Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama Pelajar : MUHAMMAD UMAR AZIZ BIN NORAZHA

Angka Giliran : 2019182340052

Nombor Kad Pengenalan : 990609146233

Kumpulan/Unit : PISMP JUN 2019 (BNK 1)

Kod dan Nama Kursus : PBKK3213 (PENGURUSAN BIMBINGAN


KERJAYA)

Nama Pensyarah : PN. ZETTY AKHMAR BINTI AMRAN

Tarikh Hantar : 09/09/2021

Saya telah menerima maklum balas tentang semakan kerja kursus daripada
pensyarah kursus ini.

Biodata Pelajar

Tandatangan Pelajar:
Penghargaan

Pertamanya syukur kehadrat tuhan yang memberikan saya kekuatan untuk menyelesaikan
tugas yang diberikan. Mudah-mudahan tugasan yang diselesaikan memberi manfaat kepada
saya didunia mahupun akhirat.

Tidak dilupakan kepada keluarga yang menyokong dari sudut kewangan mahupun motivasi
untuk terus bersemangat dalam meneruskan usaha belajar dan menempuh segala liku-liku
kehidupan.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah yang sentiasa berdedikasi


untuk mendidik dan memberi pengajaran bahkan pengalaman meski sama-sama
berhadapan situasi pandemik. Semoga segala kebaikan dan keikhlasan yang dicurahkan
dibalaskan rahmat tuhan berupa kelapangan dan kesihatan hidup dan terus memberi
manfaat kepada masyarakat bakal pendidik khususnya.

Saya tutupi dengan serangkap pantun;

Jika ikan sekadar diberi dapatnya ikan,

Diajar menukat kenyang berzaman,

Jasa dan budi tiada dapat dibayarkan,

Ilmu bermanfaat berkat sepanjang zaman.


LAPORAN E-KARNIVAL KERJAYA: MENGENAL PERSONALITI MENENTUKAN
IDENTITI TAHUN 2015

1.0 PENGENALAN

E-Karnival Kerjaya: Mengenal Personaliti Menentukan Identiti ini merupakan satu program di
bawah Kelab Bimbingan dan Kaunseling IPG Kampus Darulaman. Program ini julung kali
diadakan bagi membolehkan para peserta menambah ilmu pengetahuan serta kemahiran
yang lebih mendalam dalam bidang personaliti dan kerjaya selari dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan kearah melahirkan insan yang seimbang dari sudut
jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Selain itu, bengkel ini diusahakan bagi
mencapai kesejahteraan individu didalam kehidupan dengan mengenali personaliti kendiri
dan merancang kehidupan yang memenuhi kepuasan individu. Di samping itu, ia juga
merupakan satu inisiatif mengkomersialkan kepada para peserta berkenaan profession
keguruan dan Institut Pendidikan Guru. Justeru, diharapkan dengan adanya program ini
dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera dalam kehidupan serta seimbang dari sudut
jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.

2.0 LATAR BELAKANG

Pada 7 September 2021 yang lalu, Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan E-
Karnival Kerjaya bertemakan “Mengenal personaliti, menentukan identiti” di sekolah swasta
Quranic Generation Integration Islamic Primary School Bandar Kinrara secara dalam talian.
Program tersebut di hadiri dan disertai hampir mencecah 70 orang. E-Karnival tersebut
mempunya 3 Slot iaitu slot mengenal personaliti, slot menentukan identiti dan slot apa itu
IPG?. Pada slot kedua kaunselor IPGKDA Pn Nor Suhana dijemput untuk menerangkan
kepada para peserta berkenaan personaliti dan kaitannya dengan pekerjaan. Program
tersebut bermula pada jam 2 petang dan tamat pada jam 4.15 petang.

3.0 HURAIAN PENILAIAN

3.1 Meningkatkan pemahaman berkaitan personaliti kendiri bagi membentuk


perkembangan dari sudut emosi dan sosial.
Semasa di slot satu e-karnival dijalankan, inventori personalitii Holland telah
diedarkan secara atas talian untuk dijawab dan melihat keputusan yang diterima
melalui ujian tersebut. Melalui kepputusan tersebut pelajar dapat mengetahui
personaliti dirinya secara ringkas. Kemudian itu, pada slot dua telah dihuraikan
panjang oleh kaunselor jemputan bagi mengimbanginya pada sudut emosi dan sosial
peserta itu sendiri dala memilih laluan kerjaya yang bakal ditempuhinya.

3.2 Memberi pengukuhan kepada peserta dalam memilih kerjaya dan cita-cita.
Setelah diberi keterangan berkenaan personaliti masing-masing melalui inventori
Holland, para peserta didedahkan pula berkenaan ciri-ciri personaliti dan jenis
pekerjaan yang sesuai dengan personaliti secara lebih mendalam yang mana secara
tidak langsung dapat memberi pengukuhan kepada para peserta untuk memilih
haluan kerjaya yang terbaik buat dirinya dalam mendapatkan kehidupan yang
optimum.

3.3 Membantu para peserta memilih jalan dan langkah yang tepat dalam kerjaya
dan pembelajaran.
Setelah diberitahu haluan kerjaya yang sesuai dengan personaliti individu, peserta
dapat membuat keputusannya sendiri dalam memilih kerjaya dan halatuju
pelajarannya yang sesuai dengan personalitinya sendiri dan bukan atas faktor
desakan keluarga mahupun guru-guru. j

3.4 Bertukar-tukar pendapat dan menjana idea kreatif dan kritis dalam skop
kerjaya dan personaliti.
Sepanjang berlangsungnya program tersebut, peserta dibenarkan untuk bertanyakan
soalan bahkan pendapat untuk berkongsi idea dalam pembentukan kerjaya. Hal ini
secara tidak langsung dapat menunjukkan pembinaan pemikiran kritis dalam diri
peserta disamping menampakkan pergerakan program yang aktif dan dua hala.

3.5 Membina jaringan dan jalinan yang positif di antara peserta dengan pihak IPG
Kampus Darulaman.
Dipenghujung program, peserta dibekalkan pengetahuan-pengetahuan berkenaan
IPG secara umum dan IPGKDA secara khusus agar para peserta cakna berkenaan
institusi pengajian yang melahirkan guru bahkan membuka peluang untuk
bekerjasama dalam perlaksanaan program dimasa yang akan datang diantara
sekolah dan IPGKDA itu sendiri.
4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Rajah 1: Jumlah peserta yang mendaftar didalam telegram.

Rajah 2: Perasmian program daripada pengerusi.

Rajah 3: Sesi berkenalan diantara peserta dan fasi.


Rajah 4: Keputusan inventori personaliti semasa slot 1.

Rajah 5: Slot kedua Bersama kaunselor IPGKDA.

Rajah 6: Slot ketiga “Apa itu IPG?”

Rajah 7: Maklum balas peserta berkenaan program di Telegram


5.0 KEMAJUAN/MASALAH
5.1 Lewat Membuat Perancangan

Perancangan diantara AJK secara serius dibuat pada saat-saat akhir. Hal ini
menyebabkan banyak urusan yang tergendala dan perjalanan program mempunyai
banyak kekurangan yang perlu dibaiki diwaktu-waktu kritikal. Disaat-saat PKP ini
juga menjadikan hubungan diantara AJK menjadi lebih terhad yang hanya
bermediumkan aplikasi sosial Whatsapp. Secara tidak langsung berhubung dengan
keterlewatan melaksanakan perancangan ia lebih menyulitkan lagi untuk
menjayakan program itu sendiri.

