Anda di halaman 1dari 29

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 101

UNIT 4 KAEDAH MEMBERI MAKNA SECARA TRADISIONAL

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Mengenal pasti definisi makna sinonim, antonim, hipernim dan hiponim. 2. Mengenal pasti sinonim, antonim, hipernim dan hiponim dan membezakannya daripada golongan makna yang lain. 3. Menjelaskan konsep dan perbezaan sinonim, antonim, hipernim dan hiponim.

4.0

Pengenalan

Kaedah pemberian makna secara tradisional merupakan salah satu bahagian penting dalam kajian semantik Bahasa Melayu. Abdullah Hassan (2005) menyatakan bahawa kaedah terawal memberi dan menyampaikan makna adalah dengan menunjukkan contoh benda yang dimaksudkan. Ia sama seperti kaedah Malaikat Jibrail mengajar nabi Adam A.S bercakap. Beliau menunjukkan Adam akan sesuatu benda dan diberitahu nama benda tersebut.

4.1

Sinonim

Abdullah Yusof (2009), menyatakan bahawa terdapat tiga batasan yang dapat dikemukakan dalam definisi sinonim. Ianya terdiri daripada kata-kata dengan acuan linguistik yang sama, kata yang mengandungi makna yang sama, dan kata yang dapat berperanan dalam konteks ayat yang sama. Contoh kata-kata dengan acuan linguistik yang sama ialah seperti perkataan mati dan mampus, serta sikat dan sisir. Katakata ini mempunyai acuan linguistik yang sama antara satu sama lain. Contoh kata yang mengandungi makna yang sama pula adalah seperti memberitahukan dan menyampaikan dalam ayat memberitahukan berita itu dan menyampaikan berita itu. Kedua-dua kata tersebut mempunyai makna yang sama iaitu menyalur cerita atau berita yang diketahui. Kata yang berperanan dalam konteks ayat yang sama pula boleh dicontohkan dengan perkataan mudik dan dayung.

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 102

Berdasarkan Kamus Linguistik (1997), sinonim boleh didefinisikan sebagai dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama dalam sesuatu bahasa. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) juga mendefinisikan sinonim sebagai Kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain. Contoh sinonim seperti yang didefinisikan dalam dua kamus tersebut adalah seperti perkataan tulen dan asli. Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Contoh-contoh perkataan sinonim lain yang boleh menerangkan definisi kesamaan makna seperti yang dijelaskan dalam Kamus Lingustik dan Kamus Dewan adalah seperti cantik dan lawa, suka dan gemar, panas dan hangat, baling dan lontar, laju dan deras serta lain-lain perkataan lagi. Definisi sinonim secara etimologi atau bahasanya ialah onoma dan syn yang berasal dari bahasa Yunani kuno. Maksud onoma ialah nama manakala syn bermaksud nama lain untuk benda atau hal yang sama. Secara semantik pula, Verhaar (1978) mendefinisikan sinonim sebagai ungkapan yang mempunyai makna lebih kurang sama dengan ungkapan kata yang lain. Contohnya ialah perkataan buruk dan jelik. Kedua-dua perkataan tersebut adalah sinonim berdasarkan makna kata yang sama. Menurutnya lagi, jika satu kata itu bersinonim dengan kata lain, maka kata lain itu juga akan bersinonim dengan kata tersebut. Contohnya ialah kata cantik bersinonim dengan kata lawa. Maka, kata lawa juga bersinonim dengan kata cantik. Hal ini menunjukkan sinonim bersifat dua arah antara kata sinonimnya. Palmer (1998) dalam Abdullah Yusof (2009) menyatakan, definisi sinonim ialah kesamaan makna, sama kaedah yang dilakukan oleh penyusun kamus kerana penyusun perkataan-perkataan yang seperti atau bersinonim di antara satu sama lain. Tambahnya lagi, bahasa Inggeris mempunyai banyak perkataan seerti atau bersinonim antara satu sama lain.

4.2

Konsep Sinonim

Sinonim dapat diertikan sebagai perkataan yang mempunyai makna kata yang sama. Perkataan sinonim mempunyai hubungan dua hala dengan perkataan yang sinonim dengannya. Hal ini bermaksud, setiap perkataan sinonim dapat menggantikan perkataan yang bersinonim dengannya tanpa merubah maksud perkataan. Contohnya ialah perkataan ibu dan emak. Apabila perkataan ibu dalam ayat saya sayang ibu saya digantikan dengan emak, ia akan menjadi saya sayang emak saya. Melalui ayat ini, didapati perkataan ibu yang digantikan dengan sinonimnya iaitu emak, masih tidak merubah makna ayat.

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 103

Contoh lain ialah perkataan simbol dan lambang. Jika perkataan simbol dalam ayat harimau ialah simbol keberanian ditukar kepada lambang, ayat akan menjadi harimau ialah lambang keberanian. Didapati maksud ayat masih tidak berubah setelah perkataan simbol ditukar kepada lambang. Hal ini menyokong konsep kata sinonim yang bersifat dua arah atau dua hala dengan ayat sinonimnya dalam sesuatu ayat. Walaupun perkataan diubah kepada perkataan yang bersinonim dengannya, maksud ayat masih sama dan tidak berubah sama sekali.

4.3

Ciri-ciri Sinonim

Abdullah Yusof (2009), menyatakan bahawa sinonim dikatakan mempunyai ciri pengganti kepada perkataan yang bersinonim dengannya. Contoh perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang sinonim adalah seperti; binatang dan haiwan, bohong dan tipu, haus dan dahaga, bertemu dan berjumpa, bapa dan ayah, ibu dan emak, budak-budak dan kanak-kanak, cerdik dan bijak, pandai dan pintar, cantik dan lawa, hodoh dan jelik, misalnya, dan contohnya, seperti, macam dan bagai, curi dan copet, wilayah dan kawasan, sama dan serupa serta lain-lain contoh lagi.

4.4

Kecualian Sinonim

Walaupun makna kata sinonim bersifat dua arah dan saling berhubungan antara satu sama lain, Abdullah Yusof (2009), menyatakan bahawa kata yang bersinonim turut mempunyai kekecualian dalam ayat. Hal ini disebabkan oleh penggunaan perkataan yang bergantung kepada konteks penggunaan sesuatu ayat. Konteks penggunaan ayat membuatkan kata bersinonim tidak boleh digantikan dengan kata sinonimnya kerana penggantian hanya akan memjadikan kejanggalan dalam konteks ayat. Jelasnya di sini, walaupun terdapat kata sinonim dengan kata yang lain, maksud yang dibawa oleh kata tersebut bergantung kepada konteks ayat. Contoh perbezaan makna kata bersinonim berdasarkan konteks ayat ialah: 1. 2. Ibu sawat pencawang elektrik sedang diperbaiki. Emak sawat pencawang elektrik sedang diperbaiki.

Berdasarkan contoh tersebut, penggantian perkataan ibu kepada emak mengebabkan ayat tersebut menjadi tidak gramatis. Pada dasarnya, kedua-dua perkataan tersebut adalah bersinonim, namun ayat

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 104 yang menggantikan ibu kepada emak menjadi tidak gramatis disebabkan perkataan emak tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Abdullah Yusof (2009), menyatakan bahawa analisis yang tepat dan spesifik antara dua kata atau frasa merupakan sesuatu yang bersinonim dan berhubung- kait dengan teori referensial dan teori kontekstual. Perkara lain yang menyebabkan terdapatnya perbezaan antara kata yang bersinonim ialah pengaruh oleh pemakainya. Sesetengah sinonim tidak boleh disangkal penggunaannya, namun ianya bergantung kepada kehendak pemilihan pemakainya. Antara contoh yang yang berkaitan dengan pemilihan pemakainya ialah: 1. 2. jalan raya hari raya jalan besar hari besar

Berdasarkan konteks makna contoh-contoh yang diberikan, didapati perkataan raya dan besar adalah sinonim. Perkataan tersebut juga bersifat dua arah dan boleh bertukar ganti antara satu sama lain tanpa mengubah kegramatisan ayat. Bagaimanapun, kebiasaan penggunaan lebih tertumpu kepada perkataan raya, menyebabkan penggunaan perkataan besar kedengaran janggal dan pelik jika digunakan dalam ayat. Contohnya dalam ucapan yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat, iaitu: Selamat Hari Raya Selamat Hari Besar Penggunaan perkataan besar untuk menggantikan perkataan raya tidak menjadi kesalahan dan tidak mengubah kegramatisan ayat, tetapi disebabkan kejanggalan yang terhasil apabila kata besar digunakan, pengguna lebih cenderung memilih perkataan raya untuk mengucapkan ayat seperti di dalam contoh. Seterusnya, pemilihan itu menjadi kebiasaan orang ramai walaupun hakikatnya kata besar menggantikan kata raya tidak menjadi kesalahan.

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 105

4.5

Perbincangan

Walaupun sinonim bermaksud sama makna, namun terdapat beberapa kata sinonim yang memperlihatkan perbezaannya. Contohnya ialah perkataan meninggal dan mati. Kedua-dua perkataan ini mempunyai kesamaan makna iaitu tamat riwayat hidup. Walaupun kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama, namun penggunaan perkataan tersebut membuatkan wujudnya perbezaan antara perkataan tersebut. Perkataan meninggal hanya akan digunakan untuk manusia sahaja dan tidak sesuai digunakan untuk haiwan manakala perkataan mati pula digunakan untuk haiwan dan sangat tidak sesuai digunakan untuk manusia. Contohnya ialah: 1. 2. Jiran saya meninggal awal pagi tadi. Habis satu reban ayam saya mati kelmarin.

Berdasarkan contoh yang dinyatakan, didapati kedua-dua ayat adalah bertepatan dan gramatis. Jika perkataan meninggal dalam ayat 1 digantikan dengan perkataan sinonimnya iaitu mati, ayat tersebut akan menjadi Jiran saya mati awal pagi tadi. Didapati ayat tersebut menjadi tidak gramatis disebabkan kewujudan perkataan mati dalam ayat tersebut digunakan untuk manusia, bukannya haiwan seperti yang sepatutnya. Jika perkataan mati dalam ayat 2 pula digantikan dengan perkataan meninggal, ayat yang terhasil ialah Habis satu reban ayam saya meninggal kelmarin. Didapati ayat ini menjadi tidak gramatis disebabkan oleh penggunaan perkataan meninggal untuk haiwan. Hal ini menunjukkan pemakaian perkataan boleh menyebabkan perbezaan antara perkataan bersinonim. Contoh lain ialah perkataan hamil dan bunting serta lain-lain perkataan lagi. Perbezaan makna berdasarkan situasi juga wujud dalam sinonim. Contohnya dalam perkataan mencuri dan menggelapkan yang digunakan untuk wang. Mencuri wang dan menggelapkan wang mempunyai maksud yang sama, namun apabila perkataan wang ditukar kepada barang misalnya, makna ayat akan berubah sama sekali. Setelah ditukar, ayat akan menjadi mencuri barang dan menggelapkan barang. Pernyataan ini bermaksud, mencuri dan menggelapkan tidak semestinya boleh bersifat dua arah dan boleh saling berganti. Terdapat juga kata sinonim yang berbeza mengikut taraf perbezaannya yang tersendiri seperti:

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 106
i. sinonim antara perkataan seperti Kassim melihat Siti dan Siti melihat Kassim

ii. iii. iv.

sinonim antara frasa seperti kereta besar itu dan kereta itu besar sinonim antara kata seperti nasib dan takdir serta memuaskan dan menyenangkan sinonim antara morfem, contohnya anak-anaknya dan anak-anak mereka serta aku makan dan saya makan

4.6

Perbezaan Sinonim

Abdullah Yusof (2009), menjelaskan bahawa tidak ada sinonim yang betul-betul serupa antara setiap satunya. Pasti terdapat perbezaan antara sinonim dan perbezaan tersebut dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu: i. ii. iii. iv. Suatu kata yang lebih umum dari yang lain. Contohnya tumbuh-tumbuhan lebih umum daripada tembikai dan haiwan lebih umum daripada ular tedung. Suatu kata lebih intens daripada yang lain. Contohnya ialah kata memperkatakan lebih intens daripada berkata. Suatu kata lebih halus dan emotif daripada kata yang lain seperti meninggal yang lebih halus dan emotif daripada mati dan mampus. Suatu kata yang lebih profesional dari kata yang lain. Contohnya seperti kata termometer yang lebih professional penggunaannya berbanding jangka suhu dan telefon bimbit yang lebih profesional penggunaannya daripada telefon tangan v. Suatu kata yang lebih mencakupi penerimaan dan penolakan dari segi moral berbanding kata lain yang bersifat neutral. Contohnya ialah kata sedekah dan pemberian, berdoa dan bermohon, hubungan kelamin dan hubungan seksual. vi. vii. viii. Suatu kata lebih literal dari kata yang lain. Contohnya kata puspa melati dan bunga melati. Suatu kata lebih bersifat kolokial berbanding kata yang lain. Contohnya seperti kita orang dan kami, serta dia orang dan mereka. Suatu kata bersifat lokal atau bersifat kedaerahan daripada kata yang lain. Contohnya di kawasan perkampungan di Johor, kata rewang adalah lebih lokal berbanding gotong-royong, serta ngelayat lebih lokal berbanding ziarah kematian.

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 107 ix. Kata-kata khusus yang digunakan bayi seperti nenen yang seerti dengan menyusu, mamam seerti dengan makan. Palmer (1998) dalam Abdullah Yusof (2009) mengemukakan lima kebarangkalian perbezaan pada sinonim. Ianya adalah: i. Perbezaan disebabkan dialek dan kebiasaan setempat. Contohnya perkataan fall yang digunakan di Amerika syarikat dan autumn di England. Kedua-dua perkataan bermaksud musim luruh. ii. Perbezaan pada pemakaiannya seperti kata mati dan meninggal. Kata mati hanya digunakan untuk benda bukan manusia, manakala kata meninggal pula hanya digunakan untuk manusia sahaja. iii. iv. v. Perbezaan pada nilai kata seperti memohon yang nilainya lebih halus berbanding meminta, dan bersantap yang lebih halus daripada makan. Perbezaan berdasarkan kolokial kata ana dan saya. Perbezaan disebabkan hiponim misalnya epal merupakan hiponim kepada buah-buahan.

4.7

Pengujian Tahap Perbezaan Sinonim

Palmer seterusnya menguji sejauh mana wujudnya batas antara dua sinonim sama ada penggunaannya tidak terlalu bercanggah dengan kata yang bersinonim dengannya. Cara yang digunakan Palmer adalah dengan: 1. Orang akan mengatakan Kassim mati, Zamri meninggal tetapi tidak mungkin tembikai mati. Ini bermaksud penggunaan sinonim dibatasi oleh kaedah pemakaian. Contoh lain ialah kata betul dan benar. Apabila saya betul dan saya benar, tetapi tidak pula kebetulan saya dan kebenaran saya mempunyai maksud yang sama. Ini memperlihatkan kewujudan batas devisari. 2. Mencari lawan perkataan tersebut (antonim). Contoh jelas yang dapat digunakan ialah kata terang sinonim dengan jelas. Antonim kata terang ialah gelap, manakala kata jelas ialah kabur, bukannya gelap seperti kata antonim terang.

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 108

Terdapat banyak kata sinonim dalam bahasa Melayu. Kesinoniman dalam sesuatu bahasa akan terjadi apabila banyak serapan antara bahasa, dialek dan ragam bahasa berlaku. Sinonim telah menambahkan lagi kosa kata dalam bahasa Melayu. Kepelbagaian kata yang mempunyai makna yang sama dan hampir sama memberi kesan ke atas penggunaan bahasa individu. Kesantunan dan ketertiban menuturkan kata juga menjadi lebih teratur dan terjamin dengan kewujudan sinonim dalam bahasa Melayu. kesimpulannya, sinonim merupakan satu keperluan dalam bahasa Melayu. Penggunaan yang baik membolehkan bahasa Melayu terus berkembang dan lebih dinamik dari masa ke semasa.

Berikan 10 contoh kata yang mempunyai sinonimnya tersendiri? 1) ________________ 2) ________________ 3) ________________ 4) ________________ 5) ________________ 6) ________________ 7) ________________ 8) ________________ 9) ________________ 10) ________________ = = = = = = = = = = _________________ _________________ _________________ _________________ _________________ _________________ _________________ _________________ _________________ _________________

Huraikan konsep sinonim dari sudut istilah dan jelaskan perbezaannya ?

