Anda di halaman 1dari 2

Usaha-usaha untuk Memajukan Industri Kraf Tangan

Tidak dapat dinafikan bahawa industri kraf tangan merupakan satu cabang
seni yang unik dan mempunyai nilai yang tersendiri di negara Malaysia. Tambahan
pula, barangan yang dihasilkan melalui industri kraf tangan juga menjadi lambang
sesuatu negeri dan tradisi seperti wau yang terkenal di Kelantan dan anyaman tikar
di Sarawak. Walau bagaimanapun, kepopularan tersebut kian terhakis ditelan zaman
di negara kita ibarat hidup segan mati tak mahu. Kesibukan mengejar kekayaan
dan kerjaya telah menyebabkan indutri tradisonal ini dipinggirkan. Pepatah Melayu
ada menyatakan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Oleh
itu, pelbagai langkah yang proaktif dan bersepadu perlu dilakukan supaya industri kraf
tangan negara terus hidup subur sebagai lambang kebudayaan negara Malaysia.

Usaha yang paling utama untuk memajukan industri kraf tangan ialah pihak
kerajaan haruslah mempromosikan barangan kraf tangan di mata dunia secara bijak.
Hal ini membawa konotasi bahawa masyarakat seantero dunia masih kurang
maklumat dan pengetahuan tentang kraf tangan negara Malaysia yang mempunyai
keunikan yang tersendiri. Dengan itu, pihak kerajaan yang bertanggungjawab
haruslah mengadakan promosi secara besar-besaran supaya warga asing dapat
mendalamkan maklumat dan pengetahuan tentang kraf tangan masyarakat Malaysia.
Sebagai tamsilnya, majalah, internet, dan surat khabar boleh memuatkan ruangan
khas untuk kraf tangan negara. Selain itu, pertandingan membuat kraf tangan dan
pameran kraf tangan di peringkat kebangsaan boleh dijalankan setiap tahun supaya
setiap orang dapat kenal akan kraf tangan kerana peribahasa ada menyatakan kalau
tak kenal maka tak cinta. Dengan itu, pihak kerajaan yang bertanggungjawab
haruslah menggelakkan sikap yang seperti melepaskan batok di tangga. Secara
umumnya, pihak kerjaan mestilah memainkan pernan yang lebih dominan dalam
mempromosikan barangan kraf tangan.

Selain pihak kerajaan, pengusaha kraf tangan perlulah kreatif dan inovatif
untuk menghasilkan pelbagai kraf tangan yang unik dan moden. Hal ini berpunca
daripada pengguna berminat dengan barangan yang mengikut perkembangan
semasa. Oleh hal yang demikian, pengusaha haruslah mempelbagaikan hasil
barangan kraf tangan agar lebih menarik perhatian pengguna. Misalnya, kraf tangan
daripada buah kelapa dan buluh dijadikan tempat meletak surat dan sebagainya yang
boleh dijadikan barang hiasan yang menarik dan cantik. Di samping itu, pengusaha
kraf tangan juga haruslah memberikan tawaran harga kepada pengguna. Natijahnya,
pengguna akan mudah mendapatkan barangan yang pelbagai pilihan. Dengan itu,
pengguna akan rambang mata untuk membuat pilihan barangan yang seterusnya
boleh memajukan industri ini apabila permintaannya meningkat. Tegasnya, kreativiti
pengusaha juga memberikan impak yang besar dalam memajukan industri kraf
tangan di Malaysia.

Langkah yang seterusnya ialah industri kraf tangan perlu diberi bantuan oleh
pihak kerajaan dari segi dana atau modal. Hal ini disebabkan pengusaha tempatan
kekurangan modal untuk menjalankan industri kraf tangan yang memerlukan
perbelanjaan mengurus yang besar. Dalam konteks ini, pihak kerajaan harus
memberikan pinjaman modal bagi pengusaha yang ingin meluaskan sayap
pengusahaan kraf tangan mereka. Sementara itu, pihak kerajaan juga mestilah
mencari pasaran di peringkat global dengan mengadakan kempen-kempen, pakej-
pakej pelancongan dan percutian di Malaysia. Sebagai impaknya, hal ini akan
mengakibatkan pengusaha tempatan mempunyai kegigihan untuk bersaing dengan
pengusaha luar negara. Tegasnya, orang tua-tua pernah berkata bahawa usaha
tangga kejayaan dan wajiblah pengusaha kraf tangan percaya bahawa mereka
dapat bersaing di peringkat kebangsaan.

Kesimpulannya, kraf tangan yang melambangkan kekayaan seni


budaya masyarakat Malaysia mempunyai nilai-nilai estetika yang perlu
dipertahankan. Oleh itu, industri kraf tangan perlulah dimajukan dengan kerjasama
daripada semua pihak kerana peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat yang perlu dijadikan pedoman
dalam perkara ini. Segenap masayarakat perlulah berganding bahu menjayakan
barangan keluaran negara dengan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Sebagai hasilnya, industri kraf tangan akan terus maju seiring dengan pembangunan
negara dan sekai gus menarik minat pelancong untuk bertandang ke negara kita.

Anda mungkin juga menyukai