Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN:

TAJUK HALAMAN

1
1.0 PENDAHULUAN 3

1.1 Definisi Sejarah

1.2 Kepentingan Sejarah dalam Kehidupan Manusia

2.0 DEFINISI DAN ISTILAH TENTANG KEWUJUDAN

SESUATU TEMPAT 4-6

3.0 SEJARAH PEMBUKAAN GUA KELAM 7

3.1 Lokasi Kajian

3.2 Sejarah Gua Kelam 7-8

3.3 Aktiviti Utama Penduduk di Kawasan Gua Kelam 8

3.4 Keunikan Gua Kelam 9

3.5 Kearifan Setempat sebagai Tarikan Pelancong 10

3.6 Budaya Masyarakat Setempat 12

4.0 KESIMPULAN 13

RUJUKAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Definisi Sejarah

2
Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah lagi seluruh
manusia mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain sejarah adalah masa
lalu seseorang manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan
manusia itu. Kamus Dewan Edisi Ketiga, sejarah membawa maksud asal-usul
(keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau,
kisah, riwayat, tambo, kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah
lalu.

Bapa Sejarah Dunia, Herodotus menyatakan bahawa sejarah ialah penceritaan


tentang tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya. Prof. Dato Dr. Muhammad
Yusoff Hashim yang merupakan Ahli Sejarah mendefinisikan sejarah sebagai membawa
kita mengenali jati diri atau asal-usul bangsa kita serta boleh menanamkan sifat cintakan
bangsa dan setia kepada negara.

1.2 Kepentingan Sejarah dalam Kehidupan Manusia

Sejarah sememangnya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan


manusia pada masa sekarang mahupun pada masa hadapan walaupun sesetengah
masyarakat awam berpendapat sejarah itu hanyalah rangkaian kisah lalu dan tidak perlu
diungkit lagi. Sejarah mencatat berbagai peristiwa dari satu masa ke masa lainnya
dan menyebabkan peranannya menjadi sangat penting dalam kehidupan masyarakat.

The Example Theory of History, teori itulah yang dikenal sejak zaman Sokrates
dan Herodotus (484 425 SM) serta Thucydides (456 396). Teori yang berpendapat
bahawa sejarah adalah teladan bagi kehidupan manusia, kerana sejarah mengajarkan
nilai-nilai dan norma-norma yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan manusia.

Sejarah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Sejarah


boleh menjadi penghubung dari generasi sekarang dengan generasi terdahulu. Sejarah
terdapat dalam pelbagai sumber samada dalam bentuk tulisan, gambar, artifak,dan
sesuatu peristiwa yang berlaku. Daripada sejarah masyarakat dapat belajar sesuatu yang
baru dan menjadikan sejarah sebagai pengajaran dan pengalaman dalam menuju masa
depan.

3
Selain itu, sejarah mempunyai nilai, etika dan moral bahkan ilmu pengetahuan.
Sejarah dapat menjadi panduan dan pedoman masyarakat masa kini. Nilai, etika dan
moral yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita merupakan satu asas dan panduan
dalam membina kehidupan masa kini. Kisah peradaban sesuatu bangsa mengandungi
nilai positif dan negatif yang boleh dijadikan iktibar kepada kita.

2.0 DEFINISI DAN ISTILAH TENTANG KEWUJUDAN SESUATU TEMPAT

Fakta sejarah mengandungi asal usul sesuatu peristiwa, aktiviti harian setempat, budaya
dan juga amalan kehidupan seharian sesuatu masyarakat yang mempunyai hubungan
rapat dengan kehendak seni. Terdapat beberapa istilah yang diguna pakai dalam kajian
ini.

i. Definisi aktiviti harian

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, aktiviti membawa maksud kegiatan.


Manakala harian membawa maksud setiap hari ataupun catatan-catatan yang
berlaku setiap hari.

