Anda di halaman 1dari 4

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

MINGGU KEDUA
(1 OGOS 2016 HINGGA 5 OGOS 2016)
MASALAH SUKAR MENERIMA ARAHAN GURU

Masalah
Pada minggu kedua ini, masalah yang saya hadapi adalah menyesuaikan diri dengan
budaya sekolah. Nasib baik saya dapat menyesuaikan diri kerana sifat mesra dan peramah warga
SK Convent Pulau Tikus membuatkan saya tidak berasa janggal berada di sekolah ini. Hal ini
sekaligus memudahkan perhubungan saya dengan warga sekolah semakin erat. Minggu
kesepuluh saya di sekolah ini lebih mencakupi ruang lingkup penyesuaian diri dengan suasana
persekitaran sekolah. Ini termasuklah mewujudkan hubungan yang mesra dengan pihak pentadbir
serta staf sekolah, pencarian maklumat berkaitan sekolah, perbincangan dengan guru
pembimbing, menjalankan pemerhatian berkaitan kaedah pengajaran guru di dalam bilik darjah di
samping membudayakan budaya kerja yang diamalkan di sekolah. Namun begitu, saya sempat
mengesan masalah dalam kalangan murid iaitu masalah dalam menerima arahan guru.

Analisis masalah
Setelah beberapa pemerhatian dibuat sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik
darjah, saya membuat andaian bahawa murid akan berasa teruja dengan kehadiran guru baru.
Mereka akan mencuri perhatian guru dengan bertanya pelbagai soalan. Selain itu, tidak kurang
juga murid yang ingin mengabil perhatian dengan bertindak nakal. Golongan murid ini sering kali
membawa kekacauan seperti membuat bising, mengganggu rakan, tidak memberikan perhatian
yang sewajarnya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran serta melanggar peraturan
sekolah. Namun begitu, apabila guru lelaki yang mengawal kelas, murid-murid ini akan lebih
patuh kepada arahan. Kebanyakan guru yang memiliki suara yang agak lantang dan keras
apabila memberi sesuatu arahan. Hal ini memberi satu persepsi bahawa murid-murid di sekolah
ini agak aktif dan sukar dikawal. Ini dapat dibuktikan apabila saya memasuki kelas 3 Merah.
Namun begitu, persepsi itu bukanlah mencakupi keseluruhan murid di sekolah ini. Terdapat ramai
juga murid yang tinggi disiplinnya dan mudah menerima arahan guru.
Cadangan untuk memperbaiki
Menurut Jean Piaget, beliau mendapati bahawa kemampuan mental kanak-kanak muncul
pada tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurutnya lagi, perubahan
daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak

dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian,
beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kanak-kanak kepada empat tahap mengikut
urutan umur. Tahap-tahap peekembangan tersebut ialah :a.

Tahap Sensorimotor ( 0 - 2tahun )

b.

Tahap Praoperasi ( 2 - 7 tahun )

c.

Tahap Operasi Konkrit ( 7 - 1 tahun )

d.

Tahap Operasi Formal ( 12 tahun hingga dewasa )


Pada tahap ketiga, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku

pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar
bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula bergaul dengan
rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman
persekolahan. Lazimya, murid-murid lelaki kelihatan agak agresif sama ada dalam bilik darjah
mahupun diluar bilik darjah. Mereka tidak menggemari suasana yang agak pasif. Mereka hanya
boleh bertahan dalam anggaran lima ke sepuluh minit.
Setelah itu, mereka akan mudah berasa bosan dan menunjukkan tingkah laku bersifat
pasif. Walaubagaimanapun, keberangkalian murid perempuan yang agak aktif juga adalah tinggi.
Berdasarkan ciri-ciri tersebut, saya dapat samakan situasi tersebut dengan realiti yang berlaku di
sekolah ini. Sewaktu pengajaran guru, beberapa murid akan bercakap atau bermain di belakang.
Terdapat juga murid yang mengganggu rakan sebayanya. Tidak kurang juga ada murid yang tidak
memberikan apa-apa respon kepada pengajaran saya. Daripada hasil dapatan yang saya peroleh
melalui hasil temu bual guru serta beberapa pemerhatian di dalam kelas, dapatlah saya
merumuskan beberapa respons iaitu;
a.

