Anda di halaman 1dari 10

NAMA JABATAN / UNIT: KOKURIKULUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR
TUGASAN KERJA KURSUS
(INDIVIDU/KUMPULAN)

SESI Semester 2/ 2020

Nama : CHIA NEAN ERN

Angka Giliran : 2019212350005

Nombor Kad Pengenalan : 000413-01-0048

Kumpulan/Unit : PISMP TESL JUN 2019 (A)

Kod dan Nama Kursus : MPU 3041 Kokurikulum (Permainan)

Nama Pensyarah : Encik Azman bin Hassan

Tarikh Hantar : 16 April 2020

Tarikh Diterima :
(Diisi Oleh Pensyarah)

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
fahami.

Tandatangan Pelajar : Jumlah markah:

Tarikh :

Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja
kursus pelajar.
Hoki – Menggelecek
Selepas menonton video tersebut, saya telah memahami bahawa kemahiran
menggelecek sangat penting dalam permainan hoki bagi menjaga pengawalan supaya
melepasi pemain lawan yang cuba menghalang. Kemahiran menggelecek juga penting
semasa membuat penghantaran kepada pemain sepasukan. Perkara yang perlu
dititikberatkan ialah setiasa memastikan bola di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke
sisi. Pergerakan dan posisi badan juga tidak dapat dilupakan semasa menggelecek bola.
Saya juga memahami bahawa terdapat tiga acara dalam menggelecek bola iaitu
menggelecek longgar dan menggelecek rapat dan menggelecek Indian.

Yang pertama, menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak


menggerakkan bola dengan cepat. Cara untuk menggelecek longgar adalah dengan
longgarkan pegangan tangan kanan, hal ini dapat memudahkan pergerakan yang lebih
cepat. Badan perlu dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan. Manakala mata perlu
memandang bola ketika membuat tolakan dan bola hoki harus berada di sebelah kanan dan
di hadapan kaki kanan. Kayu hoki perlu dipegang 45 degree ke tanah.

Rajah 1 Teknik Menggelecek Longgar

Yang kedua ialah menggelecek rapat yang diperlukan apabila hendak mengawal
bola dengan rapi. Strategi ini akan lebih bermanfaat jika pemain tidak memperoleh cara
yang selamat untuk menghantar bola. Cara untuk membuatnya adalah sama dengan
menggelecek longgar, dari segi pegangan dan posisi badan, tetapi mata perlu sentiasa
memandang ke arah pemain sepasukan sambil mengkaji situasi sekeliling. Bola harus
berada ke kanan dan dihadapkan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki.

Rajah 2 Teknik Menggelecek Rapat


Teknik yang seterusnya ialah menggelecek India. Ia adalah asas bagi semua
pergerakan dengan bola dalam permainan hoki. Semasa menggelecek menggunakan
Teknik ini, muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan
badan dengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka
kayu dan kilas kayu.

Rajah 3 Teknik Menggelecek India

Sebagai aktiviti ansur maju, saya perlu dapat menggelecek melalui 5 kon dengan
teknik yang betul. Antaranya termasuklah genggam kayu dengan kedua-dua belah tangan
berjarak dan longgarkan genggaman tangan kanan. Seterusnya genggaman tangan kanan
perlu direndahkan dan rendahkan badan dengan lutut bengkok. Mata pula perlu memerhati
bola supaya terkawal dan bola perlu sentiasa di hadapan dengan jarak terkawal
terutamanya untuk menggelecek rapat (close dribble). Yang penting menolak bola tepat ke
sasaran penamat dan dapat mengawal kelajuan.

1.5m 1.5m 1.5m 1.5m 1.5m

Garis
Permulaan Kon

Aktiviti Ansur Maju Kemahiran Menggelecek Permainan Hoki

Saya telah mempelajari tentang teknik asas menggelecek dan saya berharap saya
dapat menggunakan dengan sepenuhnya semasa bermain hoki dengan cara-cara yang
telah ditunjukkan.
Bola Sepak – Menghantar Bola

Selepas menonton video tentang kemahiran menghantar bola bagi permainan bola
sepak, saya telah memahami bahawa kemahiran ini adalah penting untuk memastikan bola
sampai kepada rakan sepasukan dengan tepat. Hantaran yang paling biasa digunakan ialah
kemahiran menendang. Terdapat tig acara kemahiran melakukan hantaran iaitu hantaran ke
hadapan, hantaran ke sisi serta hantara bersilang.

Hantaran ke hadapan dilakukan dengan menendang bola ke arah hadapan dengan


menggunakan bahagian dalam kekura kaki. Teknik ini boleh dilakukan dengan ayunkan kaki
menendang ke belakang, seterusnya menendang di bahagian belakang bola dan akhir
sekali ikut lajak selepas melakukan tendangan. Mata perlu memandang bola dan sentiasa
berdiri di belakang bola.

Rajah 4 Teknik Menghantar Bola ke Hadapan

Hantaran ke sisi dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian luar


kekura kaki. Agak sama dengan teknik hantaran ke hadapan, ayunkan kaki menendang ke
belakang dengan mata memandang bola dan berdiri di belakang bola. Menendang di
bahagian sisi bola dan seterusnya ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Rajah 5 Teknik Menghantar Bola ke Sisi

Hantaran silang menggunakan bahagian dalam kekura hati juga, sama dengan
hantaran hadapan. Sekiranya bola hendak dihantar menyilang dari kiri ke kanan, kaki kiri
akan digunakan untuk menendang bola manakala jika bola hendak dihantar menyilang dari
kanan ke kiri, kaki kanan digunakan untuk menendang bola. Caranya adalah sama dengan
hantaran lain tetapi badan perlu condong ke arah bola hendak dihantar.

Rajah 6 Teknik Menghantar Bola Bersilang

Sebagai aktiviti ansur maju, saya akan menghantar bola dengan sepakan leret ke
sasaran. Tekniknya termasuklah kaki menyokong saya perlu berada di sisi bola dengan
mata memandang bola, badan sedikit bongkok ke hadapan. Seterusnya kaki aktif hayun ke
hadapan dengan kontek bola dengan bahagian dalam kaki menuju sasaran. Yang penting,
ikut lajak perlu ada selepas tepat kesasaran.

Kon

Sasaran
Mula

Aktiviti Ansur Maju Kemahiran Menghantar Bola Permainan Bola Sepak

Dengan ini, saya telah mengetahui cara membuat penghantaran bola untuk
permainan bola sepak dan harap saya dapat menggunakan teknik ini dengan baik semasa
bermain bola sepak pada masa depan.
Bola Jaring – Gerak kaki

Saya juga menonton video tentang gerakan kaki dalam permainan bola jaring, dan
sebenarnya ketangkasan pemain adalah sangat penting dalam tersebut. Ketangkasan
pergerakan memerlukan kemahiran gerakan kaki tanpa melanggar undang-undang
permainan. Kemahiran gerakan kaki sangat penting semasa seseorang itu telah menerima
bola dan ingin menghantar bola kepada pemain sepasukan, sebelum menjaringkan gol atau
semasa menangkap bola di udara. Antara gerak kaki yang dibenarkan dalam undang-
undang termasuklah pertama, semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas
tanah, kedua, setelah menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki, ketiga,
setelah menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki dan akhir sekali semasa
menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki sahaja. Sekiranya tidak dapat mengawal
pergerakan kaki, seseorang tersebut mudah untuk melanggar peraturan permainan.

Rajah 7 Teknik Gerak Kaki

Aktiviti ansur maju boleh dijalankan dengan ujian gerak kaki yang betul yang dimulakan
dengan lari kiri dan kanan, seterusnya lompat sambal menghulur kedua-dua tangan untuk
menerima bola dan mendarat dengan satu kaki sahaja. Mengawal badan semasa mendarat
dengan merendahkan badan dan membengkokkan lutut. Akhir sekali, menghantar bola.

Pelajar

2.0m Arah bola

Aktiviti Ansur Maju Kemahiran Gerak Kaki Permainan Bola Jaring

Oleh itu, adalah sangat penting untuk pemain untuk sentiasa menjaga pergerakan kaki
pada sepanjang permainan dilangsungkan. Latihan boleh dibuat supaya badan kita
menyesuaikan diri dengan pergerakan tersebut.
Bola Baling - Menjaring

Setelah menonton video tentang kemahiran menjaring dalam permainan bola baling,
saya mendapat tahu bahawa bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan
gol. Menurut video tersebut, kekuatan, kelajuan, ketepatan sasaran dan masa adalah kualiti
utama yang perlu ada pada pemain bola baling. Pemain juga perlu mempunyai ketangkasan
pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, dan tidak mudah putus asa. Terdapat
sekurang-kurangnya empat jenis jaringan gol dalam permainan bola baling, iaitu jaringan
atas kepala, jaringan dari bawah lengan, jaringan lompat dan jaringan menjunam.

Rajah 8 Teknik Menjaring

Aktiviti ansur maju boleh dijalankan dengan menjaring dari jarak yang ditentukan.
Kedudukan kaki perlu dibuka seluas bahu dan lutut sikit dibengkokkan. Sebelah kaki yang sama
dengan tangan jaringan berada sedikit di depan dan tangan bebas membantu memegang bola. Mata
menumpukan perhatian terhadap sasaran. Tolakan akan membantu tangan menjaring bola ke gol
dan luluskan tangan setelah bola dilepaskan.

Gol

Pelajar

Arah bola

Aktiviti Ansur Maju Kemahiran Menjaring Permainan Bola Baling


Bola Tampar – Servis

Seterusnya, bagi permainan bola tampar, saya telah mempelajari tentang kemahiran
pukulan servis. Menurut rakaman video di YouTube, servis ialah pukulan yang dilakukan
selepas mendapat mata atau berjaya mematikan servis di gelanggang lawan. Servis yang
biasa digunakan semasa bermain bola tampar ialah servis bawah bahu dan servis atas
bahu.

Yang pertama, pukulan servis bawah bahu lebih mudah dipelajari dan lebih tepat.
Hal ini demikian kerana pukulan ini akan mengelakkan diri daripada faul servis.

Rajah 9 Teknik Servis Bawah Bahu

Seterusnya, servis atas bahu yang baik dan kuat agak susah untuk dilakukan kerana
memerlukan kekuatan dan cara yang tepat. Walaubagaimanapun, pukulan yang baik boleh
menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar untuk memainkan bola. Pukulan ini juga
memerlukan lonjakan untuk menolak bola ke depan.

Rajah 10 Teknik Servis Atas Bahu

Sebagai aktiviti ansur maju, ujian kemahiran servis bola boleh dijalankan dengan membuat
teknik tersebut di gelanggang. Badan perlu direndahkan dan dicondongkan ke
hadapan dengan sebelah kaki di hadapan. Sebelum memukul bola, tangan perlu Garisan
pembahagian
gelanggang
dihayunkan ke belakang dan seterusnya melambungkan bola. Mata memandang bola dan tangan
ikut lajak. Seterusnya, tangan memukul bola ke sasaran dan bola yang diservis perlu berada dalam
Kawasan gelanggang tanpa terkeluar. Akhir sekali, masuk ke dalam gelanggang.

Pelajar

Arah bola

Aktiviti Ansur Maju Kemahiran Servis Permainan Bola Tampar

Secara konklusinya, walaupun Operasi Pengawalan Gerakan telah dijalankan, saya


membuat kajian tentang kemahiran tersebut melalui internet supaya dapat memanfaatkan
diri untuk membuat persediaan bagi kegunaan pada masa depan.

Sumber Rujukan:

Amirul Aiman Azmi. (2017). Asas memukul dan menggelecek dalam sukan hoki. Retrieved
from:
https://youtu.be/mEDQKr9bkG0

Badiul Zaman. (2017). Kemahiran asas bola jaring. Retrieved from:


https://youtu.be/Zg8KOyArLxc

Febrian Ramadhan. (2018). Servis atas dan bawah yang baik dan benar. Retrieved from:
https://youtu.be/Ld-aVDoQhrA

Jaluddin Jusoh. (2018). Short film: Kemahiran menghantar bola sepak. Retrieved from:
https://youtu.be/SzCBeYaIJ6w

Zulkifli Hassan. (2015). Kemahiran menjaring gol dalam bola baling. Retrieved from:
https://youtu.be/9BULG796n7U

Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. (n.d.). Modul latihan sukan untuk guru
penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola sepak sekolah rendah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. (n.d.). Modul latihan sukan untuk guru
penasihat kelab sukan sekolah: Sukan hoki sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. (n.d.). Modul latihan sukan untuk guru
penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola tampar sekolah rendah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. (n.d.). Modul latihan sukan untuk guru
penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola baling sekolah rendah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. (n.d.). Modul latihan sukan untuk guru
penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola jaring sekolah rendah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai