Anda di halaman 1dari 3

KAVITA DORAISAMY

117618
REFLEKSI PERKHEMAHAN PGT 433
Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada yang maha Esa kerana
saya berjaya menamatkan kursus PGT 433 dengan jayanya. Kursus ini diajar oleh Prof Dr
Ahmad Tajuddin Othman atau lebih popular dengan panggilan Dr Ato. Pada awal saya
mengambil kursus ini, saya berpendapat bahawa kursus ini sama seperti kursus-kursus
lain yang ditawarkan kepada pelajar pendidikan. Namun persepsi saya berubah apabila
mula mempelajari ilmu-ilmu yang diajar oleh pensyarah dan kursus ini mula menarik
minat saya. Kami mengkehendaki menjalankan satu perkhemahan sebagai syarat
memenuhi keperluan kursus. Saudari Betty dipilih sebagai pengarah projek dan gerak
kerja telah bermula sebulan lebih awal dari tarikh perancangan perkhemahan kami.
Sejujurnya, pada awal kami diberitahu perlu membuat perkhemahan saya berasa malas
dan kurang berminat. Hal ini kerana saya pernah menjadi fasilitator kem pimpin siswa
sebanyak 3 kali dan kem pimpin tidak begitu menyeronokkan saya.
Tetapi tugasan yang diberikan kepada saya selaku ajk tugas-tugas khas yang
merancang sukaneka saya lakukan dengan baik dan teliti. Hari demi hari berlalu dan
perkhemahan kami mula tinggal seminggu sahaja. Kami mencari dana dengan mencuci
bilik pensyarah, mencuci surau dan sebagainya. Dana ini digunakan untuk menampung
kos perkhemahan nanti termasuk makan minum untuk 41 orang. Setiap jabatan
menjalankan tugas yang diberi dengan baik dan kami berjaya mencari dana yang
diperlukan untuk perkhemahan. Barang-barang keperluan aktiviti dan sukaneka mula
dibeli serta semua persiapan waktu-waktu akhir berjalan dengan lancar. Kami juga

mendapat sehelai t-shirt untuk digunakan di kem nanti. T shirt itu menjadi kenangan kami
semua kerana perkhemahan ini telah merapatkan ukhuwah kami tanpa mengira agama
mahupun kaum. Hari yang ditunggu-tunggu tiba, 4 Disember bersamaan dengan hari
Jumaat kami bertolak ke Kem Palas dengan menaiki bas manakala pensyarah dan 3 orang
pelajar lelaki menaiki van Usm. Perjalanan kami memakan masa satu jam setengah dan
kami tiba di kem palas pada pukul 11.30 tengah hari. Kursus PGT 433 ini turut
mengumpulkan pelajar-pelajar junior dari kos pendidikan. Kami tidak rapat dan
mengenali antara satu sama lain. Tetapi setibanya di kem, kami mula bertegur sapa dan
mula mesra.
Telefon bimbit kami dirampas dan disimpan oleh kem komanden sepanjang kem.
Pada awalnya saya tidak nampak kerelevenan mengambil telefon kami. Tetapi baru saya
sedar bahawa teknologi telah menghakis ukhuwah yang terjalin awal-awal sebelum
adanya teknologi. Kami mula memasang khemah dan kami dibahagikan ke kumpulankumpulan kecil yang terdiri dari 5 orang ahli. Saya dan pelajar-pelajar junior diletakkan
di dalam 1 khemah. Kami mula berbual dan mengenali antara satu sama lain. Kem
Komanden iaitu sahabat saya Edi Afiq menjadi ketua yang memastikan aktiviti berjalan
mengikut masa yang ditentukan. Sejujurnya, kem ini telah menyatukan pelajar-pelajar
berbilang kaum dalam satu bumbung. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti jungle trekking,
night walk, survival cooking, latihan berkumpulan, malam kebudayaan dan sukaneka.
Setiap aktiviti diuruskan oleh kami sendiri sebagai pelajar-pelajar PGT 433. Ini
merupakan pengalaman yang tidak ternilai kerana kami belajar pelbagai benda baru. Saya
berasa sedih dan terkilan kerana tidak dapat mengikuti aktiviti lasak seperti jungle
trekking atas masalah kesihatan. Saya mempunyai masalah tulang belakang akibat terlalu

lasak dengan aktiviti sewaktu dalam pasukan Suksis. Saya juga belajar cara untuk
menguruskan sesuatu program. Perkara ini amat penting kerana sebagai seorang guru,
kami perlu berdepan dengan pelbagai situasi yang memerlukan kami menguruskan
sesuatu program di sekolah mahupun menjalankan aktiviti perkhemahan. Perkara yang
paling berharga yang saya peroleh dalam kem adalah pengalaman membuat persembahan
tarian. Kami kumpulan Hitam, yang terdiri dari sahabat-sahabat saya iaitu Aini, Santa,
Ramadhan, Aisah Lim serta 2 orang pelajar junior amat seronok dengan tugasan yang
diberikan. Pelbagai peristiwa lucu berlaku kerana kami semua tidak tahu menari. Kami
berlatih walaupun banyak yang kami tidak tahu. Tiba hari persembahan, kumpulan saya
mendapat tempat kedua. Kami sekumpulan berasa lucu dan tidak dapat menerima hakikat
yang kami menang mengalahkan kumpulan lain yang hebat-hebat.
6 Disember iaitu pada Ahad, kami bergerak pulang ke Usm. Perkhemahan ini
sejujurnya memberi kesan kepada saya dan rakan-rakan saya. Ukhuwah dan persahabatan
kami menjadi lebih erat dan kukuh. Malah, kami berasa lebih menghragai detik-detik
bersama sebelum masing-masing sibuk dengan Latihan Mengajar kelak. Pensyarah kami
pula seorang yang happy go lucky. Sejujurnya kursus ini merupakan kursus yang saya
celik dan segar sepanjang 2 jam. Hal ini membuktikan bahawa Dr Ato mempunyai
pendekatan yang tersendiri dalam menyampaikan ilmu dan cara pengajaran beliau juga
amat menarik sehingga kami tidak sedar masa 2 jam telah berlalu. Saya yakin pelajarpelajar yang mengambil kursus ini akan merindui kelas PGT 433. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Ato kerana banyak mambantu kami dan
mengajar kami ilmu-ilmu baru yang dapat dipraktikan apabila kami melangkah ke alam
pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai