Anda di halaman 1dari 15

Industri desa sememangnya tidak boleh dipinggirkan kerana mempunyai potensi yang

begitu besar dan penghasilannya juga dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi
penduduk dan negara ini.
Ulaskan pernyataan tersebut dan jelaskan cara-cara memajukan industri desa.
[ 100 markah ]

Pada alaf baharu ini, sektor perindustrian diberikan tumpuan yang sepenuhmya untuk menjana
ekonomi negara. Namun, kebanyakan pihak tidak sedar bahawa industri desa yang juga mampu
meningkatkan ekonomi negara semakin dipinggirkan. Sebenarnya, industri ini berpotensi tinggi
untuk dimajukan dan dijangka akan memberi banyak sumbangan dalam ekonomi negara. Industri
desa merupakan wadah bagi menghasilkan kerja tangan yang dibuat oleh penduduk desa yang
masih menggunakan teknik tradisional yang diwarisi sejak zaman nenek moyang mereka.

Memang tidak dapat disangkal bahawa industri desa merupakan salah satu industri yang
berperanan penting di Malaysia. Kebanyakan penduduk di luar bandar tidak mempunyai
pekerjaan yang tetap dan ada dalam kalangan mereka terpaksa bekerja dari siang malam semata-
mata untuk menyara keluarga mereka. Mereka hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan
ada kalanya mereka hanya mengisi perut dengan ubi kayu. Kehidupan mereka di kawasan
pedalaman diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika industri desa ini
dimajukan, maka peluang pekerjaan akan bertambah dan seterusnya taraf kehidupan penduduk
desa dapat ditingkatkan kerana di mana ada gula, di situ ada semut. Selain itu, indusri desa
yang kaya dengan budaya Malaysia yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujanjuga
dapat membantu dalam usaha menarik pelancong asing berkunjung ke negara kita.

Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Industri desa di negara kita sememangnya dapat dimajukan jika pihak kerajaan dan pihak yang
terlibat mengambil inisiatif untuk mengusahakannya. Pihak kerajaan harus sentiasa memberi
sokongan dan bantuan kewangan bagi merealisasikan industri desa sebagai penggerak
perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Industri ini harus diberikan nafas baharu
melalui suntikan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti supaya industri ini mampu
menembusi pasaran dunia sekali gus meningkatkan pendapatan negara kita. Masyarakat kita juga
harus mengiktiraf industri desa sebagai satu industri yang mampu memberi sumbangan dalam
pembangunan negara. Industri ini dijangka akan mendatangkan pulangan yang lumayan dalam
masa lima tahun jika kerajaan sanggup peruntukan yang lebih besar kepada industri ini.

Di samping itu, konsep jualan hasil industri desa melalui orang tengah harus digantikan dengan
konsep jualan langsung kerana kebanyakan sikap orang tengah diibaratkan enau di dalam
belukar melapaskan pucuk masing-masing. Mereka mengaut keuntungan yang banyak dengan
menjual hasil industri desa dengan harga yang tinggi kepada pengusaha-pengusaha di bandar.
Oleh itu, industri desa haruslah bekerjasama dengan badan kerajaan bagai aur dengan tebing bagi
menghidupkan industri desa ini. Sebaik-baiknya, industri ini harus diuruskan oleh anak-anak
kampung yang berpendidikan supaya mereka berpeluang berbakti kepada tempat kelahiran
mereka tanpa perlunya berpindah ke bandar untuk mencari nafkah hidup. Oleh hal yang
demikian, pihak kerajaan berperanan penting dalam usaha menggalakkan generasi muda masa ini
untuk menceburi industri desa supaya industri ini dapat berkembang ke seluruh pelosok dunia
dan Malaysia mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain.

