Anda di halaman 1dari 2

11. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.

Pendidikan di malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menjurus ke arah pembentukan individu yang seimbang darisegi jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berjaya dalam semua aspek kehidupan dan mampu memberi sumbangan kepada kemakmuran negara, maka perlaksanaan dalam mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin pastinya secara tidak langsung dapat membentuk kemenjadian pelajar dalam memupuk perpaduan kaum. Berhubungkait dengan perlaksanaan kurikulum yang sama dan seragam, maka mata pelajaran Pendidikan Moral diwujudkan untuk pelajar bukan Islam sejajar dengan mata pelajaran Pendidikan agama Islam bagi membentuk moral, sahsiah diri dan disiplin pelajar yang baik serta menyemai nilai-nilai murni dalam kehidupan. Silibus mata pelajaran Pendidikan Moral ini telah dikaji dan diharap menjadi saluran utama kepada pelajar bukan Islam dalam memupuk nilai-nilai murni, rohani dan sahsiah diri disamping memupuk kesedaran hidup bersatu padu. Antara 36 nilai yang diterapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral itu sendiri adalah bersatu padu antara berbilang kaum. Begitu juga mata pelajaran Pendidikan Agama Islam yang sememangnya juga telah dikaji dan menerap nilai-nilai murni dan panduan akhlak yang mulia selaras dengan panduan agama Islam. Dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam pula, konsep berbuat baik sesama insan tanpa mengenal kaum dan agama sudah cukup untuk menyemai sikap bersatupadu. Selain daripada mewujudkan mata pelajaran Pendidikan Moral, usaha untuk mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin adalah melalui unit Hal Ehwal Murid di sekolah di mana konsep semua guru merupakan guru disiplin telah diperkenalkan. Peranan guru disiplin adalah mengawal tingkah laku pelajar agar pelajar tidak melakukan masalah atau kesalahan disiplin seterusnya mengatasi masalah jenayah di negara kita. Peraturan-peraturan disiplin sekolah hendaklah selaras dan tidak berat sebelah seolah-olah menjurus kepada ssuatu kaum, bergantung kepada jenis sekolah berkenaan. Sebagai contoh, walaupun pelajar melayu melakukan kesalahan memukul pelajar cina atau pelajar india di sekolah kebangsaan, maka hukuman atau denda tetap diteruskan kepada pelajar melayu tersebut. Begitu juga jika pelajar cina melakukan kesalahan memukul pelajar melayu atau india di sekolah jenis kebangsaan cina, maka hukuman tetap dikenakan kepada pelajar cina tersebut. Oleh itu, pembentukan kemenjadian pelajar dalam memupuk perpaduan kaum dapat disemai malalui tindakan guru yang tidak berat sebelah dalam menangani masalah disiplin pelajar. Setiap pelajar juga harus mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan ini merupakan satu latihan disiplin yang baik dan penting supaya mereka cukup faham dan memupuk sikap bertanggungjawab sekaligus bagi mengelak punca jenayah yang lebih besar.

Perhimpunan pagi yang diadakan setiap sekali seminggu juga membantu mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin pelajar. Kemenjadian pelajar dapat dipupuk melalui nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah disamping pembacaan ikrar rukun negara dan ikrar sekolah. Sebenarnya, amalam setiap perhimpunan ini turut sama membantu menanam dan memupuk perasaan cintakan negara dikalangan murid-murid bahkan juga guru.

12. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar disekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang mana menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, maka adalah menjadi wajib untuk setiap warganegara Malaysia mempelajari Bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa penghantar di sekolah. Jadi meletakan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib adalah amat wajar kerana semua pelajar berpeluang mempelajari Bahasa Melayu di sekolah, seterusnya dapat berkomunikasi dengan kaum lain yang kebanyakannya suka menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kerajaan juga turut meletakkan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib kerana bahasa ini adalah antarabangsa yang digunakan di seluruh dunia. Apabila dua mata pelajaran bahasa ini dijadikan sebagai matapelajaran wajib, jelaslah pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara adalah menjurus kepada kemenjadian pelajar dalam membentuk perpaduan kaum iaitu dengan memberi peluang yang sama rata kepada semua rakyat Malaysia mempelajari kedua-dua bahasa ini. Maknanya kerajaan di sini turut mewajibkan semua pelajar memelajari dua bahasa yang penting ini, bukan sahaja untuk berkomunikasi malah membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar tanpa mengenal kaum. Secara tidak langsung strategi ini telah membantu memantapkan penguasaan Bahasa Melayu dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Seterusnya, Dasar Pendidikan ini juga turut menjadikan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai matapelajaran pilihan sebagai satu langkah mengekalkan bahasa ibunda kaum Cina dan India di Malaysia. Tujuan mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ini diperkenalkan sebagai mata pelajaran pilihan adalah untuk memberi pilihan dan peluang kepada pelajar Cina dan India untuk mendalami bahasa ibunda mereka. Di samping itu, ini memberi peluang kepada kaum lain untuk mendalami Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dan secara tidak langsung mempelajari adat dan budaya kaum tersebut.

Anda mungkin juga menyukai