Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Definisi pelancongan.

Pelancongan (tour) dari sudut bahasa adalah berasal dari perkataan Latin
iaitu “tornare” dan perkataan greek “tornos” yang bermakna bulatan dan
gerakan. Mathiesan dan wall(1991) mendifinisikan pelancongan sebagai
gerakan sementara oleh manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan
tempat tinggalnya yang biasa di mana mereka (para pelancong) melakukan
kegiatan-kegiatan tertentu dan menggunakan segala kemudahan yang telah
disediakan untuk memenuhi keperluan mereka. Manakala MacCannel (1976)
mendifinisikan pelancongan sebagai seseorang atau kumpulan orang yang
mencari pengalaman atau bertukar pandangan di serata dunia dan
kebanyakan adalah mereka dari kelas pertengahan. Marthieson dan wall
(1991) turut menjelaskan bahawa pelancongan adalah orang yang bergerak
untuk memenuhi dua syarat iaitu pertama, orang yang meninggalkan
rumahnya untuk memenuhi dua syarat iaitu pertama, orang yang
meninggalkan rumahnya untuk suatu jangka masa yang pendek. Kedua,
wang yang dibelanjakan selama perbelanjaan itu adalah wang yang
diperolehi dari rumahnya dan bukannya dari tempat yang dilawatinya itu.
Dari definisi tersebut empat kriteria asas yang telah digunakan dalam
memberi makna kepada pelancongan moden ialah perjalanan, jenis
pengangkutan yang digunakan, tempoh masa menginap di destinasi
pelancongan dan tempat dan keempat adalah jarak perjalanan. Burkart dan
Medlik (1981) mendakwa destinasi yang di lawati itu pula bukan bertujuan
untuk penempatan tetap, tetapi sekadar pergerakan sementara seseorang
dari habitat asalnya.

Pusat Pelancongan Alam Semulajadi Kolam Air Panas Poring.

1
Poring merupakan nama KadazanDusun untuk sejenis spesies Pokok

Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Pusat pelancongan ini terletak kira-kira

40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring terkenal kerana kolam air

panas dan jambatan gantungnya yang unik. Kolam air panas Poring sangat

dikenali kerana air panasnya mengandungi Galian Sulfur yang dikatakan

boleh menyegarkan badan. Para pelancong juga berpeluang menikmati

pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang

157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok. Selain itu, terdapat juga Taman

Kupu-kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid serta kemudahan-kemudahan asas

yang disediakan bagi menjamin keselesaan para pengunjung seperti surau,

tandas, tempat letak kereta dan sebagainya. Perkara yang lebih menarik di

sini ialah terdapat pelbagai kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh komuniti

setempat yang dijadikan pendapatan sampingan disamping berkerja di pusat

pelancongan tersebut.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Kemunculan sektor pelancongan pada masa kini semakin giat

berkembang diikuti dengan peredaran masa. Sektor pelancongan banyak

memberikan kesan positif terhadap pembangunan negara dari segi ekonomi

iaitu melalui pendapatan yang diperolehi dalam sektor ini. Kajian yang

dilakukan adalah bertujuan untuk membincangkan persoalan tentang

perkembangan sektor pelancongan dan seterusnya ingin mengkaji peranan

komuniti setempat dalam sektor perlancongan ini. Perbincangan ini akan

2
merangkumi aspek sosio-ekonomi dan budaya serta aktiviti pelancongan

dengan memberi tumpuan khusus kepada penglibatan penduduk setempat

di kawasan Kolam Air Panas Poring.

Kajian yang dijalankan ini juga bertujuan untuk mengupas kesan

daripada aktiviti pelancongan terhadap komuniti setempat dalam

perkembangan sosio-ekonomi mereka. Sektor pelancongan ini juga telah

menjadi perhatian banyak penyelidik terdahulu dan penggubal dasar

pembangunan di negara membangun kerana kemampuannya untuk

menyumbang kepada peningkatan ekonomi setempat disamping

peningkatan ekonomi negara.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini menyatakan dua objektif seperti berikut:-

1. Ingin mengkaji penglibatan komuniti setempat dalam sektor

pelancongan alam semulajadi.

2. Memahami kesan pelancongan keatas kominiti setempat

4.0 HIPOTESIS

1. Keunikan alam semulajadi salah satu cara untuk mempromosikan

sebuah tempat untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan.

2. Pelancongan dengan alam semulajadi saling berkaitan antara satu

sama lain.

3
5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

1. Hasil kajian ini mampu dijadikan rujukan oleh institusi berkaitan

sebagai panduan untuk menjalankan kajian dimasa akan datang.

2. Dapat membantu pengkaji memahami sesuatu keunikan alam

semulajadi yang mampu mempengaruhi aktiviti pelancongan di satu-

satu tempat.

3. Hasil kajian ini dapat memberi sedikit sebanyak kefahaman yang lebih

jelas terhadap komuniti setempat mengenai faedah dan kesan yang

timbul melalui aktiviti pelancongan di kawasan mereka.

6.0 METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini membincangkan bagaimana data dan maklumat dikutip

ketika menjalankan kajian ini. Selain itu, bahagian ini juga menerangkan

kaedah-kaedah yang digunakan untuk menganalisis data kajian. Pelbagai

cara akan digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian ini.

Antaranya ialah :

6.1 Data Primer

6.1.1 Kerja Lapangan.

Kaedah yang ingin digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini

adalah melalui pemerhatian turut serta di mana penyelidik akan turun ke

lapangan untuk melihat dan memahami sendiri aktiviti dan proses yang

berlaku di lokasi kajian. Dalam pemerhatian ini, pengkaji akan melihat

4
penglibatan komuniti setempat dalam sektor pelancongan alam semulajadi

ini.

6.1.2 Kaedah Temu bual.

Selain itu, penyelidik juga akan menggunakan kaedah temubual

terhadap responden yang akan dipilih secara rawak. Kaedah temubual ini

boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu temubual secara formal yang

menggunakan borang soal selidik berstruktur dan mengunakan borang soal

selidik berbentuk skala. Kaedah ini dilakukan secara rawak iaitu sebanyak 30

orang responden.

6.2 Data Sekunder

6.2.1 Kajian Perpustakaan.

Selain itu, penyelidikan juga akan menggunakan kaedah rujukan

literatur ataupun kaedah dokumentasi. Tujuannya untuk mendapatkan

gambaran awal tentang kajian yang akan dijalankan dengan mendapatkan

sumber-sumber data bertulis melalui bahan seperti buku dan jurnal yang

terdapat di perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dan Pusat Sumber

Sekolah Sains Sosial. Menerusi kaedah ini dapat mengetahui reka bentuk

kajian yang digunakan oleh pengkaji lepas untuk membuat penyelidikan ke

atas fenomena yang serupa. Dengan itu dapat membandingkan kekuatan

dan kelemahan reka bentuk kajian tersebut dan membuat keputusan untuk

menggunakan reka bentuk yang sesuai. Melalui kajian literatur akan dapat

mengenal pasti kaedah mengumpul dan menganalisis data yang paling

sesuai untuk kajian ini dengan mengumpul, mengurus data-data, serta

5
membuat tafsiran dengan tepat. Melalui kaedah ini juga dapat membantu

dalam membuat kajian dengan tidak mengulangi kesalahan kajian lepas

serta dapat membantu kajian untuk mengenal pasti objektif serta

mengoperasian konsep teoritikal, membina kebolehpercayaan dan kaedah

instrumen pengukuran, menentukan reka bentuk kajian yang sesuai, memilih

menganalisis data, serta menerangkan secara rasional dapatan kajian.

6.2.2 Analisis Data.

Kaedah menganalisi data juga digunakan bagi menganalisis maklumat

yang diperolehi menerusi kerja lapangan. Contohnya menerusi dapatan hasil

kajian iaitu melalui borang soal selidik. Data dianalisis untuk mendapatkan

satu data terkumpul bagi menbuktikan hipotesis yang telah dinyatakan.

Contohnya sejauhmana data yang diperolehi menerusi metodologi kajian

yang akan dilakukan ini dapat membuktikan hipotesis kajian ataupun

andaian kajian. Selain itu, menerusi hasil analisis ini akan dapat membentuk

jadual dan gambar rajah bagi menunjukan hasil kajian ini.

7.0 SOROTAN LITERATUR

Abdul Kadir D. (1989) dalam kajian beliau yang dilakukan di pulau

Pinang dan Pulau Langkawi mendapati kesan positif yang amat ketara dalam

pembangunan sektor pelancongan ialah peingkatan peluang pekerjaan yang

baru. Selain itu, pembangunan sektor pelancongan ini dapat meningkatkan

pembangunan kemudahan awam dan infrastruktur asas. Manakala kesan

6
negatifnya ialah keruntuhan moral dan peniruan gaya hidup dan budaya

barat.

Sharifa S. (2008) menyatakan bahawa pembangunan pelancongan

yang dilaksanakan boleh membawa keburukan serta kesan yang tidak baik

terhadap kehidupan sesebuah masyarakat. Kesan yang seringkali dibawa

oleh pembangunan resort pelancongan ini khususnya ialah pencemaran

alam sekitar. Selain itu, pembangunan resort pelancongan menyebabkan

suatu kawasan tersebut tidak lagi mempunyai nilai-nilai budaya tradisi yang

asal kerana telah banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur budaya moden yang

dibawa oleh pembangunan resort pelancongan ini.

Voase R. (1995) dalam buku tulisannya menjelaskan bahawa impak

pelancongan sama ada secara positif dan negatif yang berlaku bukan sahaja

disebabkan oleh kedatangan individu ke sesuatu destinasi pelancongan dan

mempengaruhi perubahan sosial, ekonomi serta budaya tetapi juga

disebabkan oleh kepelbagaian distenasi pelancongan yang dibangunkan

untuk tujuan menarik pelancong datang ke suatu tempat pelancongan.

Voase juga menjelaskan bahawa pada masa kini aktiviti pelancongan sudah

menjadi satu bentuk pengetahuan baru di kalangan masyarakat setempat.

Penyataan ini membincangkan mengenai pembangunan dan penubuhan

resort bertujuan untuk pelancongan dan ini memberikan impak kepada

komuniti setempat dari segi ekonomi dan cara hidup mereka seharian.

Menurut Newsome, Moore & Dowling (2004), (dlm Jaffry

Zakaria,rujukan internet) pelancongan rekreasi berasaskan cabaran

7
sememangnya memberi impak terhadap biodiversiti seperti aktiviti

rekreasi air, kenderaan pacuan empat roda, penjelajahan hutan,

perkhemahan, basikal lasak, menunggang kuda dan penjelajahan gua.

Namun disamping mengadakan aktiviti berkenaan banyak kawasan-kawasan

yang diduduki oleh komuniti setempat iaitu komuniti orang asli akan di

terokai untuk tujuan aktiviti ini. Beberapa impak yang ditinggalkan oleh

penggiat-penggiat ini antaranya ialah menggunakan api secara tidak berhati-

hati akan menyebabkan kebakaran hutan secara tidak langsung.

Disamping itu juga, kegiatan penebangan pokok dengan

sengaja untuk mendirikan tiang-tiang khemah dan juga sebagai

sumber kayu api secara tidak langsung akan mengakibatkan banyak

pokok-pokok muda terhapus dan struktur umum komuniti pokok

dikawasan tersebut akan berubah. Kesan daripada itu hanya sebilangan

kecil pokok sahaja yang akan matang dan kurang

sesuai digunakan untuk tempat berteduh pada masa-masa akan datang.

Terdapat juga kegiatan pembuangan sampah secara berlebihan yang

bukan sahaja menjadikan pemandangan dikawasan persekitaran cacat

malah secara tidak langsung mengubah status nutrien tanah dan

mengakibatkan kerosakan hidupan biodiversiti dengan cara menyekat

kemasukan udara dan cahaya di persekitaran tersebut.

Baum T. (1993) mengetengahkan isu berkaitan sektor pekerjaan dalam

industri pelancongan sesuatu negara yang diambil alih oleh orang luar.

Dalam buku beliau bertajuk Human Resource issues in International Tourism

8
menyentuh tentang peluang pekerjaan dalam industri pelancongan dimana

jawatan-jawatan tinggi dalam industri ini dijawat oleh pelabur-pelabur asing

yang datang melabur dalam industri pelancongan ini. Daripada analisis yang

dilakukan, Tom mengatakan peluang pekerjaan yang memberikan

pendapatan lumayan tidak semuanya memberikan faedah kepada sesuatu

komuniti tetapi faedah tersebut akan lebih memberikan faedah kepada

pelabur.

8.0PENUTUP

Oleh itu, kajian yang dijalankan di Kampung Poring Ranau adalah suatu

usaha bagi memahami pelancongan alam semulajadi dan komuniti

setempat di tempat tersebut. Kajian yang dijalankan bukan sahaja

mengkaji penglibatan komuniti setempat dalam sektor pelancongan alam

semulajadi tetapi turut menekankan kesan pelancongan ke atas komuniti

tersebut. Kajian ini akan menyelongkar di sebalik hakikat yang berlaku ke

atas sektor pelancongan di kampung Poring Ranau dan menjawab isu

yang menjadi persoalan kajian.

RUJUKAN

Abdul Kadir D. (1989). Bumiputera Enteprenuership in the Penang-Langkawi

Touris

Industry. Thesis Ph.D Universiti Of Hawaii, Usa.

9
Baum T. (1993) Human Resource issues in International Tourism. Oxford

London.

British Library Cataloguing in Publications Data.

Chua Yan Piaw. Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kaedah Penyelidikan. Mc

Graw Hill

Education.

Prof Madya Dr Abdullah Taib. (1985). Asas-Asas Antropologi. Kuala Lumpur :

Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Sharifa S. (2008). Pembangunan Resort Pelancongan dan Kesannya Keatas

Komuniti

Setempat: Kajian Kes di kampung Tampi-Tampi, Semporna. Sarjana

Muda Sains

Sosial (Tidak diterbitkan).

Voase R.(1995). Tourism: The Human Perspective. London. The British

Library.

Rujukan Internet

10
http://www.freewebs.com/outdoorasia/Pelancongan_Rekreasi_Berasaskan_ca

baran_dan_Biodiversiti.html) (Newsome) (dilihat pada 19 febuari 2009).

11

Anda mungkin juga menyukai