Anda di halaman 1dari 3

5.

0 ANALISIS SWOT
Antara Analisis SWOT yang saya dapati pada Program Bina Insan Guru kali ini adalah
seperti berikut :

5.1 KEKUATAN

Alhamdulillah, setelah berlangsung selama 5 hari 4 malam, akhirnya program ini telah
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di sini, saya dapat nyatakan beberapa kekuatan yang
memberikan program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

1. Sikap bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain memudahkan setiap tugasan
dijalankan.
2. Para pensyarah yang berpengalaman menjadikan program ini dapat dilaksanakan
mengikut ketetapan objektifnya.
3. Pengurusan masa yang baik memberikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan
lancar.
4. Pengurusan masa yang baik memberikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan
lancar.
5. Penerapan nilai-nilai murni seperti berdisiplin, dan hormat-menghormati dapat
diserapkan.

5.2 Kelemahan
Walaupun banyak kekuatan yang saya dapat lihat dalam program ini, namun
terselit beberapa kelemahan yang mana harus kita sama-sama atasi.
1. Keadaan khemah yang kecil membuatkan peserta tidak selesa untuk berehat
atau tidur. Kebanyakan peserta terpaksa tidur di luar khemah kerana saiz
khemah yang kecil tidak dapat memuatkan beberapa bilangan peserta dalam
satu khemah.
2. Arahan yang tidak beberapa jelas dari pihak jurulatih seperti arahan bagi
keperluan peralatan.
3. Keadaan bilik air yang terhad menyebabkan lambat untuk menghadiri setiap
aktiviti.

5.3 Peluang
Bakal pendidik berpeluang didedahkan lebih awal mengenai budaya masyarakat
desa dan pembangunan pelajaran di pedalaman. Melalui pendedahan seperti ini,
bakal pendidik tidak lagi kekok apabila bertugas di pedalaman sejajar dengan
tanggungjawab seorang guru yang tidak mengira lokasi dalam berkhidmat mendidik
anak bangsa.

5.4 Cadangan Penambahbaikan


1. Pihak penganjur perlu menyediakan khemah yang besar untuk memuatkan beberapa
orang peserta bagi setiap kumpulan supaya mereka dapat merehatkan diri selepas
kepenatan melaksanakan aktiviti yang disediakan dengan selesa dan tenang.
2. Para jurulatih sebaiknya memberikan arahan yang jelas kepada pada peserta
supaya setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan baik.
3. Memilih tempat yang strategik agar pihak penganjur dan peserta tidak gusar apabila
berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti bencana alam atau sebagainya.
6.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, Program Bina Insan Guru ini telah memberikan


banyak faedah dari segi ilmu dan pengalaman kepada saya. Aktiviti seperti
Latihan Dalam Kumpulan, Jati Diri, aktiviti air dan darat, memberikan kami
banyak pengalaman dan pengajaran yang baru sebagai persediaan untuk
menjadi guru yang bermotivasi tinggi dalam menghadapi era globalisasi.
Secara keseluruhannya, saya secara peribadi merasakan bahawa program
yang kami jalani ini telah berjaya dilaksana. Ini telah dapat dibuktikan dalam
setiap aktiviti yang telah kami lalui di mana semangat bekerjasama serta
saling menyokong antara satu sama lain tak pernah hilang dari jiwa setiap
peserta. Melalui semua aktiviti yang kami sertai samaada di darat ataupun di
air, dapatlah saya rumuskan bahawa program ini amat mendidik saya menjadi
seorang yang berdisiplin berpatutan dengan Falsafah Pendidikan Negara
yang menuntut para guru supaya menjaga tingkah laku dan etika perguruan
walau di mana pun berada. Selain itu, program ini juga mengajar saya supaya
bijak membahagi dan menepati masa. Sesungguhnya program Program Bina
Insan Guru yang dianjurkan ini sangat praktikal dan memberi banyak imbuhan
kepada para pesertanya hingga sukar untuk saya mencari kelemahan. Ini
telah dapat dibuktikan dalam setiap aktiviti yang telah kami lalui di mana
semangat bekerjasama serta saling menyokong antara satu sama lain tak
pernah hilang dari jiwa setiap peserta. Keputusan supaya setiap peserta
diberi tugasan untuk menyediakan makanan harian memberikan peluang
kepada kami untuk menunjukkan bakat dalam bidang masakan. Malahan, ada
juga beberapa peserta yang tidak pernah masuk ke dapur, sudah dapat
membiasakan diri dengan tugasan sebegini. Secara kesimpulannya, program
ini ternyata telah dapat mencapai objektifnya.

Anda mungkin juga menyukai