Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

Tugas guru kini bukan sekadar mengajar dan memberikan ilmu kepada pelajar malah
melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek dan menentukan maju mundur negara
(Sabaruddin Yusof, 1993). Hal ini bermakna, seorang guru perlu mengambil berat terhadap
segala perkara yang berkaitan dengan pelajar seperti masalah yang dihadapi oleh pelajar,
keinginan pelajar ketika berada di sekolah agar pelajar mendapat ilmu yang sepenuhnya tanpa
sebarang gangguan dari segi fizikal, emosi dan sosial. Seperti kita tahu bahawa pelajar
meluangkan lebih masa di sekolah berbanding dengan rumah. Oleh sebab itu, guru adalah
pihak yang bertanggungjawab terhadap perkembagan pelajar semasa pelajar dalam kawasan
sekolah.

Pada zaman teknologi kini, bukan ibu bapa yang bekerja sahaja, malah pelajar sekolah
rendah juga mengalami banyak masalah dari segi emosi, sosial dan sebagainya. Dalam sebuah
kelas mesti terdapat seorang pelajar yang bermasalah. Antaranya, masalah disiplin,
gangsterisme, masalah ponteng kelas, tidak membuat kerja rumah, selalu menganggu rakan
sekelas, masalah gaduh, masalah dari segi fizikal iaitu cacat pendengaran, catat penglihatan,
dan sebagainya. Masalah masalah begini amat berleluasa dalam kalangan sekolah pada
masa kini. Masalah sebegini memberi kesan yang buruk sama ada diri sendiri mahupun rakan
sekelas. Pelajar yang bermasalah ini bukan sahaja menghapusakan pembelajaran mereka
sendiri, malah mereka juga mengganggu pembelajaran murid sekelas lain. Hal ini bermakna,
pelajar yang bermasalah ini secara tidak langsung menjejaskan pembelajaran rakan sekelas
yang berminat dalam pembelajaran.

Seorang guru biasa, tidak mengabaikan pelajar yang bermasalah semasa menjalankan
sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memberi layanan yang baik atau sama seperti
melayan murid yang biasa agar murid bermasalah tidak berasa rendah diri dan dirinya tidak
dihormati. Oleh itu, guru perlu berganding bahu untuk menyelesaikan masalah murid untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS. Seorang guru biasa perlu bertindak sebagai
seorang guru kaunseling dan bimbingan sebelum mengajar pelajar bermasalah kerana masalah
murid perlu ditangani terlebih dulu sebelum melibatkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana, jika masalah murid tidak diselesaikan, maka murid tidak
mendengar arahan guru dan juga tidak menumpukan perhatian dalam kelas. Mereka sentiasa
berfikir tentang masalah yang dihadapi dan juga mereka berasa dirinya terganggu.

1
Bukan itu sahaja, guru juga perlu mengenali latar belakang murid yang bermasalah
dengan mendalam dan terperinci sebelum mengajarnya. Hal ini kerana, guru perlu mengetahui
cara melayan murid tersebut dan juga cara menyelesaikan masalah murid dengan sempurna.
Oleh itu, seorang guru biasa perlu mempunyai kemahiran membimbing murid dan
memperkembangkan ilmu dalam bimbingan dan kaunseling. Bimbingan ialah proses
professional yang sistematik bagi menolong individu melalui prosedur pendidikan, dan membuat
interpretasi untuk memahami ciri ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta
untuk menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan keperluan dan peluang. Fokus
bimbingan ialah individu tersebut , bukan masalahnya. Tujuan bimbingan ialah untuk
meningkatkan perkembagan indivu tersebut untuk arahan kendiri.

Kaunseling pula ialah proses pembelajaran apabila seseorang individu itu belajar
tentang dirinya sendiri, tentang hubungan antara perseorangan dan tentang laku yang dapat
memajukan perkembangan peribadi mereka sendiri. Pemerian ini agak luas dan tidak
terkhusus. Tujuan utama kaunseling ialah untuk menolong murid memahami dirinya sendiri agar
ia dapat menjadi individu yang terarah sendiri. Secara keseluruhanya, bimbingan dan
kaunseling ialah memupuk kebolehan menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu klienya
menguasai kemahiran asas untuk adaptasi dan penyesuian diri serta dapat menggunakan
potensi dan pelbagai sumber yang sedia ada untuk mencapai prestasi yang lebah baik dalam
kehidupan.

2
LAPORAN BENGKEL INVENTORI MINAT KERJAYA MURID TAHUN 5 ARIF SK RAHANG

Dalam kerja kursus ini, saya perlu membuat satu laporan kajian kes yang lengkap
mengenai minat kerjaya murid murid mengikut kehendak ataupun keinginan masing -masing.
Saya sedang membuat praktikum di SK RAHANG, Negeri Sembilan. Oleh sebab itu, saya
mengambil kesempatan ini untuk menyempurnakan kerja kursus saya. Saya telah memilih ,
murid dari darjah 5 untuk menyiapkan kerja kursus bimbingan dan kaunseling ini. Kami telah
diberi satu tugasan EDU3073 iaitu melaksanakan bengkel inventori minat kerjaya kepada
murid-murid. Sebelum menjalankan praktikum, saya telah mencari banyak bahan mengenai
tajuk tugasan saya di perpustakaan IPGKRM serta di internet. Maklumat-maklumat yang saya
telah cari sangat membantu semasa membuat kerja kursus ini. Sebelum kami melaksanakan
bengkel inventori, saya dan rakan praktikum saya telah menetapkan temu janji bersama guru
bimbingan dan kaunseling iaitu Encik Sulaiman terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat.
Saya berasa yakin bahawa kerja kursus ini akan memberi manfaat dan pengalaman yang amat
berfaedah kepada profesional saya.

Pada mulanya kami telah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar untuk
mengadakan bengkel inventori di sekolah. Oleh kerana semua guru sangat sibuk dengan pra
upsr, kami terpaksa juga menjalankan bengkel ini kepada murid. Dalam hal ini, guru bimbingan
dan kaunseling telah banyak membantu kami untuk mengadakan bengkel ini. Bagi menjalankan
bengkel inventori ini, saya telah menyediakan kertas kerja untuk mengadakan bengkel ini.
Setelah saya menyiapkan kertas kerja saya memberi draf kertas kerja kepada guru bimbingan
dan kaunseling. Beliau telah menyemak kertas kerja dan selepas itu saya dan rakan telah
mendapatkan tandatangan daripada guru besar. Selepas itu saya telah mengedarkan sehelai
pemplet sebagai surat pemberitahuan untuk mengadakan bengkel inventori ini. Tujuan bengkel
inventori ini diadakan adalah untuk menilai kesan penggunaan Modul RIASEK terhadap murid.

3
Kerangka teori yang dilaksanakan adalah seperti dalam Rajah 1. Kerangka teori ini merupakan
Model Heksagon Holland iaitu Model Jenis Personaliti dan Persekitaran Pekerjaan.

Model ini menjelaskan hubungan antara jenis personaliti dengan persekitaran pekerjaan
secara koefisien dan korelasi. Kategori yang berdekatan dengan Heksagon, iaitu Realistik(R)
dan Investigatif(I) mempunyai persamaan dan korelasi positif yang tinggi berbanding Artistik(A)
dan Konvensional(K) yang berada di kedudukan bertentangan. Oleh itu Artistik dan
Konvensional kurang persamaan dan korelasi yang agak rendah.

Bengkel inventori ini diadakan pada 27 Julai 2016 hari Rabutengahari. Seramai 29
orang murid dalam kelas 5 Arif telah melibatkan diri dalam bengkel ini. Sebelum bengkel ini
saya dapat menyediakan tempat, bahan-bahan yang perlu digunakan dan dapat menyemak
kuantiti helaian borang inventori yang hendak digunakan. Tepat pada pukul 8.30 pagi guru
bimbingan dan kaunseling telah dimulakan dengan memberi serba sedikit taklimat mengenai
bengkel ini.

Program ini merupakan satu pendedahan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan


tentang bidang kerjaya yang bersesuaian dengan personality setiap individu. Dengan
terlaksananya program ini, diharapkan dapat membantu murid-murid memilih bidang kerjaya
yang bersesuaian dengan personality diri masing-masing di masa hadapan. Selain itu, bengkel
kerjaya ini juga diharap mampu membantu murid-murid untuk memilih aliran pendidikan yang
bersesuaian dengan minat dan personality mereka. Antara rasional yang diambil kira untuk
melaksanakan bengkel ini adalah bagi membantu murid mengetahui potensi diri, minat dan
aliran yang bersesuaian dengan kecenderungan dalam pembelajaran serta sebagai alat
motivasi agar murid murid akan lebih focus terhadap pelajaran

Beliau telah banyak memberi pendedahan mengenai Modul RIASEK kepada murid-
murid. Beliau juga dalam taklimatnya, pelaksanaan aktiviti penerokaan kerjaya di dalam bengkel
ini adalah untuk merancang kerjaya pada peringkat sekolah boleh meningkatkan kejayaan
murid melalui tumpuan kepada peningkatan akademik, pencegahan dan intervensi, runding
cara sosial dan emosi serta pembangunan kerjaya.

4
Bengkel ini dikendalikan
Kerangka oleh guru
Model RIASEK bimbingan
yang danadalah
dilaksanakan kaunselor
sepertisekolah SK Rahang
dalam Rajah 2. iaitu
Encik Sulaiman. Saya dan rakan rakan saya yang lain telah membantu guru bimbingan dan
kaunseling untuk mengendalikan bengkel ini. Setelah En.Sulaiman memberi penerangan
tentang bengkel yang akan dijalanakan helaian Inventori Kerjaya telah diedarkan bagi
membantu para murid meneroka kerjaya pilihan mereka dengan lebih mudah dan sistematik.
Sepanjang aktiviti ini berlangsung, guru bimbingan dan kaunseling sekolah tersebut telah
membimbing para murid untuk menjawab soalan inventori. Guru kaunseling telah menjelaskan
soalan dalam inventori supaya murid murid tidak mengalami kekeliruan semasa menjawab.
Saya dan rakan rakan saya juga telah menjelaskan pada murid-murid yang tidak dapat
menjawab. Selepas sahaja semua murid menjawab soalan inventori, saya membantu guru
untuk mengumpul jawapan murid.

Melalui bengkel inventori minat kerjaya ini, saya dapat mengumpul maklumat mengenai
minat kerjaya mereka dalam sesuatu kerjaya. Bengkel Inventori Kerjaya ini telah memberikan
kesan yang positif dalam kalangan murid. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa murid-
murid telah dipengaruh dengan minat masing-masing dalam pemilihan kerjaya. Biasanya murid-
murid lelaki dan perempuan mempunyai minat dan haluan yang berbeza. Selain itu, pencapaian
akademik yang berbeza memberi kesan yang tidak sama terhadap sikap mereka.
Walaubagaimanapun, saya bersama rakan praktikum saya telah mengkaji minat kerjaya di
kalangan murid tahun 5 Arif.

Inventori atau Ujian Minat Kerjaya adalah ujian yangdapat mengenalpasti minat anda
terhadap sesuatubidang pekerjaan. Ujian Self-Directed Search (SDS)misalnya adalah alat
ukuran minat kerjaya yang mempunyai format jawapan 'Ya' dan 'Tidak'.Respons individu
terhadap item-item yang terkandung dalam ujian ini akan dapat mengenalpasti minat kerjaya
seseorang. Dengan bengkel ini, murid murid dapat mengenal pasti keminatan masing
masing dan membimbing pelajar ke arah matlamat yang benar-benar sesuai dengan personaliti,
minat, nilai dan kebolehan merupakan satu proses yang rumit,mencabar dan memerlukan masa
yang panjang; lebih-lebih lagi jika tiada alat yang dapat membantu untuk mempermudahkan
proses tersebut. Di sinilah kewujudan alat ujian psikologi dan inventori dapatmemainkan
peranan yang signifikan dan berkesan.

5
Berikut merupakan dapatan kajian secara keseluruhan yang saya dapat dikumpulkan
mengikut enam personaliti iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising
(E), dan Konvensional (K).

MURID KELAS 5 ARIF YANG MENYERTAI BENGKEL KERJAYA


MARKAH
BIL NAMA MURID
R I A S E C

1 ADAM AMSYAR SHAHMIE B SYAFIZAN RSI


2 AFRINA DANIA BT MOHD SAIFUL NIZAM ISC
3 AHMAD AIMAN B ALHAMIZAL EIC
4 AHMAD AMIRUL AKRAM B SYAHRIN EIC
5 AIMAN HAKIM B AZMI SIR
6 CINTA CAMELIA BT ZAMBRI SCR
7 HARITH IRFAN B HAIROL SAHFPRIN ESI
8 IRFAN MUSTAFA B MOHD AKRABIN CSA
9 IZZAH MUNIRAH BT ABD RAHMAN SCR
10 MUHAMMAD AFIF SYAHMI B AZIZUL EZAN SCR
11 MUHAMMAD AMAR SHAIF B SHAKARIZAN IRA
12 MUHAMMAD HARITH AIMAN B ROSLE CAR
13 MUHAMMAD LUQMAN AMSYAR JAMALUDDIN CIS
14 MUHAMMAD NAJMIE B IBRAHIM ARC
15 MUHAMMAD SYAKIR AFIQ B OMAR CSI
16 MUHAMMAD WAZIEN B NOR SHAHRIZAL RAC
17 NADIRA ALEESYA BT MOHD ROZI SIC
18 NUR FAIZURAH BT MOHD NAZIR CAE
19 NUR IMAN FARHANA BT ARJUNA IAE
20 NUR ZAHIREEN BT ABDUL ZAHAR SCR
21 NURAIN AFRINA BT ALIAS AEC
CAS
22 NUREEN NAFIZA BT MOHD ZAFRI
23 NURUL AMIRA BT ZULKIFLI ACE
24 SAFWAN NASRULLAH B SHALLEHUDDIN SRI
25 SAIDATUL FATIHAH BT MOHD NAZAM ISA
26 SARAH HAMIZAH BT HASRAM CEI
27 SYAIRA QISTINA BT HUSNI TAHMRIN ISR
28 SYARIFAH NORIZZATI BT SYED MAZLAN ACE
29 SITI SYAFIQAH BINTI SUHAIMI CSR

