Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Perkembangan motor kasar merujuk kepada aktiviti penggunaan kaki seperti


berlari, melompat atau menendang bola. Penggunaan motor kasar bagi tangan
pula adalah seperti membaling, memukul malah mengangkat objek yang berat.
Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahun perlu diberi
aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan mereka. Aktiviti ini akan
dapat menggalakkan pembinaan kekuatan otot, keseimbangan, dan sokongan tubuh
badan kanak-kanak serta merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Aktiviti seperti
berbaring, meniarap, berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk
perkembangan motor kasar kanak-kanak ini.

Untuk melengkapkan sesi amali kami pada semester ini, kami telah
merancang satu Rancangan Slot berkaitan aktiviti perkembangan motor
kasar kanak-kanak prasekolah di IPTHO dan Unit Prasekolah.



Aktiviti Kemahiran Motor Kasar Lokomotor
Cadangan masa 20 minit
Fokus Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika
Standard Kandungan
(PFK 2.1 ) Melakukan kemahiran motor kasar
lokomotor.
(PFK 2.1.11) Berjalan dengan pundi kacang di atas
kepala.
(PFK 2..1.10) Berjalan dan mengimbang badan di atas
bangku panjang yang rendah.
(PFK 2.1.13) Berlari ke arah yang ditentukan.
(PFK 2.3.7) Melempar objek seperti gelung ke skittle.
(PFK 2.3.9) Melantun dan menangkap objek. (Contoh:
bola besar) dengan kedua belah tangan
Standard Pembelajaran lain
yang disepadukan
(PSE 2.1.3) Bersikap positif tentang kebolehan dan
kekurangan/kelemahan (limitation) kendiri.
(PSE 2.2.2) Menunjukkan semangat dan sifat positif
seperti berkeyakinan dan sabar.

Objektif pembelajaran Membolehkan murid melakukan kemahiran motor
kasar dengan cara yang betul.

Murid dapat menjaga keselamatan diri semasa
menjalankan aktiviti.

Konsep utama Murid dapat mengembangkan kemahiran motor kasar
mereka.

Kosa kata Berjalan , imbang badan, melompat, melempar,
melantun, menangkap
Alatan & bahan 1. Pundi kacang
2. Bangku panjang
3. Gelung rotan
4. Skittel
5. Bola

Langkah Pengajaran:
Pendahuluan : Guru menggunakan muzik untuk mengiringi sesi memanaskan badan.
Perkembangan : 1. Guru membahagikan 5 stesen untuk 5 aktiviti.
2. Guru menerangkan peraturan bagi setiap aktiviti kepada
murid.
Peraturan untuk setiap stesen adalah seperti berikut:

Stesen 1 - Jangan jatuhkan pundi kacang
- Tidak boleh menyentuh pundi kacang dengan tangan
- Jika pundi kacang terjatuh, murid dikehendaki mula dari skittel
permulaan.
Stesen 2 - Tidak boleh jatuh dari bangku panjang
- Jika jatuh dari bangku, murid dikehendaki mula dari permulaan
Stesen 3 - Murid dikehendaki berlari sehingga sampai ke skittel
seterusnya
Stesen 4 - Murid diberi 2 gelung setiap seorang
- Murid dikehendaki melempar dengan tepat ke skittel
- Jarak antara pelajar dengan skittel adalah kira-kira 2 meter
Stesen 5 - Melantun dan menangkap bola sambil berjalan ke skittel
yang
terakhir.
- Bola mestilah ditangkap dengan menggunakan kedua-dua
belah
tangan.

3. Guru menunjukkan cara bagi melakukan aktiviti di setiap
stesen.
4. Murid melakukan aktiviti dari satu stesen ke stesen yang lain.

Penutup : Guru mengadakan sesi menyejukkan badan.


Pentafsiran :
Senarai Semak Kemahiran Motor Kasar Lokomotor
Tarikh : 26 Julai 2011
Bil. Nama Murid Berjalan
bawa pundi
kacang
Berjalan &
imbang
badan
Berlari dari 1
skittel ke 1
skittel lain
Lempar
gelung ke
skittel
Melantun &
menangkap
bola

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17

Anda mungkin juga menyukai