Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

Sejarah perubatan dan kesihatan telah wujud sejak beribu-ribu tahun, ketika ia dianggap

sebagai kemahiran dan pengetahuan serta berhubung kait dengan kepercayaan keagamaan dan

falsafah sesebuah kebudayaan setempat. Perubatan dan kesihatan sentiasa berbeza merentasi

dunia disebabkan oleh perubahan dalam teknologi dan pemikiran masyarakat dan ia

merangkumi penjagaan kesihatan melalui pencegahan dan rawatan penyakit. Masyarakat pada

zaman dahulu lebih bergantung kepada perubatan tradisional berbanding penggunaan

teknologi canggih. Contohnya, seorang pawang dan bidan akan menggunakan tumbuhan herba

dan membaca doa untuk pengubatan serta kelahiran bayi. Namun demikian, perkembangan

sains dan teknologi menjadikan perubatan lebih bergantung kepada ubat-ubatan yang terhasil

daripada haiwan, tumbuhan dan bendalir manusia.1

Perbidanan adalah salah satu bidang professional tertua yang menjadi sejarah dalam

perubatan dan kesihatan. Amalan ini merupakan juzuk penting dalam budaya hidup bangsa

Melayu sejak adanya peradaban manusia. Bidan muncul sebagai wanita terpercaya dalam

mendampingi dan menolong ibu yang melahirkan bayi serta dipandang sebagai ‘doktor pakar’

dalam hal penjagaan ibu dan bayi. Peranan dan kedudukan bidan sangat dihargai dan dihormati

sejak dari dulu lagi kerana tugasnya yang sangat mulia, memberi semangat serta menolong ibu

merawat bayi dengan baik.2

Tempat kajian meliputi kawasan daerah Sik yang dijalankan bermula di Kampung Sik

Dalam yang masih mempunyai bidan. Kajian ini juga memfokuskan skop masa iaitu dari tahun

1970 hingga 2015 untuk mengetahuinya dengan terperinci. (Rujuk lampiran 1 gambar 1)
Sejarah kaedah bidang perbidanan pada tahun 1970 hingga 2015.

Dalam masyarakat kampung tradisional seperti di daerah Sik, bidan ialah wanita yang

berpengalaman dalam hal ehwal menguruskan wanita mengandung dan bersalin. Mereka

biasanya agak berusia dan mengetahui tentang perubatan tradisional yang banyak

menggunakan tumbuhan herba dengan lebih mendalam. Bidan kampung ini biasanya akan

diberi upah dan mestilah ditempah terlebih dahulu kerana kebanyakan daripada mereka tinggal

di ceruk kampung yang mengambil masa untuk sampai ke sesuatu tempat. Bidang perbidanan

yang dilakukan oleh bidan pada tahun 1970 hingga tahun 2015 berlaku mengikut peringkat

iaitu bermula daripada sebelum bersalin, semasa bersalin dan selepas bersalin.

Bidan menggunakan pelbagai kaedah yang sering diperlukan oleh masyarakat pada tahun

1970-2015. Pada peringkat sebelum bersalin, masyarakat ini akan berjumpa bidan untuk

mengesan kehamilan. Perbidanan mengesan kehamilan melalui keadaan urat peranakan sama

ada menegang atau timbul. Bidan akan memeriksa secara terperinci sehingga dapat mendengar

bunyi jantung janin dengan cara menekan perut ibu hamil.3 Namun, bermula pada tahun 1990

hingga 2015, masyarakat tidak lagi menggunakan khidmat bidan malah, mereka mengesan

kehamilan melalui pemeriksaan ujian air kencing dengan menggunakan alat penguji yang

dijual di farmasi dan kehamilan dapat dikesan seawal 24 jam. Pemeriksaan oleh pakar

perbidanan kini yang dikenali sebagai doktor moden dapat mengesan kehamilan melalui

gelombang bunyi menggunakan mesin pengimbas ultrasound yang memancarkan imej ke

monitor seperti di Hospital Sik.4

Dari segi kaedah bidan pada peringkat sebelum bersalin adalah adat melenggang perut.

Upacara melenggang perut dilakukan semasa kandungan berusia tujuh bulan.5 Adat ini hanya

dilakukan sekali sahaja iaitu bagi kandungan pertama semasa mengandungkan anak sulung.

