Anda di halaman 1dari 3

PERNYATAAN PROFESIONAL

1.0 Sebelum Praktikum

Praktikum merupakan satu latihan praktikal yang membolehkan guru pelatih untuk
mempraktikkan pedagogi dan pengetahuan pendidikan yang telah dipelajari semasa
kuliah. Ini merupakan peluang keemas an bagi guru pelatih untuk mengetahui
kelemahan diri sama ada dari segi kawalan kelas atau penyampaian pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini demikian kerana terdapat guru pembimbing serta pensyarah
pembimbing yang akan melaksanakan pemerhatian pengajaran dan pembelajaran dari
semasa dan semasa, dan memberikan tunjuk ajar secara teliti. Dengan ini, guru pelatih
dapat memperbaiki kekurangan sendiri yang ditegur agar dapat berkhidmat sebagai
pendidik yang bermutu semasa menjadi guru yang sebenar nanti.

Sebelum menjalankan praktikum, taklimat telah diberikan daripada Unit Praktikum


untuk memberi pendedahan dan peringatan tentang pelaksanaan praktikum. Melalui
taklimat tersebut, saya dapat memahami pelaksanaan praktikum dari segi jadual
pelaksanaan, tugasan-tugasan dan sebagainya yang diperlukan sepanjang praktikum.
Tambahan pula, terdapat juga taklimat mengenai pembelajaran abad-21 bagi memberi
pengetahuan tentang konsep terkini.

Selain Teknik pengajaran dan pembelajaran, persediaan untuk mengawal kelas juga
telah saya membuat pencarian maklumat secara atas talian. Saya memahami bahawa
kawalan kelas memerlukan ketegasan guru dalam pelbagai bidang. Guru seharusnya
bersifat tegas terhadap kesalahan murid dalam bilik darjah walaupun bukan bersemuka,
dan pada masa yang sama bersifat penyayang dan prihatin semasa menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sebelum praktikum, saya juga telah menetapkan
beberapa peraturan supaya dapat mengawal disiplin murid.
2.0 Semasa Praktikum

Sepanjang praktikum, saya berusaha menyempurnakan segala tugasan yang


diberikan oleh pihak IPG mahupun pihak sekolah. Saya sedar bahawa masih terdapat
banyak kelemahan yang perlu saya baiki sebelum manamatkan pengajian. Oleh itu,
sikap rendah diri dan berusaha gigih sentiasa dipraktikkan dalam menjalankan
pengajaran dan pembelajaran setiap masa. Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat
belajar dari guru pembimbing dan pensyarah pembimbing yang sabar, mesra dan
berpengalaman.

Selain itu, walaupun selama tempoh praktikum, segala pembelajaran dan pengajaran
telah ditukar ke atas talian, aktiviti kokurikulum masih dijalankan secara tidak
bersemuka. Lantaran itu, saya juga berdedikasi supaya murid-murid dapat melatih
kemahiran dengan merekakan aktiviti yang bermakna. Saya telah menjadi pembantu
dalam Persatuan Bahasa Inggeris. Aktiviti yang pernah dijalankan atas talian
termasuklah ‘tongue twister’, ‘book sharing’ dan sebagainya. Dalam melibatkan diri
dalam aktiviti sekolah, saya berasa cukup kepuasan apabila murid memberikan balasan
positif walaupun hanya melaksanakan tugasan yang senang iaitu memuatkan arahan
kepada murid di Google Classroom.

Tambahan pula, walaupun pdpr telah dijalankan sepanjang tempoh praktikum, saya
dapat mempelajari budaya bekerja seorang guru dan berkomunikasi dengan guru besar
serta guru-guru dengan harmoni. Hubungan yang positif di antara warga sekolah amat
penting untuk mengusahakan produktiviti dan kualiti sekolah. Oleh itu, saya juga
sentiasa mengamalkan peradaban yang sepatutnya semasa berinteraski dengan guru-
guru lain melalui Whatsapp atau Telegram. Pada masa yang sama, saya juga
mengelakkan daripada menyusahkan guru-guru lain sepanjang praktikum. Saya telah
memastikan bahawa saya menonjolkan perwatakan yang positif, menampilkan citra guru
yang mesra dan ikhlas.
3.0 Selepas Praktikum

Sepanjang praktikum fasa pertama, saya dapat mendapat impak yang amat besar
kerana saya telah mempelajari banyak pengetahuan yang tidak saya menemui daripada
kuliah sebelum ini. Misalnya cara-cara menguruskan bilik darjah atas talian secara
berkesan, perancangan pembelajaran dan pengajaran, budaya bekerja dan lain-lain lagi.

Daripada pemerhatian saya, sesuatu perkara perlu perancangan rapi sebelum


melaksanakannya. Terutamanya dalam pandemik ini, segala perutusan boleh
diubahsuai pada saat terakhir, justeru, saya perlu sentiasa menyediakan atau
merancangan Plan B bagi mengelakkan isu yang tidak diingini. Dengan pandemik ini,
budaya bekerja seseorang guru juga amat mangakumi saya. Saya sangat bersyukur
kerana dapat berkerja dengan guru-guru berpengalaman yang dedikasi dalam kewajipan
mereka dan sudi meluangkan masa untuk mencari jalan penyelesaian supaya
pembelajaran murid tidak akan ditinggalkan. Guru-guru lain juga sangat mesra dan
sentiasa mengalakkan saya untuk memberi pandangan saya. Hal ini juga membolehkan
praktikum saya kali ini senang sedikit walaupun diberikan tugasan yang amat berat.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru pelatih, saya berasa sangat gembira dan
bersyukur kerana berpeluang menjalankan praktikum di SJKC TIRAM dengan bimbingan
Encik Lim Man Kee, serta pensyarah bimbingan saya, Dr. Tengku Enaliza. Pengalaman
berharga ini akan meningkatkan professionalisme saya semasa menamatkan pengajian
nanti.

Anda mungkin juga menyukai