Anda di halaman 1dari 20

Konsep Jenayah

Asal usul pengertian jinayah dan pengertiannya dari segi bahasa.

Istilah-istilah jenayah, jarimah dan maksiat.

Tingkah laku manusia perlu dikawal.

Kawalan adalah dengan undang-undang jenayah

Falsafah/Matlamat Undang-udang Jenayah Islam.

Ada empat istilah penting


a)Daruriyyat
b)Hajiyat
c)Tahsiniyat
d)Mukammilat

Ada 5 Maqasid Al-Syariah


a)Al-Din
b)Al-Nafs
c)Al-`Aql
d)Al-Nasab/Al-`Ard
e) Al-Mal

Huraian setiap satu maksud dengan merujuk kepada Undang-undang Jenayah


Islam

Definisi jenayah
1. Mahzurat Al-Syariyyah
a) Melakukan yang haram
b) Meninggalkan yang fardhu/wajib.
2. Zajjara Allah
a) Bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah
b) Wujudnya nas-nas cegah (haram) atau suruhan (wajib).
c) Wujudnya perlanggaran
3. Dengan hukuman hadd.
a) Kesalahan-kesalahan hudud dan qisas.
b) Kesalahan tazir.

Apa dia jenayah?


a) Dalam Undang-undang Ciptaan
1.
2.
3.

Perbuatan tinggalan
Memudaratkan
Ingin dicegah

b) Dalam Undang-undang Islam


1.
2.

3.

Definisi hudud
Kesalahan- kesalahan hudud
o
Zina
o

Qazaf

Curi

Hirabah

Minum arak

Bughat

Riddah

Huraian setiap satu kesalahan hudud

Konsep tanggungjawab jenayah dalam Islam.


Unsur-unsur tanggungjawab jenayah dalam Islam.
i. Unsur tasyriiy (pensyariatan) dari Allah.
ii. Unsur fizikal (al-rukn al- maddi)
iii. Unsur-unsur maknawi (unsur mental dalam moden)

Asas-asas tanggungjawab jenayah dalam Islam.


Dalihan-dalihan:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kanak-kanak
Khata (tidak sengaja)
Tidak sempurna akal
Mabuk
Kewajipan dan hak
Paksaan

7.
8.
9.
10.

Keperluan
Kerelaan
Pertahanan persendirian
Bangkitan marah atau luar kawalan

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU JENAYAH DALAM MASYARAKAT


TAJUK: JENAYAH DALAM MASYRAKAT MODEN
SUMBER: INTERNET
Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden semakin membimbangkan
kerana jenayah mengancam keamanan, ketenteraman, dan kebahagiaan masyarakat dan
negara. Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat dan negara boleh berlaku kerana
kepincangan ekonomi. Sistem ekonomi yang tidak sihat dalam negara yang
mengamalkan dasar ekonomi liberal dan kapitalis lebih cenderung melahirkan
penjenayah ekonomi yang melakukan penipuan dan penyelewengan.
Penjenayah ekonomi sukar dikesan kerana perniagaan dijalankan mengikut
prosedur dan peraturan yang dibenarkan. Kemudahan dan sokongan sistem kredit
membolehkan golongan peniaga yang tidak jujur mengambil kesempatan dan melakukan
penyelewengan modal dan pinjaman. Bank yang lebih mengutamakan pengusaha dan
golongan kaya menghadapi masalah penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh
golongan ini.
Kegawatan ekonomi membawa kesan yang buruk kepada pasaran saham.
Kejatuhan nilai mata wang dan nilai saham serta meningkatnya jumlah golongan yang
muflis memberi kesan kepada perkembangan jenayah dalam masyarakat.
Meningkatnya masyarakat berhutang dan tidak mampu menyelesaikan beban
hutang serta kegagalan dalam perniagaan mendekatkan golongan ini kepada jenayah.
Kegawatan ekonomi juga menjadikan seseorang terdesak melakukan jenayah. Hilang
pekerjaan dan keperluan hidup yang mendesak boleh menyebabkan seseorang terlibat
dengan kegiatan jenayah seperti merompak, peras ugut, atau membunuh.
Sistem dan faktor ekonomi boleh juga menyebabkan meningkatnya penjenayah
kolar putih yang melakukan penyelewengan dan penipuan. Kejadian pecah amanah
merupakan jenayah yang semakin mengancam kepentingan masyarakat dan negara.
Rasuah boleh meruntuhkan ekonomi, pengurusan, dan keselamatan negara. Oleh itu,
perkembangan ekonomi yang cekap, sihat, dan adil perlu diwujudkan bagi membersihkan
segala bentuk gejala jenayah ekonomi.

Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden juga berlaku kerana


kemerosotan nilai murni dalam kehidupan individu dan masyarakat. Sikap mementingkan
diri sendiri dan cemburu akan kesenangan dan kejayaan orang lain mendorong
berlakunya perbuatan jenayah. Masyarakat semakin hilang kekuatan dan terdedah kepada
pelbagai ancaman jenayah kerana ketandusan nilai murni dan nilai moral. Jenayah yang
berlaku dalam masyarakat mempunyai kaitan dengan penyakit dan masalah sosial yang
dihadapi oleh individu dan masyarakat. Hal ini termasuklah amalan gaya hidup bebas,
suka akan hiburan yang melampau, kenakalan dan kejahatan, berasa seronok dengan
kegiatan sensasi dan kejam, perlumbaan kereta atau motosikal
haram, amalan seks bebas, pelacuran, dan perjudian. Fenomena yang berlaku ini
mencerminkan masyarakat moden semakin jahiliah sifatnya. Bagi membendung
berleluasanya jenayah nilai hidup yang harmoni, kesabaran, ketenangan, dan bertimbang
rasa perlu dipupuk.
Persekitaran sosial yang buruk dan tekanan hidup seperti kemiskinan, kemunduran,
dan kegiatan antisosial, seperti gengsterisme, pengedaran dadah, dan pelacuran, boleh
menyebabkan golongan muda, khususnya belia, melakukan pwlbagai bentuk salah laku,
termasuk jenayah berat. Kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan hitam merupakan
kawasan yang berbahaya dan mempunyai rekod jenayah yang membimbangkan
masyarakat setempat. Pengaruh media massa yang berunsur ganas dan bersifat destruktif
sukar dibendung dalam era teknologi terkini. Malah, jenayah dianggap sebagai sesuatu
yang biasa dalam kehidupan manusia moden.
Jenayah merupakan produk sosial yang berkembang dalam sesuatu sistem dan
persekitaran sosial masyarakat. Jika sistem dan persekitaran sosial yang wujud tidak
sihat, gejala sosial akan mudah menular, dan akhirnya menjurus kepada peningkatan
kadar jenayah yang tinggi dalam masyarakat tersebut. Sistem sosial yang menjadi punca
berlakunya kepincangan masyarakat dewasa ini, bukan sahaja disebabkan oleh
kelemahan institusi keluarga, malah unsur-unsur asing atau budaya kuning merupakan
pemangkin kepada kebejatan moral, dan seterusnya memberi memberi impak yang
negatif sehingga menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah yang berlaku dalam
masyarakat yang terbabit. Struktur kelas sosial golongan bawahan yang luas
memungkinkan gejala sosial semakin berleluasa. Keadaan ini akan mengancam
keselamatan rakyat di negara kita. Persekitaran sosial yang buruk juga boleh
menyebabkan berlakunya kemelut sosial yang menjadikan sesuatu kawasan tidak dapat
menarik minat golongan pengusaha untuk memajukannya bagi kegiatan perniagaan,
pelancongan, dan perusahaan. Kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi
dianggap mempunyai risiko yang menyebabkan kerugian dari segi pelaburan.

Peningkatan kadar jenayah di negara membangun seperti Malaysia boleh juga


dikaitkan dengan faktor imigrasi penduduk dan pendatang haram yang mendatangkan
pelbagai masalah sosial, termasuk jenayah berat seperti membunuh dan merompak.
Jumlah pendatang asing, khususnya pendatang haram dari negara jiran, seperti Indonesia,
Filipina, dan Myanmar, semakin meningkat. Kemasukan pendatang tanpa izin menjadi
beban sosial di negara kita. Pengaruh budaya negatif seperti pergaulan babas di tempat
asal mereka akan menular dalam kalangan penduduk tempatan. Selain itu, mereka yang
gagal dalam mencapai impian untuk membina kehidupan yang lebih baik di negara ini,
mudah terjerumus ke kancah jenayah sehingga menyebabkan tindakan undang-undang
terpaksa diambil terhadap mereka yang terbabit.
Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden berhubung kait dengan etika
dan peraturan sosial. Dalam mewujudkan masyarakat yang beretika, langkah yang wajar
ialah kerjasama daripada semua lapisan masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang beretika
mempunyai tanggungjawab sosial dan moral yang kukuh dalam membanteras pelbagai
bentuk jenayah. Jika tidak, lunas etika yang lemah boleh menyebabkan wujudnya krisis
dan dilema dalam masyarakat kerana kecenderungan pihak tertentu untuk melakukan
jenayah pastilah sukar dibendung. Jenayah akan terus meningkat dan menjadi lebih
kritikal sekiranya etika tidak menjadi tunjang pembinaan masyarakat dan negara.
Masalah jenayah yang mengancam masyarakat dan negara tidak boleh dibanteras
tanpa kerjasama semua pihak. Keberkesanan sistem perundangan juga penting demi
membanteras fenomena tersebut. Undang-undang memberi kuasa kepada pihak berwajib
seperti polis dan pasukan keselamatan, untuk membantu dalam melindungi masyarakat
dan negara daripada ancaman sebarang bentuk jenayah. Undang-undang perlu memberi
lebih banyak kuasa kepada polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka demi
kesejahteraan rakyat. Pengukuhan kuasa juga membolehkan pihak yang berwajib ini
bertindak dengan lebih tegas bagi mengatasi masalah jenayah, khususnya jenayah yang
melibatkan pihak yang mempunyai pengaruh termasuk wang, kuasa, dan kedudukan yang
tinggi. Kerjasama polis dan masyarakat setempat merupakan konsep pemuafakatan bijak
yang berkesan dan sesuai dengan konsep membebaskan masyarakat dan negara daripada
jenayah.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana: Jenayah Dalam Masyarakat Moden).
http://cikguzulkb.blogspot.com/2009/11/faktor-faktor-berlaku-jenayahdalam.html

Masalah Jenayah di Malaysia


Ini bukanlah bertujuan menakut-nakutkan anda. Saya membentangkan kes-kes tersebut
sebagai satu ajakan kepada anda supaya berhati-hati dengan sekeliling anda. Zaman yang
maju, manusia juga semakin cerdik. Begitu juga mereka-mereka yang melakukan perkara
yang salah seperti rogol, culik, rompak dan sebagainya, idea mereka dan kelengkapan
mereka sentiasa berubah dan sasaran mereka adalah mereka yang paling lemah, mudah
lupa dan suka bersendirian.
1)Tukang jahit maut diragut dua lelaki
IPOH 14 Dis. - Insiden ragut mengorbankan mangsanya berlaku lagi apabila seorang
tukang jahit, Chang Poh Wan, 29, menemui ajal akibat terjatuh daripada motosikal
setelah beg tangannya diragut di Batu 10, Jalan Jelapang-Chemor, di sini petang
semalam.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, meninggal dunia di Hospital Ipoh
pada pukul 7 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Che Sab Hanafiah berkata, ketika kejadian
kira-kira pukul 1.30 petang, wanita yang masih bujang itu sedang dalam perjalanan
pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Kuang, Chemor di sini.
Katanya, tiba-tiba muncul dua lelaki yang menaiki motosikal, meragut beg tangan
mangsa menyebabkan dia terjatuh dan cedera parah di kepala.
``Mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan oleh orang ramai ke hospital dan disahkan
meninggal dunia di hospital pada pukul 7 malam, selepas kira-kira lima jam bertarung
nyawa,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini hari ini.
2)Kes bunuh Noradihasnina: 4 ditahan
KUALA LUMPUR 9 Feb. - Polis percaya telah menyelesaikan kes pembunuhan
Noradihasnina Nor Kamal, 23, dengan tertangkapnya empat orang termasuk seorang
suspek utama dalam operasi yang bermula petang semalam hingga awal pagi ini.
Kesemua yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki yang salah seorangnya dipercayai
teman lelaki Noradihasnina dan seorang wanita yang berusia lingkungan 20 hingga 30
tahun.

Tiga kenalan lelaki Noradihasnina yang ditahan sebelum ini untuk membantu siasatan
telah dibebaskan setelah kenyataan mereka diambil.
3)Pelajar terkejut jadi mangsa ragut abang sendiri
KUCHING 14 Jun - Seorang pelajar sekolah, Dayang Nurafri Awang Sahari, 17,
tergamam kerana tidak menyangka salah seorang peragut yang berjaya ditarik dari sebuah
motosikal adalah abangnya sendiri.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat, Dayang Nurafri memberitahu, ketika kejadian
petang semalam, dia dalam perjalanan pulang dari kedai berhampiran rumahnya di
Kampung Semariang Batu apabila didekati oleh dua peragut bermotosikal dari arah
belakang.
Peragut berkenaan menghampirinya dan menarik seutas rantai emas bernilai RM200 yang
dipakainya.
Bagaimanapun dia yang terkejut bertindak menarik baju pembonceng motosikal
berkenaan sehingga terjatuh dan sempat bergelut dengannya buat seketika.
Namun gadis itu tergamam sehingga tidak mampu untuk menjerit meminta pertolongan
selepas mendapati lelaki berkenaan adalah abang kandungnya sendiri.
Abangnya itu kemudian menolaknya dan terus menaiki motosikal yang menanti tidak
jauh dari situ untuk melarikan diri.
Mangsa yang lebam pada tangan serta dagunya, turut mengenal pasti penunggang
motosikal yang melakukan jenayah bersama abangnya itu adalah rakan sekampungnya.
4)Usia 7 tahun sudah terlibat dengan jenayah
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Empat kanak-kanak berusia tujuh tahun merupakan antara
5,996 juvenil yang ditahan kerana terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah di seluruh
negara sepanjang tahun lepas.
Penguasa Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Deputi Supritenden Rasdi
Ramli berkata dua kanak-kanak berumur lapan tahun, 11 kanak-kanak berumur sembilan
tahun, 23 orang berumur 10 tahun dan 23 lagi berumur 11 tahun, juga merupakan antara
yang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dalam tempoh itu.

Menurutnya perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan bahawa 5,996
remaja itu ditahan kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk kes bunuh,
pecah rumah, samun dan rogol.
Menurutnya peringkat umur antara 16 dan 18 tahun merupakan jumlah kumpulan
tertinggi kalangan remaja yang terbabit dengan jenayah sehingga menjangkau 4,363
orang remaja, dan ia diikuti dengan kumpulan berumur antara 13 dan 15 tahun seramai
1,472 orang.
5)Polis yakin suspek bunuh pelajar masih berada di KL
KUALA LUMPUR 3 Dis. - Polis yakin dua suspek yang dilihat dalam pita rakaman
selepas kes bunuh seorang pelajar Sekolah Antarabangsa Garden Sri Hartamas, Khairul
Anuar Salim, 18, di Jalan Melor, Taman Muda, Ampang, di sini pada 26 November lalu
masih berada di kawasan sini.
Ini kerana, sehingga kini masih tiada maklumat menyatakan mereka (suspek) telah
meninggalkan Lembah Klang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Azri Ahmad berkata, berdasarkan
maklumat hasil penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) semalam, dua suspek
terbabit dipercayai masih bersembunyi di kawasan berhampiran.
``Dua suspek berusia 20 hingga 30-an itu sukar melarikan diri kerana polis sedang giat
melakukan sekatan jalan raya,'' katanya di sini hari ini.
Menurut Azri, siasatan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masih dijalankan.
``Polis kini sedang dalam proses membuat dan mengenal pasti lakaran wajah dua suspek
berkenaan,'' jelas beliau.
Sementara itu, Penyelaras Projek Koordinator Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat
berhubung kejadian tersebut supaya menghubungi talian Rakan Cop untuk membantu
siasatan polis.
``Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga kepada polis untuk mengelak dan
mengurangkan kejadian jenayah kejam sebegini daripada berulang.

6)Penyelia kilang mangsa ragut mati


PULAU PINANG 14 Okt. - Insiden ragut mengorbankan mangsanya berlaku lagi apabila
seorang penyelia sebuah kilang, Wong Moe Sheng, 54, menemui ajal setelah diragut oleh
dua lelaki bermotosikal di Paya Terubong, di sini, petang semalam.
Mangsa yang terjatuh ke atas jalan, mengalami kecederaan serius akibat pendarahan di
kepala dan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 1 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Senior Asisten Komisioner II Mohd. Ali Mohd. Yusuf
berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 6 petang, wanita yang masih bujang itu sedang
berjalan bersendirian untuk membeli makanan.
Katanya, sejurus keluar dari rumah, muncul dua lelaki bermotosikal dari arah belakang
lalu meragut beg tangan mangsa.
``Tarikan yang kuat itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan dan mengalami
cedera parah di kepala. Mangsa kemudiannya tidak sedarkan diri,'' katanya.
Menurutnya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital oleh orang ramai.
7)2 direman bantu siasatan kes bunuh Mak Wan
KUALA LUMPUR 4 Jan. - Dua rakyat Indonesia yang dipercayai dapat membantu
menyelesaikan kes pembunuhan Mak Wan Ayob, 74, ibu kepada Timbalan Ketua UMNO
Bahagian Putrajaya, Datuk Khairudin Abdul Samad ditahan reman selama tujuh hari
bermula hari ini.
Jurucakap polis berkata, kedua-dua suspek yang merupakan pembantu rumah kepada
adik perempuan Khairudin berusia 28 tahun serta teman lelakinya, 20, dibawa ke
Mahkamah Majistret di sini pagi tadi untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Menurutnya, perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Azniza Mohd. Ali.
``Kedua-dua rakyat Indonesia itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan,'' katanya.

Ujarnya, mereka (suspek) ditahan semalam iaitu kira-kira lima jam selepas mayat Mak
Wan ditemui.
Katanya, polis turut menemui barang-barang kemas yang dipercayai dirompak dari
rumah adik perempuan Khairudin.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi upacara pengkebumian Allahyarham Mak Wan
yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa selepas solat Zuhur di sini hari
ini.
8)Polis cari Azakir bantu siasatan kes rogol guru
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Polis mencari seorang lelaki untuk membantu siasatan kes
seorang guru wanita dari Ipoh, Perak dirogol dan dirompak sebelum ditinggalkan dalam
semak di Sungai Buloh, Selangor dekat sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Mohd. Nadzri berkata,
lelaki itu ialah Azakir Fadzil atau Zaki, 31, seorang penganggur, beralamat terakhir di No.
42, Kampung Tersusun, Batu 6, Tambun, Ulu Kinta, Perak.
Beliau berkata, pihaknya amat memerlukan kerjasama lelaki itu membantu
menyelesaikan kes tersebut.
``Kita berharap orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana Azakir berada
supaya menghubungi polis dengan segera,'' kata beliau.
Tambah beliau, orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Gombak, Deputi Supritendan Tan Dau Kin di
talian 03-6138 5222.
Dalam kejadian Rabu lalu, sekumpulan lelaki bersenjatakan parang mengikat dan
melarikan seorang guru wanita selama hampir enam jam dari kediamannya di Ipoh,
sebelum merogolnya dan ditinggalkan dalam semak di Sungai Buloh, Selangor.
9)Pencabul bersiri' dihukum lagi
IPOH 16 Dis. - `Pencabul bersiri' yang pernah disabitkan melakukan 10 kesalahan yang
sama di beberapa negeri sejak 14 tahun lalu, hari ini sekali lagi dihukum penjara lapan
tahun serta sebatan enam kali.

Mengikut rekod jenayah, Aris Mohamed, 48, pernah didakwa melakukan kesalahan itu di
Pulau Pinang, Kedah dan Perak serta satu lagi kes yang belum dibicarakan di Negeri
Sembilan.
Sepanjang dakwaan terhadapnya di mahkamah termasuk kes rogol, curi dan tipu pula,
Aris yang bekerja sebagai jurujual syarikat jualan langsung itu telah dijatuhkan hukuman
penjara berjumlah kira-kira 50 tahun, denda dan sebatan 29 kali.
Berikutan dua kesalahan rogol sahaja di Pulau Pinang pada tahun 1984, bapa kepada lima
anak itu pernah dihukum penjara 12 tahun dan 15 tahun bagi setiap satu kesalahan.
Hari ini, Aris dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku
bersalah atas tuduhan pindaan mencabul seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dalam
satu kejadian di Taman Klebang Ria, pada 8 Julai 2003.
Hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia didakwa di mahkamah iaitu pada 2 Februari
lalu dan mahkamah turut menetapkan supaya Aris diletakkan di bawah pengawasan polis
selama dua tahun selepas dibebaskan kelak.
Malah semasa dijatuhkan hukuman hari ini, dia sedang menjalani hukuman penjara tiga
tahun juga atas kesalahan mencabul membabitkan kes di Kuala Kangsar, Parit dan Bota
yang dilakukan di sekitar tahun 2003.
10)Kes bunuh setiausaha disebut 27 Feb.
SHAH ALAM 17 Jan. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Februari ini
bagi sebutan semula kes terhadap seorang pemandu teksi, Mokhtar Mohd. Zain yang
menghadapi tuduhan membunuh dengan menembak mati setiausaha sulit, Siti Shamiza
Ab. Zarim.
Kejadian itu berlaku di pekarangan kawasan letak kereta Pasar Raya Giant, Batu Caves,
Mac tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zaharah Ibrahim menetapkan tarikh tersebut setelah
dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin bahawa pihaknya
baru menerima afidavit balasan daripada pembelaan.
Menurut beliau, pihaknya memerlukan masa untuk menelitinya disebabkan banyak isu
mengenai fakta yang ditimbulkan.

Sehubungan itu, pihaknya memerlukan masa untuk memfailkan afidavit jawapan kepada
afidavit pembelaan.
11)Kes rogol: Nasib jurulatih PLKN ditentu 5 April
KUALA TERENGGANU 14 Mac - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 5
April ini untuk membuat keputusan sama ada jurulatih, Zuki Mohd. yang didakwa
merogol seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dipanggil
membela diri atau sebaliknya.
Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti
lebih lanjut penghujahan bertulis daripada pihak pendakwa dan pembela sebelum
sebarang keputusan dibuat.
Kedua-dua belah pihak, Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah, peguam Mat
Yusoff Mohamad termasuk tertuduh hadir pada prosiding perbicaraan hari ini.
Zuki, 30, didakwa telah merogol seorang pelatih PLKN yang kini berusia 19 tahun antara
pukul 7.28 malam dan 9.10 malam, 28 Februari tahun lalu dalam sebuah kereta di sebuah
kawasan pertanian Ru Tapai, Setiu.
Anggota tentera berpangkat koperal itu dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan
yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun
serta sebatan jika sabit kesalahan.
Perbicaraan yang membabitkan tertuduh itu bermula sejak 27 Jun tahun lalu dan pihak
pendakwa telah memanggil 17 orang saksi.

12)Pengecat rumah cuba ragut rantai lelaki dipenjara dua tahun


KUALA LUMPUR 21 Dis. - Seorang pengecat rumah dihukum penjara dua tahun oleh
Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah cuba meragut seutas rantai
leher emas milik seorang lelaki yang sedang membeli minuman di sebuah gerai.
Majistret Nazran Mohd. Sham memerintahkan hukuman terhadap Mah Yoon Keong, 31,
berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 2 Ogos lalu.

Yoon Keong yang memakai baju-T dan berseluar pendek kelihatan sayu ketika hukuman
itu dibacakan terhadapnya.
Dia didakwa telah cuba meragut seutas rantai leher emas miliki S. Rajamal, 28, kira-kira
pukul 1.40 petang, 2 Ogos lalu, di Jalan Landak off Jalan Pudu di sini.
Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya
sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Yeak Tiew Poh
manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Ketika mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman, Yoon Keong memberitahu
bahawa dia adalah penanggung tunggal keluarganya yang terdiri dari ibu, bapa dan
neneknya yang sudah tua.
``Saya mencuri rantai itu atas pengaruh kawan-kawan dan desakan kehidupan kami yang
miskin. Mohon hukuman saya diringankan,'' kata Yoon Keong.
Tiew Poh pula bangun sambil menyatakan bahawa tertuduh mempunyai empat kesalahan
lampau yang dilakukannya antara 27 Januari 1994 dan 1 Oktober 2001.
``Mohon mahkamah mengambil kira bahawa tiga di antara kesalahan lampau tertuduh
adalah membabitkan kesalahan yang hampir sama iaitu mencuri.
13)6 direman kes bunuh eksekutif pemasaran
SUNGAI PETANI 17 Jan. - Enam lelaki dipercayai bekerja di sebuah kelab rekreasi di
sini berusia antara 20 tahun dan 40 tahun ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu
siasatan kes seorang eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap, 25, yang dipercayai dirogol
sebelum dibunuh pada Sabtu lalu.
Perintah tahanan reman itu yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah
Sesyen Sungai Petani, Azizah Mahmud petang ini.
Enam lelaki yang diberkas di sekitar bandar ini ditahan reman mengikut Seksyen 117
Kanun Acara Jenayah.
Polis menjalankan siasatan terhadap enam lelaki itu mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan dan Seksyen 376 kanun yang sama.

Gaik Yap yang tinggal di Flat Paya Nahu di sini pada awalnya dilaporkan hilang ketika
berjoging bersama adik perempuannya berusia 24 tahun di kawasan perumahan kelab
rekreasi itu pada pukul 7 petang Sabtu lalu.
Adik mangsa dipercayai tidak dapat mengesan kakaknya yang berjoging di hadapannya
dan keluarga mangsa yang gagal mengesan Gaik Yap selepas itu membuat laporan polis
pada pukul 8.45 malam.
14)Rogol: Pelayan dipenjara 12 tahun, sebat
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Seorang pelayan bar dihukum penjara 12 tahun dan sebatan
tiga kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah merogol seorang
rakan sekerjanya yang berusia 18 tahun kira-kira lima tahun lalu.
Hakim Nursinah Adzmi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap P. Velan, 26, setelah
mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan melampaui munasabah
dalam kes berkenaan.
Sebelum hukuman itu dijatuhkan, Nursinah berkata, beliau bersetuju dengan pihak
pendakwaan bahawa dalam kes rogol, mangsa akan mengalami trauma sepanjang
hayatnya dan tidak akan tamat sebaik sahaja kesalahan ini selesai dilakukan.
Berikutan itu, Nursinah yang memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa mulai hari
ini, memutuskan menolak permohonan Velan melalui peguamnya, Patrick Dass untuk
menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.
Velan didapati bersalah merogol rakan sekerjanya kira-kira pukul 8 malam, 21 Ogos 2000
di sebuah bilik stor, tingkat sembilan, Hotel Legend, Jalan Putra, di sini.
Dia didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika
sabit kesalahan.
15)672 gadis jadi mangsa rogol tujuh bulan pertama 2005
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Seramai 672 gadis bawah umur dilaporkan menjadi
mangsa rogol sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan Operasi Bukit Aman, Asisten Komisioner

