Anda di halaman 1dari 11

Kaunselor menggunakan teknik menyoal untuk

menerokai maklumat lanjut, mendapatkan


kepastian (Halimatun & Mizan: 1996). Egan
(2002: 121) menjelaskan dua prinsip utama
dalam menyoal :
1. Bataskan pertanyaan anda
Jangan menjadi seperti Pegawai Polis yang
menyiasat sesuatu kes hingga anda bertanya
dan terus bertanya seolah-olah mendesak klien
untuk terus bercerita. Tindakan ini hanya akan
menyebabkan klien berasa terdesak dan bosan
dengan sesi kaunseling. Misalnya seorang
pelajar yang terlibat dalam kes buli dan dipanggil
ke dalam bilik kaunseling; anda terus menanyai
klien dengan soalan-soalan seperti berikut:
Apakah perasaan awak terlibat dalam membuli
pelajar?
Pernah tak awak menilai sedalam-dalamnya
kesan membuli orang lain?
Tahu tak awak akibat tindakan membuli di sisi
undang-undang dan sekolah?
Kalau beginilah sikap kaunselor alamatnya
keesokannya klien anda tidak akan berjumpa
anda lagi. Silap-silap dia terus meninggalkan
sekolah.
Ini bererti terokai klien sedikit demi sedikit. Tanya
sedikit demi sedikit bagi menggalakkannya untuk
terus bercakap.
Misalnya teliti dialog antara kaunselor-klien
seperti berikut:
Klien : Saya betul-betul bingung sekarang. Mak
dan ayah hari-hari bertengkar dan terus
bertengkar, tak pernahpun ambil peduli tentang
saya; hidup ke mati ke sayani...dalam masa
yang sama saya perlu terus tinggal bersama
mereka. Itulah...ikut hati nak lari aje, tapi sayang
pula saya punya 'study' kat sekolah ni.
Kaunselor : Nadia benar-benar kebingungan
sekarang...(Parafrasa)
Klien : Yalah...mana tak bingung, orang lain ada
ibu bapa juga tapi tak adalah asyik nak
bergaduh, ambil peduli juga tentang anak
mereka......(mula menangis teresak-esak)
Kaunselor: Hmm...cikgu dapat rasakan Nadia
bukan saja bingung tapi sedih dengan situasi ini,
bukan? (Refleksi perasaan dan pertanyaan
tertutup)
Klien : (Senyap dan terus menangis teresak-
esak)
Kaunselor: (Selepas beberapa ketika).
Ok....Nadia benar-benar bingung dan sedih
sekarang. Hmm...mungkin Nadia boleh jelaskan
lagi apa agaknya yang benar-benar
membingungkan awak? (Soalan terbuka)
Klien : Yalah cikgu...Nadia bingunglah cikgu.
Bingung dalam membuat pilihan antara nak
terus tinggal dengan mak dan ayah yang tak
pedulikan Nadia atau lari saja dari rumah!!
Kaunselor : Cikgu dengar Nadia benar-benar
kecewa dengan sikap mak dan ayah. Tadi Nadia
ada menyatakan mereka bergaduh setiap hari,
tidak ambil peduli terhadap Nadia...tapi mungkin
Nadia boleh jelaskan lagi kerana cikgu belum
betul-betul mengerti apa agaknya yang
membuatkan Nadia kecewa terhadap mereka
(Pertanyaan terbuka)
Klien : Iyalah...pertamanya mereka sibuk sangat
bekerja dan terus bekerja. Kemudian balik ke
rumah ada saja dipertengkarkan tentang
masalah duitlah, rumah bersepahlah, siapa nak
bayar bil dan macam-macam lagi. Pendek kata
kalau mereka tak bertengkar, tak
sah....sepatutnya mereka tanyalah Nadia dah
makan ke....kerja rumah Nadia dah
buatke...apake...dahlah Nadiani anak tunggal!
Bagi Nadia, sikap diorang ni sikap tak ambil
pedulilah....tak sayanglah kat anak!

Sengaja cikgu meleretkan dialog panjang ini


agar anda semua mengerti cara hendak
menggunakan soalan dalam sesi kaunseling.
Jelasnya anda tidak perlu bertanya bertubi-tubi
tetapi pola soalan adalah menjurus kepada
menggalakkan klien terus bercerita.
2. Galakkan soalan terbuka
Soalan terbuka adalah soalan yang memerlukan
jawapan lebih daripada satu perkataan. Soalan
tertutup pula mengehadkan jawapan kepada
satu atau beberapa perkataan sahaja dan
memberikan maklumat khusus misalnya:
Kaunselor : Awak dah makan?
Klien : Ya.
Kaunselor : Awak tahu kenapa awak dihantar ke
bilik kaunseling?
Klien : Tahu
Kaunselor : Awak dirujuk oleh Guru Disiplin
kerana menghisap rokok dalam tandas, tahu
tak?
Klien : Tahu
Kaunselor : Pukul berapa awak merokok?
Klien : 10.30 pagi.
Kaunselor : Dengan siapa awak merokok?
Klien : Dengan kawan-kawan.
Kaunselor : Siapa yang merokok bersama-sama
awak?
Klien : (Mengangkat bahu) Entah cikgu...tak
ingat.

Bolehkah anda bayangkan apakah akan terjadi


dalam sesi kaunseling begini? Sudah tentu sesi
ini akan menyebabkan klien tidak selesa, bosan
dan mula berfikir 'bila lagi aku boleh angkat kaki.'

Soalan tertutup boleh ditanya tetapi hanya


sesekali dan bukan bertubi-tubi. Gunakan soalan
tertutup sekadar untuk mengesahkan maklumat
dan teruskan dengan soalan terbuka. Perhatikan
dialog berikut:
Klien : Saya tak bersalah cikgu. Saya cuma
saksi sahaja dalam kes ini....
Kaunselor : Cikgu dengar Amir kata Amir tidak
sepatutnya dipersalahkan...
Klien : Yalah cikgu, mana boleh saksi pula
hendak didakwa dan dijatuhi hukuman. Ini tidak
adil, cikgu!
Kaunselor : Amir rasa sekolah tidak adil, betul
begitu? (Soalan tertutup)
Klien : Ya...tak adil sama sekali.
Kaunselor : Hmm...(mengangguk-angguk).
Ok....boleh tak Amir ceritakan situasi
sebenarnya...(soalan terbuka)

Nampak tak? Soalan tertutup hanyalah


berperanan untuk mengesahkan maklumat dan
anda harus menyusuli dengan soalan terbuka.

Selain berfungsi sebagai alat penerokaan, bagi


menggalakkan klien bercerita, kaunselor juga
boleh menggunakan soalan untuk membuat
pengesahan (clarification), menyemak persepsi
dan konfrontasi. Dari sudut pengesahan dan
persepsi rasanya dalam dialog di ataspun anda
sudah dapat mengagaknya.

Dari sudut konfrontasi, kaunselor menggunakan


soalan untuk mendapatkan pengesahan klien
apabila wujud percanggahan antara apa yang
dikatakan oleh klien dan apa yang dilakukannya
(Halimatun dan Mizan: 1996). Begitu juga jika
pada satu ketika, dia bercakap begitu dan pada
ketika lain, bercakap begini pula (asyik
bercanggah idea). Namun pastikan konfrontasi
dilakukan ketika sudah wujud hubungan yang
baik antara klien dan kaunselor.

Contoh konfrontiasi:
Kaunselor : Cikgu berasa agak keliru dengan
Nadia. Tadi kata bingung dan tak tahu lagi sama
ada hendak terus tinggal di rumah atau lari saja
dari rumah. Tapi Nadia menyatakan yang Nadia
telah membuat perancangan hendak lari
bersama boyfriend malamni...macamana tu?

Contoh lain (percanggahan idea dari masa ke


masa):
Kaunselor: Tempoh hari Farid kata dah tak mahu
berkawan lagi dengan Maya. Farid kata
hubungan dah putus, cukup setakat itu saja. Tapi
hari ini Farid ada membayangkan Farid rindu
sangat kat Maya dan ingin kembali berkawan
dengannya. Hmm...boleh Farid jelaskan
perbezaan pandangan ni...
Klien : (terhenti sejenak)...Yalah cikgu, Farid
memang tak boleh lupa kat Maya. Sebenarnya
Farid terlalu sayangkan Maya dan tak mahu
kami berpisah buat selama-lamanya.

Okay, sudahkah anda jelas tentang teknik dan


kepentingan menyoal dalam kaunseling? Harap
kita boleh praktis di kelas....

Anda mungkin juga menyukai