Dalam usaha memajukan industri desa, para pengusaha perlulah menimba ilmu pengetahuan
serta kemahiran dari negara-negara jiran, seperti Indonesia dan Thailand yang banyak
menghasilkan produk tempatan yang berkualiti. Negara kita haruslah bertukar-tukar pendapat
dengan negara yang maju dalam industri desa dan mendapat khidmat nasihat daripada golongan
profesional dalam bidang ini untuk meningkatkan produktiviti industri luar bandar di negara kita.
Selain itu,kita harus pandai mengambil yang jernih dan buang yang keruh dengan
menjadikan kejayaan negara-negara lain dalam industri desa sebagai rujukan untuk menjayakan
industri ini di negara kita sendiri. Industri desa hendaklah ditransformasi kepada pelbagai
perusahaan daripada berbentuk tradisional kepada jenis penghasilan produk yang lebih kreatif
dan inovatif untuk menarik hati dan mengagumkan para pembeli. JIka usaha memajukan industri
desa dilakukan secara sistematik mengikuti prosedur-prosedur yang disediakan, maka suatu hari
nanti industri desa akan mendahului segala industri yang bertaraf antarabangsa.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan haruslah bekerjasama dengan sektor swasta untuk
memaksimumkan hasil pengeluaran industri desa. Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya pada
pihak kerajaan untuk menghidupkan industri desa kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi. Kedua-dua pihak ini haruslah berganding bahu untuk memperkenalkan produk
tradisional secara komersial kepada dunia luar. Mesin yang lebih canggih harus dibekalkan
kepada pengusaha industri desa supaya produk industri desa seperti kraf tangan yang dihasilkan
lebih berkualiti. Bekalan produk yang bermutu tinggi sememangnya akan mendapat sambutan
yang baik daripada para pembeli di negara kita mahupun pembeli dari negara asing. Penggunaan
mesin juga dapat mempercepat proses pengeluaran produk dan meningkatkan kuantiti barangan
industri desa yang dihasilkan. Dengan ini, hasil-hasil industri desa dapat dibekalkan kepada
pembeli ataupun para pengusaha secara berterusan.

Konklusinya, industri desa sememangnya dapat memberi nafas baharu kepada masyarakat luar
bandar dan seterusnya meningkatkan pendapatan per kapita negara. Oleh itu, pihak yang terbabit
harus sentiasa memastikan bahawa penduduk di kawasan luar bandar diberikan bantuan dan
kemudahan yang secukupnya untuk meningkatkan hasil industri desa. Para pengusaha industri
ini juga harus melakukan anjakan paradigma selaras dengan keadaan semasa supaya industri
desa di negara kita dapat dimajukan ke tahap yang maksimum dan mampu mengharumkan nama
Malaysia di arena antarabangsa. Malaysia Boleh!







Semangat kejiranan

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di
belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama,
mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang
akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi
kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa
berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati
dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil
untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti
gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang
akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara
satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran
mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang
mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan
secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk
kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan
hubungan sesama jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu
sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh
semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat
bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui
majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan
berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa
perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-
majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka
mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua
ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak,
memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga
diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga.
Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman
rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat
sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin
membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.


Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti
sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan
yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah
melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan
dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui
Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan
taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat
dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat
sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.


Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat
sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup
bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui
masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke
hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap
sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat
mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang
pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai
semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang
dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat
meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang
lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan
luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan
bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat
kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah
sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita
sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.









FAEDAH BERSUKAN
Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita.
Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini
kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.
Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita
berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh
dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas
serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.
Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah
kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun
agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan
individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara
kaum dapat dipupuk.
Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara
bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu
lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada
terjebak dalam gejala sosial.
Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya
kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri
mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah
berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama
menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.


Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang
atau sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh.Mutakhir ini ,pemodenan sukan bergerak
seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan
pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan
profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa
manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan
pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja. Persoalannya,
apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat?

Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu
mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak
menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan profesional dan separa
profesional dalam membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan
fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan
masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan
golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan
dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah
awal seperti kata pepatah sediakan payung sebelum hujan dalam mengawal obesiti,
penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga
dapat membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali pulih.
Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan
fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat
melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur
darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak
diperlukan oleh badan. Tegasnya, penglibatan dalam bidang sukan merupakan usaha
efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat.

Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Masa lapang
sebenarnya amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang
melibatkan diri dalam bidang sukan juga adalah satu cara mengisi masa lapang dengan
berfaedah. Masa itu emas , walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat
berharga .Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi
mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan. Bagi golongan remaja pula,
penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang tidak bermoral , vandalisme dan membuang masa sia-sia seperti
melepak , merokok dan terlibat dalam pengambilan dadah. Sukan dapat menarik
masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesan
yang jelas ialah sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah
gagah dengan yakin ke peringkat antatabangsa walaupun melalui ranjau pidana dunia
persaingan hari ini. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat
memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.

Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk
mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana,
kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih
kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam
kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang
kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di
samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan
seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan
melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan.
Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu
serta mengeratkan hubungan.

Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan
pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran
profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lumayan. Penganjuran dan
pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang
besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di peringkat glokal dan global
mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing. Seiring dengan itu,
industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan
menampakkan hala tuju anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan
potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak
secara professional, pemain badminton seperti Datuk Lee Chong Wei dan Shalin
Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan bowling sebagai kerjaya. Jelaslah
sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat.

Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai
faedah kepada masyarakat.Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan
menyertai semua jenis sukan. Sukan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang
sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat
martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi dengan Negara maju yang lain. Sesungguhnya , sukan
berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajar
digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.

















KEPENTINGAN HUTAN
Sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi bahawa hutan merupakan khazanah alam
yang amat tinggi nilainya.Hutan mendatangkan pelbagai impak yang positif kepada
masyarakat dan negara.Tanpa hutan kita tidak akan dapat menikmati keindahan
panorama yang dapat kita nikmati pada waktu ini.Macapada,hutan semakin terancam
sebagai akibat ketamakan dan kerakusan masyarakat pada zaman ini.Mereka hanya
melakukan sesuatu tindakan berlandaskan hawa nafsu bukannya berlandaskan fikiran
sedangkan mereka mengetahui kesan tindakan mereka terhadap generasi pada masa
hadapan.Oleh sebab itu,semua pihak haruslah berganding bahu bagi memastikan hutan
terpelihara kerana hutan memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.


Antara kepentingan hutan kepada masyarakat ialah merupakan kawasan
tadahan.Hutan merupakan sumber air dominan yang kita gunakan dalam rutin
harian.Sekiranya hutan semakin pupus,cuba kita bayangkan bagaimana kehidupan kita
tanpa air.Sememangnya kita sedar bahawa kita tidak boleh hidup tanpa air walaupun
sehari kerana kegiatan rutin harian kita sentiasa menggunakan air seperti membasuh
kereta,mencuci pinggan ,mandi dan juga menampung keperluan asas bagi
manusia.Kegiatan pembalakan haram semakin berleluasa pada hari ini dan menyebabkan
hutan di negara semakin terancam.Hal ini akan menyebabkan kita kehilangan kawasan
tadahan hujan sekali gus kita akan kehilangan sumber air yang berkualiti.Oleh itu,sebagai
masyarakat yang bertanggungjawab,kita hendaklah mengambil berat terhadap kegiatan
pembalakan haram yang mengancam kepentingan hutan.


Selain itu,hutan juga dapat menstabilkan peratus oksigen di permukaan bumi.Hali
ini kerana hanya hutan sahaja yang boleh menjalankan proses fotosintesis.Proses
fotosintesis amat penting dalam kehidupan masyarakat dalam memastikan purata suhu di
negara kita tidak meningkat kerana kesan rumah hijau boleh mendatangkan impak
negatif kepada masyarakat.Sekiranya hutan ditebang,bilangan tumbuhan hijau akan
berkurangan dan menyebabkan peratus karbon dioksida bertambah seperti cendawan
tumbuh selepas hujan.Natijahnya,kita akan mengalami El-Nini sedangkan kedudukan
negara kita terletak di garisan khatulistiwa.Secara faktanya,negara kita mengalami iklim
yang panas dan lembap sepanjang tahun tetapi kenapa kita ingin negara kita mengalami
kemarau yang berpanjangan.Oleh yang demikian masyarakat yang bersikap materialistik
hendaklah mengikis sikap tamak dalam sanubari mereka itu kerana anjakan paradigma.


Seterusnya,hutan juga merupakan habitat bgi flora dan fauna yang juga
merupakan sumber makanan kita.Hutan merupakan satu-satunya habitat bagi flora dan
fauna.Sekiranya hutan pupus di manakanh binatang-binatang liar tersebut dapat tinggal
selain hutan?Di samping itu,hutan merupakan sumber makanan bagi binatang liar
tersebut yang tergolong daripada kategori 'herbivore'.Sekiranya mereka kehilangan
sumber makanan kita juga akan kehilangan sumber makanan kerana sumber protein kita
ialah daging binatang-binatang yang terdapat di dalam hutan.


Di samping itu juga hutan merupakan penampan hakisan semasa hujan
menyirami bumi.Jika hutan ditebang,tanih akan menjadi gondol dan matahari yang panas
terik akan menyebabkan tanih menjadi kering-kontang.Hali ini akan menyebabkan
hakisan tanih mudah berlaku.Oleh itu,hutan boleh mengelakkan kejadian tanah runtuh
daripada berlaku kerana akar-akar tumbuhan dapat mengikat tanih daripada mudah
longgar yang akan menyebabkan tanah runtuh sekali gus banjir lumpur.


Akhir sekali,sektor pelancongan yang dapat menjan ekonomi negara juga
merupakan peranan hutan.Hal ini kerana pihak kerajaan telah menubuhkan kawasan
eko-pelancongan yang dapat memlihar kepupusan flora dan fauna seperti Taman Negara
Bako di Sarawak dan Taman Negara Kinabalu.Kawasan-kawasan hutan ini merupakan
kawasan yang diharamkan kegiatan pembalakan dijalankan.Sememangnya tindakan
pihak kerajaan yang drastik ini telah menyelamatkan hutan di negara daripada pupus.Di
samping itu juga hutan dapat menjana ekonomi negara melalui kegiatan eksport kayu-
kayu belian yang berharga yang mendapat pasaran yang tinggi di persada
antarabangsa.Sehubungan itu,hutan telah membantu negara meningkatkan pembangunan
negara ke arah kemajuan supaya negara dapat berdiri sama tinggi,duduk sama rendah
dengan negara-negara lain.


Konklusinya,semua pihak hendaklah menggembleng tenaga dalam memastikan
pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.Hargailah hutan kerana hutan merupakn
khazanah yang amat bernilai.Oleh sebab itu,kita mestilah bersyukur kerana dilahirkan di
sebuah negara yang dikeliling dengan hutan-hutan yang malar hijau.Marilah kita
bersama-sama memelihara dan memulihara hutan di negara ini sebelum terlambat kerana
sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya lagi.










BUDAYA MEMBACA MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG

Membaca adalah satu amalan mulia dan merupakan jabatan ilmu kepada semua manusia. Oleh
itu, pelbagai ilmu yang boleh kita perolehi dan pelajari daripada amalan membaca. Dengan
amalan membaca sahaja ianya membolehkan pemikiran seseorang itu berkembang dan
mempunyai imagenasi yang lebih tinggi untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat berbanding
dengan orang yang kurang membaca. Menurut Kenedy (1981) membaca adalah"keupayaan
seseorang untuk mengencam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau
perkataan) yang menghubungkan bentuk intu, atau bunyi makna yang telah diketahui, dan
seterusnya berasaskan pengelaman lalu, memahami dan mentafsir maksud".

Amalan membaca dapat dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan dalam diri seseorang.
Hal ini kerana, perbezaan yang ketara antara individu yang suka membaca berbanding individu
yang tidak suka membaca adalah melalui ilmu pengetahuan yang mereka miliki. Sikap individu
yang suka membaca tersebut dapat melahirkan seorang manusia yang berguna dan mempunyai
tahap pemikiran yang tinggi. Golongan ini juga merupakan salah satu golongan yang akan
menjadi pemimpin di sesebuah negara kerana idea-idea bernas mereka dapat membangunkan
sesebuah negara tersebut.

