

serta

agama

Buddha

sebelum

meneruskan

perjalanannya.. Beliau menterjemahkan buku agama Buddha dari bahasa Sanskrit


ke bahasa China dan menulis dua buah buku tetang tamadun Melayu Srivijaya 27.
Antara

hasil

beliau

sebelum

kembali

ke

Canton,

beliau

telah

berjaya

menterjemahkan empat buah teks Buddha di Srivijaya.

2.1.5 Dasar Perluasan Kuasa dan Wilayah


Srivijaya melaksanakan dasar perluasan kuasa dan wilayah untuk meluaskan
kuasa serta menjana sumber ekonomi. Empayar Srivijaya sangat luas, tanah
jajahannya terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Borneo dan Ligor.
Srivijaya dinamakan sebagai Tuan Kawasan Selat kerana Berjaya menguasai
kawasan Selat. Srivijaya mempunyai kuasa Thalasokrasi yang kuat. Jadi, ia
menguasai daerah-daerah yang berhampiran melalui peperangan. Srivijaya telah
meluaskan kuasanya ke Selat Sumatera dan Barat Jawa untuk menguasai Selat
Sunda. Tujuan Srivijaya menguasai Selat Sunda adalah demi pelabuhan.Kemudian,
Srivijaya telah berjaya menawan kerajaan Melayu-Jambi dan Kedah di Semananjung
Tanah Melayu. Seterusnya, Srivijaya menguasai kawasan lain seperti Banga, Tulang
Bawang, Minanga, Tarimananga dan Langkasuka

untuk menguasai Selat Melaka.

Melalui perluasan kuasa ini, Srivijaya telah menguasai perdagangan di Asia


tenggara28.

2.1.6 Hubungan Diplomatik dengan kerajaan China


Kerajaan Srivijaya ini dikatakan lebih dekat dengan Negara China berbanding
Negara India. Oleh demikian, telah mendorong kerajaan Srivijaya menjalinkan
hubungan baik dengan kerajaan China. Kerajaan Srivijaya telah menjalinkan

26 R.O Winstedt, A History of Malaya, Kuala Lumpur: Marican & Sons (Malaysia), 1986, hlm. 33.
27 Hashim Musa, Pertalian Tamadun India dan China dalam Kebudayaan Melayu, dalam Peradaban
Asia, Shah alam : Pusat Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm. 182.

28 http://www.geocities.ws/cominglucky/srivijaya. diakses pada 10 November 2014.


13

hubungan baik dengan kerajaan China antara tahun 992M sehingga tahun 1028M 29.
Negara China telah memberikan perlindungan, menaikkan imej kerajaan Srivijaya
sebagai pusat perdagangan makmur dan juga member pengiktirafan kepada
kerajaan Srivijaya. Kerajaan Srivijaya juga sering menghantarkan utusannya kepada
kaisar China dengan membawa pelbagai hadiah. Ini juga termasuklah pertukaran
hadiah antara Kerajaan China dengan Kerajaan Srivijaya. Hal ini kerana Negara
China sering kali menghantar barang dagangannya ke pelabuhan kerajaan Srivijaya
untuk didagang seperti Sutera. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa dengan adanya
perjalinan persahabatan ini telah membawa kepada manfaat kepada kedua-dua
pihak.Semasa

pemerintahan

Maharaja

Tai-tsu,

baginda

telah

menghantar

utusannya ke Jawa dan Srivijaya pada tahun 1370. Di samping itu, kerajaan Jawa
dan Srivijaya telah menghantar ufti kepada kerajaan China. Hal ini telah terbuktinya
wujudnya hubungan diplomatic antara kedua-dua kerajaan ini.

3.1 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya kerajaan Srivijaya sememangnya sebuah kerajaan
yang pernah mancapai zaman kegemilangannay di rantau Asia tenggara pada suatu

29 Afifah Abu Yazid, Pengajian Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Publication & Distributors Sdn.
Bhd, 2003, Edisi ke-2, hlm. 3.

14

ketika dahulu. Kerajaan ini merupakan sebuah kerajaan maritime yang pernah
wujud sekitar abad yang ke tujuh dan dipercayai mencapai zaman kegemilangnnya
sekitar

abad

yang

ke

sebelas

Masihi.

Pemerintah-pemerintah

yang

telah

memerintah kerajaan tersebut dengan menggunakan kebijaksanaan mereka telah


menjadikan kerajaan tersebut digeruni oleh kerajaan-kerajaan lain yang pernah
wujud sezaman dengannya. Kerajaan Srivijaya juga telah Berjaya menjalinkan
hubungan diplomatic dengan kuasa-kuasa asing yang kuat seperti Negara China
dan India untuk memastikan keselamatan wilayah takluknya serta kerajaannya
daripada ancaman musuh.
Beberapa faktor dapat dikaitkan dengan kegemilangan

kerajaan Srivijaya

sebagai sebuah kerajaan maritim yang gemilang ketika itu. Faktor yang paling
dominan ialah faktor pengruh marmaritimen dasar perluasan kuasa. Kerajaan
Srivijaya sememangnya sebuah kerajaan maritim yang bergantung sepenuhnya
terhadap laut atau lebih khususnya kepada pelabuhannya yang strategik untuk
menjalankan aktiviti perdagangan entreport. Pemerintah kerajaan Srivijaya telah
menggunakan kelebihan kerajaan ini yang terletak di kawasan yang strategik iaitu
di Selat Melaka dan Selat Sunda untuk memajukan kerajaan ini menjadi sebuah
kerajaan entreport yang maju. Selain dasar perluasan kuasa yang telah dijalankan
untuk

meluaskan

wilayah

jajahan

atau

empayarnya

turut

telah

menjadi

penyumbang kepada kemajuan kerajaan ini.


Seterusya, faktor kemajuan pelabuhan kerajaan Srivijaya serta kekuatan Orang Laut
dan angkatan tentera turut telah menyumbagng kepada kemajuannya. Kekuatan
tentera telah membantu kerajaan ini untuk menangkis serangan daripada pihak
musuh yang ingin menakluki kerajaan ini. Selain itu, Oranag Laut pula berperanan
dalam menjaga keselamatan perairan kerajaan Srivjaya daripada ancaman dan
serangan musuh khususnya pihak lanun agar aktitviti perdagangan dapat berjalan
dengan lancer tanpa sebarang gangguan. Kekayaan barang dagangan yang
diperoleh daripada wilayah-wilayah jajahan kerajaan Srivijaya serta dripada
kerajaan itu sendiri telah melancarkan lagi aktiviti perdagangan di situ. Antara
barangan dagangana yang paling dikehendaki ketika itu ialah rempah ratus,
cendana, dan ubat-ubatan. Kerajaan Srivijaya juga telah berfungsi sebagai pusat
penyebaran agama Buddha yang tersohor pada ketika itu. Akhir sekali kemajuan
dan kegemilangan kerajaan Srivijaya turut berlaku akibat daripada hubungan
15

diplomatic yang dijalankan olehnya dengan kuasa-kuasa besar seperti negara China
dan India.

5.0 RUJUKAN
16

BUKU
Ahmad Jelani Halimi. 1998. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan

Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Andaya B.W & L.Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia, Malaysia. Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa

dan Pustaka.

George Coedes. 1964. Asia Tenggara Masa Hindu-Buddha. Kepustakaan Populer


Gramedia

(KPG).

Hashim Musa. 2002. Pertalian Tamadun India dan China Dalam Kebudayaan Melayu,
dalam

Peradaban Asia.

Shah Alam: Pusat Pendidikan Islam, Universiti

Kebangsaan Malaysia.
Kobkua Suwanathat. 1997.Asia Tenggara (Hubungan Tradisional Serantau). Kuala
Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Azhar Abd Hamid. 2014. Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan
Jepun.

Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

M.Ramlan. 1975. Badad Tanah Jawa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Hassan Suhaimi. 1990. The Kingdom of Srivijaya as Socio-Political and Entity.
Bangi:

Univeriti Kebangsaan Malaysia.

Paul Michel Munoz. 2006. Early Kingdoms of The Indonesian Archipelago and The
Malay

Peninsula. Edisi Didie Millet.

R.O. Winstedt. 1986. A History of Malaya. Kuala Lumpur: Marican & Sons (Malaysia).
Wolters. O.W. 1961. Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa

dan Pustaka.
17

LAMAN WEB
http://www.reocities.com/Athens/marathon/9042/srivijaya.htmdiakses

pada

13

Oktober 2014.
https://www.scribd.com/doc/218637383/93005772-NOTA-SJH1103-Kerajaan-AwalSrivijaya-Melaka. diakses pada 6 November 2014.
http://www.geocities.ws/cominglucky/srivijaya. diakses pada 8 November 2014.
http://www.suite.101.com/article.cfm/east_asian_history/104474/2. diakses pada 18
November 2014..
http://news.detik.com/read/2012/03/24/173813/1875495/10/perahu-kunokerajaan_sriwijaya-ditemukan-di-sumatera-selatan. diakses pada 8 November 2014.

18

Anda mungkin juga menyukai