JUMLAH 13 15 13 18 9 19

Petunjuk :
6
Pilihan 1
Pilihan 2
Pilihan 3
KOD HOLLAND BILANGAN
SCR
SRI 7
SIC
ISA
IRA
IAE
7
ISR
ISE
ISC
CIS
CAS
CSA
7
CSI
CSR
CAE
ARE
ACE 5
ARC
EIC 1
RAC
2
RBI
JUMLAH 29

7
Jadual 2 yang menunjukkan jumlah analisis minat kerjaya murid- murid mengikut kod
Holland

Graf Keseluruhan Minat Kerjaya Murid - Muird 5 Arif Mengikut Kod Holland
6.90%
3.45%
24.14%

Sosial
17.24% Convers ional
Intelektual
Artistik
Enterprising
Realistik

24.14%
24.14% JADUAL 3

Jadual 3 yang menunjukkan peratus minat kerjaya murid murid Tahun 5 Arif

Berdasarkan penganalisisan data yang telah dilakukan, dapatan kajian mendapati


bahawa tret personaliti bagi keseluruhan adalah SCR iaitu Sosial (S), Conventional (C) dan
Realistik (R).. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat begitu banyak perbezaan di antara
kod tiga huruf pengkaji dengan kod tiga huruf Holland. Kod tiga huruf Holland yang diperolehi
dari The Occupations Finder (Holland, 1989) ialah SER. Selain daripada itu, kajian ini twlah
memperlihatkan tentang personaliti juga mempunyai personaliti Conventional (C). Ciriciri
personaliti bagi responden Conventional adalah seperti menyukai kegiatan-kegiatan yang
melibatkan manipulasi data secara terang, teratur dan konsisten. Secara umumnya, mereka
lebih suka bekerja dengan data dan nombor. Disini dapat dilihat bahawa minat kerjaya murid
murid juga lebih kepada guru perdagangan, dimana ianya bersesuaian dengan bidang yang
diceburi.

Kod seterusnya yang diperolehi ialah Realistik. Kod Realistik ini juga mempunyai ciriciri
yang sepadan dengan bidang kursus yang diikuti. Responden yang mempunyai ciri Realistik ini
minat terhadap peralatan mesin disamping mempunyai kemahiran dalam bidang elektrik dan
mekanikal. Walaupun pekerjaan terhampir yang dirujuk adalah seperti mekanik, jurugegas
jentera dan tukang kayu, namun begitu ciri-ciri Realistik sedikit sebanyak menunjukkan ciri-ciri

8
pada seorang guru Kemahiran Hidup. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa
nilai hampir padan yang diperolehi bagi tahap darjah kongruen responden SPH adalah
bersesuaian dengan ciri-ciri seorang guru.

Mengikut kajian yang saya kaji mendapati bahawa pelbagai faktor faktor telah
mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam diri seseorang. Faktor jantina turut memainkan
peranannya dalam proses pembentukan sikap pelajar terhadap pelajaran mereka. Kifer (1975)
telah membuktikan bahawa memang terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan dalam perkembangan dan pembentukan sikap. Pencapaian akademik
yang tinggi atau sebaliknya, berkemungkinan besar memberi kesan yang berbeza-beza
terhadap sikap pelajar lelaki dan perempuan. Mengikut kajian yang saya lakukan faktor jantina
telah memberi impak yang besar iaitu mendapati kaum lelaki lebih berminat kepada aktiviti-
aktivit fiikal, mekanik, saintifik, perniagaan dan politikal. Kaum perempuan pula lebih berminat
kepada bidang kesenian, sastera seperti muzik dan bidang personal-social seperti perguruan.
Hasil kajian ini disokong oleh Khor (1991). Menurut beliau, kaum perempuan lebih meminati
bidang yang berkaitan dengan perhubungan langsung dengan orang ramai seperti merawat dan
menjaga kanak-kanak. Manakala kaum lelaki lebih cenderung kepada bidang mekanikal.

Selain daripada faktor jantina, seperti yang kita ketahui kebanyakkan individu di
Malaysia amat mementingkan nilai kekeluargaan. Oleh itu sedikit sebanyak setiap keputusan
yang akan dibuat akan dibincang bersama dengan ahli keluarga. Menurut Rosliana (2004),
didikan ibubapa merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi tahap harga diri seseorang.
Ini jelas menunjukkan ibubapa mampu mempengaruhi sesseorang individu dalam membuat
sesuatu keputusan termasuk keputusan dalam memilih kerjayanya.

Dorongan dari orang terdekat sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pemilihan
sesuatu kerjaya. Dalam kehidupan kita, orang yang dianggap berpengaruh biasanya terdiri
daripada ibu bapa, anggota keluarga, guru, rakan atau seseorang yang dipercayai. Lazimnya,
ibu bapa merupakan orang yang pertama memindahkan segala warisan sosial. Kebudayaan,
nilai serta adat kepada anak-anak berdasarkan pengalaman yang telah dilalui. Secara tidak
langsung ibu bapa turut memainkan peranan dalam membentuk minat anak-anak terhadap
sesuatu perkara termasuklah soal memilih pekerjaan. Faktor ini telah ditegaskan oleh Khairani
S. (2012) bahawa ibu bapa yang bekerja sebagai guru boleh mempengaruhi secara langsung
anak-anak mereka untuk memilih bidang kerjaya yang sama dan dapatan ini menguatkan lagi
kepentingan pengaruh ihu bapa terhadap anak-anak. Ini kerana pendorong merupakan orang

9
yang rapat dan mampu mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan kearah pemilihan
kerjaya.

MARKAH
BIL NAMA MURID
R I A S E C

1 AIMAN HAKIM B AZMI SIR


2 CINTA CAMELIA BT ZAMBRI SCR
3 IZZAH MUNIRAH BT ABD RAHMAN SCR
4 MUHAMMAD AFIF SYAHMI B AZIZUL EZAN SCR
5 NADIRA ALEESYA BT MOHD ROZI SIC
6 NUR ZAHIREEN BT ABDUL ZAHAR SCR
7 SAFWAN NASRULLAH B SHALLEHUDDIN SRI

JADUAL 4
Jadual 4 Menunjukkan Dapatan Kajian Bagi Personaliti S Yang Tertinggi

Jadual di atas menunjukkan murid murid yang mempunyai personaliti sosial yang
menjadi pilihan utama dalam kerjaya diri mereka. Dalam kelas 5 Arif, ramai murid iaitu seramai
sembilan orang murid adalah yang bersifat atau orang yang sosial. Individu sosial adalah
individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan orang lain seperti memberitahu, melatih,
mendidik, memperkembang dan mengubati disamping menghindari aktiviti-aktiviti eksplisit,
berstruktur dan aktiviti yang melibatkan bahan, peralatan dan mesin. Mereka mempunyai ciri-ciri
seperti kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin,
bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif,
memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan. Mereka lebih
suka pada perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan
kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan,
menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat. Murid yang bersosial ini tidak suka pada
kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang
mekanikal dan saintifik. Pekerjaan yang sering mereka pilih adalah pensyarah, guru, ustaz, ahli
politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai kebajikan, juruacara, pramugari, ahli
psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi. Dalam kelas ini seramai sembilan orang murid
termasuk juga murid perempuan bersosial dan mempunyai sifat-sifat yang bermoral dan nilai-
nilai murni.

BIL NAMA MURID MARKAH

10
R I A S E C

1 IRFAN MUSTAFA B MOHD AKRABIN CSA


2 MUHAMMAD HARITH AIMAN B ROSLE CAR
3 MUHAMMAD LUQMAN AMSYAR JAMALUDDIN CIS
4 MUHAMMAD SYAKIR AFIQ B OMAR CSI
5 NUR FAIZURAH BT MOHD NAZIR CAE
CAS
6 NUREEN NAFIZA BT MOHD ZAFRI
7 SARAH HAMIZAH BT HASRAM CEI
8 SITI SYAFIQAH BINTI SUHAIMI CSR

Taburan Graf Yang Menunjukkan Murid - Murid Yang Mempunyai Personaliti Conversional

Conversional 8 21

Conversional Column1

JADUAL 5
Jadual 5 Menunjukkan
Jadual Dapatanmurid
di atas menunjukkan Kajian
Bagi
muridPersonaliti C
yang mempunyai Yang Tertinggi
personaliti sosial yang
menjadi pilihan utama dalam kerjaya diri mereka. Individu yang suka bekerja dengan data dan
nombor. Mempunyai kemahiran dalam bidang pengkeranian serta mempunyai kebolehan dan
kemahiran dalam menggunakan nombor. Mereka suka melakukan sesuatu secara terperinci,
bersifat akur dan menurut arahan. Individu konvensional tidak gemar kepada peluahan atau

11
ekspresi diri kerana kecenderungan mereka mengikut perkara yang telah digariskan. Antara
pekerjaan dalam persekitaran konvensional ialah kerani, pentadbir, setiausaha dan pegawai
bank. Individu yang bersifat fleksibel seperti artistik tidak mempunyai kepuasan pekerjaan dan
tidak seronok kerana persekitaran konvensional.

BI MARKAH
NAMA MURID
L R I A S E C
1 AFRINA DANIA BT MOHD SAIFUL NIZAM ISC
2 MUHAMMAD AMAR SHAIF B SHAKARIZAN IRA
3 NUR IMAN FARHANA BT ARJUNA IAE
4 SAIDATUL FATIHAH BT MOHD NAZAM ISA
5 SYAIRA QISTINA BT HUSNI TAHMRIN ISR
6 IZZAH MUNIRAH BT ABD RAHMAN SCR

Taburan Graf Yang Menunjukkan Murid - Murid Yang Mempunyai Personaliti Investagatif
25

20

15

10

0
Investigatif Bilangan Lain
Column1

JADUAL 6
Jadual 6 Menunjukkan Dapatan Kajian Bagi Personaliti I Yang Tertinggi

12
Murid-murid yang bersifat INVESTIGATIF merupakan orang yang jenis menganalisis
(SAINTIFIK DAN TEKNIKAL). Kedua-dua orang murid ini adalah sangat berminat pada
pekerjaan yang lebih memerlukan pemikiran dari perbuatan seperti ahli kimia, ahli fizik,
penyelidik, doktor dan lain-lain. Individu investigative (penyiasat) mempunyai ciri-ciri analitikal,
berhati-hati, introvert, kritikal, kompleks, ingin tahu, rasional, menyisih diri, pendiam dan lain-
lain. Kedua-dua murid ini suka untuk aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik,
pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian. Mereka tidak suka
pada aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja
dengan orang lain, kepimpinan. Pekerjaan yang biasa mereka dipilih adalah pekerjaan seperti
saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji bintang,
optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal, juruteknik
perubatan, penulis rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer. Kedua-dua
murid ini ada peluang bahawa mereka boleh menjadi doktor pada masa hadapan. Jadi mereka
perlu berusaha sepenuhnya untuk mencapai cita-cita mereka.

Kod Holland R I A S E C
Jumlah 13 15 13 18 9 19

13
Taburan Keseluruhan Personaliti Yang Dimiliki Oleh Murid - murid Tahun 5 Arif

20

18

16

14

12

10

0
R I A S E C

Melalui dapatan kajian dalam kelas 5 Arif, murid tidak cenderung pada personaliti
Enterprising dan juga personaliti Konventional. Murid enterprising merupakan murid yang
berdaya usaha dan menyukai aktiviti-aktiviti memanipulasi individu lain seprti mengarah,
memujuk, meminpin dan bijaksana untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan
ekonomi disamping menghindari aktiviti-aktiviti pemerhatian, simbolik dan sistematik. Mereka
mempunyai ciri-ciri seperti sukakan pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-

14
cita tinggi, angkuh bertenaga, suka menunjuk, mengembirakan, berusaha, yakin diri dan lain-
lain. Kerjaya yang mereka pilih ialah seperti ahli politik, penggurus, eksekutif dan peniaga.
Murid-murid dalam kelas 5 Samanthi tidak cenderung sangat pada personaliti Enterprisisng.

Secara keseluruhannya, Menurut Rohany (2008), kerjaya mempunyai fungsi dan


makna yang banyak bagi seseorang dengan menghubungkaitkan individu tersebut dengan
seluruh masyarakat. Bahkan, kerjaya juga akan mempengaruhi sikap, persepsi, nilai dan
pandangan hidup seseorang. Proses memilih dan merancang kerjaya boleh dianggap sebagai
proses yang terpenting dalam kehidupan seseorang. Justeru, usaha membantu seseorang
membuat keputusan tersebut juga sama pentingnya (Amla et al., 2006). Secara ringkas,
Bengkel Kerjaya Minat ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan gambaran kepada
kepentingan merancang kerjaya seawal alam persekolahan. Perancangan kerjaya yang
sistematik akan dapat membantu seseorang memanfaatkan masa hidupnya dengan lebih
bermakna. Lock (1996), menegaskan bahawa merancang kerjaya ialah satu kemestian yang
tidak dapat disangkal lagi berpandukan beberapa rasional yang dijelaskan. Kerjaya itu sendiri
menjelaskan diri seseorang, mempengaruhi gaya hidup dan kesejahteraan fizikal dan emosi
yang saling berhubung kait. Justeru, perancangan kerjaya dilihat memberikan kesan kepada
perkembangan diri seseorang dan terhadap pembangunan modal insan. Program bimbingan
kerjaya di sekolah seperti Bengkel Kerjaya Minat didapati memberikan kesan yang positif
terhadap kebolehan merancang kerjaya dalam kalangan pelajar. Malah, bengkel ini juga dilihat
berupaya menterjemah konsep pembangunan modal insan secara lebih realistik. Hal ini
memerlukan tekad dan usaha yang bersungguh-sungguh kerana program bimbingan kerjaya
cuma sebahagian kecil daripada program bimbingan dan kaunseling yang sangat luas.

Secara umum saya dapat mengetahui bahawa semasa di alam persekolahan lagi pelajar
harus memilih subjek yang berkaitan dengan kerjaya yang akan diceburi oleh mereka. Hal ini
secara tidak langsung akan menyebabkan mereka lebih mahir dalam menguruskan kerjaya
yang akan diceburi kerana sudah mengetahui dan membuat persediaan yang rapi umpama
sediakan payung sebelum hujan. Dengan perkataan yang lain, pelajar seharusnya mengambil
subjek yang berkaitan dengan cita-cita masing-masing semasa mengambil Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia. Dalam zaman yang serba canggih ini, bukan sahaja kemahiran yang dilihat
oleh majikan tetapi keputusan yang cemerlang dalam subjek yang dipilih itu bersesuaian
dengan kerjaya turut diberi keutamaan. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh
diketengahkan ialah jika seseorang ingin menjadi seorang jurutera, subjek yang mesti dipilih
ialah Lukisan kejuruteraan.

15
Sebagai langkah untuk merealisasikan kerjaya idaman dan cita-cita yang menggunung
tinggi ini, pelajar haruslah memilih subjek yang seiring dengan kursus yang dipilih
mereka.Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam, minat
menjadi prioriti utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Dalam konteks ini, ibu bapa
memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Hal ini demikian
kerana anak-anak mereka memerlukan sokongan dan dorongan daripada mereka sama ada
dari aspek mental, spiritual mahupun fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan
spiritual ialah ibu bapa perlu memberikan motivasi kepada anak-anak, manakala sokongan dari
aspek fizikal pula ialah mereka perlu menyediakan kelengkapan belajar anak-anak seperti buku
rujukan dan menghantar mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat dilaksanakan maka
tidak ada lagi orang yang akan sesat di perjalanan untuk memilih kerjaya kerana mereka
menetapkan sasaran dari awal lagi. Walaupun demikian, jika seseorang mempunyai minat dan
hala tuju yang jelas, tetapi mereka bersikap genggam-genggam bara, terasa panas dilepaskan
dan tidak ada semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan kecekalan, sudah pasti segala
hasrat termasuk kerjaya yang menjadi idaman akan hancur lebur umpama kubur tanpa nisan.
Tuntasnya, perkara-perkara yang dinyatakan di atas hendaklah dilaksanakan secara efektif dan
janganlah bersikap keras-keras kerak nasi yang mudah putus asa supaya pemilihan bidang
kerjaya impian akan menjadi lebih jelas lagi.

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Proses bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah bukan hanya digalas oleh guru
kaunseling sahaja namun semua pihak termasuk guru biasa juga terlibat secara langsung
dalam proses bimbingan dan kaunseling pelajar. Selain itu, bukan semua sekolah yang
16
mempunyai seorang guru kaunselor dalam sistem persekolahan. Justeru, kadang-kadang guru
biasa juga menjalankan fungsi-fungsi sebagai guru bimbingan dan seorang kaunselor. Peranan
guru-guru biasa adalah sangat penting kerana mereka mengenali murid-murid dalam bilik
darjah dengan baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku
bermasalah semua murid-murid mereka. Menurut A. Ghani Abdullah dan Abd. Rahman Abd.
Aziz (2009), guru perlu mempunyai sikap dan keperibadian sebagai kaunselor ataupun
pembimbing kepada para pelajar memandangkan gurulah yang memainkan peranan yang
besar dan penting alam membentuk pelajar yang baik dan berketerampilan. Oleh itu, guru tidak
boleh mengelakkan peranan sebagai kaunselor atau pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja
dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah
harian yang dihadapinya.

Antara peranan saya sebagai guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling ialah
membantu dan membimbing pelajar mengatasi masalah yang dihadapi seperti masalah
berkaitan dengan pembelajaran, sosioekonomi dan keluarga. Sebagai contoh, saya boleh
membimbing sekumpulan pelajar melaksanakan tugasan yang diberi sukar seperti latihan
matematik dan akan memudahkan pelajar memahami dan menyelesaikan latihan tersebut.
Dalam masalah sosial emosi seperti kecewa, bosan, dan sebagainya, saya perlu membimbing
pelajar-pelajar berkenaan supaya dapat membina keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif. Terdapat juga sesetengah kes pelajar menghadapi masalah
keluarga seperti perceraian. Dalam hal ini, peranan saya sebagai guru diperlukan untuk
menasihati dan berbincang dengan pelajar untuk mencari punca berlakunya masalah keluarga.
Saya juga boleh membimbing pelajar sekiranya pelajar tidak mampu menyelesaikan masalah
sendiri. Dalam konteks ini, saya harus peka dan mengambil berat tentang setiap pergerakan
dan tingkah laku pelajar. Sekiranya mendapati muri-murid menghadapi masalah, sebagai guru
saya perlu membimbing mencari cara menyelesaikan maslah secara positif supaya masalah
disiplin bilik darjah tidak wujud seperti tidak menumpukan perhatian semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, tidur dan sebagainya.

Selain itu, peranan saya guru biasa sebagai kaunselor adalah membantu
mengembangkan kebolehan pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar di sekolah
mempunyai tahap kebolehan yang berlainan sama ada pelajar pintar, sederhana dan lemah.
Menurut Ramlah Jantan dan Mahami Razali ( 2002 ) telah membahagikan aspek-aspek
perbezaan individu kepada sebelas aspek yang berlainan, iaitu fizikal, emosi, kecerdasan,
sosial, budaya , personaliti, bakat, minat, latar belakang dan lain-lain. Justeru, saya perlu

17
memainkan peranan dalam membimbing dengan menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan
untuk mencabar pemikiran mental mereka. Hal ini akan menggalakkan pelajar lebih terlibat
secara aktif dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, sebagai guru haruslah memberi peluang
kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya mereka berasa disayangi dan akan melibatkan diri secara aktif semasa
pengajaran dijalankan. Di dalam kelas, saya boleh menggunakan teknik atau kaeah menyoal,
teknik peneguhan, serta memberi dorongan kepada para pelajar supaya kebolehan dapat
dikembangkan. Kebolehan murid mestilah dikembangkan dengan seimbang dari semua aspek
iaitu jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.

Di samping itu, peranan guru biasa sebagai kaunselor ialah menolong pelajar membuat
penyesuaian. Dalam hal ini, guru biasa membantu pelajar-pelajarnya menyesuaikan diri dalam
pelbagai aspek seperti fizikal, mental, emosi, persekitaran dan sebagainya. Penyesuaian ini
berlaku secara langsung atau tidak langsung sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik
darjah. Hal ini demikian kerana supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran
baru dan situasi baru yang mereka hadapi. Hal ini disebabkan semua pelajar mempunyai latar
belakang yang berbeza sama ada dari segi budaya, agama, kaum dan keluarga. Justeru, guru
perlu memainkan peranan dalam membimbing pelajar dengan membiasakan mereka
menghadapi situasi sebenar dengan memberi nasihat, motivasi serta kata-kata yang boleh
meningkat semangat pelajar. Dalam konteks ini, guru perlu lebih memahami pelajarnya melalui
pemerhatian yang dilakukan terhadap sikap dan keadaan pelajar-pelajar di dalam bilik darjah.
Jika terdapat pelajar yang kelihatan murung, guru perlu mengambil tindakan dengan
mengadakan perjumpaan dengan pelajar tersebut dan mengambil langkah-langkah yang
sesuai.

Peranan guru biasa sebagai kaunselor seterusnya membimbing pelajar membuat


keputusan. Pengalaman yang dimiliki oleh guru berbanding dengan pelajar membolehkan guru
lebih bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Justeru, guru perlu membimbing murid untuk
membuat keputusan yang bijaksana dan rasional dalam pelbagai situasinya dalam kehidupan
mereka supaya mereka tidak kehilangan jalan dalam kehidupan. Dalam konteks ini, guru hanya
memberi cadangan kepada murid, tetapi hak untuk membuat keputusan adalah berada di
tangan pelajar tersebut. Selain itu, guru juga perlu memastikan keputusan yang dibuat oleh
murid adalah berpandukan nilai-nilai moral, agama, terminal dan juga instrumental. Hal Ini
disebabkan nilai-nilai adalah penting dalam memberikan panduan dalam kehidupan manusia.
Guru-guru biasa juga boleh membantu murid-murid untuk memilih mata pelajaran -mata

18
pelajaran yang mereka ingin belajar dan berkomunikasi dengan mereka secara kerap untuk
berfikir tentang bidang-bidang kerjaya yang mereka akan ceburi pada masa depan kelak.

Seterusnya, peranan guru biasa sebagai seorang kaunselor ialah membentuk tabiat
kerja murid. Pembentukan tabiat positif mampu memberi kesan yang positif ke arah
peningkatan prestasi dalam pembelajaran. Di antara tabiat positif yang perlu dibentuk ialah
seperti positif terhadap kesukaran yang dihadapi, peka terhadap masa, yakin terhadap
kebolehan diri, berani mencuba untuk kebaikan dan lain-lain lagi. Pembentukan tabiat positif ini
haruslah diberi penekanan oleh guru di awal tahun lagi agar segala masalah dapat dibendung
dan dapat dijadikan sebagai iktibar dalam menghadapi cabaran yang pastinya menguji kita
dalam usaha mencapai kejaya.

Oleh itu, dapat dirumuskan guru biasa juga mempunyai peranan yang hampir sama
dengan seorang kaunseling iaitu sikap pembimbing. Sememangnya sifat pembimbing ini dimiliki
oleh seorang dalam membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru biasa
juga harus memiliki kemahiran-kemahiran dalam proses membimbing agar dapat
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dan memudahkan pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

19
20

Anda mungkin juga menyukai