Budaya membaca merupakan amalan yang sepatutnya dialmalkan sejak dari kecil lagi. Peranan
ibu bapa dalam mendidik anak-anak untuk membaca dapat melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Sejajar dengan kehendak negara yang ingin menjadikan
masyarakat di Malaysia berilmu pengetahuan yang tinggi, maka ibu bapa hendaklah memainkan
peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Agama islam sendiri menggalakkan
umatnya membaca sehingga terbuktilah kelahiran ramai tokoh-tokoh ilmuan yang terunggul
seperti Ibnu Sinar, Ibnu Khawarizmi, Ibnu Biruni dan ramai lagi. Kesemua tokoh-tokoh tersebut
memulakan penerokaan mereka daripada bacaan sama ada bacaan lisan mahupun bacaan alam
sehingga mereka dapat menghasilkan penemuan baru. Semua pemimpin negara juga
menggalakkan masyarakatnya membaca supaya mereka tidak akan ketinggalan dalam menerima
kecanggihan dan kemodenan dunia. Bagi masyarakat jepun, membaca sudah menjadi tabiat dan
amalan mereka kerana daripada amalan membaca mereka dapat meningkatkan taraf hidup dan
juga dapat berdaya saing dengan dunia luar.
Walaubagaimanapun, masyarakat yang menerima perubahan teknologi yang moden dan canggih
hari ini telah menjadikan amalan membaca tersebut dengan membaca perkara-perkara yang tidak
sepatutnya. Kebanyakan golongan remaja hari ini,menambahkan ilmu pengetahun mereka
melalui bacaa-bacaan yang berunsur ganas dan tidak mendatangkan faedah contohnya seperti
majalah lucah, majalah-majalah yang berkaitan dengan perkara yang negatif seperti hiburan buli,
gengsterisme, pegangan agama yang sonsang dan sebagainya. Oleh hal yang demiakian, amalan
ini telah menyebabkan masyarakat terutama golongan remaja menjadi rendah akhlak dan cetek
ilmu pengetahuan. Jenis bahan bacaan yang boleh dikategorikan sebagai 'lucah' atau tidak sopan
ialah yang mengeksploitasikan seks sebagai bahan utama. Bagi sesetengah bahan bacaan ini,
mereka memaparkan gambar wanita mendedahkan tubuh badan mereka dan aksi menggoda
untuk dijadikan sebagai pelaris jualan. Disebabkan remaja sering disogok dengan cerita
sedemikian, golongan tersebut mudah terpengaruh sehingga menjadi seronok dan ketagih. Ini
akan menyebabkan golongan ini tidak dapat berfikir secara matang dan akan ketinggalan dalam
pelbagai aspek.
Oleh hal yang demikian, masalah ini hendaklah dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat
terutama ibu bapa kerana kebanyakan anak-anak menjadi liar disebabkan pengabaian daripada
ibu bapa. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan hendaklah menjalankan pemantauan terhadap
penerbit buku tersebut terutama memantau buku-buku yang datang dari luar negara. Hal ini
kerana, melalui amalan membaca, kita dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang tetapi
apabila terdapat golongan masyarakat yang membaca ilmu yang sonsang akan menyebabkan
mereka mudah untuk dijajah. Membaca merupakan jambatan ilmu dan tiang pembangunan
kepada semua.





















Peranan ibu bapa dalam melahirkan modal insan yang cemerlang

Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan individu yang paling penting
dalam sebuah institusi keluarga. Ibu bapa bukan sahaja perlu menanggung
tanggungjawab menyara kehidupan keluarga, malahan juga harus mendidik dan mengasuh anak
supaya menjadi orang yang berguna. Anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menjadi
pencoraknya ,. Oleh itu, ibu bapa memainkan
peranan yang amat penting dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dan sempurna dari
segi jasmani , rohani , emosi, mental dan intelek .


Seperti yang kita sedia maklum, didikan yang paling awal diterima oleh seseorang
anak bermula dari rumah. Sejak kecil lagi, ibu bapa harus membimbing dan mendidik anak
supaya dapat membezakan perkara yang berfaedah dan yang tidak boleh dilakukan. Apabila anak
melakukan kesalahan, ibu bapa perlu mendenda anak supaya mereka dapat sedar dan insaf akan
kesalahan sendiri. Sekiranya ibu bapa tidak membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh anak,
anak akan menganggap bahawa perbuatan tersebut adalah betul. Lama-kelamaan, perbutan buruk
itu menjadi tabiat anak keranaalah biasa tegal biasa . Jadi, memang jelaslah bahawa
didikan ibu bapa sejak kecil lagi diperlukan bagi mewujudkan modal insan yang berdisiplin dan
berguna. Janganlah kita lupa bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya


Di samping itu, ibu bapa harus memberikan didikan agama kepada anak dari semasa ke
semasa. Setiap agama mengajar penganutnya melakukan perkara yang bermoral serta menjauhi
perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarga. Amalan yang tidak bermanfaat
dilarang sama sekali oleh semua agama. Antaranya ialah berzina , membunuh, merompak,
berjudi dan sebagainya. Dengan adanya ajaran agama yang teguh, seseorang itu tidak
akanterjebak ke lembah kehinaan . Hal ini demikian kerana mereka sedar bahawa
mereka akan menerima tulah dan dikenakan hukuman oleh Tuhan jika mereka melanggar
didikan dan ajaran agama. Tambahan pula, orang yang menerima didikan agama sejak kecil lagi
mempunyai pemikiran yang lebih matang dan rasional. Mereka tidak mudah terpengaruh oleh
budaya dan rakan sebaya yang tidak baik. Hal ini disebabkan segala ajaran agama telah serasi
denganjiwa mereka. Melalui cara ini, insan yang sempurna dari segi rohani dapat
dilahirkan.


Sebagai saudara terdekat dengan anak-anak , ibu bapa memikul
tanggungjawab untuk membekalkan kasih sayang yang mencukupi kepada anak. Ibu bapa
sepatutnya mencurahkan kasih sayang dan memberikan keprihatinan kepada anak di samping
sibuk mencari nafkah . Mereka tidak harus mementingkan kejayaan dan kecemerlangan
dalam kerjaya semata-mata sehingga mengabaikan anak. Mereka tidak boleh berpendapat
bahawa sudah cukup untuk menyediakan keperluan makanan dan minuman serta wang ringgit
sahaja. Ibu bapa mestilah meluangkan masa untuk berinteraksi dengan anak. Apabila anak
menghadapi masalah, ibu bapa harus membantu dan membimbing anak untuk menyelesaikan
masalah tersebut melalui cara yang betul. Anak tidak akan berasa diabaikan dan dilupakan oleh
ibu bapa. Sebaliknya, mereka akan berasa mereka disayangi dan diambil berat oleh keluarga
memandangkan ibu bapa sanggup mendampingi mereka dan mendengar masalah yang dihadapi.

Selain memberikan keprihatinan kepada anak, ibu bapa memainkan peranan dalam
mewujudkan sebuah keluarga yang sempurna dan harmoni supaya anak dapat membesar dalam
keadaan yang bahagia. Ibu bapa seharusnya berusaha membentuk keluarga yang damai
dan aman seperti syurga . Anak yang membesar dalam lingkungan
kebahagiaan lebih mudah menerima perkara-perkara positif dalam membina diri mereka. Mereka
lebih tenang dan lebih senang menerima pelajaran bagi mendapat keputusan yang cemerlang
dalam bidang akademik. Keluarga bahagia menjaditulang belakang mereka.
Jadi, kepincangan institusi keluarga akibat krisis rumah tangga perlu
dielakkan supaya tidak menimbulkan konflik dalam jiwa anak. Perbalahan antara ibu bapa,
ibu bapa yang bercerai serta terpaksa hidup dengan ibu atau bapa sahaja menyebabkan keluarga
tidak bahagia diwujudkan. Bagi anak, keluarga seperti itu merupakan neraka . Anak tidak
dapat memperoleh ketenangan emosi dari keluarga tersebut. Secara tidak langsung, modal insan
yang cemerlang tidak dapat dilahirkan.

Tidak dapat diabaikan bahawa ibu bapa yang menjadi model kepada anak perlu
menjaga perlakuan dan sahsiah sendiri. Anak yang belum mempunyai minda yang matang
berfikiran bahawa segala perbuatan ibu bapa adalah betul dan boleh ditiru. Mereka mengikut-
ikut apa shaja yang dilakukan oleh ibu bapa. Sebagai teladan dan contoh kepada anak, ibu bapa
harus menunjukkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian dan tidak melanggar undang-
undang. Janganlah kita lupa bagaimana acuan, begitulah kuihnya dan
bapa borek, anak rintik . Bagaimanakah ibu bapa boleh melarang anak
merokok sedangkan mereka sendiri yang menghisap rokok setiap hari? Adakah anak akan
menerima nasihat ibu bapa untuk mengamalkan amalan membaca dengan rela hati
memandangkan ibu bapa sendiri tidak membuat demikian? Sehubungan dengan itu, ibu bapa
perlu memastikan bahawa mereka selalu menunjukkan tingkah laku yang terbaik supaya menjadi
contoh yang terbaik untuk anak.


