Anda di halaman 1dari 23

Ayat Majmuk

Disediakan oleh: Kong Kae Lim

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,


Ayat majmuk didefinisikan sebagai ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat terbaru. Sebagai contoh, 1. Amy sedang mencuci kereta dan Fifi sedang membuat kek. (a) Amy sedang mencuci kereta. (b) Fifi sedang membuat kek. 2. Roger menangis kerana kehilangan arnab kesayangannya. (a) Roger menangis. (b) Roger kehilangan arnab kesayangannya.

Ayat Majmuk
Ayat Majmuk Gabungan Ayat Majmuk Pancangan Ayat Majmuk Campuran

Ayat Majmuk Gabungan

Makna Ayat Majmuk Gabungan


Dua atau lebih ayat tunggal yang disambungkan dengan menggugurkan subjek, predikat, objek atau keterangan yang sama. Ayat disambungkan menggunakan kata hubung seperti dan, atau , tetapi dan sebagainya. Contoh ayat, 1. Murid-murid berlari dan bernyanyi. 2. Baizura kurus tetapi adiknya gemuk. 3. Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat? Ayat majmuk gabungan dibentuk dengan menggabungkan dua atau lebih ayat tunggal yang sama taraf dan sifatnya.

Ayat majmuk gabungan dibentuk dengan menggabungkan dua atau lebih ayat tunggal yang sama taraf dan sifatnya. Dalam ayat majmuk gabungan, semua klausanya adalah bebas iaitu dapat berdiri sendiri sebagai ayat. 1. Siti tidak pernah merungut. 2. Lina tidak pernah merungut. Terdapat 3 jenis gabungan ini, iaitu gabungan berurutan, gabungan bertentangan, gabungan berpasangan.

Gabungan Berurutan
Ayat majmuk yang disusun secara berurutan iaitu satu demi satu. Klausa-klausa itu digabungkan dengan kata hubung seperti dan, lalu, lagi, serta, sambil, tambahan pula, kemudian, malahan, dan akhirnya. Tanda baca koma (,) juga digunakan bagi menggantikan kata hubung. Contoh ayat, Sarah menangis lalu ketawa. Klausa 1: Sarah menangis. Klausa 2: Sarah ketawa.

Gabungan Bertentangan
Mempunyai dua klausa yang dipertentangkan oleh kata hubung tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal, dan sebagainya. Contohnya, Matanya tertumpu kepada tanah-tanah petak sawah tetapi pandangannya itu hanya kosong sahaja. Klausa 1: Matanya tertumpu kepada tanahtanah petak sawah. Klausa 2 : Pandangannya itu hanya kosong sahaja.

Gabungan Berpasangan
Ayat majmuk yang terbentuk daripada dua klausa yang menjadi berpasangan dengan menggunakan kata hubung seperti lebih baikdaripada, apakahataupun, adakahatau, dan sebagainya. Sebagai contoh, Adakah Menteri Pelajaran kita akan datang atau dia menghantar wakilnya saja? Klausa 1: Menteri Pelajaran kita akan datang. Klausa 2: Dia menghantar wakilnya.

Ayat Majmuk Pancangan

Pancangan Relatif Pancangan Keterangan Pancangan Komplemen

Pancangan Relatif
Ayat majmuk relatif mengandungi klausa induk dan menerima klausa relatif bagi menerangkan frasa nama yang menjadi subjek atau predikat dalam klausa induk tersebut. Relatif bermaksud kata nama yang diterangkannya. Klausa relatif dihubungkan dengan kata hubung relatif yang. Contoh ayat,
Julia membeli baju yang berwarna merah. Mereka menonton wayang yang amat lucu.

Pancangan Keterangan
Berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk. Ayat majmuk jenis ini terbahagi kepada 9 jenis:
Musabab Akibat Syarat Waktu Pertentangan Harapan Cara Tujuan Perbandingan

i. Keterangan Musabab - Unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. - Contoh: kerana, lantaran, sebab, oleh sebab. - Contoh ayat: Pelajar itu berjaya lantaran usaha yang bersungguh-sungguh. ii. Keterangan Akibat - unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. - Contoh: hingga, sehingga - Contoh ayat: Pelajar itu berusaha bersungguhsungguh sehingga berjaya.

iii. Keterangan Syarat - Unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. - Contoh: sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau. - Contoh ayat: Sekiranya Sarah lulus peperiksaan ini, dia akan berpuasa sepuluh hari. iv. Keterangan Waktu - Unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. - Contoh: sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala dan ketika. - Contoh ayat: Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.

v. Keterangan Pertentangan - Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. - Contoh: walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, dan sedangkan. - Contoh ayat: Irene sekeluarga berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka masih di kampung. vi. Keterangan Harapan - Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati. - Contoh: supaya, agar, semoga, moga-moga, dan kalau-kalau. - Contoh ayat: Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.

vii. Keterangan Cara - Unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. - Contoh: dengan - Contoh ayat: Adeline membunuh kala jengking dengan menggunakan selipar kesukaannya.

viii. Keterangan Tujuan - Unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. - Contoh: untuk, demi, dan bagi. - Contoh ayat: Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
ix. Keterangan Perbandingan - Unsur yang menerangkan sesuatu kejadian yang menjadi persamaan. - Contoh: seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, dan bak. - Contoh ayat: Hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu.

Pancangan Komplemen
Komplemen bermakna pelengkap. Klausa komplemen adalah klausa kecil yang berfungsi sebagai pelengkap dalam klausa induk. Contoh ayat 1. Dia menerangkan sesuatu. (Ayat induk) 2. Murid itu sakit. (Ayat komplemen) Dia menerangkan bahawa murid itu sakit. Kata hubung komplemen adalah seperti bahawa, untuk, bagi, demi, supaya, semoga, yang, dan agar. Terdapat tiga jenis klausa komplemen
Komplemen klausa nama Komplemen klausa kerja Komplemen klausa adjektif

i.

Komplemen Klausa Nama - Dalam ayat komplemen, frasa nama hanya dapat menduduki dua tempat iaitu subjek, dan objek tepat. a) FN subjek Contoh ayat: Bahawa rancangan itu gagal tidak benar. Sesungguhnya amat mustahil untuk pencuri itu melepaskan diri. (ayat songsang) b) FN objek tepat - Ayat komplemen merupakan ayat yang berfungsi sebagai objek tepat kata kerja transitif(KKT) pada ayat induknya. Contoh ayat: Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.

ii. Komplemen klausa kerja - Frasa kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif (KKTT) dan tidak boleh dipasifkan. Contoh ayat: Ibu Roger beranggapan bahawa anaknya telah berjaya. iii. Komplemen frasa adjektif - Klausa komplemen adjektif berfungsi melengkapkan kata adjektif. Contoh ayat: Klausa induk: Rupa gadis itu cantik (komplemen) Klausa komplemen adjektif: rupa seorang bidadari.

Ayat majmuk: Rupa gadis itu cantik seperrti rupa seorang bidadari.

Ayat Majmuk campuran

Definisi Ayat Majmuk Campuran


Ayay yang mengandungi lebih daripada satu ayat, iaitu campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk, atau campuran ayat majmuk dengan ayat majmuk pancangan. Ia juga dikenali sebagai ayat kompleks. Contoh: Gadis itu mengalihkan baldinya yang satu lagi bagi menempatkan baldi kecil kanak-kanak itu. Klausa induk: Gadis itu segera mengalihkan baldinya. Klausa pancangan relatif: (baldinya) yang satu lagi

Kata hubung: yang


klausa keterangan: menempatkan baldi kecil kanak-kanak itu Kata sendi: bagi

Contoh ayat majmuk campuran


Ayat majmuk gabungan dengan ayat pancangan relatif

Contoh: Kain sebai yang tersangkut pada tanduk rusa diambil oleh Lahuma dan dibalutnya di kepalanya. Gabungan: Kain sebai diambil oleh Lahuma dan dibalutnya di kepalanya Relatif: yang tersangkut pada tanduk rusa

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai