Anda di halaman 1dari 8

Jurnal Minggu 11

Set Induksi Kurang Berkesan


Mohd ihsannuddin Bin Jemat
PISMP AMBILAN JANUARI 2013

Masalah
Sebagai seorang guru pelatih, kami telah dididik untuk memanfaatkan set
induksi dengan baik da bijak. Sesungguhnya masa 5 minit yang diperuntukkan untuk
set induksi banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p).
Masa 5 minit tersebut bertindak sebagai masa berharga untuk mengawal disiplin
murid dengan menarik perhatian mereka untuk meneruskan pembelajaran
seterusnya.
Namun begitu, masalah yang dihadapi oleh saya ialah untuk menyesuaikan
penggunaan set induksi dengan tajuk pengajaran pada setiap p&p yang saya
jalankan.
Analisis Masalah
Menurut pemerhatian, tajuk pengajaran banyak mempengaruhi bentuk set
induksi yang bersesuaian. Contohnya, pengajaran yang melibatkan hidupan laut
seperti ikan, guru boleh sahaja memulakan pengajaran dengan menyanyikan lagu
ikan kekek bersama-sama murid.
Namun begitu, masalah yang dihadapi bukan setakat masalah menyesuaikan
set induksi dengan tajuk pelajaran tetapi juga disebabkan oleh set induksi yang
tidak menarik. Kurangnya idea dalam menyampaikan set induksi akan merosakkan
seluruh p&p seseorang guru. Apatah lagi apabila seseorang guru itu terlampau
memikirkan

untuk

menjayakan

sesebuah

set

induksi

sahaja

sampaikan

pelaksanaannya lari dari perancangan sebenarnya.


Seterusnya, permulaan set induksi yang lambat. Permulaan yang lambat
dapat diperbaiki melalui langkah yang seterusnya. Perkara ini acap kali berlaku.
Selalunya, permulaan sesebuah set induksi adalah lewat tetapi pada langkah
selanjutnya dapat diteruskan dengan baik. Apa pun, tidak dapat dielakkan berkaitan

dengan masa peralihan antara langkah induksi dengan langkah pertama agak
mengganggu dan masih tidak dapat diperbaiki dengan baik.
Cadangan
Pada peringkat awal, guru seharusnya perlu memahami objektif pembelajaran
dengan baik. Dalam merancang satu set induksi yang bagus, guru perlu bijak dalam
mengaitkannya

dengan

tajuk

p&p. Apa

pun,

selepas

memahami

objektif

pembelajaran, barulah guru dapat menghubungkaitkan langkah 1 dengan set induksi


dengan baik, seterusnya dapat melancarkan peralihan masa antara set induksi
dengan langkah 1 dengan lebih terurus.
Tempoh
4 April 2016 hingga 8 April 2016 (seminggu)
Tindakan Susulan
Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal
dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan tertentu.
Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan
dengan cara untuk menyediakan murid anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu
orientasi prapengajaran.
Menurut Mok Song Sang (2001), set induksi merupakan bahagian permulaan
dalam sesuatu proses p&p di mana tujuan utama mengadakannya ialah untuk
membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat
memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapat dikatakan bahawa set
induksi ialah satu cara memulakan pengajaran di mana kemahiran memulakan
pengajaran amat penting kerana di sini guru menyampaikan ideanya kepada murid
dan menanamkannya ke dalam fikiran murid bahan-bahan pengajaran yang hendak
disampaikan. Malahan, perlu menimbulkan minat dan menggerakkan para murid
agar mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang
dipersembahkan oleh guru mereka.

Kesimpulan
Set induksi diibaratkan seperti memberi salam sebelum masuk rumah. Set
induksi akan memberikan hala tuju seseorang guru semasa mengajar. Set induksi
perlu dimulakan setiap kali proses p&p dimulakan. Sesungguhnya, set induksi yang
ringkas tetapi bermakna dapat memberikan impak yang besar kepada keseluruhan
p&p di dalam kelas.

Jurnal Minggu 12

Murid Tidak Mahu Bekerjasama Dengan Baik Dalam Satu Kumpulan


Mohd Ihsannuddin Bin Jemat
PISMP Ambilan Januari 2013

Masalah
Saya mendapati murid yang saya ajar tidak mengamalkan sikap bekerjasama
di kalangan ahli kumpulan yang dilantik. Murid sememangnya telah duduk dalam
susunan kedudukan kumpulan di dalam kelas. Guru meminta murid untuk
menghasilkan produk sebagai hasil dalam kumpulan, namun ada yang membuatnya
secara berasingan. Didapati ada ahli kumpulan yang tersinggung dengan tindakan
berkenaan tetapi masih terus menyelesaikan tugasan dengan baik.
Analisis Masalah
Berdasarkan

kepada

pernyataan

masalah,

murid

sebenarnya

sudah

menguasai kemahiran komunikasi dengan baik namun bermasalah untuk menerima


pendapat orang lain yang dikatakan tidak sesuai bagi dirinya. Dia merasakan dirinya
lebih baik daripada yang lain dan sudah mampu menyelesaikan masalah secara
individu tanpa mengharapkan kerjasama di dalam kumpulan.
Sikap berdikari memang satu nilai yang bagus dan baik di dalam sesuatu
proses pembelajaran. Akan tetapi, masalah komunikasi akan terjejas biarpun murid
sudah mampu berkomunikasi dengan baik namun tidak menggunakannya dengan
sebaiknya. Kemahiran interaksi lebih daripada 2 hala akan mengganggu proses
sosial murid suatu masa kelak.
Murid

akan

sukar

berurusan

dengan

ramai

orang

kerana

hanya

mempertimbangkan pendapat sendiri tanpa menerima pendapat orang lain ketika


berinteraksi. Kesannya:
1. Murid mempunyai ramai rakan
2. Murid lain tidak mahu berkumpulan dengannya jika suatu masa lain tugasan
berkumpulan dilaksanakan.
3. Murid akan saling tidak menghormati satu sama lain.
4. Murid akan sukar menerima ilmu yang guru sampaikan di hadapan kelas.
5. Kerja kumpulan menjadi terganggu menyebabkan perselisihan faham.

