Anda di halaman 1dari 42

Tajuk :

Warisan Budaya
Malaysia

Nama : IHSAN ANDZAR B.


MD. SHAMSUDDIN
Sekolah : SK KELADI
Kelas : 6 AL-BIRUNI

1
MyPicture

2
Nama : Ihsan Andzar Bin Md. Shamsuddin

Kelas : 6 Al-Biruni

Umur : 12 Tahun.

Tarikh Lahir : 30/07/2005

Tempat Lahir : Pusat Perubatan Universiti

Malaya, Kuala Lumpur.

Alamat : 230, Lorong Seri Petaling 3/2,

Taman Seri Petaling,

09000, Kulim, Kedah.

Telefon : 04-4908732

3
Isi Kandungan Muka Surat

1. Makanan 5 - 11

2. Pakaian 12 - 15

3. Rumah 16 18

4. Alat Muzik 19 23

5. Tarian 24 34

6. Permainan Tradisional 35 42

4
MAKANAN TRADISI MASYARAKAT MELAYU
NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan

Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada

nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah

rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak

dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak

dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai

hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti

ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.

5
RENDANG

Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, Salah satu makanan
khas dari budaya Minangkabau, dan sering di sajikan pada acara-acara
dan upacara untuk menghormati tamu. Makanan yg satu ini juga populer di
Malaysia dan Singapura, rendang disiapkan secara tradisional oleh
masyarakat Melayu pada acara-acara pesta. Walaupun kadang-kadang
rendang digambarkan sebagai seperti kari, dan nama yang kadang-kadang
diterapkan untuk kari daging hidangan di Malaysia, asli rendang tidak
seperti kari.Rendang dibuat dari daging sapi (atau kadang-kadang ayam,
daging domba, kerbau, bebek, atau sayuran seperti nangka atau singkong)
santan dan rempah-rempah di masak beberapa jam dengan api kecil,
memungkinkan agar daging bisa menyerap bumbu2nya dan daging
menjadi empuk. Memasak dengan proses perubahan dari air ke goreng
sebagai cair evaporates. . Rempah-rempah yang dapat mencakup jahe,
galangal, daun kunyit, lemon grass dan cabai. Ada dua jenis rendang:
kering dan basah. Rendang kering dapat disimpan untuk 3-4 bulan,
Rendang basah, juga dikenal sebagai kalio.

6
Kuih Serabai

Kuih serabai merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih

serabai diperbuat dari tepung beras, dimasak nipis (macam lempeng) dan

dimakan bersama kuah sirap gula melaka + santan-rasanya lemak manis). Kuih

ni jarang dijual di gerai kuih kecuali bulan Ramadan. Ia popular di negeri Kedah,

Melaka dan Sabah. Di sesetengah negeri, kuih serabai juga biasa dihidangkan

pada kenduri arwah, biasanya ia dihidangkan pada hari kelima arwah.

Dari gambar, kelihatan menyerupai dengan kuih Bengkang

7
MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA
Yee Sang

Yusheng atau yee sang (yshng) ialah sejenis salad ikan mentah bergaya Cina. Yee
sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang
bercampur dengan cebikan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-
ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh
dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina seperti Chaozhou dan
Shantou kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song. Menurut lagenda,
seorang dewi Cina yang dikenali sebagai Nw () memperbuat manusia
daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama tahun baru
qamari. Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Adalah
dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam
amat menghormati mitos ini. Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam
jamuan atau upacara keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati
peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nwo. Pada abad
ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini berhijrah ke negara-
negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura demi kehidupan yang
lebih baik, dan membawa bersama hidangan tradisi ini.

8
Kuih Bulan

Kuih Bulan atau yubng adalah sejenis kuih Cina yang sering dimakan
sewaktu Perayaan Pertengahan Musim Luruh

Menurut hikayat Cina, kuih bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di
negara China semasa pemerintahan puak Mongol (Dinasti Yuan) yang agak
tegas dan kejam. Undang-undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan
ke atas rakyat Cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa
mereka. Disebabkan ini, rakyat Cina dengan dorongan pihak Ming bersepakat
untuk memberontak. Pada suatu malam semasa bulan sedang mengembang,
mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai-ramai. Di tengah-tengah
kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk
memberontak. Usaha ini berjaya dan kerajaan Mongol berjaya digulingkan.
Hingga kini, peristiwa ini dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Cina dalam
perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.

Kuih bulan dibuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji teratai
atau kacang merah, kebiasaannya dengan kuning telur masin di
pertengahannya.

9
MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA

Vade

Vadai atau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis

makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai

yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau,daun kari

dan bawang merah dicampurkan sekali.Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai

yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di

tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama

chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang

banyak.

10
Thosai

Thosai merupakan hidangan tradisi kaum India dan di sesetengah


negeri di India, thosai merupakan makanan ruji penduduk tempatan.
Lazimnya, thosai dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis
kuah; sebagai contoh kuah dhal, kari ayam dan ikan serta chutney iaitu
sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang dikisar
serta rempah-rempah dan cili. Thosai adalah sejenis serabi yang mempunyai
rasa masam dan ranggup. Ianya diperbuat daripada beras dan lentil hitam
(urad dhal) dan boleh juga ditambahkan dengan rempah-ratus untuk
menambahkan rasa. Thosai adalah makanan yang juga terkenal di negara-
negara lain sepert Sri Lanka, Singapura, Myanmar dan juga negara kita
sendiri. Thosai pada asalnya disediakan dengan mengisar beras yang
direndam semalaman atau nasi lama ( diamasak 2 atau 3 hari sebelumnya)
serta lentil hitam sehingga menjadi adunan yang sederhana pekat. Setelah
itu, adunan dileperkan di atas kuali leper yang panas sehingga menjadi
kuning keemasan dan terus dihidangkan. Asal usul thosai sering dikaitkan
sebagai sebuah resepi yang digubah untuk menggunakan nasi yang lama
untuk menjadi sebuah hidangan baru supaya nasi tersebut tidak terbazir.
Thosai juga boleh disediakan dengan ramuan yang berbeza seperti tepung
suji dan tepung gandum dan dicampurkan dengan pelbagai jenis rempah-
ratus yang berbeza mengikut citarasa masing-masing. Resepi hidangan ini
boleh digubah mengikut kreativiti dan citarasa tersendiri. Pada masa kini
terdapat pelbagai jenis thosai seperti thosai bawang, thosai minyak sapi
(ghee), thosai masala, thosai telur, thosai marjerin, thosai kertas (paper) dan
sebagainya

11
PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri


daripada pelbagai kaum. Contohnya, Melayu, Cina, India
,dan lain-lain. Oleh itu, setiap kaum mempunyai pakaian
yang berbeza. Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan
pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna.
Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai
pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan
manik. Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya
Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih
digunakan dengan meluas.

12
BAJU KURUNG KAUM MELAYU

Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban

di tempat-tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam,

mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju

kurung adalah baju longgar yang labuh, kadang-kala hingga

ke lututdan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat

tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain

tradisional seperti songket atau batik.

13
BUSANA KAUM CINA

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan


berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti
Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini
membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan
untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak
pakaian tradisional mereka yang kemudiannya
disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik
Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman
benang emas dan sutera.

14
Sari adalah pakaian wanita di Subbenua India. Sari adalah sehelai kain
yang tidak dijahit, berlinkungan dari empat ke Sembilan meter pada
panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya yang
terumum adalah dengan membalut sari di keliling pinggang, dengan
satu hujung menabir le atas bahu mendedahkan bahagian torso dekat
pinggang.

15
PENGENALAN

Rumah Tradisional Melayu merupakan antara senibina terawal yang


didirikan di Gugusan Kepulauan Nusantara (Malay Archipelago). Ia
telah melalui proses transformasi sejak ribuan tahun yang lalu.
Kesenian pertukangannya disampaikan secara turun temurun dari
generasi ke generasi. Sehingga kini jejak rumah-rumah tradisional
ini masih dapat dilihat dan dikesan di seluruh nusantara samada
secara fizikal ataupun yang telah menjadi sebahagian artifak sejarah
yang didokumentasikan oleh pelbagai organisasi kerajaan atau
swasta dan badan-badan warisan.

Kesenian rumah-rumah tradisional ini adalah sangat unik kerana ia


mewakili setiap pecahan etnik Alam Melayu yang terdapat di
gugusan kepulauan ini. Namun, sifat fizikal yang dibina mengunakan
bahan binaan ringan dari sumber setempat seperti kayu-kayan,
buluh, rotan, mengkuang, daun nipah dan sebagainya tidak
memungkinkan rumah-rumah ini wujud sehingga ribuan tahun
lamanya.

