Anda di halaman 1dari 3

Apa Itu ASEAN ?

Merupakan singkatan bagi “Association of Southeast Asian Nations” atau Pertubuhan Negara-negara
Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Agustus 1967 dengan tujuan untuk mengukuhkan
kerjasama serantau.

ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan
Thailand di Bangkok semasa proses menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi
Bangkok. Menteri luar yang hadir ketika itu ialah Adam Malik
(Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina). Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura),
dan Thanat Khoman (Thailand).

ASEAN kemudian disertai oleh lima lagi Negara anggota iaitu Brunei, Laos PDR, Myanmar, Vietnam
dan Kemboja.

PRINSIP UTAMA ASEAN


• Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua
negara
• Hak untuk setiap negara untuk memimpin dan bebas daripada campur tangan luar, subversif atau
koersion (coersion)
• Penyelesaian perbedaan atau perdebatan dengan aman
• Menolak penggunaan ketenteraan
• Kerjasama efektif antara anggota

PENGUATKUASAAN
Piagam ASEAN
Pada 15 Disember 2008, wakil-wakil negara anggota ASEAN bersidang di Jakarta, Indonesia untuk
melancarkan Piagam ASEAN yang diterima pakai pada 20 November 2007 . Piagam ini menjadikan ASEAN
sebagai entiti sah serta bertujuan menghasilkan kawasan perdagangan bebas tunggal yang melibatkan 600 juta
penduduk di rantau ini.
BENDERA ASEAN
• Bendera ASEAN membawa erti ASEAN yang stabil, aman, bersatu dan dinamik.
• Warna biru, merah, putih dan kuning merupakan warna utama bendera negara negara
ASEAN.
• Warna biru melambangkan keamanan dan kestabilan.
• Merah bermaksud semangat dan dinamisme
• Putih menunjukkan ketulenan dan kuning melambangkan kemakmuran.
• Sepuluh tangkai padi melambangkan impian Bapa Penemuan ASEAN yang kesepuluh
negara di Asia Tenggara bersatu dan bersahabat.
• Bulatan pula melambangkan kesatuan ASEAN

Ukuran resmi bendera ASEAN adalah seperti berikut:


Bendera di meja: 10 cm x 15 cm
Bendera di dalam bilik: 100 cm x 150 cm
Bendera untuk kereta: 10 cm x 30 cm
Bendera di padang: 200 cm x 300 cm

TATACARA PENGGUNAAN
Bendera ini merupakan simbol kepada kesatuan negara anggota ASEAN dan sokongan terhadap
prinsip prinsip ASEAN

KEMULIAAN BENDERA
Bendera mesti digunakan dengan cara yang baik dan
tidak boleh digunakan sebagai iklan untuk propaganda
politik.

LOGO ASEAN
Logo ASEAN membawa erti ASEAN yang stabil, aman, bersatu dan dinamik. Warna logo itu biru,
merah, putih dan kuning merupakan warna utama lambang negara Negara ASEAN. Warna biru melambangkan
keamanan dan kestabilan. Merah bermaksud semangat dan dinamisme manakala putih menunjukkan ketulenan
dan kuning melambangkan kemakmuran. Sepuluh tangkai padi melambangkan impian Bapa Penemuan ASEAN
yang kesepuluh negara di Asia Tenggara bersatu dan bersahabat. Bulatan pula melambangkan kesatuan
ASEAN. Tulisan yang digunakan untuk perkataan ASEAN ialah helvetica dalam tulisan kecil dan bold.
FAEDAH ADANYA ASEAN
Politik-Keselamatan
• Memudahkan pergerakan rakyat ASEAN
• Meminimumkan risiko konflik bersenjata
• Menggalakkan kerjasama pertahanan dan keselamatan
• Memerangi keganasan dan penyeludupan
• Berkongsi maklumat risikan untuk memerangi jenayah rentas sempadan.

Ekonomi
• Memudahkan perdagangan dan membuka pasaran yang lebih luas
• Pilihan barangan yang lebih luas dengan harga yang lebih rendah
• Menggalakkan pelancongan dengan akses perhubungan lebih luas
• Menggalakkan pergerakan barangan, perkhidmatan, pelaburan, tenaga kerja mahir dan dana lebih
bebas
• Mewujudkan peluang perniagaan baru

Anda mungkin juga menyukai