Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan ilmu dalam kehidupan

Semua orang menuntut ilmu sejak kecil lagi.Menuntut ilmu amat penting dalam kehidupan
kita. Ilmu meliput pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti Sains,Biologi,Matematiks dan
sebagainya

1. Membolehkan kita memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik


Dengan kepelbagai ilmu yang dimiliki, peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka
dan mudah untuk mendapat kerja.Kita juga akan mampu untuk menjawat jawatan yang
lebih besar dan baik.Hasrat cita-xita kita hanya akan tercapai jika kita mempunyai
ilmu.Kerjaya professional seperti doctor,peguam dan akauntan memerlukan seseorang
yang berilmu. Sebagai contoh,jikalau seorang doktor tidak berilmu ,bagaimana dia
merawat seorang pesakit.

2. Meningkatkan taraf hidup


Orang yang berilmu akan dapat mempertingkat taraf hidup mereka dan juga keluarga
mereka. Dengan ilmu yang dimiliki oleh mereka, mereka akan berkerjaya dan
mendapat gaji yang lumayan. Pendapatan yang diperole oleh mereka dapat mengubah
kehidupan mereka. Mereka berupaya membeli rumah yang lebih selesa dan kereta
yang lebih mewah. Mereka juga mampu membeli bahan keperluan merekaseperti
makanan,minuman dan sebagainya. Mereka juga boleh membeli kehendak diri mereka
seperti beg,kasut,baju dan sebagainya.

3. Boleh berkhidmat untuk agama,bangsa dan negara


Ilmu yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja boleh memajkan diri mereka tetapi juga
boleh menyumbangkan ilmu mereka untuk membangunkan agama,bangsa dan negara.
Sebagai contoh, dari segi agama, mereka boleh menyampaikan ceramah yang boleh
menyedarkan manusia tentang kehebatan agama dan mendidik masyarakat supaya
mematuhi ajaran-ajaran agama.Secara tidak langsung, apabila kesedaran agama itu
timbul, mereka juga akan menjadi berjaya membangunkan bangsa dan negara mereka
kerana ajaran agama mengajak manusia membuat perkara yang baik.

4. Disanjung tinggi oleh masyarakat


Orang yang berilmu akan dihormati dan disanjungi oleh masyarakat. Masyarakat
sangat menghargai orang yang berilmu kerana mereka berkhidmat kepada masyarakat
untuk kepentingan umum. Contohnya, doktor mampu memberi rawatan kepada
pesakit, pendakwah mampu memberi kesedaran kepada masyarakat dan guru boleh
menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Masyarakat akan menghargai jasa-jasa orang
yang berilmu kerana mereka telah memberikan perkhidmatan yang diperlukan.

5. Boleh mencipta inovasi baharu dalam pelbagai bidang kehidupan manusia


pada hari ini
-akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia
-seperti telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai alat canggih yang lain
-memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi

6. Seseorang mampu menyelesaikan masalah


-apabila seseorang ilmu,tidak akan ditipu oleh orang lain
-orang berilmu berfikiran positif apabila menghadapi masalah
-ilmu pelita hidup,ilmu dapat menjadi penerang kegelapan seseorang
-ilmu agama yang tinggi dapat menyelesaikan masalah tanpa tindakan yang berburu-
buru

Anda mungkin juga menyukai