Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENGENALAN

Gunung Santubung tinggi menggunung,


Indahnya maya ciptaan Tuhan;
Pantun warisan patut disanjung,
Jadi ingatan sepanjang zaman.
Pantun merupakan satu genre asli kesusasteraan Melayu menjadi
wahana dalam pelbagai jurusan aktiviti masyarakat Melayu di zaman
silam.Pengucapan pantun menyentuh persoalan masyarakat, agama,
adat, kasih-sayang, nasihat dan sebagainya.Pantun adalah warisan
bangsa yang dikagumi diseluruh dunia dan diiktiraf sebagai karya sastera
yang unik dan bermutu. Nilai estetik pantun sememangnya tidak boleh
diragui, sama ada serangkap pantun itu dibaca daripada wadah bertulis
atau disebutkan langsung oleh seseorang, keindahan bunyi pantun itu
adalah warnanya yang unik dan istimewa. Namun begitu, ramai yang
menganggap pantun sudah hilang kerelevanannya dalam keadaan dunia
hari ini. Justeru itu, perbincangan dalam penulisan ini akan

menjurus

kepada definisi, fungsi dan jenis-jenis pantun serta teknik berbalas pantun
diajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu bagi membantu menarik
minat remaja kini dalam menghargai dan menghayati pantun Melayu.
1.1 Sejarah Pantun Melayu
Pantun

merupakan

puisi

Melayu

tradisional

yang

terpenting,

kelebihanya menarik minat para sarjana barat dan sarjana tempatan


untuk membuat kajian mengenainya. Para pengkaji yakin, suatu karya
tradisi masyarakat itu seharusnya mempunyai penciptaan. Begitu jugalah
dengan

pantun

mengemukakan

Melayu.
pendapat

Para

sarjana

masing-masing.

Barat

dan

Misalnya,

Melayu
Van

telah

Ophuijsen

berpendapat bahawa orang Mandailing di Sumatera, Indonesia yang


menggunakan daun-daun sebagai lambang (simbol) untuk menyatakan
perasaan hati.

Wilkinson dan Wintedt (1961) berpendapat bahawa kelahiran


pantun adalah daripada kebiasaan masyarakat Melayu menggunakan
bahasa berirama atau bersajak. Tradisi atau kebiasaan itu berkembang
secara lisan, sebelum dipindah kepada bentuk pantun sedia ada.
Wilkinson melahirkan pendapatnya berdasarkan masyarakat yang umum.
Beliau tidak merujuk kepada mana-mana masyarakat Melayu seperti yang
disuarakan oleh Van Ophuijsen dan R. Hoessein Djadjaningrat (1933/34,
hal. 16).
Mengikut Zaba, pantun tercipta berdasarkan sesuatu peristiwa
seharian, misalnya peristiwa pertemuan dua sahabat karib di tepi ladang
atau

sawah.

Kebetulan

rumput

di

sawah

lebih

tinggi

daripada

Pertanyaan :

Dari mana hendak ke mana?

Jawapan

Hendak melihat sawah. Rumput lebih tinggi

daripada

padi.Contohnya seperti situasi di bawah:

padi.
Maka terciptalah pantun:
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi;
Hari mana bulan yang mana,
Dapat kita bertemu lagi.

Menurut Wan Abdul Kadir Wan Yusuf(1996:91) menyatakan pantun


berkembang dalam masyarakat Melayu secara lisan , pantun dicipta
dengan teliti sehingga dapat melahirkan kata-kata yang indah dan
menarik. Nilai keindahan dalam pantun dapat dihayati

oleh semua

lapisan masyarakat. Pantun merupakan sastera lisan pertama kali


dibukukan oleh Hj Ibrahim Datuk Kaya Muda Riau , seorang sasterawan
yang hidup sezaman dengan Raja Ali Haji. Antalogi pantun yang pertama
berjudul Perhimpunan Pantun-Pantun Melayu.
2

2.0

DEFINISI
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) , mentakrifkan pantun kepada tiga pengertian

pertamanya sebagai puisi lama yang terdiri daripada empat larik/baris dalam tiap-tiap
rangkap dua baris pertamanya ialah sampiran/pembayang. Manakala dua baris terakhir
mengandungi isi/maksud pantun. Maksud kedua pula, pantun juga adalah sejenis peribahasa
yang digunakan sebagai sindiran. Ketiganya pula dianggap sebagai jawapan kepada sesuatu
tuduhan. Menurut Muhammad Ariff Ahmad dalam Mari Kita Berpantun (2004), pengkaji
Barat, R.O. Windstet mengulaskan bahawa tiada sesiapa dapat menganggarkan skop mental
orang Melayu tanpa terdahulu memahami pantun. Manakala, Mohd Taib Osman (1996:2)
menganggap pantun, selain daripada menjadi alat komunikasi dalam konteks sosialnya,
adalah artifak budaya. Pendeta Zaaba (1965:218), pula berpendapat perkataan pantun pada
mulanya dipakai orang dengan makna seperti, umpama, laksana dan kiasan lain. Ia merakam
dan sekali gus menggambarkan minda masyarakat Melayu.Pantun ini pula difahamkan oleh
masyarakat sebagai sejenis karangan berangkap yang terbahagi pada dua, iaitu baris-baris
yang mengandungi pembayang dan inti maksudnya.
Manakala Harun Mat Piah(1989), telah mendefinisikan pantun berdasarkan aspek
dalaman dan luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika
dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek.
Pertamanya, berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun
mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu, dan yang kedua, berdasarkan
hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud.
Dalam kajian Abdullah Jumain, Pembentukan Kata Selapis Dan Asal-usul Pantun
Melayu, Djajadiningrat telah menterjemahkan pandangan Branstetter bahawa perkataan
pantun Sunda itu akarnya ialah tun yang terdapat juga dalam bahasa Pampanga tuntun,
teratur, bahasa Tagalog tonton, mengucapkan sesuatu menurut sesuatu susunan. Dia juga
berpendapat bahawa oleh sebab pantun yang berasal dari Sunda itu dinyanyikan, maka
lahirlah perkataan Melayu pantun yang bererti sajak liri.
Namun demikian, Abdullah Jumain menyifatkan perkataan pantun itu adalah asli
sebagai perkataan Melayu. Perkataan pantun dianggap sebagai satu bentuk akronim yang
3

berasal daripada dua perkataan iaitu pangkal dan tunjuk. Istilah pangkal ini kita
fahamkan sebagai pembayang maksud dan menunjuk pula maksudnya.

2.1

KANDUNGAN PANTUN MELAYU


Pantun mempunyai pembayang atau sampiran yang terletak pada

bahagian

setengah

pertama

setiap

rangkap

pantun.

Pembayang

memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada


maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait
dengan

pembayang

pada

baris

berikutnya

dalam

setiap

rangkap

pantun.Pantun mempunyai rangkap yang berasingan.Maksud atau isi


terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun.
Pada

bahagian

inilah

tersurat

dan

tersiratnya

apa

yang

hendak

disampaikan dalam pantun tersebut(tema).Setiap pantun mempunyai


kesatuan fikiran dengan sempurna.
Perkataan pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah
perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan
perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya. Suku kata tiap-tiap
patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiaptiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas
suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama
banyak.
Rima atau bunyi sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiaptiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam
setiap rangkap pantun.

Rima pada baris pertama pembayang mestilah

sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima
pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berirama a,a,a,a. Pantun di
bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.
Da/un / te/rap/ di/a/tas /du/lang/,
A/nak/ u/dang/ ma/ti/ di/tu/ba/,
Da/lam/ ki/tab/ a/da/ ter/la/rang,
Yang/ ha/ram/ ja/ngan/ di/cu/ba/.
4

2.2 CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK

Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan,rima pantun


yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi
pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun
juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata
untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.
Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi
alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal,
meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi
sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang
tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mengandungi 4
kerat/baris jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata ada hubungan antara
pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) bunyi rima
akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b . Bahasa yang halus,
penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup sarat
dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan
maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan
perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.Contoh pantun
yang baik:

Sayang selasih/ saya lurutkan,


Nasi lemak/ buah bidara,
Kerana kasih /saya turutkan,
Buang emak/ buang saudara.

2.3 BENTUK DAN JENIS-JENIS PANTUN

Pantun terdiri daripada beberapa jenis, iaitu pantun dua baris atau bait,
pantun empat baris, pantun enam baris, pantun lapan baris, pantun
sepuluh baris, pantun dua belas baris, pantun empat belas baris, pantun
seloka, pantun berkait, pantun yang berbalas atau berbalas pantun, dan
pantun rejang.Walaupun terdapat pelbagai jenis pantun pantun empat
rangkap paling popular dan amat menarik kerana mempunyai dua
rangkap sampiran dan dua rangkap maksud pantun. Contoh pantun yang
jarang kita dengar iaitu pantun 10 kerat:

Pantun Sepuluh Kerat


Turun hujan hari dah petang,
Bunga mawar tumbuhnya subur,
Ditiup angin habis tunduk,
Dipetik jangan dicabutkan,
Tanaman puteri dari Jawa;
Telah habis rokok sebatang,
Telah punah sirih sekapur,
Pasar sudah tempat duduk,
Penatlah sahaya menantikan,
Buah hati tak muncul jua.
(Mohd. Yusof Md. Nor, 1985, hal. 26)
Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat
dibahagikan kepada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan
kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki,
pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat, agama dan adat, dan
pantun

naratif

atau

cerita

Manakala

Zaba

(1964,

hal.73-173),

membahagikan pantun kepada lapan puluh tiga pokok persoalan (tema),


antaranya ialah :
6

1.

Mari Kita Berpantun

2.

Pantun Anak-anak (kanak-kanak)

3.

Pantun Teka-teki

4.

Pantun Nasib anak

5.

Berbalas pantun

6.

Kesukaan Berpantun

7.
Lagu Dondang Sayang
Manakala Effendi (1983:29), pantun dapat dikelompokkan menjadi
bermacam-macam jenis bergantung kepada isinya iaitu:
I.

Pantun kanak-kanak, berdasarkan isinya dapat dibezakan menjadi:


a) Pantun sukacita contohnya:
Naik ke bukit membeli lada,
Lada sebiji dibelah tujuh,
Apanya sakit berbini janda,
Anak tiri boleh disuruh.

b) Pantun berdukacita contohnya:


Memetik manggis di Kota Merudu,
Membeli tebu wangnya hilang,
Menangis adik tersedu-sedu,
Mencari ibu belum juga pulang.
c) Pantun jenaka atau teka-teki contoh seperti di bawah:
Orang Sasak pergi ke Bali,
Membawa pelita semuanya,
Berbisik pekak dengan tuli,
Tertawa si buta melihatnya.
II.

Pantun orang muda, berdasarkan isinya dapat dibezakan menjadi:

a) Pantun dagang atau pantun nasib contoh seperti di bawah:


Tuai padi setelah masak,
Sireh junjung buat pinangan,
Kucuba intai tapi tak nampak,
Jadilah hamba rindu bayangan.
b) Pantun perkenalan:
Waktu dinihari hati gelisah,
Mata masih tak boleh lena,
Duhai saudari nampaknya resah,
Mungkinkah masih belum berpunya?

c) Pantun kasih-sayang:
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh kucari,
Mana nak sama adik seorang.

d) Pantun penceraian/perpisahan :
Batang selasih mainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.

III.

Pantun orang tua, berdasarkan isinya dapat dibezakan menjadi:


a) Pantun Nasihat contohnya:
Parang dibaja besi laksana,
Belah buluh taruhlah temu,
Barang dikerja takkan sempurna,
Bila tak penuh menimba ilmu
b) Pantun adat contohnya:
Lebat daun bunga tanjung.
Berbau harum bunga cempaka,
Adat dijaga budaya disanjung,
Baru terpelihara adat pusaka.

c) Pantun agama :
Banyak bulan perkara bulan
Tidak semulia bulan puasa
Banyak tuhan perkara tuhan
Tidak semulia Tuhan Yang Esa
2.4

FUNGSI PANTUN DALAM MASYARAKAT MELAYU

Pantun

dapat

berfungsi

dalam

hampir

setiap

aktiviti

kehidupan

masyarakat Melayu. Terdapat pelbagai jenis pantun tema berkaitan


dengan kehidupan,tema disisipkan dengan keindahan alam.Unsur-unsur
alam menjadi penyedap sesebuah pantun,segala pengalaman ,falsafah
hidup dikemukan dan diserikan dengan pembayang unsur alam.Ini
menunjukkan masyarakat lama menghayati dan menghargai keindahan
alam semulajadi.
Abdullah Hassan (2005), Penggunaan pantun juga tidak hanya terbatas pada manamana golongan manusia Melayu, dalam majlis perkahwinan, majlis kenduri, upacara merisik
dan sebagainya pantun menjadi pembuka bicara dan penyampaian hajat. Secara
9

keseluruhannya, beliau menjelaskan bahawa selain daripada diutarakan untuk menyerikan


majlis, pantun diungkapkan untuk mengungkapkan norma dan falsafah atau pemikiran
melalui bahasa yang indah. Dalam tata-cara adat perkawinan suku Melayu,
berbalas pantun sering dilakukan antara pihak mempelai laki-laki dengan
pihak

mempelai

perempuan

sebelum

acara

pernikahan

ataupun

bersanding dipelaminan tersedia.


Dalam bukunya Mari Kita Berpantun (2004), Muhammad Ariff juga mengungkap
pendapat dan pandangan pengkaji Barat terdahulu tentang fungsi pantun yang sebenar.
Sarjana Belanda, Klinkert dan Pinappel menganggap bahawa pantun adalah lagu cinta orang
muda. Ini kerana , pantun menjadi satu wadah generasi zaman dahulu mengungkapkan kasihsayang.
Muhammad Ariff Ahmad(2004), mempercayai bahawa pantun itu mempunyai
kegunaan yang luas dan fungsinya tidak terbatas pada mana-mana peringkat umur sekalipun.
Pantun kerap digunakan dalam lagu-lagu asli Pantun sebagai alat pemelihara
bahasa, pantun berperanan sebagai penjaga fungsi kata dan kemampuan
menjaga alur berfikir. Pantun melahirkan nasihat ,suruhan dan tegahan,
Pantun

melatih

seseorang

berfikir

tentang

makna

kata

sebelum

diungkapkan. Pantun juga melatih seseorang berfikir asosiatif, bahawa


suatu perkataan mampu memiliki kaitan dengan kata yang lain.Secara
sosial pantun memiliki fungsi pergaulan yang kuat.
Zaman sekarang, kemampuan berpantun amat dihargai. Pantun
menunjukkan kecepatan seseorang dalam berfikir dan bermain-main
dengan kata. Berbalas pantun merupakan khazanah tradisi lisan budaya
Melayu, di mana dua pihak atau lebih saling melemparkan pantun (jual beli) yang mengandung isi atau maksud tujuan tertentu Contohnya dalam
pertandingan berbalas pantun, seorang pemantun perlu cekap untuk
menjual dan membeli pantun. Dalam masa yang sama menguji kecekapan
seseorang tentang kemampuan berbahasa dan kecekapan mengaitkan
pembayang dengan maksud.
Namun demikian, secara umum peranan sosial pantun adalah
sebagai

alat

penguat

penyampaian

pesan.

Menurut

Sutan

Takdir

Alisjahbana fungsi sampingan terutama menyiapkan rima dan irama


10

untuk mempermudah pendengar memahami isi pantun. Ini dapat


difahami kerana pantun merupakan sastera lisan.. Sebagai contoh dalam
pantun ini:
Air dalam / bertambah dalam
Hujan di hulu / belum lagi teduh
Hati dendam / bertambah dendam
Dendam dahulu / belum lagi sembuh
2.4.1 Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih
Masyarakat Melayu lama sangat menghargai orang yang berbudi dan
orang yang menghargai budi orang lain.Budi yang dihulurkan sangat
berharga dianggap seperti emas , tidak ternilaikan dan akan dikenang
sehingga mati.Oleh sebab itu , masyarakat Melayu lama memberi nasihat
supaya tidak terlalu bergantung kepada budi orang kerana dibimbangi
terikat kepada orang yang menabur budi.Berikut merupakan contoh
pantun budi yang menzahirkan penghargaan dan terima kasih:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pantun budi telah digunakan oleh masyarakat Melayu sejak turun
temurun , masyarakat Melayu silam memandang tinggi orang yang
berbudi lebih dari segalanya. Pantun dicipta untuk menzahirkan ungkapan
terima kasih dan penghargaan serta nasihat cara lembut tanpa melukakan
hati mana-mana pihak. Pantun adalah wadah untuk menyampaikan
pesanan penting kepada masyarakat dan mudah difahami oleh
masyarakat tradisional.

11

2.4.2 Tujuan adat istiadat


Pantun sering kali digunakan dalam adat perkahwinan, adat pusaka atau
memulakan sesuatu majlis. Pantun dicipta juga untuk memberi nasihat ,
mendidik

dan

mengajar

masyarakat

tentang

kehidupan

berumahtangga.Pantun juga digunakan sebagai alat komunikasi dan


nasihat.Pantun menunjukkan adat peminangan perlu dilakukan jika
seseorang lelaki menyukai seorang gadis. Contohnya:
Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda,
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.

Pantun

adat

bertujuan

untuk

memartabatkan

adat

sesebuah

masyarakat terutamnya masyarakat Melayu . Ini kerana masyarakat


Melayu sangat teguh dengan adat sehingga lahir ungkapan biar mati anak
, jangan mati adat.
2.4.3 Meluahkan rasa kasih sayang
Masyarakat Melayu lama terkenal dengan kesantunan berbahasa , untuk
meluahkan persaan saying , rindu dendam , cinta dan kasih saying
mereka menciptakan pantun.Pantun ini diselitkan kata-kata indah serta
puji-pujian.Ini menunjukkan masyarakat tradisional sangat mementingkan
kesopanan dan kesantunan terutama dalam berkasih saying Berikut
merupakan contoh pantun berkasih sayang:
Lama sudah tidak ke ladang,
Padi sudah dililit kangkung,
Selama tuan tidak kupandang,

12

Putus sudah pengarang jantung.


Pantun kasih sayang menggambarkan identiti kehidupan
masyarakat . Pantun mempengaruhi masyarakat Melayu lama dari segi
pemikiran , tingkahlaku, adat dan budaya mereka dalam kehidupan
seharian. Kerana itu masyarakat silam hidup penuh dengan keharmonian
dan kasih sayang sesama sendiri. Masyarakat dahulu mengawal perlakuan
tidak baik remajanya dengan teguran berkias.

2.4.4 Untuk sindiran dan tempelak


Masyarakat Melayu tidak suka berterus terang , kesopanan mereka lahir
dari sikap malu dan segan yang menebal dalam diri masing-masing.
Dalam

membuat

teguran,

lahirlah

pelbagai

bentuk

kiasan

yang

menggambarkan sikap rendah diri yang penuh kesopanan. Sindiran


berfungsi sebagai senjata untuk mengubah perlakuan negatif
masyarakat

atau

memberi

pesanan

supaya

perkara

anggota

tidak

baik

dielakkan.Contoh pantunnya:
Ayam dikepuk dipanggil pulang,
Kain tercarik tersangkut duri,
Usah ditepuk air di dulang,
Kelak terpercik muka sendiri.
Pantun memberi nasihat supaya tidak memburuk-burukkan saudara
atau orang rapat dengan kita . Penggunaan kias dan ibarat menjadi
pelindung sesuatu perkara yang yang ingin dinyatakan tidak secara nyata
tetapi

menyindir

seseorang.