Abdul Halim Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 491 gadis berusia di bawah 15 tahun
manakala selebihnya 16 hingga 17 tahun.
``Bagi kes melibatkan mereka berusia lebih 18 tahun pula, seramai 358 orang dikesan
menjadi mangsa rogol.
``Jumlah keseluruhan gadis menjadi mangsa rogol antara Januari hingga Julai tahun ini
ialah 1,030 orang,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Persidangan
Kebangsaan Pencegahan Jenayah 2005 anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
(MCPF) di sini hari ini.
Menurut Abdul Halim, jumlah kes rogol dilaporkan tersebut berkurangan sebanyak 17
kes berbanding tempoh sama tahun lalu.
``Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun lalu, gadis yang menjadi mangsa rogol
seramai 1,047 orang.
``Bagaimanapun, dari segi pecahan statistik tahun lalu, gadis berusia bawah 15 tahun
merupakan paling ramai menjadi mangsa iaitu 501 orang.
16)Ibu mengamuk anak dirogol bapa sendiri
"Sabar makcik.. sabar. "Letakkan parang tu.. banyakkan bersabar dan mengucap,'' seru
Cif Inspektor Salmiah Ahmad mententeramkan seorang ibu yang mengamuk apabila
mengetahui anaknya dirogol suami sendiri.
"Saya tidak percaya!
"Ini semua tidak betul,'' teriak ibu berusia 40-an itu sambil menghayun sebilah parang di
tangannya.
Salimiah dan dua anggota polis lain terpaksa mengelak dan berundur. Beberapa batang
pokok termasuk pokok pisang tumbang ekoran serangan wanita itu.
Perasaan kecewa, marah dan kesal menyelubungi jiwa, menyebabkan wanita tersebut
hilang pertimbangan.
Dalam tempoh 15 minit, ibu kepada mangsa berusia 13 tahun itu menghayun parang
menghalau sesiapa sahaja yang cuba mendekati kawasan mayat bayi ditanam.

"Melihatkan pokok-pokok pisang yang putus dicantas, tiada sesiapa berani dekati
kawasan tersebut,'' jelas Salmiah yang baru melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1986.
Keadaan kembali reda apabila ibu malang itu keletihan dan rebah di atas tanah.
Dengan berbaju kurung, Salmiah, para anggota dan pegawai bertugas bergegas
memegang ibu mangsa dan merampas senjata miliknya.
Perasaan sebak menguasai jiwa Salmiah apabila melihat mayat reput anak kecil tidak
berdosa dibungkus dan ditanam oleh wanita itu dan suaminya.
http://www.plazacentre.net/rakanniaga/produk/hotpepper/kes.html

Jenis jenayah
Jenayah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori (yang bertindan):
1)Jenayah berat
2)Jenayah komputer dan jenayah siber
3)Jenayah terhadap manusia
4)Jenayah ke atas harta benda
5)Jenayah terhadap keselamatan negara
6)Jenayah hakcipta dan paten
7)Jenayah dadah
8)Jenayah seksual
9)Jenayah senjata
10)Jenayah perang
11)Jenayah juvana

Undang-undang jenayah
Undang-undang jenayah adalah suatu jenis undang-undang yang mengawal
kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat.

Undang-undang jenayah perlu dibezakan dengan dengan undang-undang sivil.


Sebagai contoh sekiranya seseorang mencuri, maka undang-undang jenayah yang akan
digunakan untuk mengawal atau mengurus si pencuri itu. Siasatan, tangkapan dan
dakwaan akan dibuat berpandukan undang-undang jenayah. Kesalahan mencuri itu
dikawal oleh undang-undang jenayah kerana kesalahan mencuri tersebut dianggap
sebagai kesalahan terhadap masyarakat.
Manakalah berbeza pula dengan keadaan apabila seseorang membeli barang secara
kredit dan kemudian tidak membayar hutang kepada penjual barang pada tarikh yang
dipersetujui. Maka undang-undang yang mengawal perkara tersebut adalah undangundang sivil. Dalam situasi yang disebut di atas, ada beberapa undang-undang sivil yang
boleh terpakai seperti undang-undang penjualan barang, undang-undang kontrak dan
sebagainya. Undang-undang jenayah tidak akan digunakan untuk menentukan hak dan
liabiliti penjual dan pembeli. Ini kerana urusan jual beli adalah dianggap aktiviti sivil
antara individu.
Sumber Undang-undang Jenayah Di Malaysia
Sumber utama undang-undang jenayah di Malaysia ialah:
1)Kanun Keseksaan (Penal Code)
2)Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code)
3)Kedua-dua undang-undang yang disebut di atas adalah Akta Parlimen.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang_jenayah
Langkah-langkah Mengatasi Kegiatan Jenayah dalam Kalangan Remaja
Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak
menimbulkan masalah dalam kehidupan masa kini. Vandalisme, gengsterisme dan
buli merupakan jenayah yang acapkali didengar melalui media elektronik, media
cetak mahupun percakapan orang ramai. Gejala ini sememangnya menimbulkan
pelbagai masalah negatif dan secara langsung mempengaruhi jiwa remaja yang
mudah memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang mencabar. Mungkinkah ini
salah satu cara pergaulan remaja sekarang? Tegasnya, gejala jenayah ini
sememangnya perlu dibanteras dengan segera agar tidak leluasa seterusnya
pelbagai tindakan perlu diambil untuk mengekang gejala ini daripada kehidupan
seharian.
Usaha yang paling utama dan efisien untuk mengatasi masalah jenayah
dalam kalangan remaja di negara ini adalah dengan cara ibu bapa perlu
bijak mendidik anak-anak mereka agar tidak terjerumus dalam kebejatan sosial

