Anda di halaman 1dari 32

ALS 441 PENULISAN AKADEMIK (BAHASA MELAYU)

LAPORAN ANALISI BAHAN TESIS

TAJUK TUGASAN: ANALISIS STRUKTUR MAKRO, ASPEK TEKNIKAL DAN


RETORIK DALAM TESIS BERTAJUK ANALISIS KOHESI DALAM RUANGAN
POJOK

NAMA PELAJAR NOMBOR PELAJAR


AZMIERA BINTI ZOLKEFLEE 2021471058
FARIZ HILMI BIN MUSTAFA KAMAL 2021477114
MUHAMMAD HAIKAL HAKIMI BIN SURIA KENCANA 2021653136
NUR HUSNINA FAIHA BINTI MOHD KHAIRI 2021609304
NURHANI FARHANAH BINTI HALIM 2021461324
NURLAILA-HUDA BINTI NURUL HAQUE 2021617648

NAMA Dr. Rozaimah Binti Rashidin


PENSYARAH Cik Nadia Binti Samud

NAMA KELAS: LG2411A

TARIKH: 19 Febuari 2022

SENARAI AHLI KUMPULAN


1
Nama: Azmiera Binti Zolkeflee

Nombor Pelajar: 2021471058

Nama: Fariz Hilmi Bin Mustafa Kamal

Nombor Pelajar: 2021477114

Nama: Muhammad Haikal Hakimi Bin Suria Kencana

Nombor Pelajar: 2021653136

Nama: Nur Husnina Faiha Binti Mohd Khairi

Nombor Pelajar: 2021609304

Nama: Nurhani Farhanah Binti Halim

Nombor Pelajar: 2021461324

Nama: Nurlaila-Huda Binti Nurul Haque

Nombor Pelajar: 2021617648

1.0 Pengenalan

2
Asni Nor Rizwan (2017) mentafsirkan bahawa penulisan akademik adalah satu gaya penulisan
akademik yang digunakan untuk menerbitkan sesuatu bahan ilmiah seperti kertas kerja, tesis,
jurnal, kertas persidangan dan sebagainya. penghasilan bahan ilmiah melalui penulisan
akademik ini mestilah bertujuan untuk mencatatkan dapatan kajian ilmiah berlandaskan aliran
ilmu yang sahih melalui aturan tertentu secara sah dan tersusun berserta bukti bagi
mengukuhkan fakta yang ingin disampaikan. Penulisan akademik merupakan salah satu akar
dalam komunikasi penulisan dalam komunikasi media sama ada media elektronik ataupun
media cetak. Penggunaan teknik penulisan ini, kita dapat memberi maklumat dan informasi
kepada khalayak ramai mengenai buah idea, fikiran dan gagasan yang ingin disampaikan oleh
penulis. Penghasilan sesuatu karya penulisan ini akan bergantung kepada kemampuan
kemahiran sama ada dari segi kemahiran berfikir, penghuraian topik yang disampaikan dan
pengalaman serta pengetahuan mengenai sesuatu topik atau idea yang akan dibahaskan dalam
penulisan. Menurut Norzalina Noor (2018), penulisan akademik sangat mementingkan dan
menitikberatkan berkaitan penggunaan ayat dan makna dalam sesuatu ayat supaya
penyampaian ayat tersebut selari dengan tafsiran yang disampaikan kepada pembaca agar
mudah difahami. Walaupun perkara ini bukan suatu perkara yang mudah untuk diterapkan
dalam penulisan akademik, namun perkara tersebut boleh digilap dengan menggunakan
latihan yang cukup agar penulisan yang ditulis dapat disampaikan dengan berkesan.
Sebelum menghasilkan sebuah penulisan akademik, para penulis hendaklah mengetahui
berkaitan dengan ciri-ciri penulisan akademik supaya penghasilan penulisan tersebut dapat
dipersembahkan dengan sempurna. Hal ini kerana, setiap penulisan akademik yang dihasilkan
mempunyai ciri-ciri khusus yang perlu dipatuhi. Sivachandralingam Sundara Raja (1999)
telah membahaskan berkaitan dengan ciri-ciri yang perlu diterapkan di dalam setiap jenis
penulisan akademik. Antara ciri-ciri tersebut adalah sebuah penulisan haruslah disampaikan
dengan menggunakan fakta dengan sistematik mahupun mengemukakan hukum alam dalam
situasi yang spesifik dalam penulisan yang akan disampaikan ini perlu tepat serta tiada
sebarang andaian yang dibuat. Penghasilan penulisan akademik ini juga haruslah tidak
bertujuan untuk memenuhi kehendak golongan tertentu dan tidak menyebarkan perkara yang
prejudis terhadap sesuatu perkara yang membawa kepada unsur negatif. Penulisan akademik
ini juga haruslah bersifat sistematik dan penghujahannya tidak bersifat emosi, setiap langkah
penulisan yang direncanakan hendaklah diperkukuh dengan bukti untuk mengelakkan
keraguan. Penghasilan sebuah penulisan akademik juga tidak boleh mempunyai sebarang
unsur yang bersifat argumentatif yang bermaksud mempunyai idea yang bercanggah dengan
idea rujukan iaitu dengan mengemukakan penghujahan yang bertentangan dengan seseorang

3
penulis yang lain serta penulisan akademik ini juga tidak boleh ditulis dengan memutar-
belitkan fakta kerana tindakan sedemikian akan memberi kerosakan dalam struktur penulisan
ilmiah.
Aktiviti penulisan dengan golongan intelektual adalah satu gabungan yang saling
melengkapi dan berkait dalam penulisan akademik kerana terhasilnya penulisan yang menarik
adalah datangnya dari seorang cendekiawan yang bijak dalam menggemburkan teknik
penulisan yang kreatif. Jika ingin menjadi seorang penulis yang berjaya, seseorang individu
itu perlu mempunyai ilmu yang cukup didada. Budaya penulisan yang baik ini dapat dijana
melalui penerapan pembelajaran dan pembacaan yang luas yang menekankan konsep
meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku di
sekeliling. Menurut Asni Nor Rizwan (2017), Penulisan akademik terdapat beberapa langkah
yang perlu diambil untuk menghasilkan sesebuah penulisan yang baik dan mantap. Antara
langkah yang digunakan dalam penghasilan penulisan akademik ialah pengumpulan,
pengamatan, penggolongan dan pentafsiran. Dengan menggunakan langkah-langkah tersebut,
penulisan akademik yang dihasilkan akan menjadi lebih teratur dan mudah difahami oleh
pembaca.
Oleh itu, penulisan ini dijalankan adalah kerana untuk merungkaikan mengenai
penggunaan struktur makro aspek teknikal dan retorik yang digunakan dalam penghasilan
bahan penulisan akademik. Para pengkaji tesis telah memilih penulisan tesis yang disediakan
pelajar ijazah sarjana yang bertajuk “Analisis Kohesi Dalam Ruangan Pojok” yang dihasilkan
oleh Tengku Shahrolnizam Bin Tengku Yahya daripada Akademik Pengajian Bahasa Melayu,
Universiti Malaya Kuala Lumpur.