Oleh

itu

masyarakat

tidak

akan

mennceritakan tentang keburukan orang atau ahli keluarga perkara yang


memalukan atau tidak manis didengar orang dapat disembunyikan.

13

2.4.5 Menyampaikan masej berbentuk keagamaan


Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah,hokum dan
keimanan kepada Allah.Pantun ini menerangkan tentang dosa, pahala,
tanggungjawab

kehidupan,kematian

dan

alam

barzah.Pantun

ini

memberitahu setiap kebaikkan balasannya syurga dan kejahatan pula


dibalas neraka. Berikut ilah contohnya:

Redup bulan Nampak nak hujan,


Pasang pelita sampai berjelaga,
Hidup mati di tangan tuhan,
Tiada siapa dapat menduga.

Pantun agama adalah pantun yang berunsurkan nilai keagamaan ,


diselitkan unsur-unsur nasihat serta pengajaran yang boleh dijadikan
panduan hidup.Pantun agama dapat membina jati diri dan nilai-nilai murni
dalam diri seseorang. Di dalam pantun agama diselitkan pengajaran serta
mendidik dan mengajar seseorang berkaitan ilmu agama yang perlu
diamalkan di dunia sehingga ke akhirat.

14

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KOMSAS BAHASA MELAYU TAHUN


ENAM
Matapelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 6
Masa : 10.30 11.30 pagi
Kehadiran murid : 24 orang
Tajuk : Teks Prosa dan Puisi
Kemahiran : Membaca
Hasil Pembelajaran :
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar
serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2
i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca.
Objektif Pembelajaran :
Selepas pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :
1. Membaca dengan kuat prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi dengan betul
2. Mengenalpasti maklumat penting di dalam bahan bacaan dan kemudian menterjemahkan di
dalam bentuk puisi yang berbentuk aktiviti berbalas pantun;
3. Memupuk sikap menghargai seni prosa dan puisi melalui aktiviti berpantun
Nilai Murni : Bekerjasama, menghayati nilai estetika, bersikap jujur.
Langkah
Set
Induksi

Isi Pelajaran
1. Video
Pertandingan

1030-

pantun. Pantun

1035

berbentuk empat

Aktiviti
1. Guru memulakan
P&P dengan
menayangkan video.

15

Catatan
Nilai:
1.Semangat
kerjasama
BBM: Video

( 5 minit )

kerat.

2.Murid menonton

Klip

Video
Klip:Pertandingan
pantun

Langkah 1

Jenis pantun empat

1. Guru memilih

PPT pantun

1035-

kerat:

murid secara rawak

empat kerat

1040

Pembayang
Maksud

menjelaskan ciri-ciri

yang

pantun.

dikosongkan

pantun
Jeda
Rima akhir

2.Guru meminta wakil

bahagian

pelajar memberikan

maksudnya.

(5 minit)

abab

maksud pantun.
4.Murid lain dipilih
melapazkan pantun
yang tersebut dengan
intonasi yang betul.

Langkah 2

Mengakses

1045-

Pantun,Artikel Surat

1100 (15

Khabar dan Majalah

minit)

1. Pelajar diminta untuk


membentuk kepada
beberapa kumpulan kecil.
2. Pelajar di dalam
kumpulan diedarkan
dengan artikel daripada
suratkhabar yang boleh
menarik audien luar.
3. Pelajar menyalin
maklumat penting dari
dalam artikel akhbar dan
meringkaskan di dalam
kertas A4.

Nilai:
1.Bekerjasama
2.Interpersona
l
3.Menghargai
alam
BBM:
1.Surat
Khabar,Majala
h, Kertas A4
KBT:
1.Mencirikan
2.Membuat
pengkelasan

16

3.Menganalisis
4.Membanding
beza

Langkah 3

Pantun Empat Kerat

1.Guru

Nilai:

1100-

memadankan

membahagikan murid

1.Berani

1110

jawapan dengan

kepada 6 kumpulan.

2.Yakin diri

(10 minit)

pembayang dan

2.Guru mengedarkan

3.Bekerjasama

pembayang dengan

lembaran kerja

4.Kerajinan

isi.

kepada murid dan


meminta mereka

BBM:

membincangkan dan

Lembaran

melengkapkan

kerja 1

rangkap pantun yang

(padanan)

diberikan mengikut
kumpulan masing

KBT:

masing.

1.Mencirikan

2. Setiap kumpulan

2.Menghubung

memilih seorang

kan

wakil untuk
menyertai
pertandingan
berbalas pantun.

Langkah 4

Pertandingan

1. Enam orang pelajar

Nilai:

1110-

berbalas pantun

diminta melakonkan

1.Berani

1125

aksi berbalas pantun.

2.Yakin diri

(20 minit)

2.Menggunakan

3.Bekerjasama

lembaran kerja yang

4.Kerajinan

telah dibincangkan
17

dalam kumpulan:

BBM:

Pelajar A menjualkan

Lembaran

pantun kepada

kerja 1

pelajar B . Kemudian

(padanan)

pelajar B menjualkan
pantun kepada

KBT:

pelajar A.

1.Mencirikan

2.Aktiviti tamat

2.Menghubung

setelah keenam-enam kan


pelajar selesai
berpantun.
3.Penegasan kepada
intonasi dan sebutan.

Penutup

1.Membuat rumusan

1.Guru murid secara

Nilai:

1125-

dan penilaian

rawak (tidak

1.Berani

1130

tugasan diberi.

menyertai

2.Yakin diri

pertandingan pantun)

3.Bekerjasama

(5 minit)
Tugasan di rumah :
Menyiapkan
pembayang dan

menjawab soalan
berkaitan

BBM:

pembelajaran hari ini.

Lembaran

a. Pembayang

kerja 2

maksud pantun

pantun boleh

KBT:

dilembaran kerja 2.

terdiri daripada

1.Mencirikan

apa?
b. Apakah fungsi
pembayang?
c. Di bahagian
manakah
letaknya isi di
dalam pantun?
d. Nyatakan ciri-

2.Menghubung
kan
3.
Menganalisis
Refleksi:
___/24 orang
pelajar

ciri pantun yang menguasai


18

baik?

kemahairan
diajar.
___/24
memerlukan
pemulihan.

4.0 HURAIAN MENGENAI AKTIVITI BERBALAS PANTUN PADA PENGAJARAN


HARIAN
4.1 Kekuatan Aktiviti Berbalas Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Jika merujuk daripada aktiviti berbalas pantun seperti dalam Rancangan Pengajaran
Harian yang dilampirkan, aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah dapat menimbulkan
keseronokan semasa berada di dalam kumpulan sambil menerapkan aktiviti yang berbentuk
daya usaha dan kecenderungan minat. Ini sekaligus akan menimbulkan minat yang mendalam
di kalangan pelajar mengenai Bahasa Malaysia terutama pada tahap 2. Penggunaan aktiviti
berpantun di dalam pengajaran dan pembelajaran jelas sekali akan membantu mereka dalam
memahami isi kandungan pelajaran dan objektif pelajaran dapat disampaikan dengan mudah.
Selain itu, pantun merupakan salah satu puisi tradisional yang masih wujud di zaman moden
ini. Menurut sumber laman web www.dbp.com.my, puisi pantun yang asalnya dari
Minangkabau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia di mana rata rata
penutur pantun masih mengamalkan pantun sebagai pembuka bicara semasa majlis rasmi,
majlis pertunangan atau persandingan dan berbentuk pertandingan berbalas pantun. Pantun
ini merupakan salah satu puisi tradisional yang masih diamalkan dan diadaptasikan mengikut
zaman dan kesesuaian dan satu satu puisi tradisional yang mudah untuk diterapkan di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jadi adalah lebih baik supaya puisi tradisional ini dapat
diterapkan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti Bahasa Malaysia supaya
kesinambungan karya sastera prosa tradisional ini dapat diteruskan dan diperturunkan hingga
ke generasi seterusnya.
Sesi berbalas pantun juga dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.
Menurut Sharifah Maimunah Syed Zin (2000). Menikmati dan Mengapresiasikan Sastera.
Dewan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerangkan bahawa :

19

Pendedahan komponen sastera membolehkan pelajar menikmati dan mengapresiasi karya


sastera, mengetahui ilmu sastera secara ringkas, mengenali penulis dan sejarah
perkembangan tanah air, berdasarkan karya yang dibaca serta mengukuhkan kemahiran
berbahasa pelajar dari segi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
Beliau menyatakan bahawa penerapan karya sastera tradisional dapat meningkatkan
kemahiran bertutur dengan baik, sekaligus meningkatkan daya menulis dan membaca di
kalangan pelajar. Ini kerana di dalam aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di
sekolah rendah, kemahiran bertutur, menulis dan membaca amat dititikberat dalam
penguasaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Di samping itu, pencapaian pelajar
dalam Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris turut
menekankan aspek penguasaan bahasa Malaysia di kalangan pelajar. Melalui penerapan nilai
sastera seperti pantun ini dapat mempertingkatkan penguasaan berbahasa Malaysia di
kalangan pelajar untuk generasi masa hadapan.
Koh Boh Boon (1989) dalam bukunya Perspektif-Perspektif Dalam Pengajaran Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu dapat, antara lain menanam
penghayatan terhadap keindahan Bahasa Melayu, memperkaya perbendaharaan kata dan
mengasah kemahiran murid untuk mengarang dengan baik.
Perbendaharaan kata di dalam sesi mencipta dan berbalas pantun juga akan meningkatkan
pemahaman dan seterusnya memberi ruang pelajar dalam menguasai kosa kata dan
tatabahasa dengan baik. Dalam aspek berbahasa Melayu, penguasaan dalam membina ayat
untuk dijadikan satu karangan yang berkualiti turut akan diuji sepenuhnya di dalam
peperiksaan umum khususnya di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah,
Penilaian Menengah Rendah dan sebagainya. Penguasaan perbendaharaan kata melalui
sumber rujukan daripada artikel artikel suratkhabar, majalah, jurnal seperti di dalam
rancangan pelajaran harian mampu mengetengahkan pelajar di dalam mengenal
perbendaharaan kata dalam Bahasa Malaysia. Ia akan diaplikasi secara tidak langsung dalam
aktiviti berbalas pantun dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam Bahasa Malaysia.
Pendedahan pelajar dalam aktiviti komponen berbentuk sastera lisan seperti pantun
akan melahirkan generasi baru yang sentiasa menghargai karya seni sastera lisan dan bertulis
di Malaysia. Pelajar akan mula mengenali dan seterusnya menunjukkan kecenderungan untuk
aktif dalam bidang seni sastera seperti penulisan cerpen, puisi, teater, drama dan lakonan. Ini
merupakan sebahagian daripada Kecerdasan Pelbagai yang diterapkan oleh Howard Gardner
iaitu Kecerdasan Verbal Linguistik. Segelintir pelajar akan dapat belajar jika penggunaan
20

teknik pengajaran dan pengajaran lebih terarah kepada aktiviti pemusatan pelajar, aktiviti
berkumpulan, main peranan dan sebagainya. Ini akan membantu mereka dalam membina
kefahaman isi kandungan pelajaran dan seterusnya memupuk sikap untuk menghargai karya
seni orang lain. Selain itu, ia turut membantu untuk memupuk pelajar dalam bergiat seni
dalam aktiviti penulisan kreatif di masa akan datang.

4.2 Kelemahan Aktiviti Berbalas Pantun di Dalam Bilik Darjah


Terdapat juga kelemahan dalam penerapan aktiviti berbalas pantun di dalam bilik
darjah ini sebenarnya. Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah :
Intonasi memainkan peranan dalam aspek berbahasa. Jika dalam aspek fonetik dan fonologi,
sebutan yang betul dan jelas memainkan peranan dalam menentukan betul atau tidak dalam
berbahasa. Ini bermaksud pelajar-pelajar harus menguasai kemahiran bertutur dengan baik
untuk menyampaikan pantun-pantun di dalam bilik darjah. Contohnya rima pantun yang
menerangkan a,b,a,b. Jadi pelajar harus menguasai konsep penutur pantun yang sebenarnya.
Pelajar juga harus meneliti rakaman video yang ditunjukkan oleh guru. Antara rakaman video
mengenai berbalas pantun ialah melalui rakaman Pesta Pantun Kebangsaan serta rancangan
terbitan Astro iaitu Karoot Komedia X. Walaupun rancangan tersebut berbentuk hiburan,
namun unsur-unsur pantun pada dikir barat yang dikendalikan oleh hos rancangan tersebut
dapat memberi gambaran bagaimana aktiviti berbalas pantun dapat dijalankan.
Selain itu juga, kelemahan yang dapat dikenalpasti dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berasaskan pantun ialah guru terpaksa mendapatkan tajuk pelajaran yang sesuai
untuk diadaptasikan melalui aktiviti berpantun. Ini kerana sebahagian daripada tajuk yang di
dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 6 kadangkala kurang bersesuaian dengan aktiviti
yang berlandaskan kesenian berbahasa. Contohnya dalam aktiviti mereka dialog perbualan,
syarahan, penceritaan dan karangan yang berbentuk format. Ini kerana pantun hanya sesuai
digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk untuk mengenalpasti
maklumat di dalam teks, menceritakan keindahan serta latihan menulis dan bertutur.
Kemahiran berpantun hanya dapat disesuaikan mengikut tema pengajaran dan pembelajaran
pada hari tersebut.
Aktiviti berpantun di dalam pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat kesesuaian
kerana memerlukan daya kreativiti yang tinggi dalam membuat perlambangan (simbolisme).
Menurut Profesor Datuk Harun Mat Piah dalam ucapan semasa pertandingan Festival Pantun
21

Korporat 2007 yang dipetik daripada artikel akkhbar Utusan Malaysia (2009) , pantun yang
sebenar adalah mempunyai perlambangan sebenar dalam pembayang dan maksud kerana di
sana wujudnya unsur sindirian atau kritikan. Ini membawa maksud bahawa penutur pantun
harusnya mengasah daya kreativiti yang tinggi dalam membina pantun sebenar yang berunsur
jenaka dan berbentuk nasihat. Berbalik kepada persoalan aktiviti tadi, maka aktiviti berbalas
pantun harus dapat menjana daya kreativiti pelajar supaya lebih kreatif dalam merekacipta
pantun yang menarik dan mampu menjadi unsur kritikan. Aktiviti ini bukan sahaja
menyeronokkan tetapi harus menepati kehendak dan tema untuk kemahiran yang akan
diterapkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran.
Noriah Bakar (1986) telah mencadangkan beberapa perkara yang harus dilakukan
semasa pengajaran pantun. Cadangan yang dikemukakan ini ialah rumusan hasil penyelidikan
beliau tentang pembelajaran pantun. Beliau menyatakan teknik penerangan yang berlebihan
daripada guru semata-mata tidak lagi menjadi satu teknik yang berkesan kepada pelajarpelajar yang mengikuti pelajaran pantun kerana teknik seperti itu tidak melibatkan dan
menggerakkan penglibatan pelajar secara menyeluruh dan tidak mengaitkan isi pelajaran
dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Guru-guru yang menggunakan teknik ini
menggambarkan yang dia kurang berminat membuat persediaan dan perancangan untuk
mengajar. Akibatnya pengendalian pelajaran tidak tersusun dan kabur, kesannya pelajar tidak
dapat mengikuti isi pelajaran dengan baik dan tidak memupuk terhadap pelajaran pantun.
Guru hendaklah menyusun secara teratur untuk menjalankan aktiviti pantun ini dengan baik
kerana segala perkaitan mengenai konsep atau objektif pelajaran untuk hari itu adalah
bergantung kepada keseragaman dan keselarian perjalanan aktiviti pantun di kalangan pelajar.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah disusun dengan teliti supaya aktiviti yang
diterapkan adalah berkaitan dengan konsep pengajaran dan pembelajaran yang hendak diajar.
5.0 RUMUSAN
Pantun merupakan khazanah bangsa yang amat bernilai bagi masyarakat
Melayu. Keindahan pantun dalam mengungkapkan seribu satu macam
maksud

menjadi

lambang

ketekalan

minda

yang

amat

kreatif. Penggunaan pantun sebagai bahan kritik sosial secara tidak


langsung menunjukkan bahawa pemikiran masyarakat Melayu dalam
mengadaptasi alam sekeliling bagi menyampaikan maksud ataupun
meluahkan perasaan menjadi cerminan jiwa dan raga masyarakat Melayu
22

itu

sendiri. Pentingnya

menjaga

keharmonian

diperlihatkan

dalam

pemilihan kata setiap pantun yang dicipta. Bukan sahaja maksud yang
terhasil dalam pantun menjadi inti, tetapi juga perkataan yang digunakan
sebagai pembayang juga mengandungi makna yang mendalam.
Sifat pantun yang banyak memperlihatkan kesopanan dan ketelitian
pemakainya

dalam

meluahkan

perasaan

amat

menarik

untuk

dibincangkan. Jangkauan akal fikiran yang merenung dan mencerna


segala bentuk kehidupan dalam lagu dan irama pantun melambangkan
pesona jiwa dan kehalusan minda masyarakat Melayu dalam menjaga air
muka

dan juga

sebagai

satu senjata

untuk

menangkis

sebarang

perbuatan secara lembut dan harmonis. Perkara-perkara seperti inilah


yang perlu dijaga dan dikekalkan dalam jiwa masyarakat Melayu supaya
kesopanan dan kelembutan yang selama ini menjadi amalan akan terus
berkekalan dalam jiwa generasi hari ini.
Menjadi tanggungjawab generasi muda hari ini memupuk kembali rasa
cinta terhadap puisi pusaka bangsa itu supaya ia tidak pupus ditelan
zaman. Sepatutnya perlu ada kesedaran yang lebih mendalam dalam
kalangan generasi hari ini untuk memelihara kesopanan dan kehalusan
budi bahasa yang terpancar dalam pantun. Guru berperanan membentuk
masyarakat yang maju dan bersopan santun serta berbudi bahasa
menjadi

tanggungjawab

bersama

yang

akan

memastikan

Melayu

mempunyai jati diri dan wawasan dalam dunia globalisasi hari ini.
RUJUKAN

Abd Rahman Shaari. (1994). Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Strategi pendidikan
Bahasa Melayu Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Abdul Latiff Abu Bakar dan Mohd. Rosli Saludin.(2004).Penyelenggara, Pantun dan
Ungkapan Indah:Adat Perkahwainan Melayu.Melaka.Institut Seni Malaysia Melaka.
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
23

Dr.Nadzeri Isa.(2003). HBML 3103 Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu. Selangor
Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Howard Gardner (1983), Frames of Mind : The Theory of Multiple Intelligence.
Institut Bahasa. (1994). Strategi pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kamus Dewan (2007), Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2003 ), Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu
Tingkatan Empat, terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun
Enam, Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu,
Sekolah Rendah, SK Tahun 4, Bahasa Melayu 2003. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Koh Boh Boon (1989) dalam bukunya Perspektif-Perspektif Dalam Pengajaran Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Noriah Bakar ( 1986 ) dipetik daripada Sharifah Maimunah Syed Zin (2000). Menikmati
dan

Mengapresiasikan Sastera. Dewan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan


Pustaka

Sumber

pantun

dipetik

daripada

laman

web

http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main
Utusan Malaysia (2009), Ucapan Ketua Panel Hakim Profesor Datuk Harun Mat Piah
semasa pertandingan Festival Pantun Korporat 2007 yang dipetik daripada
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main

24

Anda mungkin juga menyukai