Anda di halaman 1dari 11

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tengku Ampuan Afzan


27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur

PBKK 3073

TERAPI DALAM INTERVENSI KANAK-KANAK

PISMP Ambilan Jun 2019


Semester 1 Tahun 2 (Sesi ogos-dis 2020)
Kumpulan/Unit: Bimbingan dan kaunseling sjkt

Tarikh Hantar: 30.10.2020

Nama Pelajar No. Kad Pengenalan Angka Giliran


KHARRSYEENNIE A/P 000728-08-0286 2019112340171
MANOGARAN

Nama Pensyarah : EN.ABD. JAMIL BIN SABDIN

Tarikh Terima : _______________________

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuk dan fahami.

Nama :
Tarikh :
PENGHARGAAN

Bersyukur saya pada hari ini kerana dapat menyiapkan tugasan yang telah
diberikan oleh pensyarah . Sesungguhnya jasa baik yang telah diberikan oleh beliau
sepanjang membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini amat dihargai.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


pensyarah ,En. Abd . Jamil bin Sabdin , Saya ingin berterima kasih kepada beliau
kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dan memberi penerangan secara
terperinci mengenai tugasan yang diberikan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ahli
keluarga saya yang banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi
menyelesaikan tugasan ini. Saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung dan memberi sokongan yang padu untuk saya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Sekian, terima kasih.
TUGASAN 1
Tugasan 1 : Ulasan artikal

Anda dikehendaki memilih satu jurnal berkaitan amalan terapi dalam intervensi
kanak-kanak, seterusnya membuat ulasan kritis berkaitan jurnal tersebut dengan
memberi justifikasi tentang kelebihan dan limitasi aplikasi terapi tersebut dalam sesi
bimbingan dan kaunseling.

Kanak-kanak masa era globalisasi ini mudah dan sering mengalami kesukaran
dalam membuat penyesuaian emosi , sosial dan juga tingkah laku sendiri dalam
kehidupan mereka kerana kanak-kanak mempunyai autonomi yang amat kurang
berbanding dengan orang dewasa. Di samping itu, mereka kuranng mampu untuk
meluahkan pemikiran dan perasaan mereka melalui pekataan. Bermain merupakan
satu alternatif yang dapat digunakan bagi membantu kanak-kanak meluahkan dan
menjelaskan perkara dalam fikiran mereka.

Kenyataan ini dapat menyelaraskan dengan pernyataan Vygotsky dalam


Landreth (2012) menurut mereka kanak-kanak meneroka dunia mereka melalui
bermain. Jelas sekali bahawa terapi bermain adalah sangat penting dalam
pengendalian sesi kaunseling atau intervensi terapi bersama kanak-kanak kerana
terapi ini merupakan salah satu cara yang amat efektif kerana yang
dapatmengurangkan kesan emosi bagi pertumbuhan dan perkembangan anak
selanjutnya.

Mengikut pendapat FairView Counseling (2007), terapi bermain merujuk kepada


beberapa jenis kaedah rawatan di mana setiap satu rawatan mengaplikasikan
kebaikan daripada alat mainan. Landreth (2012) pula mendefinisikan terapi bermain
adalah salah satu hubungan interpersonal yang dinamik di antara seorang
kanak-kanak dengan ahli terapi yang dilatih ataupun bertauliah dalam prosedur
terapi bermain. Ahli terapi tersebut mempunyai semua hak dan berperanan
membekalkan alat mainan terpilih di samping memudah cara perkembangan
hubungan yang selamat untuk membolehkan seseorang kanak-kanak meluahkan
sepenuhnya yang disimpan selama-lamanya serta meninjau tentang dirinya melalui
aktiviti bermain.

Ini kerana aktiviti bermain merupakan media semula jadi bagi kanak-kanak untuk
berkomunikasi ke arah pertumbuhan dan perkembangan optimum. Tuntasnya,
terapi bermain menyediakan satu ruang terapeutik bagi mempromosikan
perkembangan kompetensi kritikal dalam regulasi emosi untuk berkongsi serta
perbincangan masalah yang dihadapi oleh klien dalam sesuatu hubungan sosial.

Menurut Malinda & William (2000), terapi pasir merupakan teknik ataupun proses
psikoterapeutik yang membolehkan klien menyusun objek kecil dalam kotak
mengandungi pasir dan sanggup membina ‘dunia pasir’ mengikut dimensi dunia
realitinya melalui imajinasinya. Bermain pasir merupakan satu teknik psikoterapeutik
yang membolehkan klien menyusun miniator dalam dulang pasir untuk
menghasilkan satu “dunia pasir” berkaitan dengan pelbagai dimensi sosial klien.
Satu kaedah yang mana imej dan bentuk dihasilkan pada pasir yang basah atau
kering sementara ahli terapi duduk diam di tepi seperti tidak melakukan apa-apa
dan memerhatikan semua perlakuan klien semasa terapi dijalankan.

Terapi bukan lisan seperti terapi pasir ini adalah yang paling berkesan untuk
mengakses dan melepaskan perasaan yang di simpan. Ia akan berlaku secara tidak
sedarkan diri dan pengalaman menyedarkan pesakit di mana pesakit boleh
sembuh. Terapi ini boleh dilakukan pada semua lapisan masyarakat kanak-kanak,
remaja, orang dewasa, keluarga, pasangan dan juga secara berkumpulan.

Perasaan kanak-kanak dinyatakan dalam tingkah laku mereka terutamanya


kelakuan yang suka mula untuk mengganggu orang lain atau mengganggu
kehidupan keluarga dalam beberapa cara. Bermain dengan pasir melalui terapi ini,
memberikan kanak-kanak peluang untuk meluahkan kehidupan perasaan mereka
dalam pergerakan, bunyi, simbol dan imej.
Bukan sahaja itu, terapi ini juga dikenali sebagai modaliti teraputik atau modaliti
fizikal untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Terapi pasir juga mampu
memindahkan pengalaman peribadi ke bentuk konkrit dan tiga dimensi. Disamping
menyatakan perasaan, emosi dan masalah dan meningkatkan kesedaran diri dan
komunikasi , terapi pasir adalah satu proses yang ekspresif dan dinamik, kesedaran
diri, pengalaman emosi dan komunikasi dapat dipertingkatkan melalui proses
kendalian terapi ini.

Bermain pasir merupakan salah satu jenis terapi bermain dan aktiviti berasaskan
aktiviti bermain inilah yang menyebabkan ia amat popular untuk digunakan dalam
konteks sekolah (Campbell, 2004). Antara kebaikan penggunaan terapi bermain
pasir termasuklah berupaya dan berjaya membantu peserta kajian membaiki serta
mengeratkan hubungan sosial dengan rakan-rakan dan ahli-ahli keluarganya. Selain
itu, terapi bermain pasir turut menambah baik amalan penggunaan terapi bermain
pasir semasa kaunseling. Penggunaan terapi bermain pasir boleh diperluaskan
penggunaannya dalam masalah-masalah emosi, sosial dan trauma kerana
penggunaannya memberi impak positif kepada klien semasa terapi.

Selain terapi pasir boleh diperluaskan penggunaannya dalam masalah-masalah


emosi, sosial dan trauma, ia juga dapat mengurangkan percakapan yang sering
digunakan oleh klien sebagai salah satu cara helah bela diri (Carey, 2008). Zhou
(2009) juga menyokong penggunaan terapi bermain pasir untuk mengatasi dan
menangani masalah sosial dan emosi kanak-kanak kerana terapi bermain pasir
adalah lebih generik dan dapat dipelbagaikan cara penyampaiannya secara
berkesan kepada klien berasaskan pelbagai perspektif teoritikal seperti
menggunakan pasir, patung, dulang pasir dan sebagainya. Menurut Peridah (2009)
pula, penggunaan pendekatan bermain pasir memudahkan proses penerokaan
terhadap klien, khususnya melibatkan masalah pergaulan sosial dan faktor keluarga.

Menurut Chiam (2010) pula, antara keistimewaan yang domian dalam


penggunaan terapi bermain pasir adalah ianya termasuklah unsur simbolik,
penggunaan deria secara maksimum, pengurangan mekanisme helah bela diri,
pembentukan jambatan bagi menghubungkan zon bawah sedar dengan zon sedar
serta dari bukan lisan kepada lisan.

Kajian beliau juga menunjukkan bahawa murid ataupun klien dapat membuat
penerokaan dengan lebih senang, menunjukkan perubahan dari segi nilai ,tingkah
laku dan sikap dengan memberi kesan yang positif kepada aspek pendidik itu sendiri.
Manakal menurut Forsyth (2011) mempunyai kepercayaan bahawa terdapat
beberapa ciri ketika mengendalikan terapi terapeutik bermain pasir ini, iaitu
“inclusion, presence, commitment to dialogue, and dialogue is lived” (ms 46-47).
Persamman kata, terapi pasir ini akan menyebabkan seseorang bersikap terbuka
dan berpeluang untuk menerang semula apa yang telah dilalui, sama ada secara
verbal atau non-verbal (Cunningham, 2014).

Pada waktu yang sama, walaupun terapi bermain pasirmempunyai banyak


kelebihan tetapi ia juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Antaranya ialah ,
kawasan bermain pasir akan menjadi sangat kotor dan tidak tersusun setiap kali sesi
terapi dijalankan. Ini demikian, klien akan menjadi lebih teruja kerana terapi ini dapat
menarik semua perhatian mereka dan mereka akan lebih berfokus terhadap alat-alat
tersebut. Hal ini menyebabkan kaunselor terpaksa meluangkan masa tambahan
untuk membersihkan dan mengemaskan semua pasir yang terkeluar dari dulang
pasir dan alat-alat mainan yang diselerakkan. Bukan sahaja kaunselor perlu
membersihkan tempat tersebut, kaunselor juga perlu untuk menstabilkan emosi dan
juga mengawal perjerakkan klien semamsa sese dijalankan.

Selain itu, klien juga mungkin akan salah tafsir perkara yang kita minta
dilakukan. Hal ini kerana ,kadang-kala klien akan mengambil alat mainan yang
disukai dan menyusun ikut hati mereka ataupun mereka kan bermain dengan
alat-alat yang telah disediakan tanpa menghiraukan arahan guru atau tugasan yang
diberikan. Ini menyukarkan tugas guru kaunseling untuk menganalisis dan
menginterpretasi hasil kerja mereka semasa terapi dijalankan. Limitasi yang
seterunya ialah , pasir yang digunakan tidak boleh menggunakan pasir yang telah di
pakai sebelumyna. Hal ini demikian ,boleh menyebabkan jangkitan bakteria kepada
kanak-kanak. Pasir yang digunakan hendaklah bersih dan terhindar daripada
benda-benda tajam. Hal ini kerana, ia amat berbahaya untuk kanak-kanak
terutamanya kanak-kanak yang sangat teruja dalam terapi ini.

Kesimpulannya, Ini adalah kaedah yang sangat menarik yang membolehkan


kanak-kanak memahami dengan lebih baik, menenangkan dan menyesuaikan diri
untuk pemulihan dan mengatasi pelbagai masalah kehidupan. Kelas rumah
memerlukan kos tertentu untuk membeli kit terapi pasir, tetapi jika anda mahu, anda
boleh menjadikannya sendiri.Tiada kemahiran yang diperlukan. Kanak-kanak dan
remaja pasti menyukai penciptaan komposisi pasir, lukisan jari, pembinaan kastil
mini menggunakan angka kecil dan kerang. Ini adalah pelajaran yang mudah dan
menarik untuk kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak.
RUJUKAN
Chiam, S. L. (2010). Mengajar penerokaan kes kaunseling melalui sandplay therapy
dalam kalangan bakal Guru Bimbingan Sekolah Rendah. Jurnal Penyelidikan
Tindakan IPG KBL, 4, 59-84.

Choong, L. K. (2010). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Selangor Darul


Ehsan: Kumpulan Budiman.

Cunningham, L. (2014, Februari 25). What is sandplay therapy? Dimuat turun dari
http://www.sandplay.org/what_is_sandplay_therapy.htm
LAMPIRAN
Dalam pdf

Anda mungkin juga menyukai