Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PELAKSANAAN INTERSHIP

NAMA PELAJAR: CHOO YING JIE


PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DAMAI JAYA
NAMA PROJEK / AKTIVITI: KEM KEPIMPINAN
TEMPOH PELAKSANAAN: 25 FEBRUARI 2017
OBJEKTIF:
1. Membina jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan pengawas,
perpustakawan, ketua dan penolong kelas serta ahli jawatan kuasa di sekolah.
2. Melahirkan para pemimpin yang caring terhadap warga sekolah di sekolah
dalam segala aspek.
3. Membina jati diri para pemimpin serta mengcungkil bakat kepimpinan dalam
kalangan mereka.
4. Menerapkan nilai-nilai positif dalam para pemimpin warga sekolah.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Guru pelatih intership membincangkan idea tentang kem kepimpinan.
Idea yang dihasilkan melalui perbincangan adalah mengendalikan satu
program kepimpinan kepada pengawas SK Taman Damai Jaya.

2. Guru pelatih intership membentangkan idea ini kepada guru pembimbing, Cik
NorIzzi binti Md. Som untuk mendapatkan persetujuan beliau tentang
pelaksanaan projek ini.
Cikgu Izzi bersetuju dengan idea aktiviti ini tetapi beri cadangan dalam
bentuk pembentangan dan juga dalam bentuk aktiviti dalam kumpulan.

3. Guru pelatih intership menyediakan kertas kerja projek mengendalikan aktiviti


program kepimpinan tersebut.
Guru pembimbing telah menyemak kertas kerja sebelum memdapat
kelulsan Guru Besar. Langkah pelaksanaan dan penerangan tentang
aktiviti telah ditambahkan sebagai lampiran kertas kerja.

4. Guru pelatih intership mendapat kelulusan daripada Guru Besar untuk


melaksanakan projek mengendalikan aktiviti kepimpinan.
Projek ini telah mendapat kelulusan daripada Guru Besar.

5. Guru pelatih intership membuat persediaan dan perbincangan dengan rakan


intership untuk projek ini. Guru pelatih menyediakan bahan-bahan yang
diperlukan.

6. Taklimat diberi satu hari sebelum program dijalankan. Ini dibuat demikian untuk
mengenalpasti kehadiran murid-murid. Dalam sesi ini, para peserta telah
diberikan taklimat dan peraturan-peraturan yang wajib merke patuhi sepanjang
program ini dijalankan. Malah para peserta juga telah diberikan borang
kebenaran yang harus mereka bawa balik rumah dan serah kepada ibu bapa
untuk mendaptkan kebenaran untuk ikut program ini.

7. Guru pelatih intership mengendalikan program kepepimpinan ini yang telah


dirancang. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil supaya
aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Dengan ini, murid-murid lebih boleh
melibatkan diri dalam aktiviti yang dihendaki lakukan.
Latihan dalam kumpulan (LDK)
LDK pertama telah dibimbing oleh En. Nasli daripada Kuala Lumpur. Para
peserta dihendaki untuk menghasilkan logo dalam kumpuan masing-
masing. Aktiviti ini secara tidak langsung memupuk sifat kepimpinan
dalam diri peserta. Secara tidak langsung sifat mendengar arahan yang
diberikan oleh ketua.

Latihan dalam kumpulan (LDK)


LDK ini diketua oleh Enck Haziq. Terdapat dua aktiviti yang menarik telah
dilaksanakan untuk LDK kali ini. Aktiviti yang pertama adalah nilai kreativiti
peserta dihendaki untuk melakonkan perwatakan tanpa suara. Menerusi
dengan aktiviti kedua iaitu para peserta telah dipupuk untuk lebih peka
akan perubahan yang berlaku terhadap persekitran mereka. Aktiviti yang
menarik sebegini amat perlu dilakukan terhadap para peserta agar
mereka lebih mudah peka akan situasi-situasi penting pada masa akan
datang.

Latihan dalam kumpulan


Untuk sesi LDK yang terakhir ini, para peserta teah diberikan tugasan
untuk menyampaikan amanat yang telah diberikan oleh guru pelatih
intership. Setiap ketua kumpulan telah diberikan amanat yang berbeza
dan dihendaki untuk menyampaikan amanat tersebut kepada ahli
kumpulan yang lain secara individu. Melalui aktiviti seperti ini, keupayaan
para peserta untuk menyampaikan amanat yang betul dapat dilihat dan
ditekankan. Aktiviti yang dibimbing oleh guru peletih intership ini sedikit
sebanyk membantu para peserta untuk meningkatkan tahap ingatan
mereka.

REFLEKSI:
1. KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI:
a. Memupuk kerjasama dalam kalangan peserta
Kerjasama antara para peserta dalam mengikuti program ini menjadi
kekuatan yang paling utma. Tanpa kerjasama antara para peserta ini
sudaj pasti aktiviti ini tidak dapat dijalankan tepat pada masanya.

b. Memupuk sifat kepimpinan


Kekuatan yang lain sepanjang proses menjayakan program ini ialah
kepimpinan antara satu sama lain. Setip ahli kumpulan memainkan
peranan masing-masing dan saling bantu-membantu dalam setiap aktiviti
yang dijalankan.
c. Membina displin
Program-program seperti ini dapat membina displin peserta dalam
melaksanakan dan menjayakan program. Sepanjang program ini,
berjalan, tidak ada masalah tingkah laku yang melibatkan displi peserta.
Peserta tidak perlu diingatkan setiap masa untuk mengetahui apa yag
sepatutnya dilakukan dan sepatutnya tidak harus dilakukan.

2. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI:


1. Tidak menepati masa
Isu pengurusan masa setiap peserta menjadi keemahan yang kerap
berlaku. Tidak menepati masa merupakan bukti di mana masih ada dalam
kalangan para peserta yang mudah tidak peka terhadap pengurusan
masa dalam diri mereka. Sikap ang sedemikian perlu diperbaiki pada
masa akan datang kerana menepati masa itu merupakan saah satu
prinsip utama sebagai seorang pemimpin pada masa akan datang.

2. Penglibtan para peserta semasa sesi pembentangan kurang.


Kelemahan yang seterusnya ialah penglibatan para peserta semasa sesi
pembentangan agak kurang. Ini menunjukkan bahawa masih terdapat
para peserta yang kurang yakin ataupun kurang bermotivasi untuk
melibtakan diri secara aktif dalam program yang dijalankan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Terdapat banyak cadangan untuk penambahbaikan bagi kem seterusnya.
Antaranya ialah:
1. Penilaian untuk peserta yang menunjukkan kepimpinan yang
berketrampilan.
2. Jemputan penceramah dari luar.
3. Imbuhan berapa hamper untuk para peserta yang memenangi aktivit-
aktiviti yang telah dirancang.

KESIMPULAN:
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan sempurna.
Semua pihak yang terlibat terutamanya ahli jwatankuasa telah memberikan lerjasama
dan komoitmen yang memberangsangkan bagi menjyakan program ini. Penglibatan
guru-guru, para pelajar serta kakitangan sekolah yang lain amat memuaskan dari awal
sehingga berakhirnya program ini berlangsung. Sesungguhnya, program seperti ini
wajar diadakan serta dijadikan program tahunan sekolah memandangkan program
ilmiah ini sangat berguna untuk memupuk kepimpinan di dalam kalangan pelajar.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________ ___________________
(CHOO YING JIE)
Guru Pelatih Intership

Anda mungkin juga menyukai