Setelah semua barang tersebut disediakan, bidan akan menjalankan adat ini dan perut ibu itu
akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan. Buah kelapa yang

telah dibuang kulit akan digolekkan dari perut ke kaki sebanyak tiga kali sebelum dilepaskan

di hujung kaki. Menurut kenyataan orang sumber, adat ini adalah untuk mengetahui jenis

jantina bayi.6 Antara kelengkapan yang diperlukan oleh bidan dalam upacara melenggang perut

adalah sebiji kelapa, tujuh helai kain yang berlainan warna dan bekas sirih dengan bahan seperti

beras, benang mentah dan duit mestilah disediakan oleh ibu hamil.7 Buah kelapa yang digolek

itu disambut oleh seseorang dan akan membelahnya untuk dipilih oleh ibu mengandung. Jadi,

bidan akan memberitahu bahawa buah kelapa tersebut menandakan bayi yang lahir lelaki atau

perempuan.8 Namun demikian, masyarakat pada sekitar tahun 1990 hingga 2015 tidak berminat

menjalankan adat ini dan mereka menggantikannya dengan kenduri doa selamat yang biasanya

diadakan pada hari Jumaat. Mereka juga tidak memerlukan ramalan bidan bagi mengetahui

jantina bayi kerana penggunaan alatan moden seperti pengimbas ultrasound.9 (Rujuk

lampiran 1 gambar 2)

Pada peringkat semasa bersalin pula, kaedah bidan adalah menggunakan minyak selusuh

yang dititiskan di bahagian faraj bagi memudahkan kelahiran tanpa melukakan. 10 Bidan akan

segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan apabila tiba masa bersalin. Semasa

proses kelahiran juga, lelaki walaupun mahram, gadis atau kanak-kanak tidak dibenarkan

masuk di bilik bersalin. Bidan akan membantu ibu hamil melahirkan bayi dengan

menggunakan peralatan seperti gunting dan tumbuhan herba. Selepas bidan membantu

melahirkan bayi, mereka berperanan memotong uri dan menguruskannya. Bidan juga akan

memperalih nadi daripada uri yang panjang dengan mengikat menggunakan benang. Uri yang

besar akan ditanam oleh bidan di tempat yang tinggi atau di bawah pokok.11 Pada 1990-an

hingga 2015, kaedah tidak berubah kecuali suami dibenarkan hadir menemani isteri yang

bersalin bagi meransang semangat dan berkongsi keperitan isteri.


Ibu yang bersalin pada tahun 1970-1990 mengambil masa 60 hari untuk berpantang

seperti yang ditetapkan oleh pakar perbidanan berbanding dengan masyarakat tahun 2000 yang

hanya berpantang dalam masa 40 hari lebih sahaja.12 Kaedah yang digunakan oleh bidan pada

peringkat ini adalah rawatan urutan tradisional yang menggunakan minyak urut untuk

memulakan rawatan urutan selama 3 hari berturut-turut untuk mengelakkan sakit kepala dan

melancarkan perjalanan darah. Selain minyak urut, kadangkala bidan akan menggunakan

minyak angin yang dibuat sendiri daripada minyak kelapa dengan campuran pelbagai jenis

rempah-ratus dan akar kayu.13

Perbidanan akan menjalankan rawatan bertungku pada 2 minggu selepas bersalin kepada

ibu berpantang. Bidan yang berkemahiran ini akan membakar batu sungai pada setiap pagi

sebelum subuh. Batu tungku yang dibakar itu diuruskan oleh bidan adalah dengan cara

membalutnya dengan kain batik yang mengandungi daun mengkudu, halia, daun lemuni dan

daun sirih. Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang.

Amalan bertungku ini boleh diteruskan sehingga tamat tempoh berpantang bagi ibu yang

rajin.14 Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku kerana dapat menghangatkan

badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping

memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Tungku diperoleh daripada batu sebesar

botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5 kg.15 Bertungku atau bertuam ini tidak mengalami

sebarang perubahan terhadap masyarakat pada tahun 1970 hingga 2015. (Rujuk lampiran 2

gambar 3)

Bidan juga menguruskan mandian ibu berpantang dengan menggunakan tumbuhan herba

seperti daun capa, daun pisang kelat air, daun lengkuas, pandan dan serai wangi. Air mandian

ini direbus oleh mereka pada jam 3 pagi kerana mengikut cara orang terdahulu.16 Air daripada

tumbuhan herba ini membantu menyegarkan badan dan sebagai rawatan perubatan. Rawatan

lulur juga dilakukan oleh perbidanan pada tahun 1970-2015 ini untuk menghindarkan
kemasukan angin sejuk yang menyebabkan penyakit kebas. Rawatan lulur ini biasanya akan

dilakukan sebelum atau selepas mandian herba dengan cara menggosok bagi mengeluarkan

daki. Mengikut ilmu Melayu tradisional, berlulur merupakan rawatan menyental kulit

menggunakan bahan-bahan pewangi. 17 (Rujuk lampiran 2 gambar 4)

Masyarakat pada zaman ini berbengkung seperti yang diamalkan oleh perbidanan dahulu.

Berbengkung adalah penting bagi bidan kerana dapat mengelakkan kemasukan angin sejuk di

liang-liang perut. Berbengkung mestilah diamalkan selama sebulan, 44 hari atau 100 hari

mengikut keadaan ibu berpantang. Sebelum melakukan rawatan bengkung, bidan akan

menggunakan minyak berubat untuk melembapkan kulit yang mengandungi limau nipis, daun

gelenggang, kunyit, kapur, daun cekur dan jerangau.18 (Rujuk lampiran 3 gambar 5)

Pakar perbidanan pada zaman ini juga mengamalkan amalan mandi wap dan bertangas

kepada ibu berpantang. Tujuan mandi wap adalah untuk mengaktifkan pengeluaran peluh serta

membantu proses penyembuhan saluran peranakan.19 Amalan mandi wap yang dikenali

sebagai bertangas ini diarahkan oleh bidan untuk dilakukan selepas 30 hari bersalin apabila

darah nifas kering. Pada tahun 1990 hingga 2015, masyarakat tidak mengamalkan amalan ini

kerana menganggapnya ketinggalan zaman dan hanya mengamalkan mandian tumbuhan herba

sahaja.20

Bidan pada tahun ini juga mempraktikkan rawatan ukup wangi pada hari ke-40 dalam

pantang bersalin. Mengikut kefahaman ilmu perbidanan Melayu, pada masa ini rahim sudah

balik ke sarang dan “mengeram” di rumahnya di sekitar tulang sulbi. Sesetengah bidan

meneruskan amalan ini oleh ibu bersalin hingga hari yang ke-100. Rawatan ini akan

menghilangkan bau herba dan rempah ratus yang menyerap ke badan ibu selepas rawatan

mandi wap dan bertangas pada peringkat awal bersalin.21 Ramuan yang digunakan
mengandungi bunga melur, bunga mawar, limau purut dan air mawar kerana beraroma harum

dan menyegarkan.22 (Rujuk lampiran 3 gambar 6)

Selain itu, pakar perbidanan menggalakkan wanita dalam pantang bersalin melakukan

rawatan berdiang. Rawatan ini dilakukan untuk mengelakkan sakit pinggang, urat dan otot dan

diamalkan setiap hari dalam tempoh pantang iaitu masa 30-40 hari pada waktu subuh. Cara

melaksanakan rawatan ini adalah ibu mestilah berbaring di atas tilam dan bara api diletakkan

di belakangnya. Dalam melakukan rawatan ini, bidan akan menyapu minyak ubat yang

bercampur dengan kunyit dan garam apabila ibu panas disebabkan oleh bahang bara. 23 Proses

berdiang ini tidak begitu lama iaitu lima hingga sepuluh minit atau sehingga bara tidak

mengeluarkan asap.24 Bermula pada tahun 1990 hingga 2015, masyarakat tidak lagi

mengamalkan rawatan ini malah kebanyakannya tidak mengetahuinya daripada bidan di

kawasan mereka.

Kaedah yang digunakan oleh bidan terhadap ibu berpantang adalah amalan pemakaian

pilis supaya badan tidak masuk angin. Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan

untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin. Menurut bidan,

pilis pada tahun 1970-1990 hanyalah dibuat sendiri dengan menggunakan kayu manis dan

tumbuk hingga halus dan dicampur dengan air untuk disapu. Pilis ini boleh disediakan sejak

awal sebelum bersalin. Namun, sekitar tahun 20-an, pilis boleh didapati dengan mudah di

dalam set bersalin tradisional seperti pilis Mustika Ratu kerana menggunakan bahan

berherba.25
SEJARAH PERANAN BIDANG PERBIDANAN KEPADA MASYARAKAT PADA

TAHUN 1970-2015

Bidang perbidanan berperanan penting terhadap masyarakat pada tahun 1970 hingga 2015.

