Anda di halaman 1dari 15

Dialek

Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna
dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii
dikenali sebagai dialek.

Dialek sosial
Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial
dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan
bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan
sebagai dialek sosial.

Dialek
variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat
bahasa tersebut.
Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.
Dialek berbeza dari segi:
a. Sebutan
Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.
b Gaya lagu bahasa
Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri
Sembilan.
c. Tatabahasa
Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.
perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).
(d) Kosa kata
Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)
(e) kata ganti diri
Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)
Hang (dialek utara bermaksud kamu)
Dialek digunakan dalam masyarakat sebagai penghubung komunikasi dalam sesebuah kawasan
atau situasi sosial. Dialek yang merangkumi penggunaan bahasa halus, sopan, rasmi, dan santai
telah mengikat masyarakat agar menggunakan dialek yang tertentu bergantung kepada situasi
yang dialami ketika sesuatu perkara itu berlaku. Penggunaan dialek tertentu melambangkan
kesopanan dan kehalusan budi seseorang penutur, di samping menentukan jarak perhubungan
seseorang penutur sama ada akrab atau sebaliknya. Situasi sama ada rasmi atau tidak rasmi
secara langsung telah mendasari masyarakat agar memilih sama ada mahu berlaku sopan atau
sebaliknya. Melalui pelbagai dialek geografi yang terdapat dalam masyarakat ini telah membawa
kekuatan masyarakat terhadap negeri tercinta dengan menggunakan dialek negeri masing-
masing. Situasi ini secara langsung telah membawa identiti sesebuah masyarakat di kawasan
tertentu seiring dengan latar belakang yang membawa ciri budaya. Melalui aspek dialek sosial
pula membolehkan masyarakat mengaplikasi dialek sosial tertentu dalam situasi tertentu demi
menghormati protokol yang wujud khususnya situasi rasmi. Hal ini telah membawa masyarakat
agar menyedari akan kewujudan pelbagai tatacara dan gaya bahasa yang bersesuaian yang juga
merangkumi adat budaya. Oleh itu masyarakat sememangnya harus mendasari penggunaan
dialek sosial khususnya demi menjalani urusan dengan teratur.

Dialek Sosial

Neka Bahasa
Berubah bukan saja menurut daerah geografi tetapi juga:
Perbezaan golongan sosial
Perbezaan pendidikan
Perbezaan pekerjaan, profesion
Perbezaan nilai

Golongan sosial
Bahasa raja dan bangsawan
Sistem panggilan: tuanku, hamba, patek, pacal, hamba tua dll.
Beta, tuan hamba
Perkataan khusus: santap (makan), gering (sakit), berangkat (pergi), dll.

Pendidikan dan Agama
Bahasa teratur
Tuan guru, haji, imam, lebai dll.
Melayu
Agama dan Arab
Inggeris
dll.

Golongan perniagaan
Perniagaan: kosa kata
Gaya hidup

Dialek penutur terpelajar
Bahasa baku
Bahasa persuratan
Tatabahasa yang lengkap
Perkataan khusus
Sebutan yang rapi

Sebutan
Semua huruf disebut
Ikut tulisan
Bahasa persuratan

Isu dalam amalan berbahasa
Kebanyakan kita menggunakan bahasa neka rendah (bualan) dalam semua konteks
Sebutan tidak sempurna
Perkataan tidak terbentuk lengkap
Ayat dan intonasi tidak rapi
Berbahasa dengan tidak berdisiplin
Tiada beza percakapan orang berilmu dengan yang tidak berilmu

Neka bahasa
Semua bahasa ada neka (variety)
Ada neka rendah dan ada neka tinggi (low and high)
Setiap neka ada ranahnya
Gunakanlah neka yang sesuai dengan ranah (konteksnya)

Bahasa Inggeris juga ada neka
Bahasa Inggeris pun ada neka
BI yang kita gunakan juga adalah low variety
Sentiasa bercampur dengan BM
Jarang kita mendengar sebuah ayat lengkap dalam BI

Campur kod dan tukar kod
Kod itu ialah unsur bahasa
Campur kod (code mixing): menggunakan unsur BI dalam BM atau BM dalam BI
Tukar kod (code switching): apabila berucap dalam BM yang baik, kita sengaja menggunakan BI yang
baik juga bagi menjelaskan sesuatu, atau sebaliknya

Amalan berbahasa dan karisma
Code mixing (bahasa rojak)
Budaya rendah
Pengamalnya dipersepsi sebagai tidak berfikir, tidak berpelajaran dan tidak keruan
Code switching (tukar bahasa bila perlu)
Budaya tinggi
Pengamalnya dipersepsi sebagai orang pandai, intelektual, berilmu

Bukan isu baru:
1847, Abdullah Munsyi (jalan bahasa ..
1956: Kongres Ketiga (S. Roomai Noor, Zuber Said , unsur asing)
1984 Kongres Keempat (Nik Safiah, Awang Sariyan, Firdaus Abdullah, Farid Onn, bahasa tak formal
(iaitu neka rendah)
Sekarang: sms, emel, rojak (campur), remaja (slanga), dll.

Falsafah Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi
Bahasa Melayu Tinggi adalah wahana budaya Tinggi: intelektual, pentadbiran, mesyuarat, pendidikan,
idea, istiadat, rasmi, mahkamah, dll.
Bahasa Melayu Rendah adalah wahana budaya rendah (lawak Senario, celoteh DJ radio dan tv, dll.
Contoh: Jom, Pekena: gunakanlah, tetapi jangan diamalkan dalam konteks rasmi.

Fitrah manusia berkomunikasi
Ada banyak neka bahasa
Kita menggunakan lebih dpd satu neka
Setiap satunya untuk konteks tertentu
Sikap begini penting, supaya kita tidak perlu membendung pengggunaan neka rendah dalam konteks
intelektual
Ajarkan apa yang betul, neka yang baik

Neka dan ranahnya
Neka rendah untuk komunikasi dengan kawan rapat, konteks tidak rasmi
Budaya seperti Akademi Fantasia (pengacaranya mendapat bayaran tinggi)
Tetapi orang berilmu tinggi tidaklah diharapkan menggunakan bahasa begitu dalam dewan kuliah

Ciri-Ciri BMT dan BMR
Terkawal lwn bebas,
Terkawal: Bahasa majlis, sekolah, mahkamah, buku, jurnal
Bebas: bahasa basahan, keluarga,
Kekal (permanent) lwn tidak kekal (non-permanent)
Permanent: majlis, ucapan, buku
Non permanent: bualan, akhbar, majalah

BMT lwn BMR
Citra (Imej): Berpendidikan, Berkuasa
Bahasa Indonesia (lelaki) lwn bahasa Melayu (Perempuan)
Lelaki (Jins Shamsuddin, Rais Yatim)
Perempuan (Chef Wan, Jaafar Onn)

1. Terkawal lawan bebas
BMR (Bebas): I suka pi tengok picture tapi tak dak timelah, busylah nowadays!
BMT (Terkawal): Saya gemar menonton wayang gambar, tetapi, sekarang saya tidak mempunyai
banyak masa untuk berbuat begitu.

2. Rasmi lawan mesra
Rasmi: panggilan Tuan, Puan, Cik, Dato; ganti nama, saudara, anda, kamu, saya
Mesra: Pak Cik, Mak Cik, Kakak, I, You, We all, You all, Dia orang
Perhatian: bahasa pasar: you all, dey all, wiol

3. Bahasa surat lawan basahan

BMR: Jom baca
BMT: Mari membaca

BMR (Neka mesra, keluarga): Abang, berape hargenye?
BMT (Neka surat): Encik, Berapa harganya?

BMR (Bahasa mesra, keluarga): Mana surat beranak Mak Cik?
BMT (Neka surat): Tolong berikan sijil lahir Puan kepada saya.

BMR: Mai pekena kopi dulu
BMT: Silakan minum kopi dahulu

BMR: (Neka mesra, keluarga): Abang, berape hargenye?
BMT: (Neka surat): Encik, Berapa harganya?

BMR: (Bahasa mesra, keluarga): Mana surat beranak Mak Cik?
BMT: (Neka surat): Tolong berikan sijil lahir Puan kepada saya.

Bahasa Melayu Tinggi
Bahasa Persuratan
Rasmi
Terkwal
Bahasa orang terpelajar
Bahasa orang berkuasa
Sempurna
Tahap budaya tinggi

1. Sebutan terkawal dan bebas
Sebutan: a, r, s, dll (rata
Imbuhan: kan, per, dll
Ayat: pengguguran bahagian subjek, predikat
Kata-kata
Bualan

Sebutan
a: rata rate - kerataan
r: besar besa - kebesaran
s: habis habeh - kehabisan
l: kecil kecik - kekecilan

Imbuhan
me- (meng)angkat
-kan mengguna(kan), membesar(kan)
Per- - memperoleh

Tatabahasa
.. Dengan mengajarkan kemahiran insaniah mendapat peluang yang lebih baik mana subjeknya
Melalui projek pembangunan meningkatlah taraf hidup orang asli ini