Cadangan
Cadangan penyelesaian yang pertama ialah untuk melantik ketua dalam
setiap kumpulan yang telah dibentuk. Hal ini bertujuan untuk memudahkan tugasan
berkumpulan berjalan dengan lancar. Murid yang mahu menyelesaikan aktiviti
secara berasingan tadi akan dilantik menjadi kumpulan. Hal ini merupakan psikologi
terbalik yang digunakan oleh guru. Jadi, sekiranya guru telah melantiknya sebagai
ketua dan diberi tanggungjawab, murid akan berasa dihargai dan mahu memimpin
kumpulan dengan baik.
Seterusnya, guru perlu bertindak dengan sentiasa mengingatkan murid untuk
saling mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur di dalam kelas. Guru akan
cuba membina situasi yang akan membolehkan murid untuk berfikir. Contohnya,
Jika kamu dalam kedudukan Alex, kamu sedang menyampaikan sesuatu maklumat,
tetapi seorang rakan kamu tidak menumpukan perhatian kepada kamu, apakah
perasan kamu? Sudah pastilah murid dapat membayangkan perasaan tidak adil
yang dialami oleh Alex sebentar tadi.
Tempoh
11 April 2016 hingga 15 April 2016 (Seminggu)
Tindakan Susulan
Guru merupakan individu yang terlibat langsung dalam proses p&p
bersemuka dengan murid pada setiap hari persekolahan. Sebagai pembentuk
tingkah laku, pada asasnya guru hendaklah memahami matlamat pembelajaran
yang ingin dicapai. Salah satu matlamat pembelajaran dalam aktiviti seharian ialah
untuk memupuk semangat bekerjasama, toleransi dan bertolak ansur di dalam
budaya persekolahan murid agar ia sentiasa dibudayakan walau di mana mereka
berada.
Saya mengambil penyelesaian untuk menerapkan nilai tersebut secara tidak
langsung di dalam kelas. Di mana, murid yang telah siap menyelesaikan atau
menyiapkan produk akan membantu murid lain yang masih ketinggalan dalam
proses penghasilan. Kedua, saya meminta mereka untuk berhenti meneruskan kerja
dan memberikan perhatian ketika rakan sedang membuat penyimpulan, refleksi
atauun apresiasi karya.

Kesimpulan
Kesimpulannya, fenomena murid tidak bekerjasama di dalam kelas memang
isu biasa dan boleh diatasi pada bila-bila masa jika guru ada kemahuan untuk
memperbaiki tingkah laku @egative muridnya kepada tingkah laku positif.
Sekiranya semua pihak menyedari akan permasalahan ini, nescaya sikap
saling toleransi dan kerjasama dapat dipupuk dengan baik dan dibudayakan di
sekolah.

Jurnal Minggu 13

Murid Memandang Ringan Guru Pelatih


Mohd Ihsannuddin Bin Jemat
PISMP Ambilan Januari 2013

Masalah
Saya mendapati murid dalam kelas yang saya ajar kurang menghormati guru
pada hari pertama saya masuk dan memperkenalkan diri.
Analisis Masalah
Berdasarkan kepada pernyataan masalah, murid sebenarnya tahu adab dan
pergaulan yang baik di dalam kelas. Mungkin mereka berpendapat, guru pelatih
bukanlah guru tetap dan mereka boleh mengambil mudah batas pergaulan tersebut.
Murid akan sukar berurusan dengan baik akan sedikit-sebanyak mengganggu
proses pengajaran pembelajaran guru pelatih. Kesannya:
1. Murid akan mengambil mudah pengajaran guru.
2. Guru pelatih yang kurang berkeyakinan akan menjadi semakin kurang
keyakinan diri untuk mengajar.
3. Murid dan guru akan saling tidak menghormati satu sama lain.
4. Murid akan sukar menerima ilmu yang guru sampaikan di hadapan kelas.
5. Hubungan harmoni di antara kelas sukar dipraktikkan.
Cadangan
Guru pelatih hendaklah bersikap tegas pada hari pertama masuk kelas.
Jangan berikan peluang kepada murid untuk merasakan kita begitu mudah untuk
dibawa bermain. Sikap sambil lewa guru pelatih sendiri yang menjadi punca kelas
gagal dikawal dengan baik.
Tempoh
18 April 2016 hingga 22 April 2016 (Seminggu)
Tindakan Susulan
Guru pelatih boleh melonggarkan tahap ketegasan terhadap murid. Guru
boleh mula membuka peluang untuk murid untuk rapat dan guru pula mula
mendekati murid dengan baik dan mesra.
Kesimpulan

Fenomena murid tidak menghormati guru adalah perkara biasa berlaku dan
boleh diubah dan diperbaiki disiplin muridnya. Penyelesaiannya sendiri bergantung
pada guru pelatih sendiri sama ada mahu dihormati tetapi mesra atau tidak mahu
dihormati dan dipandang ringan oleh murid-murid.
Sesungguhnya, praktikum membantu guru pelatih membimbing diri dan membina jati
diri sendiri dalam pembentukan sahsiah dan watak keguruan dalam usaha menjadi
seorang guru yang bertauliah pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai