Anda di halaman 1dari 3

Amalan berpantang

Amalan berpantang selepas bersalin adalah satu kaedah pemulihan secara tradisional
di dalam satu jangka masa tertentu untuk wanita yang baru melahirkan anak. Ianya
masih diamalkan sehingga ke hari ini dan diwarisi sejak turun temurun di kalangan
masyarakat Asia terutamanya orang Melayu.
Pada tempoh masa ini, si ibu akan dirawat secara berstruktur dari segi kesihatan,
kebersihan diri dan pemakanan yang terkawal. Definisi berpantang bermaksud si ibu
melalui tempoh pengasingan daripada mengambil apa-apa yang boleh memudaratkan
diri melainkan hanya beberapa bahan atau makanan yang perlu diambil.
Tempoh berpantang biasanya berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu
dari hari kelahiran anak. Tumpuan utama rawatan adalah untuk membantu
mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal, memulihkan organ pembiakan wanita,
menyembuhkan luka akibat kelahiran, membetulkan keadaan rahim dan
mengembalikan ketegangan faraj. Dipercayai jika rawatan ini tidak dijalankan, dikhuatiri
rahim akan kendur dan wanita akan kelihatan tua daripada usianya.
Asas rawatan adalah menggunakan herba-herba tradisional, urutan, diet yang ketat
serta penggunaan alatan bantuan seperti bengkung dan rawatan tungku
panas.Terdapat 3 fasa rawatan yang perlu ditempuh oleh si ibu semasa berpantang ini.
Transformasi Ibu Di Dalam 3 Fasa
Di dalam fasa pertama, urutan akan dilakukan ke atas ibu. Urutan yang dikenali sebagai
urutan sentuhan ini bermanfaat untuk memulihkan kekejangan perut, melegakan otototot yang tegang, mengurangkan stres dan menggalakkan tidur yang lena.
Urutan disambung ketika memasuki fasa kedua dan ketiga tetapi teknik urutan adalah
berlainan untuk kali ini. Urutan asak adalah urutan yang membantu membetulkan
kembali rahim ke kedudukan asalnya. Urutan ini kemudiannya memudahkan darah
selepas bersalin (darah nifas) keluar dengan teratur, mengeluarkan kotoran di kawasan
rahim dan kelangkang, melegakan kembung perut dan sembelit.

Urutan dengan tuaman batu juga diperkenalkan. Ia adalah rawatan khas yang bermula
pada hari ke-4 sehingga hari ke-39 kelahiran. Ia bermanfaat untuk melegakan otot-otot
yang tegang, memecahkan lemak, mengeluarkan angin dan toksin, mempercepat
pengecutan rahim, meleperkan perut dan mengembalikan tubuh badan kepada asal.
Para ibu juga digalakkan mengambil herba-herba tradisional seperti temulawak,
temukunci, daun lempoyang, herba tengas dan sebagainya. Herba-herba ini mampu
untuk melancarkan peredaran darah, menggalakkan pengeluaran susu ibu,
mengeluarkan angin di dalam badan dan mempercepatkan proses pelangsingan.
Pengambilan makanan juga dititikberatkan. Sesuai dengan namanya, ibu-ibu bersalin
juga perlu berpantang daripada mengambil makanan yang tertentu. Makanan yang
ada kandungan air perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di
dalam badan. Oleh itu, makanan yang dipanggang atau dikukus adalah pilihan menu
harian semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana ia menyebabkan alahan
dan melambatkan penyembuhan luka. Makanan yang menyebabkan angin seperti
kekacang juga perlu dielakkan.
Mengikut amalan masyarakat Melayu lama, pada hari ke-44 kelahiran, si ibu akan diberi
mandi bunga. Selepas mandi, ibu diberi minuman eksotik yang dikenali sebagai Ubat
Turuti wangi. Ini adalah rawatan terakhir adalah untuk mengalu-alukan ibu kepada
kehidupan normal atau balik perawan (kembali ke dara).
Kebaikan melalui tempoh berpantang
Walaupun dilihat sebagai melalui suatu tempoh yang memeritkan, tetapi ia memberikan
kebaikan kepada si ibu dan juga untuk anak yang dilahirkan.
Dari sudut kesihatan, tempoh berpantang ini adalah tempoh rehat serta satu proses
membaikpulih tubuh badan setelah bersalin samada secara normal atau pembedahan.
Ia juga dapat mengelakkan tubuh badan dari dijangkiti kuman dan bakteria.
Dari sudut pemakanan pula, si ibu akan mendapat khasiat dan nutrien yang diperlukan
untuk mengembalikan kecantikan dan kelangsingan tubuh badan. Selain daripada itu,
pemilihan makanan juga dititikberatkan untuk mengelakkan si ibu mendapat masalah
kesihatan.

Contohnya, para ibu tidak digalakkan memakan sayur-sayuran yang bersifat sejuk
seperti kangkung, bayam dan pucuk paku kerana boleh menyebabkan kegatalan. Ikan
seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan cencaru juga perlu dielakkan. Minuman
berais dan bergas perlu dihindari kerana ia boleh menyebabkan angin di dalam badan.
Waktu berpantang juga dapat menenangkan fikiran dan emosi ibu setelah tempoh
bersabung nyawa melahirkan anak. Inilah masa untuk berehat dan memberikan
sepenuh tumpuan untuk diri sendiri dan anak yang baru dilahirkan. Tempoh berpantang
dapat mengeratkan hubungan di antara ibu dengan anak serta dengan keluarga.
Walaupun zaman sudah berubah, namun amalan berpantang selepas bersalin masih
lagi relevan dengan masyarakat sekarang. Terdapat pelbagai pilihan untuk set
bersalin lengkap, sesuai dengan keperluan dan manfaat yang boleh diperolehi di
dalamnya

Anda mungkin juga menyukai