Anda di halaman 1dari 38

Bincangkan kepelbagaian kepercayaan dan adat resam tentang kematian antara masyarakat Melayu dan Cina

Ahli kumpulan Maradapu Somu Naidu A/L Mariah Viknis A/L P.Perumal Pravin Raj A/L Sathiaseelan

Adat resam dan kepercayaan memainkan peranan penting di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa. Adat ini merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian Adat resam masyarakat di Malaysia boleh dilihat berasaskan ras-ras seperti adad resam masyarakat Melayu, adat resam masyarakat Cina, adat resam masyarakat India, adat resam masyarakat etnik Sabah, adat resam masyarakat etnik Sarawak dan adat resam masyarakat orang Asli.

Adat :peraturan yang sudah diamalkan turun temurun (sejak dahulukala) di dalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi dan ia akan menjadi kebiasaan dalam kehidupan. Mati: pula dimaksudkan sebagai tidak bernyawa lagi atau tidak hidup lagi

Terdapat tiga peingkat dalam upacara kematian.


Semasa kematian Semasa pengebumian Selepas kematian

Di setiap peringkat ini adat dan kepercayaan memainkan peranan penting bagi memastikan upacara kematian dilaksanakan dengan sempurna.

Mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang hidup. Keluarga si mati harus memberitahu kepada tok imam dihebohkan kepada kaum keluarga dan sahabat handai Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain.

Sebuah kacip pinang akan diletakkan melintang di atas kain yang menutupi mayat itu, di tengah antara perut dengan dadanya. Kaum keluarga dan sahabat handai si mati akan melihat mayat dengan hanya menyingkap kain tudung muka mayat itu. Sebarang jamuan tidak akan diadakan.

Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Untuk kapan sekurang kurangnya sehelai kain yang menutupi aurat si mati Jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda Ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda sebelum diusung

Keranda akan dipikul dan diusung oleh orang ramai dengan bergilir-gilir dan berjalan secara perlahan-lahan ke masjid. haji-haji, lebai-lebai dan juga orang yang mengiringi mayat itu tadi menyembahyangkan mayat itu. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur.

Siak masjid atau sesiapa berkenaan akan turun ke dalam kubur membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat itu serta dibukanya ikatan kapannya. Setelah dibangkan di telinga mayat itu oleh siak maka barulah keranda itu ditutup dan kubur itu ditimbus dengan tanah. Tuan haji, lebai atau tuan alim membaca talkin dan bertahlil serta membaca doa

Keluarga si mati akan memasak dan menyediakan nasi bungkus. Kemudian pada malam pertama hingga malam ketujuh diadakan majlis tahlil. Pada malam ketiga, ketujuh, kedua puluh, keempat puluh, dan keseratus pula, pada kebiasaannya akan dihidangkan jamuan nasi. Melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara.

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai dikehendaki menangis dan meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan jirat. Tangisan itu juga perlu diselitkan dengan katakata pujian kepada si mati.

Mayat akan dibersihkan dan dimandikan. Kemudian si mati akan disapu dengan minyak wangi dan disolek dengan tujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di akhirat. Ia dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan biasanya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan.

Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagulagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.

Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.

Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut.
Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam.

Si mati akan dimasukkan ke liang lahad yang digali besar supaya dapat dimuatkan bersama dengan pelbagai jenis harta milik si mati. Bagi masyarakat ini juga kawasan jirat yang strategik amat perlu kerana menjadi lambang kebahagiaan kepada si mati seperti di kawasan tanah tinggi dan berhampiran jalan raya.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati menemui jalan pulang. Jirat akan dihias dengan cantik sebagai lambang kemewahan dan ini bermakna si mati layak mendapat kemewahan selepas mati seperti ketika hidup.

Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai 7 hari sehinggalah hari perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian warna lain boleh dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau suami yang kematian isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai berkabung.

Semasa kematian Cara mandian

Melayu Mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib, cermat dan bersopan dan dikafankan dengan kain kafan putih. Lelaki:3 helai Perempuan: 5 helai dan berserta telekung, Cendana,kapur barus turut diguna Kemayan dibakar dan di letak di sebelah keranda .Keranda biasa dan tiada perbezaan Ayat suci al-quran diajikan .