Oleh itu, dapatlah ditakrifkan aktiviti harian sebagai sesuatu kegiatan atau rutin
yang dilakukan setiap hari oleh sesuatu masyarakat.

ii. Definisi kearifan setempat

Perkataan arif membawa maksud mengetahui secara mendalam ataupun


bijaksana kerana didasarkan kepada pemikiran yang mendalam. Manakala
kearifan setempat adalah pengetahuan yang terkumpul dalam amalan komuniti di
sesebuah kawasan. Namun, tidak dinafikan sesebuah kawasan itu memiliki
perbezaan dari segi etnik, sosial, aset budaya dan latar belakang sejarah (Yin,
2003). Setiap kawasan mempunyai keunikkan dan sejarah yang tersendiri.

iii. Definisi sosialisasi

4
Definisi sosialisasi iaitu suatu proses dalam hidup seorang individu untuk
mempelajari berbagai macam kebiasaan seperti cara hidup, nilai-nilai dan norma-
norma sosial yang terdapat dalam masyarakat dengan maksud supaya dapat
diterima oleh masyarakat. Dengan proses ini seorang individu akan mengamalkan
tabiat, sikap dan idea orang lain sehingga boleh dipercayai dan diakui.

iv. Definisi seni

Jika dilihat dari pelbagai sudut, seni mempunyai banyak maksud, salah
satunya "Seni merupakan pengekspresian cita rasa yang diluahkan dalam satu
karya yang boleh dikatakan unik". Menurut para ahli seni, J.J Hogman
mendefinisikan seni sebagai sesuatu yang mempunyai unsur idea, mengandungi
aktiviti, dan artifak. Manakala Aristoteles berpendapat bahawa seni adalah
peniruan terhadap alam tetapi sifatnya harus ideal.

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya


( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan
mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk
menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta
pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu
dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan
sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam
menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan


kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep
keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan
terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim
menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang
yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta
melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang
dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai
keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya

5
seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara
penggiat dan khalayak seni itu sendiri.

v. Definisi budaya

Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan


Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, budaya dapat ditakrifkan sebagai
tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara
berfikir dan berkelakuan). Setiap etnik membawa sosio-budaya yangberbeza yang
diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu.

Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep


menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta
kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Daripada huraian definisi dan istilah seperti di atas, setiap fakta sejarah perlu
mengandungi asal usul setempat yang bertujuan menceritakan tentang sejarah sesuatu
tempat dari pelbagai aspek seperti bangsa, budaya, bentuk muka bumi, tumbuh-tumbuhan
semulajadi dan sebagainya.

Selain itu, fakta sejarah juga mengandungi tentang cara hidup, nilai dan norma
masyarakat lalu yang menjadi panduan serta pengajaran kepada masyarakat kini.
Keunikan sesuatu tempat pastinya bermula dengan sejarah sehinggakan tempat itu
menjadi unik dan penuh dengan nilai estetika. Tuntasnya, kewujudan sesuatu tempat
umumnya bermula dengan sesuatu peristiwa atau sejarah yang mewujudkan
keunikkannya yang tersendiri.

3.0 SEJARAH PEMBUKAAN GUA KELAM

3.1 Lokasi Kajian

Pembukaan sesutu tempat atau kawasan berkait rapat dengan sejarah. Setiap
kawasan mempunyai asal usul dan sejarahnya yang tersendiri. Bagi kajian tentang sejarah

6
kewujudan sesuatu tempat, saya telah memilih sebuah lokasi yang terletak di utara
Semenanjung Malaysia iaitu Gua Kelam. Gua Kelam terletak di dalam negeri Perlis.
Seperti yang umum sedia maklum, negeri Perlis merupakan negeri terkecil di antara 14
buah negeri dalam Malaysia. Perlis merupakan jiran pada negeri Kedah dan juga Negara
Thailand.

Gua Kelam (Cave of Darkness) ialah satu daripada gua batu kapur yang tertua di
Malaysia, sepanjang 370 meter berdekatan sebuah pekan kecil yang dipanggil Kaki
Bukit. Ia terletak kira-kira 33km di utara Kangar.

Gua Kelam merupakan salah satu tempat rekreasi yang terdapat di negeri Perlis.
Ia menjadi tumpuan pelancong apabila berkunjung ke negeri Perlis. Gua Kelam ini,
merupakan sebuah gua yang terdapat titi di dalamnya, manakala di kawasan sekitarnya
terdapat kawasan air terjun yang menjadi tumpuan masyarakat untuk mandi-manda dan
berkelah di situ.

3.2 Sejarah Gua Kelam

Gua Kelam merupakan salah satu gua batu kapur Formasi Setul yang terletak
dalam Banjaran Nakawan di Perlis dan terkenal dengan lombong bijih yang
menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Menurut sejarah, nama Gua Kelam diambil
sempena kegelapan yang wujud di dalam gua itu sendiri. Gua tersebut begitu kelam tanpa
ditembusi cahaya daripada luar.

Para pelombong menggelarkan gua tersebut sebagai Gua Kelam kerana terpaksa
menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua sepanjang menjalankan
aktiviti mengeluarkan bijih timah.

Gua Kelam pada zaman dahulu sangat terkenal dengan lombong bijih timah yang
menghasilkan bijih timah yang bermutu tinggi. Gua ini menjadi penghubung di antara
penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit.

Mengikut sejarah En. Nayan yang berasal dari Kg. Kechor, Sanglang Perlis
dangan Pn. Aminah dari Wang Kelian, Perlis telah memulakan perusahaan melombong
bijih timah di Sungai Pelarit berdekatan dengan Gua Kelam sekitar tahun 20-an. Tauke

7
Nyan akhirnya telah menjual kawasan perlombongan bijih timah tersebut kepada seorang
tauke cina, Kong Fatt dan menubuhkan Syarikat Perlombongan Kong Fatt. Penduduk
setempat telah menjadikan lombong tersebut sebagai sumber pendapatan mereka. Mereka
bekerja sebagai pelombong bijih timah dengan bayaran sebanyak RM2.00 hingga
RM4.00 sebulan.

3.3 Aktiviti Utama Penduduk di Kawasan Gua Kelam

Aktiviti perlombongan yang dijalankan ketika itu menggunakan kaedah


tradisional iaitu mendulang. Dulang-dulang yang digunakan diperbuat daripada kayu.
Rupanya leper seperti kuali pendulang.Sebelum mendulang para pelombong akan
mengaut tanah lumpur atau tanah pasir yang diagak mengandungi bijih timah kemudian
dimasukkan ke dalam dulang dan diayakkan di dalam air.

Pelombong-pelombong terpaksa turun di celah-celah lubang semula jadi untuk


turun ke bawah bukit bagi mencari kawasan yang mengandungi bijih timah. Lubang-
lubang tersebut sempit dan dalamnya antara 500 hingga 600 kaki jauh ke dalam
bukit.Kadang-kadang hujan lebat yang turun dengan tiba-tiba menyebabkan lubang
tersebut dipenuhi air dan menyebabkan pelombong mati akibat tidak sempat
menyelamatkan diri. Kebanyakkan gua ini telah habis dilombong sekitar tahun 1960-an.

Aktiviti perlombongan bijih timah telah menjadi bualan serata pelosok Negara.
Ramai pedagang-pedagang dari China dan Eropah datang untuk mendapatkan bijih timah
di kawasan Gua Kelam. Pendatang-pendatang dari China juga datang bekerja sebagai
pelombong di sini kerana permintaan bijih timah yang tinggi oleh Britain dan Amerika
berikutan revolusi industri di Eropah pada ketika itu.

Kini tiada lagi bijih timah di kawasan ini,Gua Kelam telah dibuka sebagai tempat
rekreasi kepada para pengunjung yang ingin melawat tinggalan sejarah yang mempunyai
nilai yang tinggi bagi generasi baru negeri Perlis. Penduduk Kaki Bukit, kini
kebanyakkan mengusahakan tanaman sayur, menoreh getah dan mengusahakan
perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan.

3.4 Keunikan Gua Kelam

8
Terdapat juga jambatan gantung yang menjadi laluan pelancong untuk masuk ke dalam
gua. Keunikan yang terdapat di dalam gua tersebut ialah Sungai bawah tanah yang yang
mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis. Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih
kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa anda melalui gua .
dan perkara ini adalah fenomena kejadian semulajadi yang wujud sepanjang kewujudan gua ini.

Antara keunikan yang terdapat di dalam gua tersebut adalah pembentukan batu
berskala.Batu berskala merupakan batu yang tersusun secara semulajadi. Para pelancong
tempatan dan asing boleh menikmati pembentuk batu berskala tersebut menggunakan sebuah
laluan kayu yang diterangi cahaya lampu yang disediakan khas di dalam gua tersebut.

Stalagmit dan Stalaktit di permukaan pintu gua

Pembentukan stalagmite dan stalaktit yang mengambil masa ratusan juta tahun untuk
terbentuk membuatkan gua ini Nampak begitu unik. Stalagmit dan stalaktit terdapat dalam
pelbagai bentuk. Keunikkannya ada yang menyerupai haiwan-haiwan, ada yang runcing, tirus,
panjang dan sebagainya. Rupa bentuk batu kapur ini terhasil akibat daripada hakisan air dan
angin. Stalaktit dan stalagmit ini menjadi penghias pintu-pintu masuk gua.

3.5 Kearifan Setempat Sebagai Tarikan Pelancong

9
Semenjak pembukaan Gua Kelam pada awal tahun 2008, tempat ini semakin kerap
dilawati para pelancong dari dalam dan luar negara. Meskipun sudah 10 tahun pembukaan Gua
Kelam ini, sejarah perlombongan di dalam gua ini masih terpelihara.

i. Keindahan alam semulajadi

Semasa anda berjalan di dalam gua, anda akan dapat mendengar bunyi anak sungai
bawah tanah, bersama dengan bunyi kelawar dan titisan air daripada stalaktit, yang boleh
dikatakan membentuk sebuah konsert semula jadi. Bunyinya agak menyeramkan,
ditambah pula dengan misteri bahawa dahulunya gua ini pernah didiami oleh orang
Zaman Batu.

Jambatan gantung yang diperbuat daripada kayu

ii. Jambatan gantung di dalam gua

Satu-satunya laluan untuk ke gua ialah melalui jambatan gantung yang diperbuat
daripada kayu selebar lapan kaki. Jambatan ini menghubungkan Kaki Bukit ke Lembah
Wan Tangga, sebuah lembah di hujung bertentangan Gua Kelam. Pada tahun 1935,
seorang warga Inggeris mendapati laluan air yang terdapat di dalam gua boleh digunakan
untuk memindahkan bijih besi dari lombong yang terletak berdekatan laluan masuk anak
sungai melalui gua bawah tanah ke Kaki Bukit.

iii. Sungai bawah tanah

10
Selain menikmati air sungai bawah tanah yang mengalir dan merasai suasana
berada di zaman dahulu kala. Sungai ini menjadi tarikan untuk pengunjung mandi-manda
di Gua Kelam. Airnya yang jernih menampakkan ikan-ikan berenang di dasar sungai.

iv. Keindahan flora dan fauna

Para pelancong juga boleh menikmati keindahan alam sekitar dengan flora dan
fauna yang terdapat di dalam Gua Kelam tersebut. Antara binatang yang terdapat di
dalam gua tersebut ialah kelawar, ular, labah-labah dan pelbagai lagi serangga. Haiwan-
haiwan ini dipantau oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan tidak menganggu para
pelancong.

v. Landasan troli bijih timah

Selain itu, para pelancong juga berpeluang melihat landasan troli bijih timah yang telah
dibina dari besi dan kayu pada zaman dahulu kala. Para pelombong telah menggunakan
besi dan kayu itu secara tersusun sebagai sempadan kawasan di dalam gua ini. Bukan itu
sahaja, pembinaan pintu gerbang turut dibina oleh para pelombong untuk menanda
kawasan sempadan di dalam gua tersebut.

11
vi. Keretapi mini

Terdapat beberapa keunikan yang terdapat di Gua Kelam antaranya keretapi mini yang
mempunyai 10 gerabak disediakan untuk pengguna. Kereta api mini bertujuan untuk
memudahkan para pelancong menikmati alam sekitar sepanjang berada di dalam Gua
Kelam tersebut. Sekiranya pelancong menaiki keretapi api, perjalanan mereka akan
mengambil masa 30 minit dengan perjalanan sejauh 400 meter. Namun, keretapi tersebut
tidak dapat digunakan kerana dalam proses pembaikan.

3.6 Budaya Masyarakat Setempat

Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia
seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya. Budaya dapat dibahagikan
kepada dua iaitu :

i. Budaya Kebendaan

ii. Budaya Bukan Kebendaan

Budaya kebendaan ialah perkara yang merangkumi peralatan dan kelengkapan hidup
seperti yang terdapat di Gua Kelam iaitu dulang-dulang yang digunakan untuk
mendulang bijih. Troli yang digunakan bagi mengangkut bijih timah, tempat tidur, tin
makanan dan sebagainya hasil tinggalan pelombong-pelombong zaman dahulu.

Manakala budaya bukan kebendaan pula ialah sesuatu yang bukan benda contohnya
seperti kepercayaan, undang-undang dan sebagainya.

Kebanyakkan pelombong-pelombong terdiri daripada bangsa cina. Mereka memutuskan


untuk tinggal di dalam gua memandangkan jarak perjalanan yang jauh dan berbahaya.
Mereka tinggal dalam kegelapan dan hanya menggunaka generator bagi menghidupkan
cahaya. Oleh kerana gua ini dihuni oleh pelombong-pelombong, dapatlah dilihat ukiran
tulisan-tulisan cina yang membawa maksud kerinduan kepada keluarga dan cinta yang
tidak kesampaian. Ini merupakan cara mereka meluahkan perasaan terhadap insan-insan
yang dirindui akibat ditingkan berbulan-bulan lamanya. Ada sebilangan mereka yang
meninggal dunia di dalam gua akibat terjatuh dari tempat tinggi, sakit dan lemas.

12
Oleh hal demikian, budaya yang terdapat di sini telah menjadi satu sejarah tinggalan yang
berharga buat generasi kini dan seterusnya bagi. Peninggalan ini dikongsi bersama oleh
anggota masyarakat.Perkongsian ini bermaksud, mereka mengamalkan dan menghormati
kepercayaan dan amalan masyarakat dahulu.

Jika dibandingkan zaman dahulu dan sekarang sangat jauh beza dari aspek budayanya.
Budaya akan berubah mengikut zaman. Banyak faktor yang mempengaruhi perubahan
sesuatu budaya antaranya ialah pertambahan bilangan ahli keluarga, keperluan dan
keinginan, perkembangan teknologi dan perubahan alam sekitar.

4.0 KESIMPULAN

Setelah dihuraikan dengan jelas tentang sejarah dan asal usul Gua Kelam, dapatlah dilihat
di sini bahawa gua ini mengandungi seribu satu rahsia yang menjadi harta masyarakat untuk
dikongsi bersama generasi akan datang. Generasi yang pernah menjadi pelombong ada yang
masih wujud dan masih tinggal di kawasan ini. Setiap yang berlaku merupakan kenangan buat
mereka yang melaluinya dan pengajaran buat kita agar lebih menghargai tinggalan sejarah yang
tidak akan hilang ditelan zaman jika dijaga dengan baik.

Oleh itu, peranan sejarah sangat penting terutamanya dalam pembentukan kehidupan
seharian dan proses pembelajaran. Daripada fakta sejarahlah kita dapat mengetahui tentang
sesuatu peristiwa, aktiviti setempat, kebudayaan, nilai estetika dan amalan kehidupan seharian.
Begitu juga dengna bidang seni, ia juga tidak lari dari peninggalan sejarah. Sejarah juga memberi
kesan kepada masyarakat antaranya peninggalan artifak-artifak yang menjadi bukti bahawa
berlakunya sesuatu perisyiwa itu. Selain itu, kita dapat mengetahui tentang cara hidup
masyarakat zaman dahulu yang dapat dijadikan pengajaran dan pedoman dalam membina
landasan kehidupan. Kita juga dapat mengetahui tentang kesusahan dan kepayahan masyarakat
lampau dalam mengusahakan sesuatu sehingga kita berjaya mengecapinya hasil daripada usaha
mereka.

( 2546 patah perkataan )

13
RUJUKAN :

Wahiza Abdul Wahid. (2000). Sejarah seni lukis &seni reka.Kuala Lumpur:

Univision Press Sdn Bhd

14
Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://notagurupelatih.blogspot.my/2012/04/konsep-budaya.html

http://www.beritakampus.usm.my/index.php/berita/rencana/1838-gua-kelam-gua-bijih-timah-
bersejarah-di-malaysia

http://puteraperlis.blogspot.my/

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

http://www.ukm.my/geografia/images/upload/11.geografia-si-nov15-mohdjirey-edam1.pdf

http://muafakatmembawaberkat.blogspot.my/2012/11/kenali-negeri-perlis-indera-kayangan.html

http://harithsidek.blogspot.my/2012/08/sejarah-pembukaan-penempatan-orang-jawa_1.html

http://www.malaysia.travel/ms-my/places/states-of-malaysia/perlis/gua-kelam-kelam-cave

15

Anda mungkin juga menyukai