Golongan belia ialah harapan dan bakal pemimpin negara
. Ibu bapa perlu menanggung tugas untuk melahirkan insan yang sempurna, berketrampilan
dan berakhlak mulia. Dengan adanya insan yang berilmu, berdisiplin dan cemerlang,
negara kita akan sentiasa maju dan makmur. Ibu bapa tidak harus alpa dan lalai dengan
tanggungjawab sendiri. Pikullah tugas tersebut bagi mewujudkan generasi yang cemerlang.





Kekalkan Keharmonian Pelbagai Kaum Di Malaysia
Tiada negara lain yang boleh menandingi Malaysia dengan kepelbagaian kaum dan budaya yang
di milikinya, perkara itu menjadi Malaysia sebuah negara yang istimewa, kemaufakatan seluruh
rakyat negara ini tampa mengira bangsa dan agama menjadikan Malaysia kekal aman dan terus
mengorak kemajuan.
Oleh itu janganlah kita mudah memperlekehkan negara apatah lagi cuba merosakkan
keistimewaan itu, sama ada dahulu mahupun sekarang. Masyarakat yang berbilang kaum di
negara ini perlu terus saling bekerja sama dan meningkatkan lagi kesepahaman bagi
mengukuhkan perpaduan dan keharmonian negara.
Kita harus mengujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan
keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang telah di capai serta cukup gagah
menghadapi cabaran selain turut mahu di kenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar
akan potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa dan di hormati oleh rakyat negara lain.
Malah terus memancu negara ke arah kegemilngan dalam negara mahupun di persada antara
bangsa, dalam usaha untuk terus maju itu ada pula pihak yang cuba mencalarkannya, klip video
tahun baru Cina berbau sindiran membabitkan anggota Parlimen Seputih, Tresa Kok, ternyata
mengundang rasa kecewa kita sebagai rakyat Malaysia, tomahan tomahan yang di lemparkan
mempersendakan negaranya sendiri tidak seharusnya di lakukan.
Apatah lagi tindak tanduk negetifnya itu di lakukan semasa sambutan perayaan tahun baru Cina,
sebagai rakyat Malaysia tidak kira sama ada kita dari pihak kerajaan,swasta ataupun
pembangkang kita perlu mengutamakan kepentingan negara daripada pribadi selain
berpandangan jauh untuk melihat kemajuan dan kesejahteraan negara secara lebih menyeluruh.
Sehubungan itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat majmuk
negara ini supya tidak memandang ringan terhadap usaha dan kepentingan mengekalkan
keamanan dan keharmonian. Seluruh rakyat negara ini perlu mengamalkan nilai nilai baik yang
di miliki setiap kaum termasuk menghormati satu sama lain.
Cuba kita renungkan daripada perpektif hubungan antara bangsa, Malaysia mempunyai
keistimewaan untuk menjalin hubungan dengan negara tertentu kerana memahami budaya
masyarakat pelbagai keturunan, malah di peringkat antarabangsa kita dengan mudah dapat
mengujudkan hubungan baik negara China kerana negar amempunyai kumpulan etnik daripada
keturunan Cina dan memahami budaya mereka.
Begitu juga dengan negara India, hubungan baik dengan negara Asia Barat pula kerana Islam
sebagai ikatannya, tidak dapat dinafikan bagi membangunkan negara sumbangan daripadasetiap
warganya amat diperlukan, setiap daripada kitaada peranan yang perlu dilaksanakan walau apa
pun bidang yang kita ceburi, laksanakan tugas yang di galasdengan penuh tanggung jawab, jujur,
cekap dan berintegriti.
Daripada memburukkan negara lebih baik kita berusaha mencapai kejayaan yang tetinggi dan
muncul sebagai yang terbaik agar dunia menghurmati, marilah kita menjadi individu berjasa dan
mengukir kejayaan buat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai