Anda di halaman 1dari 15

TUGASAN 1:

UJIAN AMALI KEMAHIRAN

NAMA PELAJAR : SO HUI TING


ANGKA GILIRAN : 2019302340015
NO. KAD PENGENALAN : 000712-08-0388
KUMPULAN/ UNIT : 2 PISMP PC 1
KOD DAN NAMA KURSUS : MPU3041 KOKURIKULUM
PERMAINAN
NAMA PENSYARAH : EN. ROSLI BIN CHEK LAH
TARIKH HANTAR : 01 MEI 2020

Saya So Hui Ting dengan ini mengaku telah menerima maklum balas
kerja kursus saya daripada pensyarah.

Tandatangan: Tarikh:
Tugasan 1: Analisa Pergerakan Kemahiran (50%)

1.0 Bola Sepak

Kemahiran dipilih: Menggelecek

a. Menggelecek menggunakan sebelah kaki

Gambar 1 menunjukkan cara pelaksanaan latihan menggelecek bola sepak menggunakan


sebelah kaki.

1) Pemain diminta untuk mengawal bola melepasi kon secara zig-zag.


2) Latihan menggelecek bagi permainan bola sepak dimulakan dengan kedudukan
bersedia. Pemain berdiri di belakang bola dan mata memandang bola.
3) Seterusnya, pemain menggerakkan bola ke kiri dengan menggunakan bahagian
dalam kaki kanan.
4) Kemudian, badan condong ke kiri dan tangan dibuka di sisi dengan lutut kiri
dibengkokkan sedikit.
5) Pemain menolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki kanan dan badan
condong ke kanan.
6) Latihan menggelecek diteruskan dengan mengulangi proses menggerakkan bola ke
kiri dan ke kanan semula dengan menggunakan kaki yang sama sehingga melepasi
semua kon yang disediakan.
7) Latihan diulangi semula dengan menggunakan kaki yang berlainan iaitu kaki kiri
untuk mengawal bola.
b. Menggelecek untuk kawalan rapat

Gambar 2 menunjukkan cara pelaksanaan latihan menggelecek untuk kawalan rapat bola
dalam permainan bola sepak.

1) Bagi frasa persediaan, pemain dalam kedudukan bersedia dengan badan dan lutut
bengkok untuk merendahkan pusat graviti seseorang. Badan perlu berada di depan
bola.
2) Bagi frasa pelaksanaan, pemain memberi tumpuan penuh pada bola dan diteruskan
dengan menggunakan acahan badan dan gerakan kaki yang mengelirukan.
3) Dengan kawalan bola dengan permukaan kaki yang sesuai, pemain menukar
kelajuan, arah atau kedua-duanya untuk merebut bola yang ada di kaki kita serta
mengelakkan halangan pihak lawan.
4) Kemudian, ikut lajak dan kekalkan kawalan rapat pada bola.
5) Setelah memecut jauh daripada pemain lawan, pemain pandang atas dan lihat
sekitar padang.
2.0 Bola Jaring

Kemahiran dipilih: Hantaran aras dada dan menerima bola

a. Hantaran aras dada

Gambar 3 menunjukkan teknik hantaran bola aras dada dalam permainan bola jaring.

1) Latihan hantaran aras dada dimulakan dengan kedudukan bersedia. Jari tangan
pemain dibuka untuk mencekap bola.
2) Bola dipegang berdekatan badan iaitu pada aras dada pemain dengan kedua-dua
belah tangan, jaring menghala ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola.
Selain itu, tangan perlu dibengkokkan dan suku dalam keadaan seimbang.
3) Kemudian, pemain memastikan diri dalam kedudukan yang seimbang dan berdiri
dengan sebelah kaki di hadapan.
4) Pemain sambil melangkah kaki belakang ke arah hantaran sambil luruskan tangan
dan tolak bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada.
5) Siku dan kesemua jari pemain hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke hadapan
serentak dengan kekuatan bola.
b. Menerima bola

Gambar 4 menunjukkan kedudukan tapak tangan dan jari ketika menerima bola dalam
permainan bola jaring.
1) Dalam keadaan bersedia, mata pemain harus sentiasa memandang ke arah bola
datang.
2) Pemain berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
3) Seterusnya, kedua-dua belah tangan pemain dihulur lurus ke arah bola dengan jari
dan kedua-dua tapak tangan menghadap satu sama lain.
4) Tangan pemain terbuka dan semasa menyambut bola, jari direnggangkan. Pemain
menerima bola dengan ibu jari sentiasa di belakang bola.
5) Sebaik sahaja bola menyentuh jari, siku tangan pemain dibengkokkan dan bola
dirapatkan dengan badan.
6) Semasa menerima bola, kedudukan kaki pemain dijarakkan dengan memindahkan
berat badan ke kaki belakang.untuk mengimbangi badan.
3.0 Bola Tampar

Kemahiran dipilih: Menyangga

Gambar 5 menunjukkan teknik menyangga dalam permainan bola tampar bagi mengawal
bola yang diterima.

1) Pemain bersedia dengan memastikan kedudukan jari iaitu kedua-dua ibu jari adalah
selari. Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
2) Kemudian, kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan
diluruskan ke hadapan.
3) Seterusnya, pemain merendahkan badan. Kaki pemain dijarakkan dengan sebelah
kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran.
4) Pemain meletakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap
sasaran sebelum menerima bola. Mata harus memandang ke arah bola.
5) Apabila menerima bola servis atau bola rejaman, kedua-dua belah tangan pemain
ikut arah pergerakan bola. Pemain meluruskan kedua-dua belah tangan untuk
menyambut bola dan menolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku
iaitu di bahagian lengan bawah.
6) Pemain bola jaring harus elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola
dan memastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
7) Langkah yang seterusnya ialah pemain kendurkan bahagian atas tubuh dan
meluruskan lutut apabila menyangga. Aksi diakhiri dengan tumit ditinggikan.
8) Pemain digalakkan mengantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat
disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.
4.0 Hoki

Kemahiran dipilih: Menolak bola

Gambar 6 menunjukkan kedudukan atau postur sedia untuk menolak bola.

1) Pemain dalam kedudukan bersedia. Tangan kiri memegang kayu di sebelah atas,
sementara kedudukan tangan kanan ialah 15-30cm di bawah tangan kiri. Kayu
dipegang kuat untuk melaksanakan kemahiran ini.
2) Seterusnya, bahu kiri hendaklah menghala ke arah sasaran bola atau target.
Kedudukan dua belah kaki dijarakkan dan badan direndahkan untuk memberi
keseimbangan. Lutut dibengkokkan supaya kayu hoki dapat diletak berhampiran
dengan bola.
3) Kedudukan bola ialah 15 cm dari kaki kanan atau lebih kurang 30 cm dari kaki kiri
atau lebih kurang 40-45 cm apabila kedudukan badan bersudut tepat.
4) Badan dibongkokkan ke hadapan supaya mata dapat melihat bola dengan tepat.
5) Kemudian, berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki depan ketika
meleretkan kayu untuk menolak bola. Dengan koordinasi dan pergelangan tangan
yang kuat, penolakan yang kemas dapat dilakukan. Kayu hoki hendaklah
berhampiran bola atau melekat dengan bola. Bola ditolak dengan tangan kanan
sambil tangan kiri menekan kayu ke bawah.
6) Bola ini akan bergerak leret ke arah sasaran. Tekanan kepada kayu hoki mengikut
rentak adalah penting kerana perlakuan ini membantu menyentuh bola seberapa
lama yang boleh.
7) Pergerakan ikut lajak. Mata pemain terus mengikut pergerakan bola. Bahu kanan
menunjuk ke arah sasaran.
5.0 Bola Baling

Kemahiran dipilih: Hantaran aras bahu dan menerima bola

a. Hantaran aras bahu

Gambar 7 menunjukkan cara menghantar bola pada aras bahu dalam permainan bola
baling.

1) Pemain dalam kedudukan bersedia. Bola dipegang di atas tapak tangan kanan dan
melepasi paras bahu.
2) Seterusnya, bola dibawa ke belakang kepala. Kedudukan siku yang memegang bola
dibengkokkan dengan kedudukan lengan condong sedikit ke sisi.
3) Bahagian atas badan tegak kepala didongakkan sedikit dan mata memandang ke
sasaran.
4) Pemain mengambil satu langkah ke hadapan menggunakan kaki yang berlawanan
dengan tangan membaling (kaki kiri) dan bertindak sebagai paksi pada pergerakkan
kaki kanan. Berat badan berada di atas kaki kanan.
5) Kemudian, pemain memindahkan berat badan kaki kanan ke atas kaki kiri semasa
membuat hantaran.
6) Semasa pemindahan berat badan, siku bagi tangan yang membaling (tangan kanan)
dibawa ke hadapan dengan segera dan membuat hayunan lengan dengan kuat. Bola
ditolak dengan kuat dan terus ke hadapan ("flick"). Pergelangan tangan disentapkan
ke bawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. Jari telunjuk menghala ke
sasaran di akhir perlakuan.
7) Tangan bebas dihalakan ke sasaran dan jadi ikut lajak arah bola dihantar.
8) Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit. Semakin jauh jarak baling, semakin luas
langkahan pertama. Cari ini akan membantu keseimbangan dan kawalan pemain.
Biasanya langkahan dihalakan ke sasaran. Bagi hantaran jarak jauh, pemain juga
boleh menggunakan pergerak "whip" pergelangan tangan dan jari.
b. Menerima bola

Gambar 8 menunjukkan posisi tangan bagi menerima bola tinggi (paras dada dan ke atas).

1) Pemain dalam kedudukan bersedia. Kaki pemain seluas bahu dan kedudukan bahu
menghadap arah pengerakan bola.
2) Kemudian, bahagian atas pinggang condong sedikit ke arah pergerakan bola.
Tangan dan tapak tangan dihalakan ke arah bola. Siku dibengkokkan sedikit
mengikut kesesuaian.
3) Bagi menerima bola tinggi (paras dada dan ke atas), posisi tapak tangan pemain
membentuk segi tiga dengan ibu jari dan jari telunjuk hampir bersentuhan antara
kanan dan kiri.
4) Kepala dan mata pemain harus memberi tumpuan kepada pergerakan bola yang
datang.
5) Tangan pemain bergerak ke arah bola dengan jari yang ‘relaks’.
6) Siku pemain dibengkokkan dan bawa tangan ke dada apabila bola ditangkap untuk
menyerap momentum bola.
Rujukan

Aminah Mohd. Salleh. (1989). Bola Jaring. Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Fouzee H.A. (1898). Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani; Bola Jaring. Penerbitan
Sri Maju Sdn. Bhd.

Husni bin Hassan, Nasaruddin bin Abdullah, Puah Lai Hock dan Shahrul Effendy bin Ahmad
Fuzy (2011). Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah
Sukan Bola Baling Sekolah Menengah. Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Jailani bin Abdul, Mohd Nasir bin Leman, Zainal Anuar bin Haji Abdul Rashid dan
Ganasamurthy a/l Prothathamby (2011). Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat
Kelab Sukan Sekolah Sukan Bola Sepak Sekolah Rendah. Bahagian Pendidikan
Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lim Chew Sin, Choo Kon Lee, Rosnah bt. Safee dan Tan Choo Zen (2011). Modul Latihan
Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan Bola Jaring Sekolah
Rendah. Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lee Chin Choy (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah Alam. Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Lee You Meng, Cha Nyien Sin, Loh Ai Min dan Chin Kim Siong (2011). Modul Latihan Sukan
untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan Bola Tampar Sekolah
Menengah. Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Nasim Sahal (2016). Menggelecek. Diperoleh daripada


https://nasimsahal.wordpress.com/menggelecek/

Reita E. Clanton (1997). Team Handball Step To Success. United States of America. Human
Kinetics, Inc.

Teng Boon Tong (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Petaling Jaya.
Longman Malaysia Sdn. Bhd.

V. Sasidharan (2011). Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah
Sukan Bola Sepak Sekolah Menengah. Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Wee Eng Hoe (2000). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah
Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Lampiran 4
Lampiran 5

Anda mungkin juga menyukai