5.2 Gerak Kerja AJK Yang Kurang Efisyen

Dikalangan AJK yang terlibat bagi menjayakan program terdapat AJK yang sibuk
dengan urusan sebagai Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang giat menyambut
para pelajar baharu IPGKDA dan juga yang sibuk dengan hal-hal peribadi. Hal ini
lebih menjejaskan gerak kerja program kerana banyak perkara-perkara remeh yang
perlu dibetulkan terlepas pandang kerana fokus dalam menjayakan program
terganggu. Demikian juga dengan penyediaan bahan pada beberapa slot yang tidak
dapat disediakan dengan baik apabila mencapai saat-saat program berjalan.

5.3 Tidak Melalui Prosedur yang Berstruktur

Memandangkan program dilaksanakan tanpa bimbingan yang jelas, prosedur


perlaksanaan sesebuah program menjadi tidak teratur dan jelas terutama dalam
urusan menjemput penceramah dan urusan kebenaran menjalankan program itu
sendiri. Hal ini juga berpunca daripada masalah kekangan waktu kerana persediaan
disaat-saat akhir.

5.4 Peserta yang Keluar Awal

Semasa dipenghujung slot kedua, hampir separuh peserta yang bersurai sebelum
memasuki ke slot ketiga kerana berlaku silap faham mengenai perjalanan program.
Namun demikian perkara tersebut dapat diatasi melalui pengumuman ringkas di
Telegram untuk memanggil peserta Kembali ke slot ketiga.
5.5 Tiada Postmortem

Rentetan daripada itu, para AJK juga bersurai awal sebelum melaksanakan
postmortem diantara AJK dalam membincangkan pelan penambahbaikan perjalanan
program dimasa akan datang. Penilaian hanya dilaksanakan terhadap peserta
melalui soal selidik ringkas mengenai tahap kepuasan menyertai program.

6.0 CADANGAN
6.1 Menitikberatkan Perihal Masa

Memandangkan program terkait dengan kerja kursus yang mempunyai waktu yang
terhad, perancangan masa yang baik merupakan suatu yang amat mustahak bagi
menjamin perjalanan program yang lebih lancar dan berkesan.

6.2 Memberi Keutamaan Terhadap Urusan yang Lebih Penting

Meskipun mempunyai urusan yang pelbagai, masa bagi menjayakan program perlu
diperuntukkan dengan lebih baik memandangkan ianya berkait dengan kerja kursus
yang lebih penting berbanding urusan sampingan seperti urusan peribadi bahkan
urusan sebagai JPP sekalipun.

6.3 Menjalinkan Hubungan dengan Pensyarah Sebagai Pembimbing

Dalam menjayakan suatu program secara lebih teratur, pengalaman daripada


seorang yang pakar amat diperlukan bagi mendapatkan khidmat bimbingan. Dalam
konteks pelajar IPGKDA, pensyarah merupakan institusi yang utama dalam
mendapatkan bimbingan bagi perjalanan sesuatu program.

6.4 Merancang dan Memberi Arahan yang Lebih Jelas dan Teratur

Perancangan dan arahan perlu diperkemaskan agar para peserta lebih jelas dan
faham terhadap perjalanan program itu sendiri. Hal ini secara tidak langsung dapat
mengelakkan daripada para peserta tidak berlaku salah faham terhadap perjalanan
suatu program.

6.5 Melaksanakan Postmortem

Postmortem merupakan suatu tunjang utama dalam sesebuah program. Hal ini
kerana postmortem merupakan satu langkah dalam mengelakkan perulangan
kesilapan dimasa yang akan datang. Oleh yang demikan perlaksanaan postmortem
tidak boleh dianggap remeh dan mengabaikannya.
7.0 PENUTUP

Harapan semua ahli jawatankuasa pada masa hadapan dapat meningkatkan lagi kerjasama
yang lebih baik berbanding yang sebelumnya. Sekian.

Dilaporkan oleh: 9 SEPTEMBER 2021

___________________

(MUHAMMAD UMAR AZIZ BIN NORAZHA)

Pengarah Program E-Karnival Kerjaya 2021

Kelab Bimbingan dan Kaunseling IPGKDA.

Anda mungkin juga menyukai