Peranan perbidanan bermula daripada peringkat sebelum bersalin, semasa bersalin dan selepas

bersalin. Antara peranannya pada peringkat sebelum bersalin adalah memberi nasihat tentang

petua larangan terhadap ibu hamil. Bidan akan dijemput untuk memberi panduan sekiranya

wanita disahkan hamil sehingga kandungannya cukup bulan. Larangan bagi ibu hamil tidak

terhad kepada amalan pemakanan sahaja malah meliputi aktiviti lain. Antaranya ialah ibu

dilarang tidur pada waktu tengah hari iaitu antara pukul 12 sehingga waktu zuhur. Pakar

perbidanan juga melarang ibu hamil tidur pada waktu senja iaitu waktu di antara asar dengan

maghrib.26 Menurut bidan, tidur pada waktu-waktu tersebut memberi kesan yang negatif seperti

mengalami kemurungan dan keadaan sembab malah, gangguan makhluk halus juga mudah

berlaku.27

Pakar perbidanan juga sering memberi nasihat bahawa ibu hamil dilarang duduk di bendul

dan anak tangga sambil berbual dengan orang. Mengikut pengalaman kepercayaan bidan,

keadaan ini akan menyebabkan kesukaran semasa melahirkan anak seperti tersekat di pintu

rahim. Perbuatan bersembang di anak tangga ditegah kerana mengikut kepercayaan

perbidanan, ibu akan mengalami tempoh sakit bersalin yang berpanjangan.28

Selain daripada nasihat larangan, perbidanan juga membantu dalam mencadangkan cara

merawat penyakit dengan menggunakan tumbuhan herba. Contohnya, bidan menggalakkan ibu

hamil yang mengalami masalah tekanan darah tinggi mengamalkan air rebusan kim chiam iaitu

bunga pisang cina atau meminum jus pegaga. Bagi ibu hamil yang mengalami tekanan darah

rendah pula dinasihatkan mengamalkan minuman milk shake yang mengandungi kismis dan

kurma iaitu makanan sunnah Rasulullah SAW.29


Peranan pakar perbidanan semasa peringkat selepas bersalin pula adalah menanam uri. Ibu

yang mengandung pada zaman ini kebiasaannya akan bersalin di rumah sahaja dengan

menggunakan khidmat bidan berbanding di hospital atau klinik. Hal ini adalah kerana

masyarakat dahulu lebih mempercayai amalan bidan yang menggunakan peralatan daripada

tumbuhan herba khususnya. Setelah bayi selamat dilahirkan, bidan akan membersihkan uri

tersebut untuk ditanam. Uri dibasuh di dalam kain putih dan diperah darahnya hingga bersih

sebelum dimasukkan garam, asam jawa, dan paku kemudian diikat untuk ditanam.30 Menurut

pakar perbidanan, jika uri bayi perempuan, mereka akan memasukkan sekeping kain perca,

sebatang jarum serta benang supaya anak perempuan pandai menjahit. Manakala, bagi bayi

lelaki, kertas dan pensel diikat bersama untuk ditanam supaya mereka menjadi anak yang

gagah.31 Tempat untuk menanam uri biasanya adalah di tempat yang tinggi atau di bawah

pokok. Menurut bidan, bayi akan mudah kembung perut, suka menangis dan mengigau malam

sekiranya uri tidak dibersihkan dengan sempurna.32

Bidang perbidanan juga berperanan penting dalam penjagaan pemakanan semasa

pantang bersalin. Ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan

kunyit yang menyebabkan mereka terdedah kepada tekanan darah rendah dan penyakit buah

pinggang.33 Bidan sangat menitikberatkan jenis makanan yang dimakan kerana sekiranya ibu

berpantang salah makan, mereka akan mendapat kesan yang negatif. Menurut bidan, ibu dalam

pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana boleh menyebabkan tumpah

darah yang banyak. Bidan berpendapat ibu pantang hanya boleh makan ikan haruan dan yu

