Anda di halaman 1dari 4

_________________________________________________________________________

PRAKTIKUM FASA 1 :

SEKOLAH KEBANGSAAN JABI,06400 POKOK SENA, KEDAH.

CATATATAN MINGGU KEEMPAT

14 – 18 OGOS 2016

NAMA PELAJAR MOHD ABDUL AKRAM BIN SUIP

KURSUS & AMBILAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING AMBILAN JUN 2014

TEMPOH PRAKTIKUM 3 BULAN

PENGKHUSUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

GURU PEMBIMBING EN AHMAD BIN DIN

PENSYARAH PEMBIMBING TN HJ SHUIB BIN HAMID

BILANGAN JURNAL :4
MINGGU PRAKTIKUM : KEEMPAT

TARIKH PERISTIWA : 14 OGOS - 18 OGOS 2016

TAJUK JURNAL : PENGURUSAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING


YANG KONDUSIF.

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

Isu dan permasalahan yang saya hadapi dan saya cuba bincangkan dalam jurnal minggu ini
ialah berkaitan dengan pengurusan bilik bimbingan dan kaunseling. Bilik bimbingan dan
kaunseling di sekolah kebangsaan Jabi ini perlu ditingkatkan lagi tahap kebersihan dan juga
kekemasannya bagi meningkatkan tahap keselesaan setiap klien yang datang ke bilik
tersebut. Keupayaan dan usaha saya dalam memikirkan permasalahan ini saya istilahkan
dalam bentuk beberapa tindakan bagi memastikan bilik bimbingan dan kaunseling ini
menjadi sebuah bilik yang bersih, terurus dan juga kondusif.

Analisis masalah/Isu/peristiwa

Menurut Kamus Dewan, kebersihan ialah keadaan yang bersih atau tidak kotor. Ini
termasuklah keadaan fizikal, persekitaran dan juga hati. Jika seseorang individu menjaga
kebersihan diri mereka, mereka dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit. Masalah ini
berlaku berikutan pengurusan bilik tidak dapat difokuskan sepenuhnya oleh guru bimbingan
lantikan sekolah yang ada di sekolah ini kerana beliau juga mengajar subjek untuk kelas
biasa. Justeru pengurusan bilik tertangguh berikutan sibuk dengan pelbagai perkara. Hal ini
menyebabkan bilik bimbingan dan kaunseling tersebut semakin tidak terurus. Kesannya,
suasana bilik menjadi tidak teraputik dan tidak ceria serta kurang kondusif.. Kebersihan
perlu dititik beratkan bagi mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif. Hal ini kerana
persekitaran dan satu suasana bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif akan
mewujudkan suasana yang selesa dan terapeutik serta mampu meransang perkembangan
fikiran klien yang berada dalam bilik tersebut.

Cadangan Penyelesaian

Cadangan yang perlu dilaksanakan adalah pertamanya membersihakan bilik bimbingan dan
kaunseling itu sendiri yang mana mengemas semua barang yang tidak teratur. Disamping
itu perkara yang boleh saya laksanakan adalah dengan menghias dan menceriakan bilik
bimbingan dan kaunseling tersebut. Pada masa yang sama mengemaskini maklumat lama
yang sedia ada dengan maklumat yang lebih terkini selaras dengan konsep bilik bimbingan
dan kaunseling sebagai bilik yang berinformasi. Selain daripada itu kami juga
membersihkan lantai bilik dan juga menyusun semula perabot dan juga alatan yang ada
dalam bilik bimbingan dan kaunseling tersebut agar kelihatan tersusun dan kemas. Dalam
masa yang sama kedudukan bagi setiap susunan dalam bilik bimbingan dan kaunseling itu
juga kami titk beratkan kesesuaiannya untuk betul - betul memastikan keadaanya teratur,
kemas, strategik serta kondusif seperti yang diinginkan.

Tempoh penyelesaian
14 ogos - 18 ogos 2016 (1 minggu)

Tindakan susulan

Dalam peruntukan masa yang amat singkat ini, saya perlu melakukan kerja-kerja
pembersihan bilik terlebih dahulu. Hal ini kerana dengan keadaan bilik yang sebegitu saya
tidak selesa untuk menjalankan sebarang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Maka
saya dan sahabat saya mengambil peluang selepas habis waktu kelas dan juga masa
sebelum mula waktu kelas setiap hari melakukan pembersihan, mengemas dan
mengorganisasi bilik dengan lebih tersusun dan terancang selari dengan keperluan ruang
yang ada di bilik bimbingan dan kaunseling. Pada masa yang sama membuang bahan-
bahan yang telah lama dan mengantikan dengan maklumat yang terkini supaya boleh
mewujudkan bilik yang berinformasi. Selain itu juga, setiap bahan dan juga alatan yang ada
dalam bilik tersebut kami bersihkan dan hanya meletakkan alatan dan bahan yang betul-
betul sesuai untuk diletakkan dalm bilik tersebut.

Kesimpulan

Kebersihan memainkan peranan yang penting kepada semua terutama sekali pada bilik
bimbingan dan kaunseling. Dengan suasana yang bersih, kondusif dan teraputik maka
selesalah saya untuk menjalankan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kebersihan
yang terjaga akan membawa kepada jaminan untuk murid bahawa perkhidmatan ini
menunjukkan matlamat yang jelas dalam menyediakan bilik yang kondusif, ceria dan
bermaklumat. Oleh itu, aspek kebersihan memainkan peranan yang penting kepada semua
individu terutamanya murid-murid sekolah rendah.

Pandangan / komen guru pembimbing


.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................

Tandatangan : .............................................
Nama : ..........................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing


.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................

Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

Anda mungkin juga menyukai