Anda di halaman 1dari 16

KONSEP BUDAYA

MATERIAL
MAKANAN
NAMA AHLI KUMPULAN :

1) ENGKU NUR NABIHAH BINTI TUAN SANUSI ASMADI


2) NUR SYAZANA BINTI ABDUL HAMID
3) NOOR SHAHIRAH BINTI ROSLAN
4) NUR SYAHIRAH BINTI NASRUDIN
2

KONSEP
KONSEPBUDAYA
BUDAYAMATERIAL
MATERIAL
Kebudayaan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang
diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang
berikutnya. 
• Kebudayaan berkaitan dengan keseluruhan sistem kehidupan
yang dipraktikkan oleh sesuatu masyarakat.
• Dalam kebudayaan, terkandung unsur sosial, kepercayaan,
sistem simbol, unsur teknologi, ekonomi yang menjadi milik
masyarakatnya. 
• Budaya dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan
masyarakat yang lain. 
• Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian
kebangsaan sesebuah negara.
3
DEFINISI
DEFINISIBUDAYA
BUDAYAMATERIAL
MATERIAL

Budaya material terdiri daripada objek fizikal atau


artifak. Peralatan atau kelengkapan hidup seperti
rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya
merupakan contoh budaya material.
4

KEPENTINGAN BUDAYA MATERIAL

PANDUAN
KEPADA
MENGATUR
ANGGOTA
HUBUNGAN
MASYARAKAT
SESAMA
DALAM
MANUSIA
BERTINGKAH
LAKU SEBAGAI
PENGGALAK
KEPADA
MANUSIA
UNTUK
MENCIPTA
5

TUJUAN BUDAYA MATERIAL

MENJAGA DAN MENANAM ASPEK


MEMARTABATKAN KEROHANIAN MENAIKKAN DAN
IMEJ NEGARA SPRITUAL, MENGHARUMKAN
HINGGA KE KEMANUSIAAN NAMA NEGARA
PERSADA DUNIA DAN MENTAL
6
BUDAYA MAKANAN
MASYARAKAT MELAYU
Kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus
penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang
itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan
mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan
Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka
menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang
sangat kaya.

Contohnya :
1. Nasi lemak
2. Tapai
3. Rendang
NASI LEMAK 7
 Makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya
sebagai sarapan pagi.
 Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan
menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya.
 Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur
kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.

TAPAI
 Sejenis penganan yang dibuat daripada pulut.
 Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut.
 Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit
gula.
 Dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang
disebut sebagai daun tapai.
 Kini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai
dibungkus dengan menggunakan daun pisang.
8

RENDANG

 Masakan yang berasal dari Padang, salah satu


makanan khas dari budaya Minangkabau, dan
sering di sajikan pada acara-acara untuk
menghormati tamu.
 Makanan yg satu ini juga popular di Malaysia dan
Singapura.
 Rendang disiapkan secara tradisional oleh
masyarakat Melayu pada acara-acara pesta.
 Rendang dibuat dari daging lembu (atau kadang-
kadang ayam, daging biri biri, kerbau, itik) ,
santan dan rempah-rempah .
BUDAYA MAKANAN 9

MASYARAKAT INDIA
Masakan India yang dibawa oleh etnik India di Malaysia ini telah sebati dengan jiwa dan raga
rakyat Malaysia. Biarpun makanan kaum India diperbuat dari rempah ratus yang berbeza,
namun ia memiliki keenakan yang tersendiri. Daun kari, minyak sapi, serbuk kari, pelbagai
rempah, herba serta sayuran antara bahan yang sering digunakan dalam masakan India
terutama bagi pengamal vegetarian. Kepercayaan agama serta budaya India telah memberi
pengaruh dalam sesuatu masakan.

Contohnya:
1) Muruku
2) Tosai
3) Putu mayam
4) Vadai
MURUKKU
10
 Ia antara makanan ringan yang sangat digemari ramai dan popular
 Selain nama marukku, ia turut dikenali dengan nama chakli dan
chakri.
 Bahan utama untuk menghasilkan kuih ini adalah urad dhal, tepung
kacang tosai dan tepung beras.
 Murukku biasanya berbentuk bulatan atau berbentuk halus. Ia dibuat
menggunakan acuan khas dengan menekan tepung yang telah uli atau
cara pemutaran.