4.8

Definisi antonim

Sebelum definisi antonim ini diulas dengan lebih lanjut, eloklah kita mengetahui asal usul perkataan antonim terlebih dahulu. Sebenarnya, perkataan antonim berasal daripada bahasa Yunani kuno. Perkataan antonim ini berasal daripada perkataan anoma yang membawa maksud nama dan anti yang membawa maksud melawan (Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, 2004). Oleh itu, dapat dijelaskan daripada

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 109 huraian di atas bahawa, antonim merupakan perkataan yang maknannya dianggap berlawanan atau ia juga boleh dikatakan kebalikan daripada sesuatu perkataan. Ramai ahli bahasa telah mendefinisikan dan memberi pendapat mengenai antonim. Kita lihat satu persatu pendapat ahli-ahli bahasa mengenai antonim. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994), antonim merupakan kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain seperti besar lawannya kecil. Manakala menurut Abdullah (2005) pula, antonim dipanggil sebagai perkataan berlawanan. Sebagai contoh, perkataan baru berlawanan makna dengan perkataan buruk dan perkataan. Manakala menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2007), antonim membawa maksud kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain misalnya tinggi lawan kepada rendah. Bagi Kamus Linguistik Indonesia (2008) pula menyatakan antonim sebagai leksem yang berpasangan secara antonimi. Leksem di sini merujuk kepada unit minimum atau terkecil seperti kata dasar yang terdapat dalam perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Bagi pendapat ahli yang terkenal iaitu Asmah Haji Omar (2008) pula menyatakan antonim sebagai kata lawan dan maknanya ialah kata yang mempunyai pertentangan dari segi maknanya dengan kata lain. Sebagai contoh kata gemuk mempunyai kata lainnya iaitu kata kurus. Daripada pendapat-pendapat ahliahli bahasa tersebut, dapat disimpulkan bahawa antonim ialah sesuatu kata yang mempunyai kata yang berlawanan dengannya seperti jantan lawannya betina, masam lawannya manis, ringan lawannya berat dan sebagainya.

4.9

Pembahagian antonim

Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim, dan Moh Rain Shaari (2009), antonim dapat dibahagikan kapada tiga bahagian yang utama iaitu antonim berpasangan, antonim berperingkat, dan antonim berhubungan. Bahagian-bahagian ini dapat dihuraikan seperti di bawah:

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 110

Pembahagian Antonim

Antonim Berpasangan
i. Antonim Berpasangan

Antonim Berperingkat

Antonim Berhubungan

Menurut Abdullah Hassan (2005), antonim berpasangan merujuk kepada kata nama yang sering dianggap mempunyai makna berlawanan. Antonim jenis ini dipanggil sebagai antonim penggenap oleh ahli bahasa. Antonim berpasangan ini juga disebut sebagai komplimentarian. Hal ini membawa maksud bahawa itemitem leksikal ini saling melengkapi antara satu sama lain. Namun begitu, apabila ia dilihat secara teliti, ia lebih dianggap sebagai pasangan. Menurut beliau lagi, item-item yang sering kita dengar dan lihat sebagai pasangan seperti lelaki lawannya perempuan, hidup lawannya mati, siang lawannya malam dan banyak lagi item-item yang boleh kita senaraikan sebagai antonim berpasangan. Bagi Parera J.D (2004), beliau menyifatkan antonim berpasangan dikenali sebagai pertentangan berbalasan di Indonesia. Pertentangan jenis ini juga dikenali sebagai komplementer. Menurut beliau lagi, pertentangan berbalasan ini menuntut balasan atau timbal balik sesuatu kata sebagai pelengkap makna dan ia perlu bersesuaian dengan sesuatu konteks. Lihat contoh seperti di bawah: tanya lawannya jawab lebih lawannya kurang tambah lawannya kurang positif lawannya negatif membeli lawannya menjual menyerang lawannya menahan

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 111

ii.

Antonim Berperingkat

Antonim jenis ini juga dipanggil sebagai antonim tafsiran (Redible Antonimy). Antonim berperingkat sering dikaitkan dengan kata adjektif. Antara kata adjektif yang sering dikaitakan dengan antonim jenis ini ialah putih lawannya hitam, tua lawannya putih, kecil lawannya besar dan banyak lagi kata adjektif yang dikaitkan dengan antonim jenis ini. Namun begitu, menurut Abdullah Hassan perlawanan makna bagi kata adjektif mempunyai perbezaan. Perbezaan ini dapat dilihat berdasarkan kepada konteks sesuatu ayat itu sendiri. Rujuk contoh di bawah: sekeping papan yang lebar adalah lebih kecil daripada sebuah sungai yang lebar. seluar panjang jauh lebih pendek jika dibandingkan dengan galah yang pendek. Secara umumnya, semua orang tahu perlawanan kata bagi perkataan lebar ialah sempit. namun begitu, jika kita merujuk kepada contoh yang diberikan seperti di atas, perkataan lebar perlu disesuaikan dengan ayat. Kita tidak boleh membandingkan papan yang lebar dengan sungai yang lebar dengan perkataan sempit. Hal ini kerana, jika kita menggunakan perkataan sempit untuk membandingkan papan yang lebar dengan sungai yang lebar, ayat tersebut tidak sesuai dan gramatis. Sebegitu juga dengan contoh yang kedua. Di Indonesia, antonim berperingkat dikenali sebagai pertentangan jenjang. Perkataan jenjnag ini merujuk kepada peringkat. dalam antonim jenis pertentangan jenjang ini, ia mencakupi pertentangan dalam jenjang pangkat, ukuran, bulan, hari dan banyak lagi. Pertentangan jenjang ini menunjukkan satu hierarki. Lihat contoh di bawah:

kapten

mejar

leftenan Jadual 1: Hierarki dalam askar kolonel

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 112 Daripada contoh di atas, kita dapat lihat antonim jenis jenjang ini mempunyai hierarkinya dalam sesuatu aspek. Namun begitu, setiap hierarki tersebut mempunyai makna yang bertentangan.

iii.

Antonim Berhubungan

Antonim berhubungan menurut Abdullah Hassan ialah sesuatu perkataan yang mempunyai berlawanan makna. Ada juga ahli bahasa memanggil antonim jenis ini sebagai antonim sebalikkan. Namun begitu, makna bagi perkataan tersebut saling berhubungan. Kata antonim ini dikenali sebagai konvensi yang membawa maksud hubungan antara dua maujud daripada satu sudut pandangan yang berbeza. Contoh antonim berhubungan dalam bahasa Melayu: i. ii. iii. iv. jatuh lawan bangun pensyarah lawan pelajar beli lawan jual tarik lawan tolak

Bukan dalam bahasa Melayu sahaja yang mempunyai perkataan-perkataan yang berhubungan tetapi, terdapat juga dalam bahasa Melayu. Lihat contoh yang diberikan seperti di bawah: i. ii. iii. iv. husband / wife buy / sell give / receive teach / learn

Bagi Parera J.D pula, antonim berhubungan disebut sebagai pertentangan kenasabahan. Jika kita lihat makna kenasabahan yang merujuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kenasabahan membawa maksud perbandingan, pertalian dan perhubungan. Merujuk kepada antonim ia membawa maksud pertentangan antara sesuatu perkataan dengan perkataan yang lain. Menurut J.D Parera, antonim jenis ini adalah pertentangan yang menunjukkan hubungan dalam kekeluargaan, tugas atau sesuatu organisasi. Contoh yang diberikan oleh beliau ialah:

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 113 i. ii. iii. iv. pria lawan wanita komandan lawan prajuit pemimpin lawan pengikut kakak lawan adik

4.10

Maklumat tambahan pembahagian antonim

Menurut J.D Parera, pembahagian antonim boleh dibahagikan kepada lima iaitu pertentangan kenasabahan. pertentangan berbalasan, pertentangan jenjang, pertentangan tempat dan pertentangan khas. Bagi pertentangan kenasabahan. pertentangan berbalasan, dan pertentangan jenjang telah dihuraikan seperti di atas. Dalam bahagian ini, akan menghuraikan pertentangan tampat dan pertentangan khas sahaja. Lihat seperti di bawah: a) Pertentangan Tempat Pertentangan jenis ini menunjukkan pertentangan terhadap seseuatu arah atau tempat. Contoh yang terdekat yang boleh kita lihat seperti utara lawan selatan, atas lawan bawah, luar lawan dalam, depan lawan belakang dan banyak lagi contoh pertentangan tempat. b) Pertentangan khas Menurut Parera J.D, dalam bahasa Indonesia, terdapat beberapa makna perkataan yang mempunyai pertentangan secara khas dalam satu sudut pandangan morfologi. Lihat perbandingan pertentangan khas seperti di bawah: menyewa menyewakan meminjam meminjamkan

Antonim jenis ini disebut sebagai pertentang khas kerana ia wujud disebabkan oleh proses morfologi. Walaupun bentuk dasar bagi contoh kata di atas adalah sama, namun begitu apabila berlaku prose morfologi, maksud perkataan tersebut telah berubah. Lihat maksud contoh di atas seperti di bawah:

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 114 - menyewa membawa maksud menggunakan atau meminjam sesuatu daripada seseorang dengan membayarnya selepas menggunakannya. - menyewakan membawa maksud memberi orang lain menggunakan dengan ia mendapat hasil daripada memberi pinjam sesuatu tersebut. - meminjam membawa maksud menggunakan barang orang laian seperti wang dan sebagainya untu sementara waktu. - meminjamkan membawa maksud memberikan barang kepunyaannya untuk dipinjamkan kepada orang lain. Kesimpulannya, antonim merupakan sesuatu perkataan yang mempunyai bentuk ejaan dan bunyi yang berlainan tetapi mempunyai makna yang berlawanan antara perkataan. Dapat diringkas juga bahawa, antonim dapat dikategorikan kepada tiga bahagian utama berdasarkan penelitian. Jenis-jenis tersebut ialah antonim berpasanagan, berperingkat dan berhubungan. buku, kepada sesuatu orang

Berikan contoh bagi setiap pembahagian antonim?

4.11

Hiponim

Dalam semantik leksikal, setiap perkataan boleh diberikan makna yang tertentu dengan meninjau perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna bagi sesuatu perkataan. Struktur makna perkataan tersebut dikenali dengan istilah sinonim, antonim, homofon, homograf, hiponim, hipernim, polisem, pertindihan, dan ketaksaan. Hiponim berasal dari bahasa Yunani Kuno anoma nama dan hypo di bawah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 540), hiponim boleh didefinisikan sebagai kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Hiponim adalah perkataan yang maknanya mencakupi makna beberapa perkataan lain dalam satu tata tingkat. Hal ini berlaku apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas begi segolongan perkataan lain (Abdullah Hassan, 2005:233). Asmah Osman (2000: 24) pula

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 115 menyatakan hiponim ialah kata penggolong atau pemasukan sepenuhnya. Verhaar menyatakan hiponimi adalah ungkapan (biasanya berupa kata tetapi dapat juga berupa frasa atau kalimat) yang maknanya dianggap merupakan bagian dari makna suatu ungkapan lain (Abdul Chaer, 1990: 102). Istilah hiponimi berasal dari perkataan Greek yang bermaksud nama yang di bawah. Ia dapat dilihat terutamanya apabila kita menjalankan klasifikasi dalam bidang tertentu (Asha Doshi, 2004). Oleh yang demikian, perhubungan ini melibatkan sesetengah item leksikal yang mempunyai makna yang lebih luas daripada item leksikal yang lain. Terdapat dua jenis perhubungan hiponimi, iaitu hubungan hiponimi sejenis dan meronimi (Baskaran, 2003; Jackson dan Z Amvela, 2000; Yule, 1994). Istilah ini dicipta oleh Bazell pada tahun 1955, tetapi kegunaannya mengikut pengertian ini diperkenalkan oleh Lyons pada tahun 1963 (Ruth M.Kemson dalam Zaiton Ab. Rahman, 1991: 103). Hubungan kehiponim dalam pasangan kata adalah hubungan antara lebih kecil (secara ekstensional) dan yang lebih besar. Kamus Dewan Edisi Keempat (2004: 540) menyatakan hiponimi adalah hubungan antara hiponim dengan superordinatnya. Superordinat ialah makna am kerana merupakan pengelompokan kata iaitu merangkumi sesuatu makna perkataan-perkataan lain yang ingin dihuraikan. Superordinat atau dikenali juga sebagai hipernim ialah makna umum iaitu merangkumi makna yang lebih luas. Superdinat pula membawa makna khusus kerana menghuraikan makna superordinat. Contoh: Hipernim: Hiponim: Kenderaan (superordinat/ makna am) Perahu, kapal terbang, lori, van, bas, kereta (makna khas/ superdinat)

Relasi makna juga dapat dilihat dari aspek hiponim selain dari aspek sinonim, antonim, polisem, homonim, ambiguiti, dan pertindihan makna. Relasi makna bermaksud hubungan semantik yang tedapat antara satuan bahasa yang satu dengan satuan bahasa yang lain. Satuan bahasa mungkin berupa kata frasa dan ayat. Relasi makna dapat menyatakan: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Kesamaan makna Pertentangan makna Jangkauan makna Kegandaan makna Kelebihan makna

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 116

Relasi makna ini dapat difahami umpamanya kata mawar ialah hiponim terhadap kata bunga kerana mawar termasuk dalam kata bunga. Mawar memanglah bunga tetapi bunga bukan hanya mawar, melainkan termasuk tanjung, matahari, cempaka, melur, raya, kenanga, kasturi, ros, melati, dan sebagainya. Hubungan hiponimi sejenis adalah hubungan hirarki yang mana item leksikal yang di atas mempunyai makna yang paling umum dan boleh digunakan untuk merujuk item-item leksikal yang di bawahnya. Ia juga dikenali sebagai superordinat. Item-item leksikal yang di bawahnya pula mempunyai makna yang lebih spesifik dan mempunyai unsur makna item leksikal yang di atasnya. Item-item leksikal ini dikenali sebagai subordinat atau hiponim. Hubungan di antara hiponim-hiponim ini dikenali sebagai kohiponimi (Asha Doshi, 2004; Jackson dan Z Amvela, 2000). Antara contoh hubungan hiponimi yang terdapat dalam bidang tata hias adalah seperti berikut:

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 117 Hiponim warna (rona)

Hirarki dalam contoh di atas adalah tidak sempurna atau lengkap kerana terdapat pelbagai jenis warna di dunia ini dan setiap satu jenis itu terdapat pelbagai tona. Walau bagaimanpun, secara asasnya, kita dapat lihat bahawa item leksikal yang paling atas, iaitu superordinat, dalam hirarki ini (warna) adalah makna yang paling umum dan boleh digunakan bagi merujuk semua item leksikal yang di bawahnya. Itemitem leksikal di bawah dan paling hampir dengan superordinat ini (biru, hijau, kelabu, merah, perang dan kuning) adalah hiponimnya. Sebagai contoh, biru adalah hiponim bagi warna, tetapi biru adalah superordinat bagi hiponim-hiponim biru kapur, biru merah dan biru merak. Jika di lihat dari bawah hirarki ini, merah jambu adalah sejenis merah, yang mana merah adalah sejenis warna. Meronimi pula adalah hubungan hirarki antara item leksikal di mana item leksikal yang di bawah (subordinat atau juga dikenali sebagai meronim) adalah sebahagian daripada item leksikal yang di atas (superordinat). Item leksikal superordinat adalah merujuk kepada keseluruhan entiti yang dirujuk dan subordinat adalah merujuk kepada bahagian-bahagian tertentu kepada entiti ini (Baskaran, 2003; Jackson dan Z Amvela, 2000). Antara contoh meronim yang terdapat dalam konteks tata hias ini adalah seperti berikut:

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 118 Contoh: Meronim bagi kediaman (rumah)

Dalam contoh di atas, jika dianalisa dari bawah hirarki ini, dapur basah dan dapur kering adalah sebahagian dari dapur dan dapur pula adalah sebahagian dari rumah. Item leksikal superordinat di sini (rumah) tidak merujuk kepada maksud umum bagi meronim di bawahnya seperti hiponim, tetapi mewakili entiti keseluruhannya. Ringkasnya, ruang tamu bukanlah sejenis rumah tetapi sebahagian daripada rumah.

Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hirarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat (O Grady, 2000: 119-120). Lihat rajah dibawah.

Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan (Abdullah Hassan, 2006: 233). Dalam sesetengah bahasa lain, golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika anda dapat meneliti struktur tatatingkatnya. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, saya mendedahkan kepada anda dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang linguistik makna, iaitu berdasarkan jadual di bawah.

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 119 Jenis Hiponim Hiponim Tulen Padi ialah perkataan yang mencakupi dua perkataan yang segolongan dengannya, iaitu beras dan nasi. Hiponim Umum Hiponim ini bermaksud satu perkataan yang menjadi kata nama umum, seperti rumah teres dan rumah banglo. Ini bererti bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan rumah untuk membentuk satu komponnen kata nama am. Hiponim juga dikenali sebagai kata nama kumpulan yang melambangkan kumpulan yang mempunyai ahliahli yang memliki beberapa ciri yang sama. Contoh nama kumpulan adalah sebagai berikut (Asmah Hj. Omar, 1986: 3) : Kata Nama Kumpulan (i) Binatang (ii) Bunga (iii) Buah Ahli-ahlinya Lembu, kerbau, ayam, itik, Persamaan: bernyawa, bukan manusia. Mawar, melur, cempaka, tanjung Persamaan: bahagian yang paling cantik dari tumbuh-tumbuhan. Durian, kelapa, langsat Persamaan: bahagian tumbuh-tumbuhan yang merupakan lanjutan dari bunga. (iv) Rumput (v) Cecair (vi) Kenderaan Rumput biasa, lalang, temucut Persamaan: tumbuhan yang tidak beranting Air, minyak, darah, susu Persamaan: boleh mengalir, cair Motokar, basikal, keretapi, kapal, kapal terbang Persamaan: digunakan oleh manusia untuk beredar dari satu tempat ke satu tempat. Abdullah Hassan (2005) membahagikan beberapa jenis kata hiponim dalam kajian semantik yang dilakukan. Beliau membahagikan kepada dua aspek iaitu:

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 120

(i) (ii)

Hiponim tulen Hiponim umum

(i)

Hiponim tulen

Struktur makna hiponim tulen berlaku apabila ada satu perkataan yang mempunyai makna yang luas dan umum mencakupi makna dua atau lebih perkataan lain (Abdullah Hassan, 2005: 234). Contoh hiponim tulen dalam bahasa Melayu dapat dilihat dalam perkataan padi. Perkataan padi mempunyai dua perkataan dalam golongannya, iaitu beras dan nasi. Dalam hal ini makna beras dan nasi tercakup dalam makna perkataan padi dan mempunyai maksud kata yang tersendiri. Contoh rajah dibawah:

padi beras nasi

Oleh itu, dalam bahasa Melayu membezakan perkataan padi dari beras dan nasi. Padi merupakan bijian yang belum dibuang kulitnya. Setelah padi diproses, menjadi beras yang kemudiannya dimasak menjadi nasi. Namun, dalam bahasa Inggeris iaitu rice yang membawa pengertian segala-galanya ialah rice. Oleh itu, kata rice tidak seimbang dengan makna dalam bahasa Melayu. Contohnya:

rice rice rice

Terdapat juga makna lain bagi kata hiponim dalam bahasa Inggeris. Contoh yang sesuai bagi menunjukkan struktur makna kata hiponim ialah sheep. Kata nama sheep adalah kata nama yang mempunyai makna yang luas dan umum. Dalam makna sheep itu tercakup tiga perkataan lain, iaitu ram, ewe, dan lamb. Situasi ini boleh dirajahkan seperti berikut:

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 121

sheep (biri-biri) ram (biri-biri jantan) ewe (biri-biri betina) lamb (anak biri-biri)

Perkataan sheep bermakna biri-biri, perkataan sheep mencakupi makna tiga perkataan lain, iaitu ram ialah biri-biri jantan, ewe ialah biri-biri betina, dan lamb iaitu anak biri-biri. Contoh sheep ini adalah struktur hiponim perkataan dalam bahasa Inggeris. Walau begitu, struktur hiponim dalam bahasa Inggeris ini adalah tulen berbanding dalam bahasa Melayu.

(ii) Hiponim umum


Menurut Abdullah Hassan (2005: 235), hiponim umum berlaku apabila terdapat satu perkataan yang menjadi nama umum. Kata nama itu kemudian boleh dicantumkan dengan perkataan yang menjadi komponen maknanya. Perkataan bunga memberi nama kepada semua jenis bunga. Ada bunga melur, bunga kenanga, bunga cempaka, bunga raya, dan sebagainya. Perkataan bunga adalah umum. Oleh itu, perkataan bunga mesti digabungkan dengan sesuatu jenis bunga tertentu bagi menamakan jenis bunga tertentu, contohnya seperti bunga raya. Situasi ini menjadi lebih jelas apabila dirajahkan seperti berikut:

bunga

mawar

cempaka

melur

raya

.....

Hal ini menunjukkan perkataan bunga adalah nama kepada satu golongan kata nama dan perkataan cempaka, mawar melur, raya, dan seterusnya sama ada matahari, tanjung, ros dan sebagainya adalah ahli

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 122 anggotanya. Dalam hal ini, anggota bunga banyak dan tidak terhad bilangannya. Oleh itu, kata bunga tidak terhad kepada satu-satu jenis bunga yang terkandung didalamnya. Dalam sesetengah bahasa lain, golongan perkataan seperti ini jelas kelihatan struktur tata tingkatnya. Kesimpulannya, hiponim boleh dimaksudkan sebagai kata yang merangkumi makna-makna yang terkandung di dalamnya. Sesuatu konsep makna yang terkandung dalam sesuatu kata yang lebih besar. Oleh itu, hiponim bermaksud ungkapan yang maknanya dianngap sebahagian daripada makna suatu ungkapan lain.

4.12

Hipernim Dan Hiponim

Kedua-dua aspek leksikal ini perlu dibincangkan serentak supaya huraian menjadi lebih jelas, disebabkan yang satu bergantung pada yang lain. Menurut Asmah Haji Omar hipernim merujuk kepada konsep yang luas yang mewakili leksis-leksis yang boleh diletakkan dibawahnya yang mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi sistem dan juga makna. Menurut Abdullah Yusof et. al., (2009), hipernim merupakan satu kata yang lebih besar iaitu kata umum yang disebut juga sebagai superordinat. Misalnya, bunga merupakan hipernim bagi bunga anggerik, bunga melur, bunga raya, bunga tanjung dan sebagainya. Jenis-jenis bunga itu dikenal sebagai hiponim, yakni satu-satu pecahan dari hipernim. Demikian juga halnya dengan buah, makanan, pakaian, dan sebagainya. Manakala hiponim adalah kata khusus yang disebut sebagai subordinat yang terangkum dalam maknanya dalam kata umum tadi (dalam hipernim). OGrady (2000), hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan lain. Di samping mempunyai hierarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat.

WARNA - HIPONIM CONTOH WARNA HIPERNIM (seperti hijau, kuning,merah, biru dan ungu)

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 123 Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan (Abdullah Hassan, 2006). Dalam sesetengah bahasa lain, golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika dapat meneliti tatatingkatnya. Hiponim bolehlah dimaksudkan sebagai kata yang merangkumi makna-makna yang terkandung di dalamnya. Sesuatu konsep makna yang terkandung dalam sesuatu kata yang lebih besar. Oleh itu, hiponim bermaksud ungkapan yang maknanya dianggap sebahagian daripada makna suatu ungkapan lain. Dalam bahasa Indonesia, hipernim adalah kata-kata yang mewakili banyak kata lain. Kata hipernim dapat menjadi kata umum dari penyebutan kata-kata lainnya. Manakala hiponim adalah kata-kata yang terwakili ertinya oleh kata hipernim. Umumnya kata-kata hipernim adalah suatu kategori dan hiponim merupakan anggota dari kata hipernim.

HANTU

Hipernim

Pocong

Tuyul

Hiponim

Kuntilanak

Genderuwo

Sundel Bolong

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 124

IKAN

Hipernim

Tenggiri

Pari

Hiponim

Hiu

Betok

Sarden

KUE

Hipernim

Sus Nastar Nenas

Bolu

Hiponim

Serabi

Tete

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 125

ODOL

Hipernim

Pepsodent

Ciptadent

Hiponim

Siwak F

Kodomo

Sensodyne

Contoh-contoh yang diberikan di atas adalah merupakan antara contoh perkataan dan makna hiponim dan hipernim yang mempunyai hubungan dan saling perkaitan antara satu sama lain. Namun contoh tersebut merupakan contoh dalam bahasa Indonesia dan sukar untuk ditafsirkan. Oleh itu, bagi meluaskan lagi pemahaman terhadap konsep hiponim dan hipernim ini, berikutnya adalah antara beberapa contoh makna dan perkataan hiponim serta hipernim dalam bahasa Malaysia.

BUNGA

Hipernim

Orkid

Mawar

Hiponim

Kemboja

Seri Pagi

Dahlia

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 126

ULAR

Hipernim

Sawa

Senduk

Hiponim

Kapak

Selor

Lidi

KUIH

Hipernim

Bahulu

Donat

Hiponim

Seri Muka

Cucur Udang

Apam Balik

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 127

BUAH

Hipernim

Durian

Rambutan

Hiponim

Duku

Tembikai

Anggur

Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa ketiga-tiga aspek perkataan dan makna semantik iaitu hiponim, hipernim dan polisem mempunyai hubungan yang saling berkaitan antara satu sama lain. Namun demikian ketiga-tiga aspek ini masih dapat dibezakan dan mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri dalam membezakan perkaitan perkataan dan makna semantik ini. Makna dan perkataan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebagai mana yang dijelaskan dalam perkataan Hipernim, Hiponim dan Polisem yang mempunyai maknanya yang tersendiri.

Jelaskan perbezaan antara hiponim tulen dengan hiponim umum serta jelaskan apakah itu hipernim? KATA KUNCI 1. sinonim 2. antonim 3. hipernim 4. hiponim 5. semantik leksikal 6. antonim berpasangan 7. antonim berperingkat 8. antonim berhubungan

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 128 PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah yang membezakan antara sinonim, antonim, hipernim dan hiponim? 2. Huraikan tentang semantik leksikal serta berikan dua contoh. 3. Jelaskan antonim berpasangan, antonim berperingkat dan antonim berhubungan. 4. Apakah perbezaan antara hipernim dan hiponim?

K A E D A H M E M B E R I M A K N A S E C A R A T R A D I S I O N A L | 129 RUJUKAN Abdullah Hassan (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd Abdullah Yusof, (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Guru. Kuala Lumpur: Penerbit Icon Regian Sdn Bhd Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari. (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai