Anda di halaman 1dari 13

KEMAHIRAN LOKOMOTOR

Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kemahiran ini juga terbahagi kepada dua iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor Beritma Sekata ialah merupakan pergerakan yang sekata seperti berjalan, berlari, melompat, melonjak dan mengguling. Manakala Kemahiran Lokomotor Beritma Tidak Sekata adalah seperti skip, galop dan melongsor.

KEMAHIRAN BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan Bukan Lokomotor ialah kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Antaranya ialah membongkok, menolak, menarik dan memusing.

MATLAMAT
Pengerakan asas diajar di sekolah rendah bertujuan membimbing murid-murid menggunakan sesuatu kemahiran dengan betul. Kemahiran pergerakan asas yang salah mungkin akan menjejaskan perkembangan kemahiran dan sukar untuk dibetulkan kelak. Selain itu pengajaran pergerakan asas juga adalah sebagai penyediaan awal kepada murid-murid sebelum melibatkan diri dalam permainan atau akitiviti lain. Seterusnya ia juga bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh yang dari segi intelek, jasmani,emosi, rohani dan sosial. Berdasarkan pengajaran pendidikan asas ini juga dapat membinakan keyakinan diri seseorang untuk melakukan sesuatu.

OBJEKTIF
Pergerakan asas diajar bertujuan untuk membolehkan murid-murid menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan. Selain itu ia juga dapat melatih murid-murid supaya menggunakan pergerakan asas dengan betul dan mendorong murid untuk mempelajari pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan lain seperti kesedaran ruang, masa dan rakan. Aktiviti pergerakan asas akan meningkatkan minat murid untuk bermain kerana mereka seronok untuk melakukannya. Selain itu ia akan menimbulkan persaingan yang sihat dan kerjasama antara murid-murid.

CONTOH CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

I. Prosedur pelaksanaan demonstrasi

Pergerakan 1 Berjalan dengan cara yang betul

Pergerakan 2 Melakukan gulingan hadapan di atas tilam. Bola dileretkan sebelum melakukan gulingan.

Pergerakan 3 Merangkak seperti beruang sejauh 4 meter sambil menolak bola ke hadapan.

Pergerakan 4 Berjalan di atas bangku panjang sambil melantunkan bola.

Pergerakan 5 Melonjak panjang ( hop ) sebanyak 10 kali dengan melantun bola. Pergerakan ini dilakukan dengan melompat dengan sebelah kaki dan mendarat dengan kaki yang sama. Pinggul, lutut dan sendi pergelangan kaki yang menyokong dibengkok.

Pergerakan 6 Skip sejauh 5 meter

Pergerakan 7 Galop sejauh 7 meter

Pergerakan 8 Melompat ke kiri dan kanan mengikut skitel. Bola diapit pada bahagian paha.

Pergerakan 9 Melonjak (leap) sebanyak 3 kali dan kali ke 3 melompat melepasi kayu halangan.

Pergerakan 10 Memanjat dan melonjak ke atas lombol.

CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan 1 Menyokong dengan sebelah tangan dan kaki dan dalam keadaan mengiring dan sebelah tangan yang berada di atas memegang bola

. Pergerakan 2 Mengilas badan ke kiri dan kanan.

Pergerakan 3 Memusingkan badan pada paras pinggang.

Pergerakan 4 Melengkung badan ke atas dengan merapatkan dagu ke dada dan masukkan abdomen

Pergerakan 5 Meregang dengan menolak bola ke atas , kiri dan kanan.

Pergerakan 6 Berbuai-buai dengan menghayun kaki ke hadapan, belakang dan sisi menyilang kaki lain.

Pergerakan 7 Merengkuk dengan merapatkan semua anggota badan ke dada

Pergerakan 8 Melunjur dengan meletakkan bola di hujung tapak kaki dan cuba mencapainya.

Pergerakan 9 Bangkit sambil memegang bola.

Pergerakan 10 Berdiri dengan membengkokkan lutut sambil melambung dan menyambut bola.

PERMAINAN KECIL AKTIVITI PUKULAN PENGENALAN Aktiviti pukulan adalah aktivti yang menggunakan teknik pukulan terhadap terhadap sesuatu objek atau peralatan. Terdapat banyak permainan yang menggunakan teknik pukulan seperti permainan hoki, bola tampar, soft ball, badminton , ping pong dan sebagainya.

OBJEKTIF Memperkenalkan pelajar kepada pergerakan asas sesuatu permainan yang menggunakan teknik pukulan. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran memukul dengan betul. Meningkatkan semangat kesukanan dan melahirkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar.

AKTIVITI Aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk pertandingan yang melibatkan dua orang peserta. Peserta perlu melalui 3 stesen. Aktiviti yang telah disenaraikan adalah: Stesen A membawa dan menggelecek bola malalui skital. Stesen B - Memukul bola masuk ke dalam gelung. Stesen C - Memukul bulu tangkis masuk ke dalam gelung.

ALATAN YANG DIPERLUKAN. Bola hoki Kayu hoki Skital Raket badminton Bulu tangkis Gelung rotan

STESEN A

LANGKAH-LANGKAH DAN PERATURAN AKTIVITI :

1) Peserta perlu memukul dan membawa bola hoki menggunakan kayu hoki melalui skital yang telah disusun dalam bentuk zig zag. 2) Peserta akan bermula digarisan permulaan dan berakhir di garisan penamat. Dimana, aktivti di stesen B bermula.

MULA

PENAMAT

STESEN B

Langkah dan peraturan : 1. 2. 3. Peserta dikehendaki memukul bola hoki ke dalam gelung. Jarak tempat peserta memukul Peserta dikehendaki berada di dalam keadaan statik pada tempat yang ditetapkan ketika memukul bola. 4. Sekiranya peserta gagal memasukkan bola ke dalam gelung, peserta dikehendaki mengulang semula sehingga berjaya.

STESEN C

Langkah dan peraturan : 1. 2. Peserta dikehendaki memukul bulu tangkis ke dalam gelung. Peserta dikehendaki memukul bulu tangkis dengan cara mengambil servis badminton yang betul 3. Peserta dikehendaki memasukkan sebanyak sepuluh bulu tangkis ke dalam gelung 4. Sekiranya gagal, peserta dikehendaki mengulang aktiviti tersebut sehinga berjaya.

Anda mungkin juga menyukai