seperti gejala jenayah ini. Melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan
satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mengajar dan
mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan
agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari setiap perkara yang
dilakukan sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur,
barulah ibu bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya amat
susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri.
Seterusnya, ibu bapa pula tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik
anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab kepada
pembantu rumah. Tegasnya, ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya
kepada remaja dan anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa sering
menjadi tempat tinggal dan tempat mengadu masalah.
Selain ini, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah
jenayah dalam kalangan remaja yang merupakan isu terpenting di negara ini ialah
pihak berkuasa perlu mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini
merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk dibincangkan. Pelbagai langkah
telah dilaksanakan dalam proses mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat.
Antara langkah untuk mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat adalah
dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga,
polis dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tersebut bebas daripada
kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Dengan pengawalan
daripada pasukan-pasukan tersebut, sekurang-kurangnya dapat menakutkan
remaja yang ingin melakukan jenayah. Kamera-kamera litar tertutup boleh
dipasang sebagai langkah berjaga-jaga. Medium ini dapat menjadi bukti apabila
sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan tersebut. Sekiranya konsep bandar dan
pekan selamat diwujudkan, nescaya terdetik rasa was-was kepada si penjenayah
daripada melakukan aktivitinya di kawasan tersebut. Dengan cara ini, konsep
bandar dan pekan selamat jelas sekali merupakan usaha yang efektif bagi
mencegah jenayah dalam kalangan remaja.
Seterusnya, pengenalan semula matapelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah juga
merupakan salah satu cara untuk menbanteras kes jenayah dalam kalangan
remaja. Seandainya, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) menjadi
pelajaran teras sudah pasti masalah jenayah dalam kalangan remaja dapat diatasi.
Matapelajaran PSK ini merupakan satu langkah kearah mambentuk keperibadian
para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam
diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula matapelajaran ini, seseorang
individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur
keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang

kepada pembangunan negara. Sudah terang lagi bersuluh, kes-kes jenayah boleh
ditangani dengan adanya pengenalan semula matapelajaran khas yang boleh
dipelajari oleh para remaja.
Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah dalam kalangan remaja
juga boleh diadakan di setiap sekolah. Pada hari ini banyak kempen yang diadakan
di sekolah seperti cendawan tumbuh selepas hujan untuk meningkatkan kesedaran
dalam kalangan remaja terutamanya peringkat sekolah rendah lagi. Hal ini
demikian kerana para pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatankegiatan jenayah. Seandainya para pelajar diberi pendedahan awal tentang kes-kes
jenayah, sudah tentu masalah jenayah dalam kalangan remaja dapat
diatasi. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah
terlibat dalam kempen-kempen kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara
kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti
tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan
kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah,
kesan dan hukuman kepada kepada pesalah. Tegasnya, kempen kesedaran
sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak
kebelakangan ini amat membimbangkan.
Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara
modus operandi untuk menangani masalah jenayah dalam kalangan remaja yang
semakin leluasa. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Antidadah
(SLAD) merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah.
Kelab-kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah
malahan menggalakkan remaja untuk sentiasa melakukan perkara-perkara yang
berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan
sesuatu pekerjaan. Kelab bersifat antijenayah sosial didefinisikan sebagai
pertubuhan yangmencegah sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi
lebih parah. Hal ini bersesuaian dengan pepatah, mencegah lebih baik daripada
mengubat. Sekiranya langkah ini tidak dilaksanakan, sudah pasti kegiatan
jenayah dalan kalangan remaja akan semakin leluasa. Oleh itu, kelab-kelab bersifat
antijenayah sosial haruslah lebih giat dilaksanakan bagi membanteras gejala
jenayah di negara ini. Tegasnya, penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di
sekolah merupakan salah satu langkah prakmatik dan dogmatik dalam menangani
masalah jenayah dalam kalangan remaja.
Konklusinya, kegiatan jenayah dalam kalangan remaja mendatangkan
impak negatif kepada diri, masyarakat dan negara malah turut menjadi virus
epidimik yang akan menjatuhkan imej negara di mata seantero dunia. Oleh sebab
itu, begitu peri vitalnya setiap orang menyedari peranan mereka dalam
membanteras jenayah dalam kalangan remaja. Sebelum nasi menjadi bubur,

masyarakat perlulah menggembleng tenaga untuk membanteras jenayah yang


semakin membarah di Malaysia. Hal ini sekali gus dapat meminimumkan statistik
jenayah sosial dalam kalangan remaja seterusnya negara Malaysia dapat
melahirkan remaja yang bersahsiah tinggi dan berbudi pekerti.
http://nassmkt.blogspot.com/2011/03/langkah-langkah-mengatasi-kegiatan.html

Anda mungkin juga menyukai