Anda di halaman 1dari 4

4.

3 Peranan Majlis Perbandaran Klang Bidang Ekonomi Bahagian Pusat Perancangan Bandar memainkan peranan dalam mengatur, mengawal dan merancang pembangunan penggunaan tanah dan bangunan di dalam daerah Klang. Beberapa kemudahan telah disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang seperti kemudahan Kompleks Sukan, Dewan Serbaguna, Premis Perniagaan, pasar gerai dan medan selera. Kompleks sukan yang terdapat di Klang seperti Stadium Hoki Astroturf, Padang Sultan Sulaimen, Kompleks Sukan Meru dan Mini Stadium. Kemudahan Dewan Serbaguna yang disediakan seperti Dewan Hamzah, Dewan Kampung Uda, Dewan Klang Jaya, Dewan Bandar Sultan Suleiman, Dewan Sg Pinang, Dewan Bukit Krayong, Dewan Pandamaran Jaya dan Dewan Taman Sentosa. Manakala premis perniagaan yang disediakan seperti rumah kedai di Bandar Baru Klang, Emporium Makan dan Kedai Cenderamata di Jalan Pasar, Klang Utara, Plaza MPK, Industri Kecil Sederhana di Jalan Yong, Pandamaran, Gerai Berkunci di Pekan Pandamaran, Kedai Berkunci di Persiaran Hamzah Alang, Perhentian teksi dan bas ekspres dan kedai gunting rambut di Jalan Sena. Pasar-pasar yang disediakan di Bandar Klang adalah Pasar Meru, Kompleks Pasar Besar Meru, Kompleks Pasar Besar Pekan Meru, Bangunan Pasar, gerai makan di Kapar, Pasar Pelabuhan Klang, Pasar Pandamaran dan Kompleks Pasar Pandamaran Jaya. Beberapa gerai makan juga dibina di Lorong Sena, Jalan Cox, Jalan Batai Laut, Lorong Temoh, Bukit Raja, Bandar Baru Klang dan di Kampung Kuantan.

Bidang Perayaan Majlis Perbandaran Klang turut mengadakan Majlis Mesra Deepavali di Dewan Hamzah pada 15 November 2010 sempena menyambut Perayaan Deepavali pada tahun itu. Majlis bermula pada jam 3.00 petang dan para hadirin dijamu selera dengan pelbagai juadah seperti satay, tosei, roti canai dan kari ikan. Hadir sama memeriahkan majlis ialah YB Tuan Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang yang disambut Tuan Mislan Bin Tugiu, Yang Dipertua MPK, para kakitangan dan keluarga. Para tetamu turut dihiburkan oleh Kombo MPK dengan persembahan pelbagai dan bersesuaian dengan tema sambutan Deepavali bersama Majlis Perbandaran Klang. Tujuan majlis ini adalah supaya semua warga Klang terus harmoni bersama di samping meraikan kepelbagaian budaya dalam kesepakatan murni.

Bidang Kemasyarakatan Pusat Perkhidmatan Bandar memainkan peranan bandaran dalam

menguruskan kerja-kerja pengurusan sisa-sisa pepejal, pembersihan parit dan jalan utama, pembersihan semak samun tanah kerajaan, pemungutan najis dari tandas awam dan juga mengawal kes-kes pencemaran udara, air dan tanah daripada berlaku. Kerjakerja ini amat penting bagi menjaga kebersihan dan keindahan mahupun imej seluruh bandar Klang.Tugasnya juga melibatkan memasang lampu jalan dan menyenggarakan pintu kawal pasang surut dan permatang.

Bidang Pelancongan Dalam usaha untuk memajukan sektor pelancongan di bandar Klang, Majlis Perbandaran Klang telah meluluskan beberapa pembinaan hotel-hotel penginapan seperti Hotel Crystal Crown, Hotel Blue Star, Hotel Histana, Hotel Gold Course, Hotel Embassy, Hotel Mutiara, Hotel Mutiara 2 dan Hotel New International. Terdapat beberapa tempat menarik yang dimajukan seperti Little India. Kewujudan Little India yang terletak di Jalan Tengku Kelana, sebuah kawasan perniagaan di Klang Selatan adalah sebuah kawasan perniagaan yang dimonopoli oleh bangsa India dan Benggali. Panjang kawasan perniagaan Little India adalah kira-kira sejauh 150m. Jika anda ingin membeli belah dalam suasana ala India, sama ada mencari permaidani baru, kain sarong, kain ela, langsir, cadar ataupun pakaian tradisional India seperti sari dan Punjabi, perkakas rumah, peralatan sembahyang bagi kaum India dan sebagainya, Little India adalah tempatnya. Kawasan ini diwartakan oleh Majlis Perbandaran Klang sebagai Little India Klang sejak tahun melawat Malaysia 2007. Ini bertujuan untuk membangunkan industri pelancongan di Selangor, khususnya di Klang sebagai destinasi pelancongan. Selain itu, dimajukan juga beberapa tempat menarik di Klang sebagai destinasi pelancongan seperti Galeri Diraja Klang, Istana Alam Shah, Masjid Sultan Suleiman, Gedung Raja Abdullah, Kota Raja Mahadi, Masjid Klang dan Pelabuhan Klang.

Anda mungkin juga menyukai