Anda di halaman 1dari 2

Pinjaman Ceti Haram dan Kesannya

............Kegiatan ceti haram sememangnya tidak asing lagi pada masa kini.
Malah, kegiatan ini juga sering dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah berat
seperti pengedaran dadah, serta pil-pil khayal, sindiket pelacuran, dan
pembunuhan. Kegiatan ini sekiranya tidak diatasi dengan segera, boleh
mengundang padah bukan sahaja kepada masyarakat, bahkan juga kepada
pembangunan negara. Kini, dalam era yang lebih moden, kegiatan ceti
haram lebih terkenal dengan jolokan "along" dan kegiatan mereka
kebiasaannya bertumpu di semua bandar di negara kita.
............Isu ceti haram boleh dilihat sebagai kegiatan sekumpulan manusia
menjalankan urusan meminjamkan wang haram hasil curian, pengedaran
dadah dan sebagainya kepada sesetengah masyarakat yang terdesak.
Pinjamannya mudah diperoleh dengan cepat kerana tidak memerlukan
cagaran, penjamin, serta tidak perlu mengikut prosedur tertentu, seperti
mana di institusi kewangan yang lain. Hal ini menyebabkan sesetengah
masyarakat tidak berfikir panjang untuk meminjam wang daripada ceti
haram.
............Kesempitan hidup atau masalah beban kewangan juga turut menjadi
faktor orang ramai meminjam daripada ceti haram. Hal ini dikaitkan juga
dengan kos hidup yang tinggi, perbelanjaan yang melebihi pendapatan dan
kerugian yang dihadapi dalam perniagaan. Tambahan pula, bagi mereka yang
sememangnya berpendapatan kecil turut menganggap ceti haram sebagai
jalan pintas untuk penyelesaian masalah kewangan mereka. Lantas, mereka
bertindak dengan meminjam wang daripada ceti haram dan tidak memikirkan
risiko yang bakal dihadapi kelak.
............Namun begitu, terdapat implikasi buruk daripada kegiatan ceti haram
ini. Bagi ceti haram, mereka akan menjejaki si penghutang sehingga ke
lubang cacing dan akan memberikan amaran pertama, kedua dan
seterusnya kepada si penghutang. Sekiranya si penghutang tidak mampu
untuk melangsaikan hutangnya, maka ceti haram tidak akan teragak-agak
untuk mencetuskan keganasan berupa penderaan dan juga pembunuhan.
Malahan yang lebih menakutkan, ceti haram juga akan menjejaki keluarga si
penghutang untuk dijadikan tebusan bagi mendapatkan semula wang
mereka. Jika tidak pun, rumah mereka akan disimbah cat atau keluarga
mereka dimaki hamun sebagai cara untuk memalukan si peminjam agar
melangsaikan hutang mereka. Malangnya, tindakan ganas ini bagaimanapun
masih tidak menyedarkan ramai pihak agar menjauhi ceti haram berkenaan.
............Intihanya, masyarakat hari ini hendaklah bersatu tenaga bersamasama pihak berkuasa untuk menangani kegiatan jenayah ini daripada
berleluasa. Hal ini perlu untuk menjaga keharmonian, keamanan dan

kestabilan dalam negara. Pihak berkuasa perlulah bertindak tegas kepada


ceti haram dan juga pihak yang membuat pinjaman kepada ceti haram
berkenaan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai alternatif agar orang ramai
meminjam daripada institusi kewangan yang diiktiraf seperti pihak bank. Jadi,
tidak timbul isu mengapa kita tidak boleh melepaskan diri daripada
cengkaman ceti haram demi mengatasi masalah kewangan kita.

Anda mungkin juga menyukai