Sehingga kini di Malaysia, rumah tertua yang pernah


didokumentasikan oleh Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu
(KALAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ialah Rumah Datuk
Baginda Tan Mas Mohar yang terletak di Negeri Sembilan dan dibina
sekitar tahun 1850. Kesenian pertukangan rumah-rumah tradisional
ini adalah sangat tinggi iaitu merangkumi tiga (3) cabang kesenian

16
iaitu; kesenian susunatur ruang, kesenian kaedah pembinaan dan
kesenian adaptasi komponen binaan terhadap iklim setempat.

17
RUMAH MELAYU

18
ALAT MUZIK KAUM MELAYU

Kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat
Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya
diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari
bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan
kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut
digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke
Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India
Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Gampus
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya
membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya
ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini
digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian
serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.

19
Rebana
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-
lagu budaya. Bagi masyarakatMelayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat
popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana
adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-
pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang
dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang
dikenali sebagai Rebana ubi.

20
ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM CINA

Erh Hu

Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan
besar. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan
dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu didirikan tegap pada riba
pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari
tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai
dan digesek seperti cello.

Pipa

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu;
dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar.
Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-
tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras
disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra
untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

21
Seruling

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia
dinamakan sebagai Zhudi, disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh
dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk
ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan
bunyi-bunyian. Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh
imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.

22
ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM INDIA

Dholak
Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia
dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang
dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang
diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak
untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.

Tabla
Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat terkenal dalam masyarakat
kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai
sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada
satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan
jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi
irama yang indah.

Veena

Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu,
dadanya bulat dan belakangnya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya.
Bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali dipasang di atas
daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang
pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang
digosokkan untuk melicinkan hujung hujung jari pemain.

23
TARIAN MELAYU

TARIAN MAK YONG

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di


selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat
DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu
ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini
menggabungkan drama romantis, serta tarian dan
nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan,
yang mengisahkan zaman kegemilangan
kesultanan Melayu.

24
TARIAN ZAPIN

TARIAN JOGET

25
TARIAN SARAH

26
TARIAN INDIA

TARIAN BHARATHANATYAM

27
TARIAN KOLATTAM

28
TARIAN CINA

TARIAN NAGA

29
TARIAN SINGA

TARIAN KIPAS

30
TARIAN SABAH

TARIAN SUMAZAU

31
TARIAN SUMAYAU

32
TARIAN SARAWAK

TARIAN NGAJAT

33
TARIAN KENYALANG

34
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Sepak Raga

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu
permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari
permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak
takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain,
malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan
yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan
ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan
tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali,
sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan
mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam
pusingan tersebut ditamatkan.

Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di
waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu
atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau
lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan
objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini
dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih
tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

35
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA

Mahjong

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong
membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi
yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular
sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wiq di dalam
bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-
undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.

36
Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain.
Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China,
oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal
abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling
popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan
yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang
sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang
dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang
diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan
mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming
sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada
buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina
dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini
membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

37
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Kho-kho

'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang
berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli
sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan
'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain.
Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk
megelak peserta-peserta lain.

Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya
akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran
diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan
berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam
kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan
bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan
menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak
tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun
lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli
pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi
pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi
permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.

Chaturanga

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India
pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain,
perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah
terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno,
papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.

Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes
bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.

38
Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi
epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah
formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah
simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu.

Ashtpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain
yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.

Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Al al-Mas'd memberi rincian tentang penggunaan catur yakni
sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan
ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'd juga menunjukkan Ivory di India
merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta
memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.

Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj
(chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan
ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui
penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami
perubahan bentuk.

PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

CONGKAK

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau
sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia
Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh
cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai
dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-
kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah
guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan
oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar
di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar
80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan
sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut
kemampuan si tukang pembuat congkak.
Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak
dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang
kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga

39
buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain
hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung
lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak
lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam
rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana
kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ
sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama,
setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia
dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya
hingga pihak lawan mengaku kalah.

PERMAINAN TRADISIONAL CINA

MAHJONG

Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Mjing; Kantonis: Mhjeung;
merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Juga dikenali sebagai bahasa Cina: ; pinyin:
Mqu; Kantonis: Mhjeuk; Jepun: Mjan.Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk
juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor
utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer.Objek
permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari samaada 13 atau 16 keping. Orang
pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set
pemain sama ada 14 atau 17 keping.
Salah satu mitos asal-usul mahjong menyatakan bahawa Confucius, ahli falsafah China teragung telah
membangunkan permainan ini pada 500SM. Dakwaan ini mungkin adalah cerita yang diragui kebenarannya.
Menurut mitos ini, kemunculan permainan tersebut dalam pelbagai negeri Cina berseseuaian dengan
pengembaraan Confucius pada saat beliau sedang mengajar doktrin-doktrin baru beliau. Tiga biji buah naga
(Cardinal) juga menyamai dengan tiga nilai Cardinal yang diturunkan oleh Confucius. Zhng ( , harfiah tengah)
Merah, F ( , harfiah kemakmuran) Hijau, Bi ( , harfiah putih) Putih masing-masing mewakili Kemurahan hati,
Kejujuran, dan Ketaatan terhadap ibubapa, sekali lagi berdasarkan mitos ini. Hakikatnya, "tengah" mungkin adalah
rujukan kepada (zhnggu) nama negara China bahasa Cina.mitos ini juga mendakwa bahawa Confucius
menggemari burung yang mungkin menjelaskan nama "Mahjong" (, yang bermaksud burung pipit). Bagaimana
pun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum era Taiping pada kurun ke-19 yang mengenepikan Confucius sebagai
pencipta yang mungkin.Teori lain membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan permainan
domino Cina sekitar tahun 1850. Ramai sejarawan percaya bahawa ia berasaskan satu permainan kad Cina yang
disebut sebagai Mdio () (juga dikenali sebagai Ma Tiae, secara harfiah bererti Kuda Tergantung; atau Yz (
), secara harfiah bererti Daun) di zaman awal Dinasti Ming. Permainan ini dimainkan dengan 40 keping kad
yang penampilannya serupa dengan kad-kad yang digunakan dalam permainan Ya Pei. 40 keping kad ini,
dinomborkan dari 1 hingga 9 dalam empat buah sut berbeza bersama-sama empat keping kad bunga tambahan,
adalah benar-benar serupa dengan penomboran buah-buah mahjong masa kini. Masih wujud lagi perdebatan sihat

40
mengenai siapa yang mencipta permainan tersebut. Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang
berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan tersebut untuk mengisi masa. Teori lain
menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut
antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Nngp, dua
orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Mdio.Permainan tradisional Cina ini
diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru Komunis
melarang sebarang aktiviti perjudian, yang dianggap sebagai simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi
Kebudayaan, permainan tersebut dihidupkan kembali, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang
digemari orang Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular,
terutamanya di kalangan penutur Kantonis.

PERMAINAN TRADISIONAL INDIA

KABADI

Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini
sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran.
Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh,
Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan
hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti
Asia British. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh
pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola
keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini
dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran
gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang
mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah
balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan
padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan
tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan
meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke
pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi,
penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau
bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak
lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua
mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir
perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan adalah
berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua
pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.

41
PERBEZAAN PERMAINAN DAHULU DAN SEKARANG

Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang
ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan. Permainan biasanya mempunyai
peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah, ataupun seri.
Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi
terdapat perbezaan antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu dan permainan
sekarang akan dibincangkan selepas ini.
Permainan-permainan dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri
kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan
dilakukan secara berkumpulan dimana mereka mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga,
pendapat, dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan. Manakala bagi
permainan sekarang, biasanya adalah permainan komputer yang tidak melambangkan apa-apa dan tidak perlu
dilakukan oleh sekelompok manusia serta tidak dapat mengeratkan hubungan antara manusia seperti permainan
dahulu. Selain itu, permainan komputer akan menyebabkan ketagihan di kalangan pemain. Pemain yang terlalu
ketagih kepada permainan tersebut tidak akan mempedulikan kesihatan mereka, tidak makan atau tidur semata-
mata untuk bermain permainan tersebut.

Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza dengan permainan sekarang yang
berunsur ganas seperti permainan-permainan komputer seperti counter strike yang bersifat
ganas yang mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja lelaki. Ini dengan secara
tidak langsung akan mencemarkan minda golongan orang muda zaman ini.

42

Anda mungkin juga menyukai