Anda di halaman 1dari 3

Ku Mohd Hanifas Bin Ku Ahmad PISMP PK/PJ/PSV Semester 5

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan terapi dalam pendidikan ini dengan jayanya, dalam matapelajaran terapi kali ini kami ditugaskan untuk mengadakan satu program terapi besar- besar yang diberi nama Ekplorasi Terapi Dalam Pendidikan Khas yang merangkumi beberapa terapi iaitu terapi pasir, terapi main dan terapi air. Program ini telah berlansung di Pantai Bukit Keluang, Besut pada 28 februari 2011. Program ini dapat berjalan dengan lancar dan ianya dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPG KKB, Tuan Haji Hashim Bin Deraman.

Dalam program ini, saya ditugaskan sebagai AJK statistic yang memerlukan saya untuk membuat borang pemarkahan bagi setiap acara yang telah dijalankan, dalam Ajk ini sama berkongsi tugas dengan Nurul Hana bt Abd Hadi. Kami telah membuat borang untuk semua permainan seperti istana pasir, siapa cerdas dan bermacam-macam lagi. Selain membuat borang permarkahan saya juga telah membuat kad jemputan untuk para VIP. Sebelum menghantar kad tersebut saya juga menunjukkan terlebih dahulu draf kepada pensyarah bagi memastikan ianya betul dan bertepatan dengan apa yang diminta oleh pensyarah. Beberapa draf telah dikemukakan kepada pensyarah dan draf kad jemputan yang terbaik telah dipilih. Setelah kad jemputan dipilih, saya mencetaknya dan menghantarnya kepada para jemputan. Sebelum ini saya belum pernah mempunyai pengalaman menyiapkan borang pemarkahan dan kad jemputan tapi kali ini ianya amat bagus kerana dapat berpeluang membuat benda yang belum pernah dibuat oleh saya sendiri.

28

Semasa pelaksanaan program ini ada juga sedikit masalah telah melanda kami, tapi masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Masalah yang dihadapi bagi Ajk statistik ialah kami beberapa kali perlu menukar dan menghasilkan semula beberapa borang pemarkahan kerana kami sentiasa mempunyai pertukaran aktiviti kerana selepas disemak oleh pensyarah ianya kurang sesuai untuk dijalankan, jadi kami perlu menukarnya kembali. Alhamdulillah itu sahaja masalah yang dihadapi oleh kami. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi tadi, kami mengambil pendekatan yang lebih bijak dengan merujuk kepada pensyarah terlebih dahulu sebelum mencetaknya, kami juga menunggu semua kumpulan yang melakukan aktiviti menyemak dan menyerahkan aktiviti mereka kepada pensyarah sebelum kami membuat balik borang pemarkahannya. Jadi dengan cara ini kami tidak perlu menukar borang tersebut berulang kali. Dalam program Eksplorasi terapi pada kali ini, banyak kebaikan dapat dikenalpasti, seperti mana yang diketahui juga program terapi sememangnya mempunyai banyak kebaikan yang dapat membantu dalam pembelajaran kelak. Program terapi pada kali ini banyak berkait dengan unsur utama iaitu pasir, air dan juga main. Bagi terapi pasir, kemahiran motor kasar dan halus dapat diuji kerana dalam proses terapi pasir ini banyak elemen yang mengaitkan koordinasi motor kasar dan halus dapat diuji. Contohnya dalam pelaksanaan istana pasir, pelajar harus bijak memilih jenis pasir yang sesuai kerana jika silap memilih pasir maka ianya tidak dapat dibina. Jadi apabila ingin memilih jenis pasir yang sesuai maka dengan sendirinya pelajar akan menyentuh, merasa, dan menghayati sendiri tahap kesesuaian pasir tersebut. Selain itu juga, apabila pelajar menguli, mengaul, mengorek, dan menimbus pasir, maka penggunaan motor halus dan motor kasarnya dapat digunakan secara maksimun dan dapat meningkatkan tahap penggunaan kefungsian motor halus dan kasarnya. Selain itu juga ia dapat menjana idea apabila pelajar harus berfikir secara kritis dan kreatif bagi menghasilkan istana pasir yang menarik, selain itu juga pelajar harus memikirkan juga fungsi bagi setiap

29

rekaannya. Bagi terapi main pula, sememangnya kanak- kanak tidak dapat dipisahkan dengan main. Jadi pelaksanaan bagi terapi main ini sangat bersesuaian dengan pelajar- pelajar khas. Semasa terapi main banyak kebaikannya pada kanak- kanak dapat dikenalpasti. Jadi bagi pelaksanaan terapi ini ia amat sesuai dengan kanak- kanak. Terapi main dapat menunjukkan perkembangan intelektual, sama seperti peningkatan

kompetensi individu. Bermain juga menjadi media bagi individu untuk mempraktikkan apa yang sudah dipelajarinya. Terapi main juga dapat meningkatkan potensi pelajar dan kendiri pelajar kerana dalam situasi bermain kanak- kanak akan menampilkan diri mereka dengan cara yang paling terus terang, jujur, dan jelas. Perasaan mereka, sikap, dan fikiran-fikiran yang muncul, terbuka dengan jelas dan tanpa usaha untuk diselindungi. Kanakkanak juga belajar memahami diri mereka dan orang lain dengan lebih baik apabila bermain. Mereka belajar bahawa ketika bermain mereka dapat melakukan apapun, menciptakan dunia sendiri, menciptakan ataupun menghancurkan sesuatu. Secara keseluruhannya saya amat berpuashati dengan pelaksanaan program terapi pada kali ini, banyak input yang berguna yang saya dapat melalui program ini dan insyaallah saya akan mengunakan semasa melaksanakan program terapi disekolah nanti. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak IPG KKB kerana memberikan kami peluang untuk menjalankan program terapi ini. Terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah kami En. Nik Azhar kerana banyak membantu kami dalam menjalankan program terapi ini, kepada kawan- kawan sekelas saya terima kasih kerana bertungkus lumus mengjayakan program terapi ini. Terima kasih daun keladi.

30

Anda mungkin juga menyukai