kerana dapat mempercepat penyembuhan luka luaran dan dalaman. Cara memasak ikan

tersebut seperti yang digalakkan oleh bidan adalah dengan merebusnya iaitu dikenali sebagai

masak air atau membakar ikan tersebut. Ibu bersalin juga dilarang memakan sayur-sayuran

yang sejuk seperti kangkung, labu, rebung dan buah-buahan yang tajam seperti tebu, nanas,

belimbing kerana dapat menyebabkan sejuk tulang dan lemah sendi.34


Bidan juga berperanan dalam menyediakan ubat-ubatan yang menggunakan tumbuhan

dalam perbidanan terhadap ibu selepas bersalin. Biasanya akar-akar kayu atau herba dibentuk

menjadi ubat yang mujarab dan boleh mengubati pelbagai penyakit. Ibu selepas bersalin yang

mengalami lenguh-lenguh badan memerlukan ubat yang disediakan oleh bidan.35 Antara herba

yang paling banyak digunakan oleh bidan ialah cekur, akar kacip fatimah dan halia.

Kebanyakan tumbuhan herba ini diperoleh di kawasan persekitaran mereka seperti di kampung

yang dalam.36 Terdapat pelbagai jenis bentuk ubat yang boleh dibuat oleh bidan untuk

menyembuh sesuatu penyakit. Bidan boleh merebus sahaja tumbuhan herba itu dan kemudian

diberi minum kepada ibu-ibu yang baru bersalin dan selepas bersalin. Cara lain yang turut

digunakan ialah dengan mencampurkan minyak kelapa dan kemudian diurut pada bahagian

yang sakit.37 Cara ini digunakan kepada ibu-ibu yang baru bersalin untuk memulihkan semula

tenaga mereka. Namun, pada tahun 1990 hingga 2015, kebanyakan wanita hanya membeli ubat

yang banyak dijual di pasaran yang mengandungi ramuan herba tetapi disediakan secara moden

berbanding zaman dahulu yang disiapkan secara tradisional oleh bidan seperti manjakani. 38

Semasa baru selepas bersalin, bidan berperanan memberi nasihat terhadap wanita supaya

baring sahaja, berjalan perlahan-lahan dan tidak perlu membuat kerja rumah. Terjatuh semasa

dalam pantang amatlah bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah dan urat-urat dalaman

terganggu.39 Tugas-tugas mengemas rumah, memasak dan sebagainya dilakukan oleh ibu, ibu

mertua atau suami wanita berpantang. Semua keperluan wanita berpantang dan bayinya

diuruskan oleh ahli keluarga lain kerana semasa lepas berpantang, wanita hanya perlu berehat

seperti yang dinasihatkan oleh bidan. Namun, pada tahun 20-an, wanita yang belum habis

pantang sudah pergi merata tempat, sudah ada yang berani bawa kereta. Mereka ambil mudah

sahaja dengan tempoh pantang. Apa yang dilakukan sekarang, kesannya akan dirasa apabila

tua nanti.40
KESIMPULAN

Esei ini menjelaskan tentang sejarah perkembangan bidang perbidanan pada tahun 1970

hingga 2015 di daerah Sik. Bidang perbidanan ini mestilah dititikberatkan kerana memberi

pelbagai manfaat kepada masyarakat. Perbidanan merupakan amalan perubatan yang

diamalkan sejak dari zaman nenek moyang lagi sehingga kini. Perubahan yang berlaku

terhadap bidang ini tidak menyeluruh dan ketara disebabkan oleh masih terdapat bidan

khususnya di kawasan kampung yang dalam mengamalkan amalan turun-temurun ini. Bidan

yang mempunyai kepakaran dalam ilmu ini merupakan golongan masyarakat yang istimewa

kerana mereka tidak memerlukan pembelajaran yang khusus seperti masyarakat pada zaman

ini yang melibatkan diri dalam bidang persalinan. Malah, bidan sudah memperoleh ilmu ini

secara semulajadi iaitu melalui kepakaran nenek moyang mereka. Oleh itu, ilmu perubatan

tradisional iaitu bidan mestilah dibangga-banggakan kerana telah menyumbang banyak jasa

dalam merawat penyakit wanita khususnya dan mengekalkan kesihatan wanita bersalin dan

selepas bersalin.

(3320 patah perkataan)


NOTA HUJUNG

1
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perubatan, diakses pada 17 Februari 2018.
2
Anisah Barakbah, Ensiklopedia Perbidanan Melayu (Kuala Lumpur: Utusan Publications

& Distributors Sdn.Bhd., 2007), 1.


3
Sara Ismail, Bidan Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah, Wawancara 20 Februari 2018.
4
Anisah Barakbah, 46.
5
Lenan Sari, Resepi Herba Hebat Ala Bidan (Kuala Lumpur: Ar-Risalah Product Sdn.Bhd.,

2008), 12.

6
Sara Ismail, Bidan Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah, Wawancara 20 Februari 2018.
7
https://www.slideshare.net/RabiatulMaryani/kerja-kursus-sejarah-stpm-penggal-2-2016,

diakses pada 23 Februari 2018.


8
Sara Ismail, Bidan Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah, Wawancara 20 Februari 2018.
9
Anisah Barakbah, 81.
10
Anisah Barakbah, 91.
11
Sara Ismail, Bidan Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah, Wawancara 20 Februari 2018.
12
Tileah Ramli, Penduduk Kampung Bandar Baru Beris Jaya, Sik, Kedah, Wawancara 17

Februari 2018.
13
Lenan Sari, 16.
14
Sara Ismail, Bidan Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah, Wawancara 20 Februari 2018.
15
http://mutiarasayangibu.blogspot.my/p/bertungku.html, diakses pada 22 Februari 2018.
16
Sara Ismail, Bidan Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah, Wawancara 20 Februari 2018.
17
Anisah Barakbah, 143.
18
Anisah Barakbah, 145.
19
Anisah Barakbah, 151.
20
Sara Ismail, Bidan Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah, Wawancara 20 Februari 2018.
21
Anisah Barakbah, 154.
22
Sara Ismail, Bidan Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah, Wawancara 20 Februari 2018.
23
Sara Ismail, Bidan Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah, Wawancara 20 Februari 2018.
24
Lenan Sari, 18
25
Tileah Ramli, Penduduk Kampung Bandar Baru Beris Jaya, Sik, Kedah, Wawancara 17

Februari 2018.
26
Anisah Barakbah, 72.
27
Jariah Ibrahim, Penduduk Kampung Bandar Baru Beris Jaya, Sik, Kedah, Wawancara 15

Februari 2018.
28
Anisah Barakbah, 74.
29
Anisah Barakbah, 69.
30
Sara Ismail, Bidan Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah, Wawancara 20 Februari 2018
31
Anisah Barakbah, 238.
32
Tileah Ramli, Penduduk Kampung Bandar Baru Beris Jaya, Sik, Kedah, Wawancara 17

Februari 2018.
33
Anisah Barakbah, 215.
34
Jariah Ibrahim, Penduduk Kampung Bandar Baru Beris Jaya, Sik, Kedah, Wawancara 15

Februari 2018.
35
Sara Ismail, Bidan Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah, Wawancara 20 Februari 2018.
36
Tileah Ramli, Penduduk Kampung Bandar Baru Beris Jaya, Sik, Kedah, Wawancara 17

Februari 2018.
37
Sara Ismail, Bidan Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah, Wawancara 20 Februari 2018.
38
Sara Ismail, Bidan Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah, Wawancara 20 Februari 2018.
39
Jariah Ibrahim, Penduduk Kampung Bandar Baru Beris Jaya, Sik, Kedah, Wawancara 15

Februari 2018.
40
Sara Ismail, Bidan Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah, Wawancara 20 Februari 2018.
BIBLIOGRAFI

Sumber Primer

Jariah Ibrahim, 70, Wawancara 15 Februari 2018.

Sara Ismail, 75, Wawancara 20 Februari 2018.

Tileah Ramli, 65, Wawancara 17 Februari 2018.

Sumber Sekunder

Anisah Barakbah. Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn.Bhd., 2007.

Azlinariah Abdullah. Kebangkitan Ilmu Perbidanan Melayu. 16 Januari, 2018.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia

&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Lenan Sari. Resepi Herba Hebat Ala Bidan. Kuala Lumpur: Ar-Risalah Product Sdn.Bhd.,

2008.

Rabiatul Maryani, Adat Menyambut Kelahiran. 23/2, 2018.

https://www.slideshare.net/RabiatulMaryani/kerja-kursus-sejarah-stpm-penggal-2-2016

Siti Khairul Bariyyah Akhtar. “ Amalan Penggunaan Herba Dalam Perubatan Tradisional

Melayu Selepas Bersalin Di Malaysia”. Tesis Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia, 2016.
Lampiran 1

Gambar 1

Peta daerah Sik yang memfokuskan kampung yang mempunyai bidan iaitu Kampung Sik

Dalam.

Gambar 2

Peralatan yang diperlukan untuk menjalankan adat melenggang perut. Minyak kelapa yang

digunakan untuk mengurut perut ibu manakala sebiji kelapa untuk menentukan jenis jantina

bayi. Tepak sireh yang lengkap dengan isinya serta wang pengeras kepada bidan.
Lampiran 2

Gambar 3

Batu tungku untuk ibu yang lepas bersalin bagi mengurangkan sengal di badan. Batu tungku

didapati daripada sungai dan mudah digunakan kerana berat dalam 1.5 hingga 2 kilo.

Gambar 4

Rawatan lulur yang berfungsi untuk menyental daki bagi mencantikkan kulit dengan

menggunakan bahan-bahan pewangi terdiri daripada tumbuhan herba yang berkhasiat.


Lampiran 3

Gambar 5

Rawatan berbengkung penting untuk membentuk kembali otot-otot badan, perut, pinggul dan

juga mengetatkan peranakan supaya tidak jatuh.

Gambar 6

Bahan-bahan dalam rawatan ukup wangi seperti bunga mawar,bunga melur,limau purut dan

pandan kerana beraroma wangi untuk hilangkan bau badan.


Lampiran 4

Nama : Sara binti Ismail.

Alamat : Kampung Sik Dalam, Sik, Kedah.

Umur : 75 tahun

Pekerjaan : Suri rumah

Soalan :

1. Bagaimanakah kaedah perbidanan yang digunakan terhadap ibu semasa dalam

keadaan sebelum bersalin, semasa bersalin dan selepas bersalin?

2. Bagaimanakah cara bidan mengesan kehamilan wanita?

3. Apakah rawatan dan cara yang digunakan kepada wanita dalam berpantang?

4. Apakah peranan bidan terhadap ibu hamil dan selepas bersalin?

5. Apakah yang dimaksudkan dengan adat melenggang perut dan caranya?

6. Bagaimanakah cara bidan menguruskan uri?

7. Bagaimanakah rawatan berbengkung kepada wanita selepas bersalin?

8. Apakah larangan yang dilakukan semasa proses membantu wanita bersalin?

9. Bagaimana rawatan berdiang yang dilaksanakan pada zaman dulu?

10. Mengapa ukup wangi menggunakan bahan yang beraroma seperti bunga

mawar,melur,pandan dan limau purut?


Lampiran 5

Nama : Jariah binti Ibrahim

Alamat : Lot 551, Persiaran 21, Bandar Baru Beris Jaya, Sik, Kedah.

Umur : 70 tahun

Pekerjaan : Penoreh getah

Soalan :

1. Bagaimanakah cara menggunakan batu tungku?

2. Bagaimanakah cara memasak makanan dalam pantang?

3. Apakah jenis tumbuhan herba yang digunakan?

4. Bagaimanakah cara bidan memastikan wanita menurutnya?

5. Mengapa bidan mementingkan amalan pemakanan?

6. Apakah jenis makanan yang dilarang makan dan kenapa?

7. Apakah kegunaan batu tungku dan kesannya?


Lampiran 6

Nama : Tileah binti Ramli

Alamat : Lot 652, Persiaran 15, Bandar Baru Beris Jaya, Sik, Kedah.

Umur : 65 tahun

Pekerjaan : Suri rumah

Soalan :

1. Berapakah lamakah tempoh berpantang yang ditetapkan oleh bidan dan mengapa?

2. Bagaimanakah cara pemakaian pilis dan tujuannya?

3. Bagaimanakah cara penggunaan tumbuhan herba yang dijadikan ubat?

4. Mengapa bidan sangat mementingkan rawatan urutan selepas dan sebelum bersalin?

5. Mengapa mandian herba penting kepada wanita selepas bersalin?

Anda mungkin juga menyukai