4
1.1 Objektif Analisis

Objektif penulisan ini adalah:

1.1.1 Mengenal pasti struktur makro, aspek teknikal dan retorik pendedahan,
penghujahan dan pemujukan dalam bahan kajian.
1.1.2 Menganalisis penggunaan aspek teknikal dalam bahan kajian dan objektif

2.0 Struktur Makro

Pendefinisian struktur makro yang digambarkan oleh Lee McGaan (2014) adalah merujuk kepada
ciri-ciri yang berdasarkan sebuah penulisan ataupun sebuah percakapan lisan yang memfokuskan
kepada penyusunan sesebuah ucapan atau sesebuah karangan. Penghasilan struktur makro sangat
penting dalam sesebuah penulisan akademik kerana struktur makro, penulis dapat menyenaraikan
konteks yang ditulis dalam sebuah penulisan supaya ia dapat menjadi panduan kepada pembaca
sebagai rujukan. Penggunaan struktur makro juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu di mana
senarai yang akan disenaraikan perlu diikuti dengan jumlah penomboran, tajuk, dan muka surat.
Di dalam struktur makro yang dihasilkan oleh penulis tesis ini merangkumi 5 bab yang diikuti
dengan isi-isi utama dan isi-isi kecil di setiap bab. Setiap bab yang disenaraikan akan dikuti
dengan isi-isi utama dan isi-isi kecil mengikut turutan yang tersusun dengan menggunakan teknik
penomboran.

Rajah 1 : Senarai Kandungan

Berdasarkan rajah 1 di atas, pengkaji tesis ini telah meletakkan senarai penulisan makro
yang paling utama untuk disenaraikan. Antara kandungan yang terdapat dalam struktur makro ini
adalah abstrak, penghargaan, senarai kandungan, senarai lampiran, senarai jadual, senarai rajah

5
serta simbol dan singkatan. Dalam penghasilan sebuah tesis atau bahan penulisan akademik,
struktur yang paling utama yang harus dipersembahkan adalah abstrak. Ridwan Karim (2021)
telah mendefinisikan abstrak merupakan anggota paling terpenting di dalam sesebuah karya
Penulisan akademik. Persembahan abstrak ini akan diletakkan di bahagian awal penulisan sebagai
fokus kepada penghasilan yang hendak di sampaikan oleh penulis iaitu dengan memberi
gambaran tentang apa isi yang ingin disampaikan secara ringkas dan padat. Selain itu, abstrak
juga dapat diertikan sebagai inti pati dalam sebuah karya penulisan akademik yang merangkumi
sebayak 250-300 patah perkataan. Oleh sebab itu penulisan abstrak harus ditempatkan di bahagian
awal penulisan agar pembaca boleh menggambarkan dengan mudah tentang apa yang hendak
disampaikan oleh penulis. Jika dapat dilihat dalam rajah 1, terdapat perkara yang menyenaraikan
dua abstrak iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Rajah 2 : Senarai Isi Kandungan Bab 1

6
Rajah 3 : Senarai Isi Kandungan Bab 1

Seterusnya berpandukan rajah 2 dan rajah 3 di dalam bab 1, pengkaji tesis akan
menerangkan berkaitan dengan bahagian pengenalan kajian yang hendak dilakukan. Academic
English United Kingdom (2018) telah memberikan pentafsiran berkaitan pengenalan yang
dimaksudkan sebagai satu struktur yang paling penting dalam sesebuah penulisan akademik
kerana pengenalan akan menyampaikan kepada pembicara berkaitan dengan konteks apa yang
hendak disampaikan mengenai penulisan yang ditulis. Dengan itu, pengkaji tesis telah
menyenaraikan isi-isi penting dalam bentuk penyenaraian data dengan mengeluarkan semua isi
kandungan yang terkandung di dalam bab 1 iaitu dimulai dengan pendahuluan, sorotan kajian,
permasalahan kajian, objektif kajian, bidang kajian, bahan kajian, batasan kajian, kepentingan
kajian, konsep wacana dan analisis wacana, dan definisi operasi dan akhir sekali rumusan. Dalam
bab ini juga pengkaji tesis telah menyenaraikan dengan lebih lanjut berkaitan dengan definisi
operasional dan pengkaji tesis telah meletakkan cabang-cabang isi kecil di setiap konsep
dibawahnya. Antara konsep atau definisi yang disertakan adalah kohesi, eksofora, endofora,
anafora, katafora, teks, rujukan, penggantian, penggantian namaan, penggantian kerjaan,
penggantian klausa, penggantian bahasa kiasan, penggantian bahasa figuratif, penghilangan,

7
penghilangan namaan, penghilangan kerjaan, penghubung, kata penghubung gabungan, kata
penghubung waktu, kata penghubung pancangan keterangan, kata penghubung syarat dan
penggadaian, pengulangan kata sama atau hampir sama, penyataan semula secara sinonim atau
hampir sinonim, superordinat, hiponimi, meronim, meronim wajib, meronim pilihan, kolokasi,
kolokasi kata berkaitan, kolokasi kata berlawanan, dan pojok.

Rajah 4 : Senarai Isi Kandungan Bab 2

Rajah 5 : Senarai Isi Kandungan Bab 2

Seterusnya, dalam bab 2 iaitu yang bertajuk Metodologi Kajian Dan Kerangka Teoretis.
Metodologi kajian telah ditafsirkan oleh Derek Jansen dan Kerryn Warren (2020) merujuk
kepada bagaimana penyelidik merancang secara sistematik berkaitan dengan kajian yang hendak
dilakukan. Manakala kerangka teoretis pula yang diberi maksud oleh Erlin Atmadjaja (2020)
adalah sebuah asas dalam sesebuah kajian yang dijalankan di mana ia menjadi model konseptual
berkaitan dengan faktor-faktor masalah kajian. Senarai isi kandungan pada bab 2 ini mempunyai
sebanyak 6 isi di dalam bab ini. Antara isi yang telah disenaraikan oleh pengkaji tesis adalah
pendahuluan, metodologi kajian, kaedah pengumpulan data, teori kohesi, kerangka konsepsi, dan
akhir sekali rumusan. Manakala di dalam isi 2.2, pengkaji tesis telah meletakkan isi kecil iaitu di

8
bahagian 2.1.1 yang bertajuk reka bentuk kajian. Di dalam reka bentuk kajian, pengkaji tesis telah
meletakkan lagi beberapa tambahan isi yang lebih kecil iaitu di bahagian 2.2.1.1 yang bertajuk
kaedah kajian kepustakaan dan 2.2.1.2 kaedah kajian teks. Isi-isi kecil ini juga diletakkan di
bahagian isi ke tiga iaitu kaedah pengumpulan data. Di dalam isi ini pengkaji tesis telah
meletakkan empat isi kecil iaitu bermula daripada 2.3.1 pemilihan ruangan, 2.3.2 pengumpulan
data, 2.3.3 pembacaan terhadap teks kajian, dan 2.3.4 proses analisis data.

Rajah 6 : Senarai Isi Kandungan Bab 3

Selain itu, bab 3 yang bertajuk Kohesi Nahuan Dalam Teks Awang Selamat pula
merupakan tajuk yang isi yang paling sedikit iaitu sebanyak 2 isi sahaja yang bermula daripada
3.1 pendahuluan dan 3.2 rumusan. Namun di bahagian isi satu masih terdapat empat isi kecil yang
terkandung di dalam bab ini. Antara isi kecil yang diletakkan adalah 3.1.1 rujukan, 3.1.2
penggantian, 3.1.3 penghilangan, 3.1.4 penghubung.

Rajah 7 : Senarai Bab 4

9
Di samping itu, di dalam bab 4 yang bertajuk Kohesi Leksikal Dalam Teks Awang
Selamat mempunyai 4 isi utama yang disenaraikan oleh penulis. Antara isi utama yang
disenaraikan adalah 4.1 pendahuluan, 4.2 penyataan semula leksikal, 4.3 leksikal berkolokasi, dan
4.4 rumusan. Walau bagaimanapun,, bab ini masih mengekalkan isi-isi kecil seperti yang berada
pada 4.2. antara isi kecil yang disenaraikan adalah 4.2.1 pengulangan kata yang sama atau kata
yang hampir sama, 4.2.2 pernyataan semula secara sinonim atau yang hampir sinonim, 4.2.3
pernyataan semula melalu superordinat (hiponim), dan pernyataan semula melalui meronim.
Selain daripada isi utama 4.2, isi utama di bahagian 4.3 juga menggunakan kaedah penerangan
melalui isi kecil. Antara isi kecil tersebut adalah 4.3.1 kolokasi kata berkaitan dan 4.3.2 kolokasi
kata berlawanan. Di dalam bab ini juga, pengkaji tesis telah menggunakan kaedah isi kecil dalam
isi kecil iaitu di bahagian isi kecil 4.2.1. antara isi yang diletakkan adalah 4.2.1.1 pengulangan
kata yang sama dan 4.2.1.2 pengulangan kata atau frasa yang hampir sama.

Rajah 8: Senarai Isi Kandungan Bab 5

Rajah 9 : Senarai Isi Kandungan Bab 5

10
Tambahan pula, di akhir bab tesis ini iaitu bab 5 yang membincangkan berkaitan rumusan
dan cadangan atau juga dikenali sebagai kesimpulan. Menurut Shona McCombes (2019)
kesimpulan merupakan rumusan yang digabungkan secara keseluruhan daripada penulisan ke
dalam sebuah perenggan dengan membincangkan berkaitan dengan implikasi, harapan dan
cadangan penambahbaikan untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pembaca. Pengkaji tesis telah
meletakkan 4 isi utama di dalam bab ini iaitu dimulai dengan 5.1 pendahuluan 5.2 rumusan kohesi
nahuan, 5.3 rumusan kohesi leksikal dan 5.4 cadangan kajian.

3.0 Aspek Teknikal

Penulisan akademik merupakan satu dokumen formal yang dikemukakan secara objektif
daripada hasil penyelidikan secara kritis mengenai isu-isu atau sesuatu persoalan.
Penulisan ini tertakluk kepada format ilmiah dan memenuhi keperluan tertentu. Bagi
menghasilkan sebuah penulisan yang kreatif, berilmiah dan formal, perkara yang paling
penting ialah aspek teknikal. Aspek teknikal sangat penting kerana berfungsi untuk
memastikan kualiti dan fakta penulisan yang jelas, beretika, baik, standard dan juga
konsisten. Dengan adanya aspek teknikal dapat membantu dalam menyampaikan idea, isi
dan data dengan lebih tepat dan berkesan. Antara aspek teknikal yang perlu ada bagi
menghasilkan sebuah penulisan yang baik ialah dari segi bahasa dan ejaan, margin atau
birai, jadual, rajah, penomboran, pemetikan dan penulisan rujukan iaitu dalam APA Style.

3.1 Bahasa Dan Ejaan

Antara aspek teknikal yang penting dalam penulisan akademik ialah bahasa dan
ejaan. Bahasa dan ejaan ini ialah penting kerana dalam penulisan akademik,
kesalahan penggunaan tatabahasa yang betul iaitu seperti ejaan dan tanda baca
yang tepat akan menyebabkan sesuatu penulisan itu menjadi tidak menarik dan
tidak berkualiti. Penulisan akademik perlu menggunakan bahasa yang formal
supaya sesuai untuk menuliskan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif.
Sebuah penulisan akan disebut sebagai komunikatif apabila dipersembahkan

11
secara logik. Hal ini kerana, dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami dan
tiada kesalahan ejaan amat penting (Noorsafuan Che Noh,2014). Antara kesalahan
tatabahasa ialah seperti imbuhan, penulisan kata ulang, kata majmuk dan lain-lain.
Dengan adanya kesalahan ini, sesebuah penulisan akan terjejas kualitinya. Selain
itu, kesalahan yang kerap dilakukan oleh penulis ialah penggunaan bahasa
Inggeris. Dalam penulisan akademik, ejaan yang digunakan ialah dalam British
English dan bukan American English.

Rajah 10 : Contoh penggunaan bahasa Melayu

Berdasarkan rajah 10, secara keseluruhan bagi penulisan tesis ini ialah
dalam Bahasa Melayu standard. Majoritinya dalam penghasilan penulisan ini,
pengkaji tesis menggunakan Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat juga
penggunaan bahasa Inggeris dalam tesis ini iaitu sewaktu pengkaji tesis
menjadikan penulisan akademik seperti buku, artikel, tesis dan lain-lain sebagai
rujukan. Contohnya, pada rajah 10, perenggan kedua dan baris pertama ‘Textual

12
cohesion in modern standard Chinese’. Tersebut merupakan buku yang digunakan
sebagai rujukan dalam penghasilan tesis ini.

3.2 Margin Atau Birai

Bagi menghasilkan sebuah penulisan akademik yang berkualiti, aspek teknikal


yang memainkan peranan yang penting ialah margin atau birai. Margin ialah ruang
kosong yang mempunyai baris untuk memisahkan bahagian atas, bawah, kiri dan
kanan penulisan ini (Fitria Uno,2020). Margin ini penting kerana dengan adanya
margin, ia dapat memberikan kesan kemas dan kelihatan profesional terhadap
penulisan tersebut. Fungsi utama margin ialah untuk menghasilkan suatu jarak
terhadap bahagian tepi perenggan daripada halaman yang hendak ditulis. Hal ini
kerana dengan adanya margin, kekemasan yang ada pada penulisan ini menjadi
lebih jelas dan baik.

Rajah 11 : Margin

Berdasarkan rajah di atas, terdapat penggunaan margin atau birai bagi


menghasilkan penulisan tesis ini. Dengan adanya margin, hasil penulisan ini
kelihatan lebih kemas dan mudah difahami kerana kekemasan tersebut. Secara
keseluruhan, saiz kertas yang digunakan ialah 21cm lebar dan 29.7cm tinggi. Oleh
itu, dalam penulisan tesis ini, di bahagian atas kertas margin yang digunakan ialah

13
1.83cm manakala bahagian bawah kertas pula ialah 1.62cm. Selain itu, di bahagian
kiri kertas ialah 2.96cm dan bahagian kanan kertas ialah 0.78cm. Seterusnya, line
spacing di dalam sebuah perenggan ialah 8.1cm. Line spacing ini digunakan dalam
penulisan ini supaya dapat dibaca dengan jelas dan mudah difahami setiap
perkataan yang ditulis. Di samping itu, untuk memulakan perenggan atau istilah
yang digunakan ialah indent, jarak kertas dari kanan ialah sebanyak 1.04cm
manakala jarak dari kiri ialah 1.21cm.

3.3 Jadual

Berdasarkan artikel The Use of Tables, David J. Slutsky (2014) menerangkan


tentang fungsi jadual iaitu jadual dapat digunakan untuk menyusun atur maklumat
dan data-data yang banyak secara terperinci serta dapat dikategorikan menerusi
jadual dengan jelas. Maklumat yang telah diletakkan dalam jadual pula akan
diterangkan dengan secukupnya berdasarkan jadual yang dibina. Jadual juga
memudahkan sesuatu manuskrip itu untuk dibaca dengan mengeluarkan data
daripada jadual dan dihuraikan dalam bentuk teks. Perkara ini akan memudahkan
pembaca untuk memahami tafsiran jadual tersebut. Rajah di bawah menunjukkan
salah satu bentuk jadual yang terdapat dalam kajian ini.

Rajah 12 : Struktur jadual

14
Berdasarkan contoh rajah di atas, Kedudukan tajuk diletakkan di bahagian
atas jadual dengan menggunakan pelabelan yang betul. Tajuk jadual yang
digunakan adalah bersaiz 12 Times New Roman dan pada pelabelan jadual itu pula
ditebalkan untuk menunjukkan jadual yang pertama. Tajuk jadual yang digunakan
juga adalah ringkas dan tidak melebihi empat baris serta menggunakan kata nama
bagi menyatakan tajuk jadual tersebut. Maklumat dalam jadual dikategorikan
mengikut empat bahagian iaitu tema, no teks, tajuk teks dan tarikh. Pada bahagian
penulisan maklumat tersebut, pengkaji tesis telah menggunakan tulisan jenis Times
New Roman dan bersaiz 10 serta pada maklumat tajuk teks pula pengkaji tesis
telah mencondongkan semua tajuk teks yang telah disenaraikan. Pada bahagian
tema juga pengkaji tesis telah menggunakan nombor roman bagi menyatakan dua
tema yang berbeza. Pengkaji tesis turut menggunakan nombor roman bagi
menyatakan maklumat pada no teks dan tarikh bagi menunjukkan maklumat
dengan lebih tepat kepada pembaca. Maklumat yang diletakkan pada jadual itu
juga tidak mempunyai tanda noktah dan hanya tanda seperti tanda soal dan tanda
koma sahaja digunakan bagi menyatakan tajuk teks.

3.4 Rajah

Ravikiran (2017) menyatakan bahawa definisi gambar rajah merupakan suatu


simbolik bagi menyatakan maklumat melalui beberapa teknik yang visualisasi.
Daripada Hall’s (1996) turut menyatakan bahawa gambar rajah merupakan angka
yang telah disederhanakan dengan lebih mudah dan bertujuan untuk
menyampaikan sesuatu perkara yang penting kepada semua pihak. Rajah dapat
berfungsi untuk menjelaskan tentang sesuatu maklumat dengan lebih mudah dan
dapat difahami dengan cepat. Rajah yang dilakukan dengan cara yang kreatif dan
tepat akan menarik minat pembaca untuk lebih mendalami sesuatu maklumat yang
ingin disampaikan. Antara contoh rajah yang boleh digunakan dalam penulisan
akademik ialah fotografi, graf, carta dan peta. Rajah di bawah menunjukkan
contoh rajah iaitu carta aliran yang didapati berdasarkan bahan kajian.

Rajah 13 : Contoh Lakaran Rajah

15
Pada bahagian rajah pula, tajuk rajah diletakkan di bawah rajah dengan
menggunakan pelabelan bagi menyatakan senarai rajah yang diletakkan dalam
senarai kajian. Penulisan pada bahagian tajuk adalah menggunakan jenis Times
New Roman dan bersaiz 12 dan ditebalkan pada pelabelan rajah. Pada bahagian
sebelah bahagian tajuk juga telah diletakkan dalam bentuk kurungan tentang
maklumat sumber iaitu nama, tarikh dan halaman. Sumber kajian itu menunjukkan
pengkaji tesis menggunakan kaedah sumber yang betul dan tiada unsur plagiat.
Rajah yang digunakan oleh pengkaji tesis juga adalah berbentuk carta aliran bagi
menunjukkan perkaitan antara maklumat yang dinyatakan dalam rajah. Penulisan
bagi maklumat di dalam rajah juga menggunakan Times New Roman dan bersaiz
12 serta pengkaji tesis telah menggunakan anak panah bagi menunjukkan aliran
dalam rajah tersebut.

3.5 Penomboran

Penomboran dapat memudahkan untuk penyusunan tajuk, bab dan halaman muka
surat untuk memudahkan pembaca mencari setiap topik. Tajuk besar dan tajuk
kecil juga dapat dibezakan mengikut penomboran yang telah digunakan kerana
berlainan nisbah angka yang digunakan. Rajah di bawah menunjukkan contoh
penomboran yang telah dilakukan di bahagian isi kandungan dalam bahan kajian.

Rajah 14 : Penomboran

16
Contoh penomboran di atas menunjukkan pengkaji tesis menggunakan
jenis nombor roman bagi menunjukkan bilangan tajuk dan halaman. Penulisan bab
juga telah dimulakan dengan perkataan dan angka seperti BAB 4 dan pengkaji
tesis juga menebalkan serta menggunakan huruf besar bagi menyatakan bab dan
tajuk setiap tajuk besar. Penomboran bagi tajuk utama dalam tajuk pula
menggunakan angka seperti 4.1, 4.2, 4.3 dan 4.4 manakala bagi penomboran tajuk
kecil pula menggunakan tiga hingga empat angka bulat seperti 4.2.1 dan 4.2.1.1.
Pada rajah tersebut, penomboran yang digunakan bagi tajuk kecil adalah tidak
melebihi daripada empat angka bagi menyatakan setiap tajuk kecil. Setiap angka
yang melebihi daripada satu angka tersebut akan dipisahkan oleh tanda noktah di
antara nombor-nombor tersebut seperti 4.2.2 dan 4.2.3. Halaman setiap tajuk juga
telah diletakkan dalam senarai tajuk dalam bentuk penomboran bagi memudahkan
pembaca untuk mencari maklumat berdasarkan halaman yang telah dinyatakan.

3.6 Pemetikan

Pemetikan menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005) ialah nukilan, petikan,
pungutan, pandangan, pendapat atau idea yang diambil daripada sumber yang
pelbagai seperti daripada pengkaji lain atau pengkaji lepas. Merujuk kepada
Sivachandralingam (2001 dalam NurHasimah Arshad 2016), pemetikan berfungsi
untuk menegaskan isi huraian dan pemetikan dapat membuktikan pernyataan yang
ditulis oleh pengkaji . Pemetikan merupakan aspek yang penting dalam sesebuah
penulisan. Antara kepentingan pemetikan tulisan daripada pengkaji lain atau

17
pengkaji lepas dalam sesebuah penulisan akademik adalah untuk menyokong idea
atau hujah yang penulis hendak sampaikan kepada pembaca. Dengan adanya
pemetikan daripada pengkaji lepas, hujah tersebut dapat meyakinkan pembaca.
Kepentingan yang lain pula adalah memperlihatkan bacaan penulis yang luas,
menunjukkan bahawa pengkaji tesis faham tentang kajian lepas dan kosa ilmu
yang berkaitan serta menunjukkan penulis mengikuti konvensi akademik. Akhir
sekali, pemetikan sangat penting dalam penulisan kerana bertujuan untuk
mengelakkan berlaku plagiat.

Terdapat beberapa teknik atau cara menulis pemetikan dalam penulisan.


Antaranya ialah teknik menulis petikan primer yang terbahagi kepada dua jenis
iaitu dalam badan perenggan dan dalam kurungan, petikan sekunder, teknik
membuat ringkasan dan teknik menulis parafrasa. Berikut merupakan beberapa
contoh pemetikan yang telah dikenal pasti dalam penulisan tersebut.

3.6.1 Pemetikan Primer

Rajah 15 : Pemetikan Primer

Pemetikan di atas merupakan pemetikan primer yang mana menurut Azmi


Alwi (2011 dalam NurHasimah Arshad 2016) penulis memetik sesuatu petikan
yang ditulis oleh pengkaji lepas dalam penulisannya. Jenis petikan primer yang
ditulis oleh pengkaji tesis ialah petikan dalam badan perenggan. Petikan dalam
badan perenggan merujuk kepada penulis memetik ayat dalam sesuatu perenggan
untuk ditulis semula dalam penulisannya. Kemudian, pengkaji tesis menyertakan
nama sumber primer yang dirujuk bagi menguatkan lagi hujah atau idea dalam
penulisan tersebut. Berdasarkan contoh di atas, ayat “Menurut Siti Rodziyah
(2009), akhbar memikul tanggungjawab sosial sebagai pengkritik

18
ketidakadilan ekonomi dan sosial, memperbaiki cara bekerja dan kaedah
perjuangan serta meningkatkan kesedaran politik” ini menunjukkan bahawa
pengkaji tesis mengambil semula ayat daripada pengkaji ]lepas untuk
mempamerkan alasan yang kukuh tentang perkara yang ditulis dalam
penulisannya. Hal ini demikian dapat menunjukkan kepada pembaca bahawa
pengkaji tesis tidak mereka cerita atau ayat kerana hujahnya disokong oleh
maklumat daripada pengkaji yang lepas.

3.6.2 Pemetikan Parafrasa

Rajah 16 : Pemetikan Parafrasa

19
Contoh pemetikan yang seterusnya merupakan pemetikan parafrasa.
Berdasarkan Sivachandralingam (2001 dalam NurHasimah Arshad), pemetikan ini
merujuk kepada teknik menyampaikan semula sesuatu maklumat daripada
pengkaji lepas dengan menggunakan kata-kata yang berbeza daripada pengkaji.
Dalam contoh di atas, pengkaji tesis menerangkan semula maklumat yang telah
diperolehi dengan menggunakan gaya yang berbeza tetapi masih menyokong hujah
yang disertakan dalam penulisan. Sebagai contoh, ayat “A Dictionary of
Linguistics and Phonetic (1997) mentakrifkan eksofora sebagai proses
linguistik yang mempunyai fungsi sebagai kata ganti seperti kata ganti untuk
merujuk sesuatu there (sama) dan that (situ).” menunjukkan pengkaji tesis
mengolah semula sesuatu ayat supaya pembaca lebih mudah memahami maksud
yang hendak disampaikan dengan jelas. Pendek kata, teknik parafrasa ini merujuk
kepada cara pengkaji tesis mengolah semula maklumat mengikut pemahaman yang
difahami dan menjelaskan maklumat tersebut menggunakan ayat sendiri. Hal ini
dapat menunjukkan yang pengkaji tesis faham tentang kajian yang dirujuk dan
bacaan pengkaji tesis sangat luas.

3.7 Penulisan Rujukan

Berdasarkan buku Panduan Mudah Format Rujukan APA Edisi ke-7 yang
ditulis oleh Chuah Kee Man (2020), rujukan membawa maksud senarai maklumat
rujukan untuk nama-nama yang telah dinyatakan dalam petikan atau karya yang
muncul di akhir sesuatu penulisan. Bahagian rujukan dalam sesebuah penulisan
adalah sangat penting kerana dapat membuktikan pengkaji tesis telah merujuk
kepada sumber yang sahih dan tepat. Bukan sahaja itu, malah rujukan juga penting
bagi membantu pembaca untuk merujuk kepada sumber yang dipetik supaya
pembaca dapat memperoleh penerangan dengan lebih lanjut. Dalam rujukan, cara
untuk menyenaraikan nama di bahagian hadapan adalah sama untuk setiap bahan.
Namun begitu, yang berbeza adalah maklumat lanjut mengikut bahan yang
digunakan. Berikut merupakan beberapa contoh penulisan rujukan yang telah
dikenal pasti dalam penulisan tersebut.

3.7.1 Rujukan Buku

20
Rajah 17 : Penulisan Rujukan Buku

Berdasarkan contoh di atas, penulisan rujukan yang digunakan


adalah khusus untuk menulis rujukan buku. Merujuk kepada format APA
Edisi ke-6, rujukan buku memerlukan beberapa aspek seperti nama penulis
buku, tahun penerbitan, tajuk buku, tempat buku tersebut diterbitkan dan
nama penerbit buku tersebut. Sebagai contoh, penulisan rujukan “Abdul
Rani, Bustanul Arifin & Martutik. (2004). Analisis wacana sebuah
kajian bahasa dalam pemakaian. Malang: Bayumedia Publishing.”
menepati cara penulisan rujukan buku mengikut jenis atau format APA
Edisi ke-6. Tajuk buku perlu dicondongkan dan tidak semua perkataan
berhuruf besar. Hanya huruf permulaan atau kata nama khas sahaja yang
perlu ditulis dengan huruf besar. Namun begitu, berdasarkan kepada buku
Panduan Mudah Format Rujukan APA Edisi ke-7, pengkaji tesis tidak
perlu menyatakan tempat penerbitan buku yang dirujuk tersebut.

3.7.2 Rujukan Berita Atas Talian

Rajah 18 : Penulisan Rujukan Berita Atas Talian

Penulisan rujukan di atas merujuk kepada rujukan berita atas talian.


Pengkaji tesis bukan sahaja menggunakan rujukan buku, malah beliau juga
menggunakan rujukan daripada berita secara atas talian untuk mendapatkan
21
maklumat. Cara untuk menulis rujukan berita atas talian memerlukan
aspek-aspek tertentu mengikut format APA seperti nama penulis, tarikh,
tajuk berita, nama berita dan pautan laman web yang dilayari. Walau
bagaimanapun, penulisan rujukan di atas berbeza sedikit kerana
mempunyai perkataan “Retrieved from”. Berdasarkan buku Panduan
Mudah Format Rujukan APA Edisi ke-7, terdapat perubahan dalam
menyenaraikan bahan dalam talian iaitu tiada lagi perkataan “Retrieved
from” tetapi nama dan pautan laman web perlu dinyatakan.

3.7.3 Rujukan Tesis

Rajah 19 : Penulisan Rujukan Tesis

Berdasarkan contoh di atas, penulisan rujukan tersebut


menunjukkan bahawa penulis turut merujuk bahan tesis daripada pengkaji
lepas untuk memperoleh maklumat atau pengetahuan tambahan. Antara
aspek-aspek yang perlu ada untuk menulis rujukan tesis adalah seperti
nama penulis, tahun tesis tersebut ditulis, tajuk kajian, tajuk tesis dan
tempat tesis tersebut ditulis. Merujuk kepada Chuah Kee Man (2020), tajuk
kajian perlu dicondongkan manakala tajuk tesis tidak perlu dicondongkan.
Sebagai contoh, “Ana Nadhya Abrar. (2010). Hubungan Dewan
Perwakilan Rakyat dengan pemerintah pada masa pentadbiran
Megawati Soekarnoputri: Analisis wacana surat khabar Indonesia. Tesis
Doktor Falsafah. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Kuala Lumpur:

22
Universiti Malaya.” menepati format penulisan rujukan mengikut format
APA edisi ke-7 yang mana adanya aspek nama penulis, tahun tesis ditulis,
tajuk kajian, tajuk tesis dan tempat tesis tersebut dihasilkan.

4.0 Retorik

Dehan & Yaakob (2015), menyatakan bahawa retorik merupakan satu bidang linguistik
yang menerapkan penggunaan bahasa yang indah, berseni malah turut menekankan aspek
kesantunan serta pengaplikasian bahasa yang baik tidak kira secara lisan atau tidak lisan.
Dalam tugasan ini, hanya tiga retorik sahaja yang difokuskan iaitu retorik pendedahan,
penghujahan dan pemujukan.

4.1 Retorik Pendedahan

Retorik pendedahan didefinisikan sebagai retorik yang menerangkan atau cuba


mengungkap sesuatu perkara yang boleh diperluaskan lagi pandangannya atau
pengetahuan seseorang menurut Muhammad Mazlan & Zaitul Azma (2016) Terdapat
dua contoh retorik pendedahan yang dijumpai.

Rajah 20 : Retorik Pendedahan

23
Retorik pendedahan bertujuan untuk memindahkan idea atau maklumat daripada
seseorang kepada khalayak dengan berkesan. Berdasarkan rajah 20 di atas, dapat dilihat
frasa “wacana sebagai ayat-ayat yang mempunyai unsur kesatuan” menunjukkan
satu pentakrifan mengenai wacana telah diberikan kepada khalayak. Pengkaji tesis juga
telah menghuraikan istilah wacana berdasarkan frasa “teks merupakan pewujudan
wacana”. Pengkaji tesis cuba mendedahkan definisi wacana kepada pembaca dengan
harapan pembaca dapat memahami konsep wacana itu. Teknik pentakrifan yang
diaplikasikan oleh pengkaji tesis jelas dapat membantu pembaca lebih memahami
konsep wacana. Cara pemindahan maklumat seperti takrifkan wacana itu kepada
pembaca jelas berkesan untuk membantu pembaca memahami konsep ini. Hal ini juga
menyatakan bahawa retorik pendedahan menjadi faktor penting dalam memastikan
pembaca dapat memahami isi sesuatu maklumat. Ketidakwujudan retorik pendedahan ini
pasti akan menimbulkan kekeliruan kepada para pembaca.

Rajah 21 : Retorik Pendedahan

24
Berdasarkan rajah 21, menunjukkan satu bentuk penggunaan retorik pendedahan
oleh penulis. Perkara yang didedahkan adalah tentang tema Perdana Menteri pada ketika
itu iaitu Tun Dr. Mahathir menerusi akhbar Utusan Malaysia. Hal ini berketepatan
dengan tujuan penggunaan retorik pendedahan iaitu mengungkap dan memperluas
tentang sesuatu hal atau isu. Dalam konteks ini, perkara yang ingin diterangkan oleh
penulis kepada pembaca adalah fungsi dan pemilihan tema akhbar Utusan Malaysia. Hal
ini dapat dikenal pasti berdasarkan ayat ‘Umum mengetahui bahawa akhbar Utusan
Malaysia merupakan akhbar arus perdana ...’ sebagai pengenalan tentang unsur
utama penulisan. Seterusnya, penulis mendedahkan unsur-unsur yang ditulis dalam
akhbar Utusan Malaysia iaitu pandangan Datuk Seri Najib Razak, penubuhan parti
baharu oleh Tun Dr. Mahathir dan kritik kepada kerajaan yang disiarkan dalam akhbar
tersebut dan akhbar mingguan. Jelaslah bahawa pengkaji tesis mengenal pasti
penggunaan retorik pendedahan yang bertujuan untuk mendedahkan dan mengungkap
satu perkara yang ingin didedahkan oleh penulis.

4.2 Retorik Penghujahan

25
Keraf (1989) turut menyatakan bahawa retorik penghujahan merupakan jenis retorik
yang akan mempengaruhi sikap dan pendapat pembaca dalam sesuatu isu. Hal ini
demikian kerana, pembaca akan mudah percaya dan yakin dengan kesahihan sesuatu
topik itu. Berikut merupakan contoh retorik penghujahan yang telah dikenal pasti.

Rajah 22 : Retorik Penghujahan

Retorik penghujahan digunakan untuk meyakinkan pembaca terhadap kewajaran


sesuatu perkara dan seterusnya bersetuju dengan perkara tersebut. Contohnya, pada
permulaan ayat rajah di atas pengkaji tesis cuba menyatakan sebab aspek kohesi penting
dalam membina sebuah wacana. Selain itu, retorik penghujahan dapat dikenal pasti
berdasarkan teknik deduksi, induksi dan analogi. Contoh di atas menggunakan teknik
deduksi yang dimulakan dengan isi pokok, huraian dan contoh. Isi pokok dapat dikenal
pasti berdasarkan ayat “aspek kohesi sangat penting dalam wacana”. Pengkaji tesis
ingin menegaskan bahawa aspek kohesi penting melaksanakan wacana. Isi pokok ini
seterusnya dihuraikan dengan pernyataan “kerana aspek ini dapat menjadikan teks
bertaut dengan baik di samping berfungsi untuk menghubungkan satu idea dengan
idea yang lain dengan teratur”. Pengkaji tesis seterusnya menghuraikan aspek kohesi
dapat menjalinkan idea dengan lebih teratur. hal ini dapat membantu pembaca
memahami isi kajian ini. Kesan yang dinyatakan dalam rajah di atas seterusnya menjadi
contoh kepada para pembaca sekiranya aspek kohesi itu digunakan dalam sesebuah teks.

26
Oleh itu, pengaplikasian retorik penghujahan penting dalam mewujudkan teks yang
bermakna.

Rajah 23 : Retorik Penghujahan

Petikan di atas menunjukkan penggunaan seni pemakaian bahasa yang digunakan


oleh Shahrulnizam Yahya (2018) iaitu retorik penghujahan. Pengkaji tesis dapat
mengenal pasti retorik penghujahan dengan ciri-ciri penulisan tersebut yang
menggunakan cara penyampaian dan mempunyai usul dan gagasan. Teknik penyampaian
yang digunakan oleh Shahrulnizam Yahya adalah teknik penyampaian deduksi yang
dimulai dengan penyataan umum “Analisis wacana untuk menggambarkan sebuah
struktur yang luas melebihi batasan-batasan kalimat”, kemudiannya disokong
dengan penyataan khusus dan hujah yang kuat seperti fungsi dan cara penggunaan
wacana serta melibatkan hujah dari Idris (2010) dan Idris & Kamila (2016) untuk
memperkuat gagasan atau usul yang ditimbulkan. Ringkasan yang dapat dibuat oleh
pengkaji tesis adalah retorik penghujahan digunakan untuk menimbulkan satu usul dan
gagasan diseratakan dengan sokongan bagi meyakinkan pihak alin untuk
mempercayainya.

27
4.3 Retorik Pemujukan

Pemujukan atau retorik pemujukan pula ialah antara cara penggunaan bahasa yang
digunakan bagi membuktikan sesuatu kebenaran daripada perkara yang kurang jelas
isinya atau berlaku perbalahan pendapat dalam isu tersebut. Retorik ini melibatkan
pujukan dalam pelbagai bentuk yang boleh dilakukan.

Rajah 24 : Retorik Pemujukan

Tujuan utama retorik pemujukan digunakan adalah untuk mempengaruhi dan


mendorong pembaca atau pendengar untuk melakukan tindakan seperti yang disarankan.
Retorik ini digunakan dengan melemparkan satu hujah dan disertakan dengan cadangan
tindakan. Penulis telah menyatakan satu hujah bahawa kajian tentang rencana
penulisan atau pengarangan adalah sangat jarang dilakukan. Hal ini mungkin melibatkan
beberapa faktor dalam dan luaran dalam pengarangan dan penulisan bahasa Melayu.
Oleh itu penulis memberikan cadangan supaya karya sedia kajian sedia ada seperti
kajian Mohd Taib (164) dan Sanat (2002) perlu ada kesinambungan atau kajian
berterusan bagi memperjelas dan menempatkan kajian jenis rencana pengarangan ke
28
dalam masyarakat negara ini. Penulis turut menerapkan sokongan bagi hujah yang
dilemparkan iaitu menerapkan unsur – unsur positif yang masyarakat boleh dapat
daripada kajian ini.