TOSAI
 Ada juga yang menggelarnya dosa, dosai, dosay, dose, dhosha,
thosai atau juga chakuli.
 Pelbagai pilihan tosai yang boleh dicuba seperti tosai telur,
tosai cili, tosai bawang, tosai rawa, tosai ghee dan sebagainya.
 Menjadi hidangan sarapan dan juga makan malam dan ianya
kaya dengan sumber karbohidrat dan protein
 Tosai biasanya dimakan bersama sambal kelapa, kari kambing
atau juga kari ayam.
PUTU MAYAM
11
 Mendapat sambutan mengalakkan dari semua bangsa dan tidak
mengira umur.
 Kuih ini diperbuat dari tepung beras atau tepung idiyappam
bersama air ataupun santan.
 Untuk menghasilkan putu mayam, ia akan dibentuk menjadi doh
terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam acuan yang ditekan
bagi menghasilkan bentuk seperti mee halus.
 Putu mayam dimakan bersama kelapa parut, gula perang / gula
Melaka dan juga gula pasir.

VADAI
 Ia mempunyai dua versi iaitu paruppu vadai dan ulunthu
vadai.
 Paruppu vadai biasanya diperbuat daripada kacang dal,
hirisan cili hijau, daun kari, serta bawang merah.
 Ulunthu vadai pula diperbuat daripada tebung beras dan
berbentuk roda dan berlubang di tengah.
 Ulunthu vadai biasanya dimakan sekali dengan chutney.
 Vadai perlu digoreng dengan minyak yang banyak.
BUDAYA MAKANAN 12

MASYARAKAT CINA
Keunikan Malaysia adalah kerana terkenal dengan rakyatnya yang terdiri dari berbilang kaum.
Selain kaum Melayu, kaum Cina dan India merupakan kaum utama di negara Malaysia dan
kaya dengan pelbagai adat dan budaya.
Setiap kali sambutan perayaan sesuatu kaum, terdapat pelbagai makanan tradisional
disediakan dan ditonjolkan kepada para pelancong. Ia sekaligus dapat memperkenalkan
kepelbagaian makanan serta budaya yang terdapat di Malaysia.
Memandangkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, maka tidak hairanlah kebanyakan
restoran turut menyediakan pelbagai hidangan halal. Ini supaya orang Islam juga dapat
menikmati hidangan kaum lain tanpa ragu dan was – was.

Contohnya: :
1) Yee Sang
2) Kuih bulan
3) Chang Shou Mian
YEE SANG
13
• sejenis makanan salad ikan mentah dan merupakan gaya
Changzhou .
• Makanan ini biasanya terdiri daripada potongan daging ikan
mentah (khususnya salmon) yang bercampur dengan cebisan
sayur-sayuran dan beraneka sos serta perasa ikan dan ramuan-
ramuan lain.
• Secara Harifah, “Yusheng” diterjemah menjadi ikan mentah ,
namun boleh dianggap melambangkan kemewahan ,
kemakmuran dan kesuburan.
KUIH BULAN
• boleh didapati menjelang musim perayaan pertengahan
musim luruh atau Tahun Baru Cina.
• Ia mempunyai rasa yang manis serta boleh dimakan begitu
sahaja.
• Kuih ini berbentuk bulat dan juga segi empat yang terdiri
dari kuning telur itik (masin) serta bahan – bahan lain.\
• Intinya terdiri dari pes biji teratai, kacang merah, walnut,
bijan, badam, benih labu dan biji tembikai.
• Terdapat juga inti lain seperti keladi, pandan dan juga
durian selari dengan perubahan zaman.
14
CHANG SHOU MIAN

• merupakan mee telur Kantonis paling nipis serta


diperbuat daripada tepung gandum.
• Ia warna kuning keemasan serta sedikit kenyal antara
ciri-ciri istimewanya.
• Teksturnya yang sedikit kenyal dan sedikit lembut adalah
disebabkan penggunaan air soda yang digunakan dalam
membuat doh.
• Ia kemudiannya digoreng serta dikeringkan. Ia
mengambil masa selama dua minit untuk direbus dalam
air rebusan. 
• Makanan ini melambangkan umur panjang seseorang.
• Mee ini tidak digalakkan untuk dipatahkan semasa
makan kerana ia menandakan umur yang panjang.
15

CONTOH VIDEO
SEKIAN
TERIMA KASIH
NAMA AHLI KUMPULAN :

1) ENGKU NUR NABIHAH BINTI TUAN SANUSI ASMADI


2) NUR SYAZANA BINTI ABDUL HAMID
3) NOOR SHAHIRAH BINTI ROSLAN
4) NUR SYAHIRAH BINTI NASRUDIN

Anda mungkin juga menyukai