Anda di halaman 1dari 3

Jalan-jalan Raya Kotaku

1. Apakah sikap pengguna jalan raya seperti yang diperkatakan dalam sajak ini?
(3 markah)
~pengguna jalan raya dikatakan tidak bertimbang rasa,tidak bertolak ansur,dan
tidak sabar.
~Selain itu,mereka tidak sopan,biadap,dan dipengaruhi emosi.
~Mereka juga tidak mematuhi peraturan jalan raya dan menjadikan jalan raya
sebagai medan perlumbaan tanpa mempertimbangkan kesan-kesan negatif yang
mungkin timbul akibat sikap tidak bertanggungjawab.

2. Pada pendapat anda mengapakah mereka bersikap demikian?Berikan alasan


anda.(3 markah)
~Pada pendapat saya, mereka terlalu mementingkan diri sendiri ketika di jalan
raya.
~Mereka berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi masing-masing secepat
mungkin.
~Selain itu, kehidupan di kota terlalu menekan mempengaruhi emosi mereka
menyebabkan mereka mudah marah,cemas,dan resah sehingga mereka dikatakan
bersikap negatif ketika berada di jalan raya.

3. Huraikan beberapa persoalan yang terdapat dalam sajak ini.(3 markah)


~Persoalan yang terdapat dalam sajak ini ialah persoalan kesesakan lalu lintas di
kota.
~Persoalan kedua ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak sopan dan tidak
bertimbang rasa ketika menggunakan jalan raya.
~Persoalan ketiga ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan
jalan raya sehingga mereka menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan

4. Apakah pengalaman yang dilalui oleh penyajak sepanjang melalui jalan-jalan raya
di kota?(3 markah)
~Sepanjang melalui jalan-jalan raya di kota,penyajak dapat melihat pengguna
jalan raya yang tidak bertimbang rasa ,tidak sabar,dan tidak bertolak ansur ketika
berada di jalan raya.
~Selain itu,penyajak dapat merasakan nilai-nilai murni yang kian terhakis akibat
tekanan yang dihadapi oleh warga kota.
~Penyajak turut menyaksikan sikap pengguna jalan raya yang kasar,angkuh,dan
terburu-buru serta mementingkan diri masing-masing.
5. Kesesakan lalu lintas merupakan fenomena biasa di kota.Pada pendapat anda
bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah tersebut?(3 markah)
~Pada pendapat saya,pengguna jalan raya seharusnya menyokong kempen
berkongsi kenderaan bagi mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya
seterusnya mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kota.
~Selain itu,pengguna jalan raya harus menggunakan kenderaan awam seperti bas
dan komuter .
~Pihak kerajaan juga perlu mengehadkan jumlah kenderaan yang masuk ke kota
pada masa-masa tertentu dan menentukan laluan kenderaan perdagangan seperti
lori bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

6. Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.(3 markah)


~Pengajaran daripada sajak ini ialah kita mestilah bersikap sabar,bertimbang rasa,
dan bersopan santun di jalan raya.
~Kita juga mesti mematuhi peraturan jalan raya bagi menjamin keselamatan diri
kita dan pengguna yang lain.
~Seterusnya kita hendaklah saling menghormati serta menjaga tingkah laku kita di
jalan raya.

7. Bagaimanakah keadaan jalan raya seperti yang digambarkan dalam rangkap yang
pertama?(3 markah)

Rangkap yang pertama menggambarkan keadaan jalan raya pada waktu senja dan
ketika itu hujan gerimis. Pengguna jalan raya kelihatan gelisah dan terpaksa
bersabar untuk meneruskan perjalanan.

8. Pada pendapat anda, mengapakah pengguna jalan raya di ibu kota bersikap ganas
dan buas?(3 markah)

Pada pendapat saya, pengguna jalan raya di ibu kota bersikap ganas dan buas
kerana mereka mengalami tekanan hidup di ibu kota. Selain itu, keadaan jalan
raya yang sesak menyebabkan mereka tidak dapat bersabar lalu bertindak
mengikut perasaan

9.Bagaimanakah keadaan jalan raya seperti yang digambarkan dalam sajak ini?
(3 markah)
~Jalan raya di kota dikatakan penuh sesak dengan kenderaan terutamanya ketika
hujan atau waktu senja semasa pengguna jalan raya balik ke rumah masing-
masing.
~Selain itu,pelbagai kerenah manusia diperlihatkan semasa mereka terlibat dalam
kesesakan lalu lintas.
~Penyajak turut menggambarkan jalan raya yang dijadikan medan perlumbaan
melepaskan perasaan pengguna yang tidak bertanggungjawab.

10. Pada pendapat anda,apakah kesan-kesan yang mungkin timbul sekiranya


pengguna jalan raya menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan?(3 markah)
~Pada pendapat saya,sekiranya pengguna jalan raya menjadikan jalan raya sebagai
medan perlumbaan,mereka akan terlibat dengan kemalangan jalan raya.
~Selain itu,mereka turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
~Seterusnya kemalangan yang berlaku akan memburukkan lagi masalah
kesesakan lalu lintas yang sedia ada.

11.Apakah maksud "Tika gerimis menabur benih"?(2 markah)


~ketika itu sedang hujan.

12. Apakah yang ditunjukkan oleh "Lemas dalam kesabaran lelah meresahkan dengan
luka parah di hati”(2 markah)
~Menunjukkan bagaimana warga-warga kota tidak suka menunggu menyebabkan
mereka harus menunggu dengan hati yang marah.

13.Apakah maksud "Ketidaksabaran membengkak"?(2 markah)


~ Warga-warga semakin marah apabila mereka tetap harus menunggu dan
menunggu apabila terjadinya kesesakan jalan raya.

14.Berikan maksud "Kebosanan mengigit pangkal rasa".(2 markah)


~Warga-warga kota ini mula merasa bosan dengan keadaan yang harus mereka lalui
itu.

15.Apakah yang ditunjukkan olh "budi luhur warga kotaku tidak lagi berlaku"?
(2 markah)
~Ini menunjukkan ketiadaan adab antara warga kota kini.

16.Apakah maksud yang dibawa oleh"menghakis sopan santun seperti banjir kilat"?
(3 markah)
~Menunjukkan bagaimana sopan santun telah pun pupus dengan cepatnya di dalam
zaman ini. Oleh kerana itu warga-warga kota kini sudah tidak lagi bersopan-
santun.

17.Apakah maksud"yang hadir adalah keserakahan"?(3 markah)


~Menunjukkan bahawa huru-hara sahaja yang ada dalam kehidupan warga-warga
kota ini. Tiada keharmonian di antara mereka disebabkan ketiadaan adab dan etika
dalam diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai