Anda di halaman 1dari 7

SENARAI KANDUNGAN

PENGENALAN................................................................................. 2
SEJARAH........................................................................................ 3
MAKANAN TRADISIONAL MELAYU..................................................4
Nasi lemak..................................................................................... 4
Rendang........................................................................................ 4
Onde-onde..................................................................................... 5
Lemang......................................................................................... 5
MAKANAN TRADISIONAL INDIA......................................................6
Tosai............................................................................................ 6
Idli............................................................................................... 6
MAKANAN TRADISIONAL CINA.......................................................7
Kuih bulan..................................................................................... 7
Dim sum.......................................................................................7

PENGENALAN
Makanan tradisional adalah makanan dan minuman yang biasa dimakan oleh masyarakat
tertentu, dengan citarasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut. Bagi masyarakat Malaysia
antara aneka makanan tradisional adalah seperti karipap, nasi lemak, roti canai dan sebagainya.
Disamping berkhasiat, makanan tradisional juga mengandung kebaikan yang lain seperti: Bahanbahan yang bervitamin, bergizi tinggi, serat, murah dan mudah didapat, sesuai dengan selera
masyarakat sehingga diyakini mempunyai potensi yang baik sebagai makanan

Makanan tradisional adalah pelbagai jenis makanan olahan dan gabungan masyarakat Malaysia,
khasnya dari daerah setempat, mulai dari makanan lengkap dan minuman, yang cukup
kandungan gizi, serta biasa dimakan oleh masyarakat kawasan tersebut.

Dengan beragam dan bervariasinya bahan dasar, maka dapat dihasilkan bermacam-macam jenis
makanan tradisional yang sedemikian rupa sehingga menjadi makanan yang lazat dan gizi
seimbang. Demikian juga cara pembuatannya dilakukan dengan beragam dan bervariasi seperti:
Dengan membakar/memanggang, pengasapan, , pengukusan, menggoreng dan menumis.

Makanan tradisional dipengaruhi oleh kebiasaan makan masyarakat dan menyatu di dalam
sistem sosial budaya berbagai golongan etnik dan kaum di daerah-daerah. Makanan tersebut
disukai , kerana rasa, tekstur dan aromanya sesuai dengan seleranya. Demikian juga dengan
kebiasaan makan khas daerah umumnya tidak mudah berubah, walaupun anggota etnik
bersangkutan pindah ke daerah lain.

SEJARAH
Kepelbagaian merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan
Malaysia. Di dalam perbincangan ini kami akan membincangkan tentang makanan tradisional
Melayu, India dan Cina. Kita mulakan dengan pembudayaan makanan Melayu.

Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa,
Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak
hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negaranegara tersebut.

Pengaruh dari negeri China pula telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan
lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam
perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum
Cina.

Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina, lebih-lebih lagi apabila mengetahui
mereka telah lama mengamalkan ajaran Islam. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri
Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun Malaysia hanya
dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18.
Pendatang dari China dibawa bekerja di lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa
bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja.

Kaum India pula mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan
pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran
pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk
bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung
Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan
timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai,
tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka tidak memakai sari seperti wanita
India. Mereka memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila
menghadiri pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang dipakai
oleh kaum India yang lain.

Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia mempunyai budaya yang agak unik. Gabungan kaum
Melayu, Cina dan India Cina berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada hidangan Malaysia
dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.

MAKANAN TRADISIONAL MELAYU


Nasi lemak

Secara tradisional,nasi lemak dibungkus daun pisang, hirisan timun, ikan bilis,
kacang goreng, telur rebus, dan sambal belacan. Nasi lemak juga boleh
didatangkan dengan pelbagai jenis makanan lain seperti ayam, dan kerang.

Rendang

Rendang secara tradisional dinikmati oleh masyarakat Malaysia semasa musim


perayaan. Rendang sering dihidangkan dengan nasi, ketupat dan lemang oleh
masyarakat melayu.

Onde-onde

Bebola bulat kecil diperbuat dari tepung beras pulut dengan intisari daun pandan,
dipenuhi dengan gula melaka dan digulung dalam kelapa serunding segar.

Lemang

Nasi pulut dan santan dan dimasak dalam kayu buluh berongga dibariskan dengan
daun-daun pisang.

MAKANAN TRADISIONAL INDIA


Tosai

Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun
chakuli. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya
kaum india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai
sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

Idli

Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna, rave
atau sambar idli. Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan
ringan. Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan
lain-lain.

MAKANAN TRADISIONAL CINA


Kuih bulan

Kuih Bulan dimakan semasa sambutan Perayaan Pertengahan Musim Luruh pada
hari ke 15 dalam bulan 8 bagi kalender lunar. Pada masa itu, orang ramai akan
makan kuih bulan ini bagi sembayang qamari dan sambil memerhati bulan

Dim sum

Dim sum merupakan sejenis masakan cina yang merupakan hidangan ringan
lingkungan luas yang dihidang bersama teh cina. Hidangan ini biasanya
dihidangkan dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil.

Anda mungkin juga menyukai