Anda di halaman 1dari 2

Industri kraftangan seperti anyaman bakul, ukiran tangan dan membuat wau bukan

sahaja dapat meningkatkan pendapatan pengusaha kraf tangan tetapi mampu menarik
kehadiran pelancong ke negara kita.

Bincangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri
kraf tangan di Malaysia.

Pendahuluan
-kraf tangan merupakan satu cabang seni yang unik dan mempunyai nilai yang
tersendiri.
-kraf tangan boleh menjadi lambang sesuatu negeri dan tradisi seperti wau yang
terkenal di Kelantan dan anyaman tikar Sarawak.

Isi Pertama
-peranan kerajaan dalam mempromosikan barangan kraf tangan di mata dunia.
-mengadakan promosi meluaskan pasaran kraf tangan secara besar-besaran bagi
menarik minat ramai pengusaha kraftangan.
-mengadakan minggu kraf tangan peringkat antarabangsa untuk menggalakkan
pengusaha kra ftangan bergiat lebih aktif selain kerajaan dapat menyelam sambil
minum air dengan menarik lebih ramai pelancong.
-mempromosikan barangan kraftangan ketika mengadakan pelancaran Tahun Melawat
Malaysia yang diadakan di negara-negara luar.
-Kementerian Seni dan Budaya mengadakan minggu kraf tangan bagi menghargai seni
dan dan nilai keaslian barangan kraf tangan yang dibuat ekslusif untuk minggu tersebut.
Jelaslah bahawa kerajaan memainkan peranan yang lebih dominan dalam
mempromosikan barangan kraftangan.

Isi Kedua
-kerajaan dan swasta memberikan sokongan dan dorongan
-memberikan pinjaman modal bagi pengusaha yang ingin meluaskan sayap
pengusahaan kraf tangan.
-memberikan tumpuan dan dorongan terhadap industri kraf tangan dengan merancang
perkembangan semasa industri.
-mengadakan bengkel kraf tangan bagi mengajar dan memantapkan kemahiran seni
kraftangan.
-Jabatan-jabatan seperti MARA memberikan pinjaman modal kepada pengusaha untuk
memajukan lagi pengusahaan kraf tangan.
-Kerajaan membuka peluang yang cerah dengan berusaha mencari pasaran di peringkat
global.

Isi Ketiga
-peranan media massa dalam menerapkan minat terhadap seni kraf tangan.
-menarik minat masyarakat terhadap seni kraf tangan.
-membantu meningkatkan permintaan orang ramai terhadap barangan kraf tangan.
-menyiarkan artikel menarik mengenai seni kraf tangan.
-menarik minat orang awam dan sekali gus membantu memajukan industri kraf tangan.

Isi Keempat
-kreativiti pengusaha barangan kraf tangan
-memvariasikan hasil barangan kraf tangan agar lebih menarik.
-mempromosikan barangan kraf tangan dengan cara yang tersendiri.
-pengusaha barangan kraf tangan Sarawak mempelbagaikan hasil kraf tangan dari rotan,
anyaman dan peralatan hiasan rumah.

Isi Kelima
-sokongan masyarakat terhadap industri kraf tangan itu sendiri.
-kebanyakan individu tidak menghargai nilai kesenian barangan kraf tangan.
-menunjukkan perasaan kagum dan menghargai barangan kraf tangan yang merupakan
hasil karya terunik yang tidak semua pihak dapat menghasilkannya.
-masyarakat tidak memandang enteng terhadap usaha memajukan industri kraf tangan
serta memberikan sokongan yang berterusan.

Penutup
- Secara intihannya, pelbagai pihak perlulah berganding bahu bersama-sama untuk
memajukan industri kraf tangan di Malaysia supaya tidak lapuk dek hujan, tidak lekang
dek panas, tidak hilang ditelan zaman agar industri kraf tangan ini terus maju seiring
dengan pembangunan negara dan sekaligus menarik minat pelancong untuk bertandang
ke negara kita.

Anda mungkin juga menyukai