Anda di halaman 1dari 16

WAYANG KULIT

Tok Dalang & Pemuzik


WAYANG KULIT
PENGENALAN

• Satu bentuk teater tradisional boneka yang


menggunakan prinsip cahaya dan bayang.
• Bayang-bayang daripada patung-patung
kulit yang terdiri daripada pelbagai watak
mitos dan khayalan digerakkan oleh
seorang DALANG.
• Diiringi dengan satu kumpulan pemuzik.
untuk membantu menghidupkan watak-
watak dan menggambarkan suasana
dalam adegan yang berlaku.
CIRI-CIRI

Wayang kulit digolongkan dalam kategori teater tradisional.


Antara ciri teater tradisonal yang jelas dapat dilihat dalam
wayang kulit ialah;
• ceritanya yang lengkap,
• watak-watak dan peranan yang dimainkan diwakili oleh
patung-patung
• memasukkan unsur teater yang lain seperti mesej yang
jelas, latar, dialog, muzik iringan, lagu-lagu dan gerak serta
aksi patung yang memainkan peranan manusia dalam
cerita tersebut.
• kemahiran permainan wayang kulit diperoleh melalui
pembelajaran tidak formal yang dipelajari secara mulut ke
mulut atau dari satu generasi ke satu generasi.
 
FUNGSI WAYANG KULIT

• Sumber hiburan bagi memeriahkan sesuatu sambutan


atau sebagai pertunjukan di pesta-pesta. Pertunjukan
wayang kulit juga melambangkan kekayaan khazanah
warisan.

• Upacara menyembuhkan sesuatu penyakit yang dialami


dan berkaitan dengan unsur roh dan alam semula jadi.

• Sebelum ketibaan Islam masyarakat dahulu juga percaya


bahawa melalui wayang kulit, seseorang boleh
menyatakan kesyukuran kepada makhluk-makhluk alam
ghaib, semangat dan unsur-unsur alam yang lain.
• Ada juga pemahaman anamisme yang percaya
dengan persembahan yang bertujuan untuk
menolak bala atau mengelakkan penyebaran
sesuatu penyakit yang melanda.
• Alat menyebarkan pengajaran atau mendidik
masyarakat
• Pernah dikatakan wayang kulit digunakan oleh
Wali Songo untuk menyebarkan ajaran Islam.
•  Bahan bantu mengajar di dalam bilik darjah.
• Mempromosikan Malaysia dalam sektor
pelancongan.
CARA PERSEMBAHAN

Pentas dan Kelir


• Pada era 50an dan awal 70an, pentas wayang kulit
dibina daripada tiang-tiang kayu dengan dinding buluh
dan atap yang diperbuat daripada rumbia atau nipah.

•  Lazimnya, pentas ini berketinggian tiga atau empat


kaki daripada tanah dan merupakan sebuah pondok
yang boleh menempatkan dalang, pemuzik dan alat-
alatan untuk persembahan wayang kulit.

• Bahagian hadapan pentas ini dipasang dengan


sebidang kain putih yang dipanggil kelir.
• Pada bahagian belakang kelir ini digantung sebuah
lampu sama ada lampu minyak tanah atau pelita. 

• Masa kini, persembahan wayang kulit telah mengalami


beberapa perubahan antaranya dipersembahkan
dipentas terbuka dan menggunakan lampu elektirk. 

• Cahaya daripada lampu inilah yang memantulkan


bayang-bayang patung wayang kulit kepada kelir untuk
ditonton dari bahagian hadapan pentas. 

• Patung-patung wayang kulit akan dicacak di atas


batang pisang
ALAT MUZIK WAYANG KULIT

CANANG
• Canang merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gong
 yang berukuran kecil.
• Berperanan sebagai alat 'penanda masa' (time marker) dalam
ensembel paluan tradisional. 
• Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang. Saiz
canang kecil.
• Bahagian tepi canang melengkung ke dalam.
• Pada bahagian muka canang ada tombol kecil.
• Canang disusun di atas para khas dan dipalu.
• Pemalu canang diperbuat daripada kayu.
• Bahagian yang dipalu ialah bahagian tombol canang.
• Biasanya canang dimainkan secara berpasangan.
• Canang dimainkan untuk mengiringi persembahan wayang
kulit dan wayang Melayu.
GEDOMBAK IBU DAN ANAK
• Gedombak biasanya dimainkan secara duduk, dengan
gedombak diletakkan di bawah ketiak.
• Ia dimainkan dengan memalu secara langsung
menggunakan tangan. 
• Gedombak merupakan sejenis alat muzik dalam
keluarga gendang.
• Mempunyai bingkai kayu dan bertutup dengan belulang
pada bukaan besar.
• Berbentuk jambangan bunga.
• Bahagian mukanya besar dan dibalut dengan kulit
kambing.
• Bahagian kecilnya dibiarkan berlubang.
• Alat muzik ini biasanya digunakan dalam kumpulan
wayang kulit dan tarian tradisi.
GEDUK IBU DAN ANAK
• Geduk adalah sejenis gendang yang mempunyai dua muka.
• Muka geduk diperbuat daripada belulang lembu atau kerbau
• Pada mulanya belulang diletakan pada badan geduk menggunakan
perekat.
• Kemudian belulang itu dipancang dengan baji kayu atau besi. Badan
geduk disebut temalang yang diperbuat daripada kayu keras seperti
kayu nangka dan bentuknya agak cembung sedikit.
• Bahagian dalam temalang disebut lompang. Dua bilah buluh dipasang
pada satu sisi temalang.
• Bilah-bilah tersebut lebih panjang daripada temalang dan berfungsi
sebagai kaki.
• Dengan adanya kaki tersebut, geduk berdiri dengan mukanya sedikit
serong bagi memudahkan pemain memalu muka geduk.
• Geduk dimainkan secara berpasangan iaitu pasangan geduk  ibu
dengan  anak bagi mengiringi persembahan wayang kulit dan menora.

Anda mungkin juga menyukai