Anda di halaman 1dari 2

1.

Huraikan tujuan rancangan pendidikan individu dan dua jenis kecacatan fizikal yang mungkin
dihadapi oleh murid dalam bilik darjah.

- Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan
matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan
khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
- RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang
disediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas. RPI dirancang khusus
bagi individu murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan
penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru,
RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan
bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan
tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid
itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan
individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.
- Dua jenis kecacatan fizikal yang dihadapi oleh murid ialah Cerebral Palsy dan Epilepsy
(sawan).

2. Cadangkan strategi yang boleh diambil oleh seorang guru untuk membantu proses
pembelajaran bagi murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas di mana sering
ketinggalan dan tidak bermotivasi untuk belajar.
- Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun. Guru perlu
menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep.
Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan
langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada
pelajar berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian secara
aktif.
- Pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran yang
berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh
seseorang dalam menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu
mengetahui apa yang harus dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat
mengesan sejauh mana dia berjaya melakukan. Antara strategi pembelajaran yang
perlu diajar ialah membuat nota, menggunakan pengetahuan sedia ada untuk
membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya.
- Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil
(dicadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Pelajar dikumpulkan
mengikut mereka yang mempunyai masalah pembelajaran sahajaatau dikumpulkan
mengikut mereka yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori
ketidakupayaan. Biasanya, pelajar bermasalah pembelajaran, menghadapi gangguan
emosi dan kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas. Kelas berasingan
mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka dapat mewujudkan konsep
kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan
dalam kelas biasa. Ini berlaku mungkin kerana persaingan di kelas biasa memerlukan
beberapa kriteria yang tidak dapat dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran.
Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan
berbanding kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan keadaan paling berkesan bagi
pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk dan serius yang memerlukan pengajaran
yang lebih bertumpu.

Anda mungkin juga menyukai