Murid-murid dalam kumpulan yang lemah

b.

Ada sebahagian murid yang tidak gentar terhadap murid perempuan

c.

Sebahagian murid telah lali dengan amaran dan kemarahan guru

d.

Terdapat sebilangan murid yang tidak memahami arahan guru

Sebagai persediaan bagi menghadapi pelbagai karenah murid yang sedemikian, saya
membuat cadangan untuk para guru dan diri saya sebagai guru pelatih;

Menjalankan ujian diagnostik untuk mengesan kawasan kelemahan murid serta tahap

pengetahuan murid
Merancang pelbagai teknik dan kaedah pengajaran yang bersesuaian mengikut tahap
kebolehan murid

Memberi peluang dan hak yang sama rata kepada semua murid dalam kelas sewaktu

melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh guru


Memberi peneguhan postif seperti pujian, galakan dan bertanyakan khabar
Memberi perhatian yang sewajarnya serta bersesuaian kepada murid-murid yang inginkan
perhatian

Di samping itu, saya bercadang untuk menggunakan model asertif Canter ( 2002 ) untuk
menangani permasalahn ini andainya wujud sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran kelak.
Model ini menekankan tindakan-tindakan berikut ;

Menyatakan jangkaan pengajaran seawal-awalnya


Menggunakan suara yang lantang, tenang dan tegas
Berlaku kontak mata antara guru dan murid
Menggunakan gerak badan bukan lisan untuk menyokong pernyataan lisan
Mengubah tingkah laku murid tanpa ancaman atau jeritan
Melakukan teknik broken record iaitu mengulangi mesej dengan tenang

Tempoh masa ditetapkan untuk menyelesaikan isu


Saya akan cuba mengatasinya secepat mungkin. Kelompok sasaran utama saya ialah
bagi murid-murid yang ajarkan.
Tindakan susulan
Guru membuat peraturan yang sesuai dengan situasi murid-murid. Selain itu, guru
menyediakan kertas latihan dan menyediakan ganjaran untuk murid-murid yang kelakuan seperti
yang dikehendaki oleh guru. Guru memberi nasihat dan memberi teguran kepada murid tentang
kepentingan menjaga tingkah laku kepada murid. Selalu mengingati murid bahawa guru tidak
menyukai tingkah laku murid yang tidak disenangi dan jika murid melakukannya ia akan
menyakitkan hati guru. Sentiasa mengingatkan murid tentang orang yang mempunyai budi pekerti
yang mulia senang mendapat ramai kawan dan disukai oleh ramai orang.

Kesimpulan
Tanggungjawab guru sebagai seorang pengurus bilik darjah yang efektif melalui arahan
yang jelas dan mudah difahami adalh penting bagi memastikan kelancaran sesuatu sesi

pengajaran dan pembelajaran. Membuatkan murid mematuhi dan mendengar arahan guru adalah
aspek yang sangat penting dalam usaha mewujudkan bilik darjah yang kondusif.

Rujukan
Linsin, M. (2010). How to get your students listen to you. Diperoleh dari
http://www.smartclassroommanagement.com/2010/03/20/how-to-get-students-to-listen-toyou/
Davies, L. (2005). 25 Ways to obtain children's attention in a school setting. Diperoleh dari
http://www.kellybear.com/TeacherArticles/TeacherTip54.html

_____________________

_____________________

_____________________

(Tandatangan Pelajar
Guru)

(Tandatangan Guru
Pembimbing)

(Tandatangan Pensyarah
)

Nama: Bairavi Govinda


Raju

Nama: Pn. Noriza bt Abu


Yazid

Nama: En. Ong Lock


Tong

Tarikh:

Tarikh:

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai