Anda di halaman 1dari 5

Bersenam

Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mendapatkan pelbagai manfaat, antaranya adalah untuk menguatkan otot dan sistem kardiovaskular, untuk menurunkan berat badan, atau untuk menetapkan berat badan, dan juga untuk mengisi masa lapang. Senaman juga boleh menjaga bentuk tubuh badan kita. Senaman yang kerap dan berterusan dapat membantu sistem imun kita agar lebih baik, dan mencegah pelbagai penyakit: antaranya ialah penyakit jantung, penyakit kardivaskular, kencing manis atau diabetes, dan obesiti. Selain daripada itu, senaman juga dapat mencegah terjadinya tekanan perasaan, dan dapat memberikan daya tarikan pada bentuk badan kita, dan seterusnya meningkatkan lagi keyakinan diri.

Jenis senaman 1
1. Senaman Fleksibiliti

Tujuan melakukan senaman fleksibiliti adalah untuk meningkatkan fleksibiliti atau kelenturan dari otot dan sendi. Contohnya seperti senaman regangan.

Cari maksud perkataan fleksibel dalam kamus

Jenis senaman 2
Senaman Aerobik atau Kardio
Aerobik bererti penggunaan "oksigen" untuk memenuhi keperluan tenaga pada waktu senaman dilakukan, Secara amnya senaman aerobik dapat menurunkan risiko kematian kerana penyakit kardiovaskular (penyakit yang melibatkan jantung dan saluran darah). Antara kebaikan senaman aerobik adalah:

a) Menguatkan otot untuk proses pernafasan b) Menguatkan otot di jantung. c) Mengukuhkan seluruh otot dalam badan. d) Mengurangkan stress dan kemurungan e) Menurunkan risiko kencing manis Antara aktiviti-aktiviti yang merupakan senaman aerobik adalah seperti mengayuh basikal, berenang, berjalan, berlari, mendaki dan sebagainya.

Akibat tidak bersenam


2 minggu tidak bersenam: kekuatan otot berkurangan kekuatan jantung untuk mengepam darah sedikit menurun 2 bulan tidak bersenam: otot sukar dilentur sehingga boleh mengakibatkan kecederaan kekuatan jantung untuk mengepam darah menurun. 2 tahun tidak bersenam: terdapat pengumpulan lemak didalam badan kekuatan jantung untuk mengepam darah berkurangan sebanyak 50 % kekuatan otot menurun. sakit sendi menyerang.

Justeru, mulakan hari anda dengan senaman ringan supaya tahap kesihatan kita berada pada tahap yang baik. Bagi mereka yang berusia antara 35-40 tahun dan keatas, sila dapatkan pemeriksaan doktor secara berjadual.

Tips-tips bersenam
Anda hanya memerlukan 10 minit tiga kali sehari untuk bersenam. Boleh dilakukan di sekolah dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi sekolah, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari dan 10 minit sebelum pulang ke rumah. Jika di rumah senaman berkenaan boleh dilakukan ketika anda menonton rancangan kegemaran di televisyen.

Antara gerakan senaman itu ialah: 1. Turun naik tangga - elakkan menggunakan lif di tempat kerja atau di pusat beli belah. 2. Lebihkan berjalan - Letakkan kereta atau basikal jauh dari tempat beli-belah supaya dapat bersenam menggunakan kaki.

3. Berbasikal ke sekolah 4. Berjalan kaki ke sekolah

Anda mungkin juga menyukai