Cina

Dibersihkan dan dimandikan, disapu dengan minyak wangi dan disolek. dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan biasanya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan.
Colok dibakar dan gambar si mati diletak di dpn keranda dan keranda berbeza mengikut kekayaan. Lagu lagu suci dibacakan dan dimainkan

Menangis

Dilarang ait maa terkena pada jenazah,dan digalakan tidak membuat bising atau bercakap dengan kuat.

Digalakan untuk menangis dengan sekaut-kuat, orang diupah untuk menangis

Kaum wanita

Kaum wanita tidak digalakan ke tanah perkuburan,peranan gol.lelaki

Kaum wanita tidak digalakan ke tanah perkuburan

Cara pemakaian Digalakan berpakaian sopan dan tidak menonjol.

Berpakaian hitah sahaja.baju berbunga dilarang

Semasa pengebumian (Menyembahyangkan mayat)

Ia dilakukan di dalam masjid dengan meletakkan jenazah di hadapan imam dan para jemaah. Kemudian disembahyangkan dengan cara berjamaah. Dilakukan dengan cara membawa masuk jenazah kedalam lubang kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membuka ikatan di kepala. Kepala mayat disendal dengan tanah yang dikepal dan selepas diazankan ditelinganya, barulah keranda itu ditutup dan tanah ditimbus diatasnya.

Dilakukan oleh sami cina di dewan tanah perkuburan.

Pengkebumian

Si mati akan dimasukkan ke liang lahad yang digali besar supaya dapat dimuatkan bersama dengan pelbagai jenis harta milik si mati.Bagi masyarakat ini juga kawasan jirat yang strategik amat perlu kerana menjadi lambang kebahagiaan kepada si mati seperti di kawasan tanah tinggi dan berhampiran jalan raya.

Dua batang nisan tertulis nama, tarikh lahir dan tarikh kematian dicacakkan di atas kubur sebagai tanda. Akhirnya upacara talkin akan dijalankan oleh Imam dan selepas itu air disiram di atas kubur dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki dan bunga rampai ditaburkan.

Jirat akan dihias dengan cantik sebagai lambang kemewahan dan ini bermakna si mati layak mendapat kemewahan selepas mati seperti ketika hidup.

Bagi yang membakar mayat ,setelah selesai upacara sembahyang mayat akan dibakar didalam bilik yang dikhaskan di kawasan tanah perkuburan.

Setelah itu upacara mengumpul abu mayat keesokan harinya akan diadakan. Abu yang dikumpul akan di masukkan ke dalam bekas tembikar . Abu-abu itu akan disembahyangkan. Kemudian abu mayat itu akan diletak di tokong yang ataupun di dalam bilik khas penyimpanan abu mayat yang terdapat dikawasan tanah perkuburan cina. Setiap tahun semasa ulang tahun kematian saudara mara si mati akan melawat jirat atau akan mengadakan upacara sembahyang bagi bekas yang di simpan tersebut.

Selepas kematian

Mengadakan kenduri arwah dan doa selamat oleh keluarga si mati bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Jamuan diadakan (nasi Bungkus )

Ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari berkabung tamat. Namun bagi isteri atau suami si mati akan memakai pakaian berkabung lebih lama daripada ahli keluarganya. Ulang tahun kematian akan disambut dengan melawat jirat dan sembahyang khas diadakan

Malam pertama hingga malam ketujuh diadakan majlis tahlil kepada roh si mati dan setiap malam jumaat selepas hari ketujuh hingga hari keempat puluh atau kadang-kadang sehingga hari keseratus, diadakan lagi majlis-majlis tahlil

Adat dan kepercayaan penting dalam kehidupan manusia Adat dan kepercayaan ini telah diturunkan dari turun temurun serta menjadi pegangan hidup sihingga hari ini. Walaupun terdapat beberapa berbezaan dan persamaan dalam upacara kematian ini, ia diadakan untuk si mati sebagai tanda menghormati ianya agar dapat hidup senang di dunia ahkirat nanti dan akan membawa kebaikan serta kesejahteraan kepada keluarganya. Selain itu bagi orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, kewajipan menguruskan mayat saudara sesama Islam adalah fardhu kifayah.

Anda mungkin juga menyukai