Rajah 25 : Retorik Pemujukan

Selain itu, retorik pemujukan menurut Zoriati (2005) bertujuan untuk mengubah
pendirian seseorang individu itu mengenai dirinya sendiri, orang lain, peristiwa dan
sesuatu isu. Jika dilihat berdasarkan rajah di atas, pengkaji tesis cuba menyatakan
kepentingan kohesi berdasarkan frasa “kohesi juga penting sebagai suatu usaha bagi
memahami dan menghuraikan”. Frasa tersebut bertujuan untuk mempengaruhi
khalayak dari aspek fikiran mereka mengenai kohesi. Isu yang sama juga terjadi pada
frasa “aspek kohesi ini tidak boleh diketepikan dalam kajian analisis wacana”.
Pengkaji tesis cuba menarik perhatian khalayak dengan menyatakan kesan sekiranya
aspek kohesi ini tidak diaplikasikan. Kesan tersebut pasti akan dapat mengubah pendirian
khalayak dalam isu ini. Penyampaian retorik pemujukan yang jelas dan berkesan juga
terpapar pada ayat “hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa aspek kohesi
dapat mempertaut teks menjadi unit bahasa yang menarik untuk dibaca dan
seterusnya memberi kesan kepada pembaca”. Hujah yang diberikan oleh pengkaji

29
tesis menunjukkan keinginannya untuk mengubah pendirian pembaca. Pengkaji tesis
cuba mempengaruhi khalayak dengan menyatakan kesan aspek kohesi tidak digunakan.
Kecuaian seseorang individu apabila tidak mengaplikasikan aspek kohesi akan
menyebabkan sesuatu teks itu menjadi tidak bermakna. Oleh itu, pengkaji tesis telah
memilih retorik pemujukan dalam kajiannya untuk mempengaruhi khalayak agar
bertindak berdasarkan usulnya.

5.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Penulisan Akademik merupakan penulisan yang sangat mencabar


dan menguji kemampuan serta kekuatan minda kerana untuk menghasilkan sesebuah
penulisan yang baik, seseorang penulis itu wajib mempunyai teknik-teknik yang berkesan.
Hal ini dikatakan demikian kerana setiap hasil karya penulisan akademik perlu disokong
dengan bahan atau bukti yang sahih. Selain itu, untuk menghasilkan penulisan akademik
yang terbaik, pengkaji tesis perlulah menghasilkan kajian yang menepati ciri-ciri
Penulisan Akademik seperti berformat, berstruktur, sahih, benar, formal, kritis dan
sebagainya. Melalui laporan ini, terdapat objektif yang telah dicapai iaitu mengenal pasti
struktur makro, aspek teknikal dan retorik pendedahan, penghujahan dan pemujukan
dalam bahan kajian serta menganalisis penggunaan struktur makro, aspek teknikal dan
retorik seperti retorik pendedahan, penghujahan dan pemujukan.

Laporan ini telah menunjukkan bahawa pengkaji tesis mengikut ciri-ciri penulisan
akademik yang terbaik kerana adanya struktur makro yang lengkap, aspek teknikal dari
segi bahasa dan ejaan, margin, penomboran, jadual, rajah, pemetikan serta penulisan
rujukan yang menepati cara-cara yang diajar melalui Penulisan Akademik. Bukan sahaja
struktur makro dan aspek teknikal, malah retorik juga dapat dikenal pasti dalam kajian
oleh pengkaji tesis tersebut yang mana adanya retorik pendedahan, penghujahan dan
pemujukan. Dengan ini, semua masyarakat terutamanya pengkaji tesis yang ingin
menghasilkan penulisan akademik yang terbaik perlulah mempunyai usaha, kesungguhan,
ketekunan, kesabaran dan ketabahan supaya dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan
penulisan bersama umum.

Rujukan

AEUK. (2018, Febuari 18). How to write an academic introduction. Academic English United
Kingdom. https://academic-englishuk.com/write-academic-

30
Chuah Kee Man. (2020). Panduan Mudah Format Rujukan APA: Edisi ke-7. Academia.
https://www.academia.edu/44617624/Panduan_Mudah_Format_Rujukan_APA_Edisi_Ke
_7

Dehan, A. A. M., & Yaakob, H. N. A. (2015). Teknik Retorik dalam Novel Salina Karya A.
Samad Said. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 2, 49–
59. https://journal.ump.edu.my/ijleal/article/view/463

Derek Jansen & Kerryn Warren. (2020). What (Exactly) Is Research Methodology?. Gradcoach.
https://gradcoach.com/what-is-research-methodology/

Erlin Atmadjaja. (2020). Pembentukan Kerangka Teori dan Hipotesis. Slideplayer.


https://slideplayer.com/slide/14228353/

J Wrist Surg. (2014). The Use of Table. Journal of Wrist Surgery. NCBI
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4208953/#:~:text=Tables%20are
%20used%20to%20organize,numeric%20data%20from%20the%20text.

McGaan Lee. (2014). Issues In Message Construction. Monmouth College.


https://department.monm.edu/cata/saved_files/Handouts/ISSUES.FSC.html

Muhammad Mazlan Abu Bakar & Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2016. Retorik Pembangunan
Sosioekonomi Masyarakat Dalam Laporan Media Cetak. JURNAL LINGUISTIK, 20(1),
10-25. https://jurnal.plm.org.my/wp-content/uploads/2017/10/2.-Retorik-Pembangunan-
Sosioekonomi-Masyarakat-Dalam-Laporan-Media-Cetak.pdf

Noorezayu Mohd Said. 2012. Panduan penulisan akademik institusi pendidikan guru. Slideshare.
https://www.slideshare.net/noorezayumohdsaid/panduan-penulisan-akademik-institut-
pendidikan-guru.

Noorsafuan Che Noh. (2014). 4.panduan penulisan ilmiah. Slideshare.


https://www.slideshare.net/noorsafuanchenoh/4-panduan-penulisan-ilmiah.

Norzalina Noor. (2018). Wacana adakemik bahasa Melayu. Researchgate.


https://www.researchgate.net/publication/326696110_WACANA_AKADEMIK_BAHASA_
MELAYU

NurHasimah Arshad. (2016). Kaedah Penulisan Ilmiah. Slideshare.


https://www.slideshare.net/NurhasimahArshad/kaedah-penulisan-ilmiah-57407299

31
Osman, Z. (2005). Retorik pujukan : kajian kes ceramah Haji Hadi Awang [Universiti Malaya].
Studentsrepo. http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/2482

Ravi Kiran. (2017). Use of Diagrams In Technical Writing. Slideshare.


https://www.slideshare.net/ravikiran178/use-of-diagrams-in-technical-writing

Ridzuan Karim. (2021, Mac 20). Pengertian Abstrak: Cara Membuatnya dan Contoh Dalam
Karya Ilmiah. Deepublish. https://penerbitbukudeepublish.com/pengertian-abstrak/

Shona McCombes. (2019, Januari 24). How to Conclude an Essay | Interactive Example. Scribbr.
https://www.scribbr.com/academic-essay/conclusion/

Sivachandralingam Sundara Raja. (1999, April 26). Pemikiran Dan Penuisan Ilmiah Di
Universiti. Universiti Malaya.
https://sejarahum.tripod.com/pensyarah/sivaAKADEMIK.html

32

Anda mungkin juga menyukai