2. Paggilan Rasmi
Anugerah: Tun, Toh Puan, Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin
Adat: Dato, Tuk Empat
Profesional: Dr. Prof. Ir.
Kemungkinan mengyukan semua orang

3. Panggilan Tidak Rasmi
Pak Cik, Mak Cik, Abang, Kakak,
Biadab bermesra dalam konteks rasmi,
Biadab menggunakan bahasa kanak-kanak dalam konteks rasmi

4. Intonasi
Dalam majlis rasmi, penutur menggunakan intonasi "berual"

Kesimpulan
Bahasa (Melayu) Tinggi ini adalah neka bahasa persuratan.
Bahasa Intelektual
Bahasa yang mesti digunakan dalam konteks rasmi dan ilmu.
Di sekolah, di universiti, di pejabat, dalam majlis, dalam urusan rasmi
Sebab ini bahasa orang berilmu
Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang
menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu.
[1]
Istilah ini paling biasa
digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktor-
faktor lain seperti darjat sosial.
[2]
Istilah loghat berasal dari perkataan Arab (la) yang
bermaksud "bahasa"; sementara istilah dialek dipinjam dari bahasa Inggeris melalui perkataan
Yunani (dialektos) yang bermaksud "bahasa" atau "perbualan".
Dalam kegunaan umum, perkataan "loghat" atau "loghat daerah" adakalanya dipakai untuk
memaksudkan suatu bahasa yang kurang biasa didengari (terutamanya bahasa setempat),
khususnya bahasa yang tidak bertulis atau tidak diselaraskan.
[3]
Penggunaan perkataan ini tidak
sedap didengari penutur bahasa-bahasa yang dimaksudkan kerana diiringi salah sangka bahawa
bahasa minoriti berkenaan ketandusan kosa kata, tatabahasa atau kepentingan.
Bilangan penutur dan liputan geografi loghat itu agak sukar ditentukan, lebih-lebih lagi loghat itu
boleh terbahagi lagi kepada loghat-loghat kecil. Loghat itu adalah sistem perhubungan penuh
(baik lisan mahupun berisyarat, tetapi tidak semestinya bertulis) yang dilengkapkan lagi
perbendaharaan kata dan tatabahasa sendiri.
Loghat yang dikaitkan dengan darjat sosial tertentu dipanggil sosiolek. Kelainan-kelainan bahasa
yang lain termasuk: bahasa baku yang diselaraskan untuk tujuan perhubungan umum (contohnya,
tulisan piawai); jargon yang dicirikan melalui perbezaan dalam leksikon (perbendaharaan kata);
slanga; patois; pijin ataupun bahasa sulit. Corak pertuturan tertentu yang dipakai oleh seseorang
individu sahaja dipanggil idiolek.
Sesuatu loghat itu boleh dibezakan melalui kosa kata, tatabahasa, dan sebutannya (fonologi,
termasuk prosodi). Jika hanya terdapat perbezaan pada sebutannya, maka harus digunakan istilah
pelat atau telor, bukan dialek atau bahasa daerah (tetapi istilah loghat adalah tepat bagi kedua-
dua erti ini).


Loghat baku (atau "bahasa baku") adalah loghat yang didukung secara keinstitusian, iaitu
termasuklah pengiktirafan atau ketetapan kerajaan; penyampaianny selaku bentuk bahasa yang
"tepat" di sekolah; penerbitan tatabahasa, kamus, dan buku pembelajaran yang mengemukakan
bentuk lisan dan bertulis yang "tepat"; dan kesusasteraan formal berlarutan yang menggunakan
loghat itu (prosa, puisi, bukan cereka, dan sebagainya). Adanya juga berbilang loghat baku yang
dihubungkan dengan satu bahasa itu. Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia boleh dikatakan
sebagai bentuk loghat baku bahasa Melayu, begitu juga Bahasa Inggeris Amerika Baku, Bahasa
Inggeris British Baku, Bahasa Inggeris India Baku, Bahasa Inggeris Australia Baku, dan Bahasa
Inggeris Filipina Baku kesemuanya bergelar bahasa Inggeris yang baku.
Loghat bukan baku juga menikmati kosa kata, tatabahasa dan sintaksis yang lengkap seperti
loghat baku, tetapi tidak meraih dukungan keinstitusian. Satu contoh loghat bukan baku ialah
Bahasa Melayu Sarawak dalam bahasa Melayu yang laris ditutur oleh masyarakat Sarawak tetapi
tidak diajar di sekolah mahupun digunakan dalam surat-menyurat rasmi dalam hubungan rasmi.
Ujian Dialek direka oleh Joseph Wright untuk membandingkan pelbagai loghat bahasa Inggeris.

Tiadanya syarat-syarat yang diterima umum bagi membezakan bahasa dan loghat, namun
adanya beberapa paradigma yang memberikan hasil-hasil yang adakalanya bercanggahan.
Justeru, pembezaan yang tepat pun tetap subjektif, iaitu terpulang pada rangka rujukan
seseorang.
Kelainan bahasa selalu dipanggil loghat berbanding bahasa atas satu atau lebih sebab-sebab
yang berikut:
semata-mata bukan bahasa bertulis (ataupun tidak diiktiraf sedemikian)
penutur kelainan bahasa itu tidak bernegara sendiri
langsung tidak atau jarang sekali digunakan dalam cetakan atau sastera
kelainan bahasa itu ketandusan prestij.
Ahli-ahli linguistik antropologi mentakrifkan loghat sebagai suatu bentuk bahasa tertentu yang
dipakai oleh suatu komuniti perbualan. Dalam erti kata lain, perbezaan antara bahasa dan dialek
ialah perbezaan antara "yang abstrak atau umum" dan "yang maujud dan khusus". Dari
perspektif ini, tiada sesiapa pun yang bertutur dalam "bahasa"; sebaliknya, semuanya bertutur
dalam loghat. Sesiapa yang menentukan loghat tertentu sebagai bentuk yang "baku" atau "tepat"
sebenarnya sedang menggunakan kata-kata tersebut untuk meluahkan pembezaan sosial.
Selalunya, bahasa baku itu lebih menyerupai sosiolek golongan elit.
Dalam kelompok-kelompok yang mana prestij itu kurang memainkan peranan, istilah "loghat"
boleh digunakan cuma untuk memaksudkan kelainan setempat yang tidak ketara dalam amalan
linguistik yang dianggap saling mudah difahami, memainkan peranan penting dalam mengenali
seseorang serta membayangkan asal-usulnya (kawasan bandar yang mana, kampung yang mana,
atau daerah yang mana); maka nampaknya terdapat banyak "loghat keabdian". Ertinya, terdapat
banyak kelainan yang tidak ketara di antara penutur yang saling memahami bahasa dan
menerima bahawa diri mereka bertutur "secara sama" secara amnya.
Ahli bahasa moden tahu bahawa taraf sesuatu bahasa itu bukan sahaja ditentukan oleh kriteria
linguistik, malah juga merupakan hasil perkembangan sejarah dan politik. Bahasa Romansh ada
bahasa bertulisnya, maka diiktiraf sebagai bahasa, biarpun agak serupa bunyinya dengan loghat-
loghat Alp Lombard. Lain pula dengan bahasa Cina, yang bentuk-bentuk kelainannya termasuk
bahasa Mandarin dan Kantonis sering dianggap sebagai dialek dan bukan bahasa sungguhpun
saling tidak boleh difahami semata-mata kerana semuanya berkongsi piawaian penulisan dan
badan kesusasteraan.





Dialek-dialek Melayu dan Dialektologi
PENDAHULUAN

Dialek-dialek Melayu dan Dialektologi:

Masyarakat Malaysia cukup sedar akan kepelbagaian dialek Melayu di wilayah negara
ini. Dengan bertambah luas penyebaran televisyen dan filem, loghat-loghat Melayu
semakin dikenal hingga loghat Jakarta pun tidak asing bagi penonton dan penggemar
wayang gambar. Bahkan justeru perbezaan dialek yang dialek yang menjadi salah satu
unsur pokok dalam perkembangan sastera, budaya dan humor Malaysia. Kononya,
Hang Tuah dan para biduan Inderapura pula pernah memperkatakan perbezaan dialek
daerah serta masalah sosioliguistik sezaman.
Secara perbandingan, penelitian terhadap dialek sosial merupakan satu gejala baru.
Minat ahli-ahli bahasa pada amnya tertumpu pada perbezaan-perbezaan yang dikaitkan
dengan daerah, yakni dialek-dialek geografi. Berdasarkan kesedaran bahawa unsur-
unsur sosial memainkan peranan penting dalam penggunaan bahasa sehari-hari, ahli-
ahli bahasa mula memberi perhatian pada perbezaan-perbezaan bahasa yang berkait
rapar dengan masyarakat. Halliday (1968), misalnya, berdasarkan perbezaan yang
terdapat dalam bahasa kepada dua faktor iaitu pengguna dan penggunaan. Mengikut
beliau, variasi-variasi bahasa yang timbul, berkait dengan penggunanya (yakni dengan
maksud variasi yang digunakan oleh seseorang penutur untuk sebahagian besar
penggunaan bahasanya sehari-hari) ialah dialek , dan variasi yang berkaitan dengan
penggunaan (dengan maksud variasi-variasi yang dipilih untuk digunakan pada situasi-
situasi tertentu ialah register atau laras.

Dialek Sosial Dan Daerah: Pengenalan

Seperti yang telah disebutkan di atas, dialek adalah variasi bahasa yang dibezakan
mengikut penggunanya: orang yang tinggal di Kelantan bercakap dialek Kelantan,
sementara mereka yang tinggal di Negeri Sembilan mengunakan dialek Negeri
Sembilan. Tiap-tiap dialek mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membezakannya
daripada dialek-dialek lain. Perbezaan bahasa juga dapat dilihat dari segi
penggunaannya, kerana bahasa berbeza apabila fungsinya berbeza. Konsep register
atau laras digunakan untuk memperkatakan bagaimana bahasa digunakan oleh
penutur-penuturnya dalam kehidupan sehari-hari.
Persoalan perbezaan bahasa dari segi sosial (dalam erti yang luas) boleh dan telah
dibuat berdasarkan berbagai-bagai segi. Quirk dan Greenbaum (1973), misalnya,
semasa membicarakan variasi-variasi bahasa Inggeris telah menurunkan enam ciri
utama (masing-masing dengan subjenisnya pula) berdasarkan faktor-faktor penentu
seperti yang berikut: Daerah, pendidikan dan kedudukan sosial, tajuk, cara
penyampaian, sikap, dan gangguan. Semua faktor ini menghasilkan ciri-ciri tertentu
dalam penggunaan bahasa yang memisahkannya daripada variasi lain. Masing-masing
dikenal dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Dialek golongan terpelajar, misalnya,
mengandungi struktur tersendiri dan digunakan dalam situasi-situasi tertentu. Variasi
bahasa yang timbul berdasarkan sikap ialah variasi-variasi yang bentuknya ditentukan
oleh sikap penutur terhadap pendengar/pembaca, bahasa yang sedang diperkatakan
(tajuk) atau sebab-sebab perhubungan itu berlaku.
Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan
penutur dalam sesebuah masyarakat atau komuniti bahasa. Dialek mempunyai bentuk
tertentu, dituturkan dalam sesuatu kawasan tertentu atau oleh suatu kumpulan penutur
tertentu. Keadaannya berbeza daripada bentuk bahasa yang standard dari segi
sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa. Walau bagaimanapun, perbezaan itu
tidaklah besar sehingga ia boleh dianggap sebagai suatu bahasa.
Dialek bagi sesuatu bahasa itu dapat dibahagikan kepada dua, iaitu dialek daerah dan
dialek sosial.

Dialek Daerah:
Antara satu dialek dengan dialek yang lain dalam satu bahasa terdapat beberapa
perbezaan. Dalam sesuatu daerah yang luas, dialek-dialek berdekatan biasanya
mempunyai lebih banyak persamaannya daripada yang letek berjauhan.
Kadang-kadang terdapat perbezaan yang amat ketara sehingga sukar bagi penutur-
penutur memahami dialek yang dituturkan antara satu sama lain. Contoh, dialek
Kelantan dengan Johor. Walau bagaimanapun, mereka tetap boleh menghubungi
antara satu sama lain.

Antara faktor wujudnya dialek:
1. Keadaan geografi
2. Persekitaran pergaulan
3. Faktor politik

Dialek-dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah daripada bahasa
Melayu. Malah, dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia terdapat pula ideolak, iaitu
kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu dan kelainan stilistik.
Hal ini terjadi kerana perbezaan konteks. Kesemua kelainan ini disebut dialek tetapi
penuturnya masih dapat memahami pertuturan antara satu sama lain.

Dialek Sosial:
Dialek sosial disebut juga sebagai register atau laras bahasa, iaitu variasi bahasa yang
berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan. Laras bahasa merupakan variasi-
variasi yang dipilih untuk digunakan dalam situasi tertentu dalam kehidupan sehari-hari.
Terdapat beberapa faktor-faktor yang menetukan pemilihan dan penggunaan sesuatu
dialek sosial. antara faktor itu ialah:
1. Taraf pendidikan
2. Kedudukan sosial
3. Cara penyampaian
4. Sikap penutur
5. Gangguan
6. Latar belakang keluarga dan tempat tinggal
7. Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa
8. Hubungan sosial dan peribadi
9. Bahasa yang diperkatakan
10. Aspek-aspek linguistik

Anda mungkin juga menyukai