Anda di halaman 1dari 6

1

BAB 3
AYAT PERINTAH
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua
seperti awak, engkau, kamu, dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Berdasarkan
perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
3.1

Ayat
Ayat
Ayat
Ayat

Suruhan
Larangan
Silaan
Permintaan

Ayat Suruhan

Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Yang berikut ialah contohcontoh ayat suruhan:
1
2
3
4
5
3.2

Pukul ular itu.


Pergi dari sini!
Ambilah wang ini.
Pergilah dari sini.
Menangislah sepuas-puas hati.
Ayat Larangan

Ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata
kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contoh:
1
2
3
4
5
6

3.3

Jangan duduk di sini.


Usah dikenangkan lagi perkara itu.
Janganlah menangis.
Usahlah kaupedulikan dia.
Dilarang merokok.
Ditegah berludah di sini.

Ayat Silaan

Bahagian Dua: Ayat

2
Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan
menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan
ayat seperti dalam contoh-contoh yang berikut:
1
2
3
4
3.4

Sila datang ke rumah saya.


Jemput masuk.
Silalah datang ke rumah saya.
Jemputlah masuk.
Ayat Permintaan

Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon
permintaan dan pertolongan, seperti dalam contoh-contoh berikut:
1
2
3
4
3.5

Minta tuan benarkan kami masuk.


Minta semua murid bertenang.
Tolong selesaikan tugasan ini.
Tolong tutup tingkap segera.
Kesalahan Lazim / Contoh

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)
(x)
3.6

Tolong jangan menangis.


Minta jangan buat bising di dalam.
Sila jangan merokok.
Minta jemput masuk.
Sila jemput minum.
Usah jangan kamu beritahu dia,
Sila jemput datang ke rumah saya.
Minta tolong kamu datang pada hari esok.
Usah jangan ambil harta orang lagi.
Minta jangan berludah di sini.

Rumus
Jenis-jenis
Ayat Perintah
Ayat Suruhan

Penggunaan

Dalam ayat suruhan, subjek ialah Pergi dari sini!


kata ganti nama orang kedua seperti Pujuk budak itu.
awak, kamu, engkau, dan sebagainya
yang biasanya digugurkan. Walau
bagaimanapun,
untuk
tujuan
penegasan, subjek boleh diucapkan.
Ayat-ayat suruhan
menggunakan partikel -lah

Bahagian Dua: Ayat

Ayat contoh

boleh
untuk Pergilah dari sini.

3
melembutkannya
di
samping Ambillah wang ini.
menegaskan predikat. Seperti dengan
konstituen yang menerima partikel
-kah, konstituen yang menerima
Tengoklah barang-barang
partikel -lah pun mengalami proses
ini.
pendepanan.
Bagi kata kerja transitif yang
menerima awalan meN-, awalan itu
digugurkan dalam ayat suruhan jenis
ini. Dalam konstruksi ayat suruhan
dan ayat perintah jenis lain yang
mengandungi kata kerja tak transitif
dan menerima awalan, awalan tidak
boleh digugurkan.
Ayat Larangan

Menjeritlah sedayamu.

Ayat
larangan
dapat
dilembutkan dengan menambahkan
partikel -lah. Ada sejenis ayat
larangan lagi yang bersifat umum
yang tidak menggunakan kata
larangan dan tidak menerima -lah.

Janganlah berlari-lari di
sini.
Usahlah kaupedulikan dia.

Ayat Silaan

Seperti ayat-ayat lain juga,


ayat-ayat silaan boleh dilembutkan
dengan penggunaan partikel penegas
-lah.

Silalah makan kuih ini.


Jemputlah duduk.

Ayat Permintaan

Bentuk-bentuk ayat silaan dan


permintaan biasanya tidak membawa
pengertian yang negatif sebagaimana
yang terdapat dalam jenis ayat
larangan. Oleh sebab itu contohcontoh ayat berikut tidak dianggap
betul.
Bentuk ayat larangan bagi
contoh ini.

Tolong jangan bising.


Sila jangan merokok.

Dilarang merokok.
Ditegah berludah di sini.

Jangan bising.
Jangan merokok.

Harap jangan bising.


Ayat-ayat larangan dapat juga Harap jangan merokok.
dilembutkan dengan menggunakan
perkataan harap pada bahagian
Bahagian Dua: Ayat

4
hadapannya.

3.7
3.7.1

Latihan Pengukuhan
Kenal pasti kesalahan-kesalahan penggunaan

ayat perintah dalam ayat di

bawah.
(i)
Awak usah jangan bersusah payah kerana saya.
(ii)
Sila jemput masuk ke dalam dengan senyap.
(iii)
Sila jemput datang ke rumah saya pada hari Ahad ini.
(iv)
Minta tolong selesaikan masalah itu segera.
(v)
Tolong jangan mengganggu ibu lagi.
(vi)
Usah jangan merajuk.
(vii) Tolong minta hantar segera skrip jawapan awak cepat.
(viii) Sila jemput minum.
(ix)
Kamu usah jangan melakukan perkara buruk itu lagi.
(x)
Minta tolong bapa kamu datang berjumpa saya.
3.7.2

Betulkan kesalahan dalam ayat-ayat di bawah.


(i)
Awak usah jangan bersusah payah kerana saya.
Awak usah bersusah payah kerana saya.
Awak jangan bersusah payah kerana saya.
(Penggunaan kata larangan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)
(ii)

Sila jemput masuk ke dalam dengan senyap.


Sila masuk ke dalam dengan senyap.
Jemput masuk ke dalam dengan senyap.
(Penggunaan kata silaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(iii)

Sila jemput datang ke rumah saya pada hari Ahad ini.


Sila datang ke rumah saya pada hari Ahad ini.
Jemput datang ke rumah saya pada hari Ahad ini.
(Penggunaan kata silaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(iv)

Minta tolong selesaikan masalah itu segera.


Minta selesaikan masalah itu segera.
Tolong selesaikan masalah itu segera.
(Penggunaan kata silaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(v)

Tolong jangan mengganggu ibu lagi.


Tolong mengganggu ibu lagi.
Jangan mengganggu ibu lagi.
(Penggunaan kata permintaan dan kata larangan tidak boleh hadir serentak
dalam satu ayat.)

Bahagian Dua: Ayat

5
(vi)

Usah jangan merajuk.


Usah merajuk.
Jangan merajuk.
(Penggunaan kata larangan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

3.7.3

(vii)

Tolong minta hantar segera skrip jawapan awak cepat.


Tolong minta hantar segera skrip jawapan awak cepat.
Tolong minta hantar segera skrip jawapan awak cepat.
(Penggunaan kata permintaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(viii)

Sila jemput minum.


Sila minum.
Jemput minum.
(Penggunaan kata silaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(ix)

Kamu usah jangan melakukan perkara buruk itu lagi.


Kamu usah melakukan perkara buruk itu lagi.
Kamu jangan melakukan perkara buruk itu lagi.
(Penggunaan kata larangan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(x)

Minta tolong bapa kamu datang berjumpa saya.


Minta tolong bapa kamu datang berjumpa saya.
Minta tolong bapa kamu datang berjumpa saya.
(Penggunaan kata permintaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

Nyatakan sama ada penggunaan ayat perintah dalam ayat di bawah ini betul
atau salah.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)
(x)

Harap jangan berlaku perkara buruk itu lagi.


Tolong jangan kerap buat kesalahan.
Tolong hantarkan buku latihan sebelum hari Rabu.
Engkau tunggulah dia di sini.
Usah jangan disebut nama orang itu lagi.
Janganlah dikenangkan lagi perkara buruk itu.
Sila jemput datang ke majlis perkahwinan anak saya nanti.
Sila buka tin itu perlahan-lahan.
Minta tolong jelaskan yuran kelab dengan kadar segera.
Minta benarkan kami masuk.

Rumus jawapan.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Betul
Salah
Betul
Betul

Bahagian Dua: Ayat

6
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)
(x)

Salah
Betul
Salah
Betul
Salah
Betul

Bahagian Dua: Ayat

Anda mungkin juga menyukai